Gunting dalam lipatan

Sudah terbukti. Walaupun berkali kali penafian dibuat dan malah menegaskan bawah beliau “Akur dengan keputusan dan akan berusaha untuk melaksanakanya, termasuk mempercepatkan proses”, musuh dalam selimut sebenar telah dikenal pasti.

Pada mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan FELDA 28 Oktober 2011 di Kuala Lumpur yang telah dibuka oleh Pengerusi KPF Dato’ Dzulkifli Wahab, empat ahli telah di’gugur’kan iaitu Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusoff Nor, Presiden FELDA Global Ventures dan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Sabri Ahmad dan Mantan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh.

Ini bermakna, Lembaga Pengarah KPF bawah Pengerusinya Dzulkifli telah mengagalkan rancangan asal Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memberikan hasil dari keuntungan semua perniagaan Kumpulan FELDA terus kepada peneroka melalui pelaburan KPF yang akan diaggregatkan di bawah FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang akan diapungkan di Bursa Malaysia seawal April 2012. Sebahagian dari rancangan itu ialah melantik Pengerusi FELDA Isa sebagai Pengerusi KPF dan seterusnya menjadi Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings apabila KPF akan memegang 35% dari pegagangan FGVH.

Kemesraan antara Pengarah Besar FELDA dengan Pengerusi FELDA memberikan illustrasi kesefahaman dan kerjasama erat antara pembuat dasar dan pelaksana

KPF telah memaklumkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan surat bertarikh 31 Oktober bahawa Isa dan tiga lain itu di’gugur’kan dari keahlian KPF mereka pada mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 28 Oktober. Ini bermakna Isa secara automatiknya tidak akan boleh dilantik sebagai Pengerusi KPF walaupun dengan kuasa kuasa khas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna bawah pengecualian Seksyen 87 Akta Koperasi 1993.Dipercayai Dzulkifli yang juga Pengarah Besar Lembaga FELDA mahu kekal sebagai Pengerusi KPF atas kepentingan peribadi. Beliau dalam kapasiti Pengerusi FELDA menduduki Lembaga Pengarah 34 buah syarikat Kumpulan FELDA termasuk anak syarikat KPF dan dibayar RM 600,000 sebagai yuran pengarah dan gaji dan elaun mesyuarat hampir RM 100,000 setahun, disamping gaji sebagai Pegawai Kerajaaan Staff 1. Ini bermakna, beliau meraih hampir RM 1 juta dari kedudukan ini dan ini tidak termasuk kepentingan lain seperti motorkar, perjalanan luar negara yang berbayar dan sebagainya.

Duzlkifli jelas telah berdusta kepada wakil wakil peneroka dalam siri ‘Road Show’ bersama Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad dan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Sabri Ahmad di Kuantan (26 Oktober), Kuala Terengganu (27 Oktober), Melaka (29 Oktober), Trolak (31 Oktober) dan akhir sekali di Kuala Pilah pada 12 November bahwa beliau amat menyokong penuh plan penyenaraian FGVH. Ini termasuk akur kepada keputusan Lembaga FELDA agar arahan Perdana Menteri bahawa jawatan Pengerusi KPF dilepaskan dan Isa dilantik, sebagai menepati program ‘peralihan kuasa’ dan menentukan urus tadbir korporat sebagai gerak-kerja pra-penyenaraian.

Pengarah Besar Lembaga FELDA Dato' Seri Dzulkifli Wahab, Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad dan CEO FGVH Dato' Seri Sabri Ahmad semasa sidang media

Lembaga FELDA dalam mesyuarat pada 25 Ogos memutuskan agar Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi KPF. Ini adalah arahan Perdana Menteri, yang juga Menteri yang bertanggung jawab keatas FELDA.

Dalam ucapan di Kuala Pilah juga beliau menegaskan “Tiada ‘rampasan kuasa’ berlaku” dan “Menjadi tanggung jawab saya untuk mempercepatkan proses (penyenaraian FGVH termasuk ‘peralihan kuasa’ Pengerusi KPF)”. Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau mengkhianati amanah dan janji kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam gerak-kerja penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings, yang mahukan semua perniagaan Kumpulan FELDA diaggregatkan sekali untuk diapungkan dan apa apa kebaikan termasuk keuntungan dari syarikat konglomerat berasaskan pertanian ini disalurkan kepada 112,635 melalui pegangan 35% kepentingan mereka dalam FGVH.

The Icon, Jalan Tun Razak

Difahamkan, Dzulkifli bukan sahaja mempertahankan kedudukan imbuhan yang beliau dapat secara langsung sebagai ahli Lembaga Pengarah 34 syarikat Kumpulan FELDA itu semata mata. Ada kemungkinan beliau mempertahankan apa apa keputusan yang dibuat oleh Lembaga KPF, yang sebenarnya tidak menguntungkan KPF pada jangkamasa panjang. Ini termasuk pelaburan KPF dalam menara The Icon di Jalan Tun Razak, yang difahamkan bernilai RM 400 juta untuk keluasan 500,000 kaki persegi dalam bangunan pejabat yang rata rata kosong itu.

Mereka yang membuat keputusan untuk pelaburan ini bukanlah mereka yang arif dalam perniagaan. Jauh lagi, jika ianya melibatkan pelaburan hartanah bernilai tinggi, terutama dalam kawasan mewah dan kommersial. Tidak dinafikan mungkin ada pihak yang berkepentingan meraih keuntungan peribadi dari pelaburan ini, terutama apabila sudah terbukti ianya amat sukar untuk dipasarkan sebagai ruang untuk disewa.

Siri penerangan pegawai pegawai Lembaga FELDA sebenarnya patut menerangkan dengan jelas kepada warga FELDA terutama peneroka:

1. Tanah milik peneroka tidak terjejas dalam penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings. Hanya tanah FELDA Plantations yang akan dipajak (dengan persetujuan Kerajaan Kerajaan Negeri tertentu)

2. Nilai pegangan KPF dalam FGV bernilai 15% dari nilai aggregat keseluruhan penyatuan FELDA Holdings Bhd dan FELDA Global Ventures, pra-penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings. Selepas penyenaraian, KPF akan mendapat pegangan nilai 35% dari keseluruhan asset FELDA Global Ventures Holdings yanga kan di’bebas-kunci’kan (unlocked value)

3. Yang akan diapungkan hanyalah saham saham FGVH. Manakala KPF hanyalah pelabur pemegang terbesar dalam FGVH. Ianya sama seperti ASNB merupakan pemegang saham terbesar dalam Maybank atau Sime Darby dimana syarikat gergasi ini diapung dalam Bursa Malaysia dan diuruskan oleh pengurus professional dan dikenakan urus tadbir korporat, sesuai dengan kehendak dan amalan pasaran. Saham syer KPF hanyalah boleh dibeli sebagaimana disyaratkan oleh piagam koperasi itu dan tertakluk bawah Akta Koperasi

4. Lembaga FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan dalam agenda membangun sosio ekonomi dan kommuniti masyarakat tanah rancangan FELDA dan fasilitator dan ko-ordinator segala projek dalam semua 317 tanah rancangan dibawah FELDA akan kekal diteruskan, sebagaimana 55 tahun sebelum ini.

Kegagalan memberikan penerangan ini secara jelas sehinggga masyarakat FELDA terkeliru dan merasa tertipu dan marah atas gerak-kerja penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings sehingga Laporan Polis dibuat, wajar dilihat sebagai tindakan secara langsung segelintir pegawai Lembaga FELDA untuk mensabotaj rancangan strategik Perdana Menteri bagi menentukan masyarakat FELDA akan beroleh keuntungan berterusan jangka panjang, melalui pelaburan yang progressif KPF dalam FGVH.

Bagi masyarakat peneroka, mereka wajar merasakan diri mereka dikhianati.

Advertisements
Published in: on November 18, 2011 at 16:00  Comments (24)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/11/18/gunting-dalam-lipatan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

24 CommentsLeave a comment

  1. Saya tidak mengikuti perkembangan FELDA sudah lama. Sekarang ingin memberi komen berdasarkan apa yang tertulis dipos ini.

    Nampaknya ini Dzulkifli satu macam orangnya. Mungkar janji dan nyata tidak menghemahkan kehendak Perdana Menteri. Apa dia begitu besar sekali kuasa dan pengaruhnya? Tentu PM ada kuasa yang lebih besar. Gunakan kuasa itu dan nyahkan dia. Secara yang dibenarkan undang undang.

    Jika cara lain tidak ada, ikut cara yang dilakukan diAmerika Syarikat bila mahu menangkap dan masukkan penjenayah mafia Al Capone kedalam penjara. Songket segala rekod cukai Dzulkifli yang berpendapatan hingga berjuta. Lihat jika ada mana mana yang tidak dilaporkannya ke JHDN. Dakwa dia. Gantong jawatan apabila sahaja dia didakwa diMahkamah.

    Kalau Tan Sri Hassan Merican boleh dikeluarkan dari Petronas, takkkan Dzulkifli tak boleh dikeluarkan. Banyak cara boleh digunakan. Berdasarkan undang undang.

    Melainkan jika ada sebab sebab yang kuat mengapa dia berbuat demikian. Jika ada, saya ingin mengtahuinya.

    • Saya warga felda dan sering mengikuti isu felda. pada sy penulis yg mengkhianati warga felda. kalau dzulkifli ni gagal mentadbir KPF dgn baik..knp dividen yg di bayar kpd ahli masih tinggi..beliau juga amat dihormati di kalangan warga felda bukan setahun dua…dah 32thn ..jadi sy cadangkan..hentikanlah fitnah2 ni…

      • Saya rasa 32 tahun adalah terlalu panjang untuk seseorang berada dalam satu jawatan dan patut melepaskanya. Sedangkan TDM pun hanya kekal selama 22 tahun sahaja sebagai Menteri Perdana. Masa telah berubah dan eloklah kalau tenaga baru dimasukkan.

      • Sila betulkan fakta:

        1. Kita tidak pernah dakwa Dato’ Dzulifli tak reti buat kerja sebagai Pengarah Besar FELDA
        2. Bezakan antara peranan Lembaga FELDA sebagai agensi Kerajaan dan FELDA Holdings Bhd sebagai syarikat milik penuh Kerajaan, yang menguruskan semua perniagaan Kumpulan FELDA semenjak 1995
        3. Penyenarain FELDA Global Ventures Holdings adalah penggabungan FELDA Holdings Bhd (100% milik penuh Kerajaan) dan FELDA Global Ventures (49% milik Kerajaan dan 51% Koperasi Permodalan FELDA)
        4. Nilai hari ini asset FELDA Holdings Bhd ialah 80% dari nilai FELDA Global Ventures Holdings manakala nilai asset FELDA Global Ventures hanya 20% dari nilai FELDA Global Ventures Holdings. Ini bermakna Koperasi Permodalan FELDA hanya mempunyai nilai sebanyak 12.% dari nilai semasa FELDA Global Ventures Holdings
        5. Cadangan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak (yang juga Menteri bertanggung jawab keatas FELDA) ialah meningkat pegangan Koperasi Permodalan FELDA dalam FELDA Global Ventures Holdings dari 12.5% hingga 35%.
        6. Jelas Dato’ Dzulkifli diarahkan oleh Perdana Menteri untuk mengosongkan kerusi Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA dan Lembaga FELDA telah memutuskan demikian pada 25 September
        7. Dato’ Dzulkifli bukan sahaja gagal berbuat mengosongkan kerusi Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA, malah mengambil tindakan menyisihkan keahlian Tan Sri Isa Samad, Tan Sri Dr Yusoff Nor, Dato’ Seri Sabri Ahmad dan Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh pada mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 28 Oktober
        8. Dato’ Dzulkifli telah berbohong kepada wakil peneroka FELDA di Kuantan (26/10), K Terengganu (27/10), Melaka (29/10), Trolak (31/10) dan K Pilah (12/11) mengenai sokongan keatas arahan Perdana Menteri untuk mengosongkan kerusi Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA
        9. Dato’ Dzulkifli juga telah berbohong kepada wakil peneroka FELDA di K Pilah pada 12 Nov mengenai penyingkiran Tan Sri Isa Samad sebagai ahli KPF
        10. Apabila didedahkan mengenai pembohongan Dato’ Dzulkifli ini, beliau enggan membuat komen walaupun diminta menjelaskan kedudukan sebenar

        Tiada fitnah keatas Dato’ Dzulkifli A Wahab. Ini fakta.

      • @Biggum Dogmannsteinberg
        6. Jelas Dato’ Dzulkifli diarahkan oleh Perdana Menteri untuk mengosongkan kerusi Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA dan Lembaga FELDA telah memutuskan demikian pada 25 September.

        Fakta? Setakat ini Isa je beria-ria cakap arahan PM. PM tak umum pun.

        No. 6 tak betul, no.7-9 lagilah salah. Sah fitnah

      • Tak kan kita nak pamirkan disini surat arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 15 Ogos itu. Ini menyalahi Akta Rahsia Rasmi. Cukup sekadar dimaklumkan dalam posting ini.

        Arahan bertulis ini juga diminitkan dalam agenda 4 dan 10(b) dalam mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 28 Oktober.

        Isu disini Dato’ Dzulkifli berbohong kepada wakil peneroka di Kuantan (26/10), K Terengganu (27/10), Melaka (29/10), Trolak (31/10) dan K Pilah (12/11). Beliau juga berbohong kepada rakyat Malaysia apabila ditemu ramah dan disiarkan dalam Bulletin Utama TV3 pada 26/10 dan 13/11.

    • 1. 32 tahun adalah jangkaan perkhidmatan beliau dari hari pertama beliau bekerja. bukan sebagai pengarah besar atau pengerusi KPF.
      2.Jawatan Pengerusi KPF bukan suka-suka ambil suka-suka tinggal…kenalah ikut peraturan.
      3. Penyingkiran beberapa individu “terkenal” bukan suka-suka..sebab kerana melanggar peraturan dan telah di tegir oleh SKM.

      Banyak perkara yang di sentuh oleh tuan membuktikan tuan baru sehari dua je terlibat dalam felda..jangan rosakkan keharmonian kami di dalam felda …kami generasi muda sudah pasti akan berfikir secara bijak.

      • Dato’ Dzulkifli bukan dipecat dari kedudukan dan peranan beliau sebagai Pengarah Besar FELDA. Jangan terkeliru. Beliau akan terus berkhidmat sebagai Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Lembaga FELDA.

        Beliau hanya diarahkan untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Permodalam FELDA saja.

        Kalau penyingkiran Tan Sri Isa Samad, Tan Sri Dr Yusoff Nor, Dato’ Seri Sabri Ahmad dan Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh kerana “Melanggari peraturan”, kenapa semalam Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia ‘meletakan’ kembali (reinstate the membership) mereka yang “Disingkirkan akibat ditegur SKM itu”?

        Ini fakta dan bukan spekulasi.

  2. Bro, Sila semak komen komen di Blog Rockybru. Fakta penyingkiran Tan Sri Isa dll dari Lembaga KPF adalah di atas arahan SKM kerana perlantikan mereka bercanggah dari segi perundangan. Banyak lagi fakta bernas. Seperti Rocky, Bro had been misinformed. Jesteru, eloklah Bro retract the article dan pohon maaf di atas misinformation.

  3. Pembelian the Icon dibuat di era Bakke sebagai Chairman. PM pernah , menerusi ucapan terbuka menyatakan bangganya di atas keputusan yang dibuat kerana sudah memberikan “capital appreciation” yang tinggi kepada Felda. Perlu diketahui, beli hartanah ada dua aspek keuntungan Pertama: Capital appreciation ke dua: Rental Income.

    • Bakke tidak pernah menjadi Chairman KPF.

      Pembelian The Icon ialah keputusan Lembaga Pengarah KPF.

  4. 1) Blogger reply macam TS Isa jawab soalan masa penerangan. Anak Felda nak cakap beliau dah kerja 32 TAHUN DARI PEGAWAI TADBIR, KE RGM, KE PENGARAH, KE PENGARAH BESAR. BARU 2 TAHUN BELIAU AMBIL JAWATAN INI. Beliau masih pegawai tadbir biasa sekitar tahun 2000.

    2)Lain kali jangan pakai informer. Informer cakap surat tarikh 15 Ogos, ada dalam minit mesyuarat blogger pun percaya. Bila tanya mana bukti, mulalah keluar akta pelik-pelik dia Akta Surat Halimunanlah Akta Sulitlah apalah.
    Kumpul semua bukti termasuk prestasi Datuk Dzulkifli sepanjang 34 (bukan 32, 1977-2011) tahunnya dan buat konklusi sendiri.

    3) Selagi blogger buat andaian berdasarkan pandangan informer dan satu pihak sahaja, selagi itulah tak akan saudara tahu kebenarannya. Macam mana nak cari pendapat luar? FB kan ada.

    • “Kalau penyingkiran Tan Sri Isa Samad, Tan Sri Dr Yusoff Nor, Dato’ Seri Sabri Ahmad dan Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh kerana “Melanggari peraturan”, kenapa semalam Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia ‘meletakan’ kembali (reinstate the membership) mereka yang “Disingkirkan akibat ditegur SKM itu”?”

      Memanglah fakta tetapi tak diberitahu sepenuhnya.
      Sila lihat info luar :
      http://gayapeneroka.blogspot.com/2011/11/tan-sri-isa-samad-dipanggil-ke-pejabat.html

      Isa dah pergi kepada SKM untuk menentang akta kecil itu (artikel 15 KPF). (Kata bukan kemaruk nak jadi Pengarah KPF, tiba-tiba menentang peraturan pula, manis di mulut pahit di hati) dengan Lawyer FELDA (dia tak payah bayar). Pernah tengok dalam mahkamah, FELDA (Isa) lawan FELDA (KPF)? Zaman pengerusi lain duduk kat meja meeting bincang sampai semua setuju, baru balik. Settle dekat kedai kopitiam pun boleh.

      Walaupun hujah Isa telah ditentang Legal Adviser, keputusan memihak kepadanya?

      Kesimpulannya, sama seperti siapa yang telah misinform saudara, ada tangan ghaib yang mendokong rancangan transformasi ini. Kami di FELDA takut ini tangan ghaib yang akan berperanan untuk topple PM sendiri pada PRU-13 dan tangan ghaib ini kami sangat yakin adalah orang dalaman UMNO yang hatinya dipenuhi rahsia kotor.

      Saya sangat berharap Badan Koperasi Antarabangsa (ICA) melihat perkara ini, adalah sangat serius apabila arahan berdasarkan audit dibatalkan atas sebab yang tidak diketahui.

      Kalau SKM dah audit, dah beri arahan, kenapa tarik arahan? Soalan itu sebenarnya adalah untuk saudara rungkaikan sendiri.

      • Apakah Tan Sri Isa Samad boleh sewenang wenang membuat SKM membatalkan keputusan Lembaga Pengarah KPF pada 28 Oktober untuk menyingkirkan beliau dan tiga lain dari keahlian KPF, sekiranya tidak mempunyai hujah yang kukuh dari peruntukan dan kacamata Akta Koperasi?

        Tan Sri Isa dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Lembaga FELDA dan Pengerusi FHB. Dalam opsyen ramai pemimpin lain yang ada, jelas beliau seorang dipilih untuk diberikan kepercayaan penuh oleh Perdana Menteri sendiri. Mungkinkah beliau memandai mandai mahukan jawatan Pengerusi KPF termasuk semua proses meibatkan SKM dan penghujahan segala peruntukan Akta Koperasi ini, sekiranya tanpa restu penuh Perdana Menteri?

        Kita tidak membuat andaian. Maklumat datang dari sumber, termasuk bukti dalam dokumen tertentu. Sumber itu bukan setakat Kumpulan FELDA semata mata.

        Pandangan dari FB tidak semesti tepat, terutama sekiranya ianya berdasarkan ‘cakap cakap’ dan tidak berdasarkan dokumen dokumen yang sah dari undang undang dan bertukar ganti dari beberapa pihak.

        Setakat ini laporan kami keatas isu penyenaraian FGVH adalah tepat kerana berdasarkan fakta dan dokumen dokumen tertentu. Ini termasuk menyaksikan sendiri dengan jelas pembohongan Dato’ Dzulkifli dalam ucapan kepada wakil peneroka di Kuantan (26/10), K Terengganu (27/10), Melaka (29/10), Trolak (31/10) dan K Pilah (12/11) dan wakil media semasa di Kuantan dan K Pilah.

  5. […] LUMPUR: If internal sabotage is deficient to derail a inventory of Felda, it seems outmost army are being roped in to skip a […]

  6. […] ada usaha untuk mengagalkan program penyenaraian FGVH sebagaimana dirancangan oleh Perdana Menteri. Walaupun dikeluarkan arahan bertulis pada 15 Ogos dan […]

  7. […] amat malang sekiranya Pak Sam juag bersekongkol dengan ‘musuh dalam selimut’ kerana ianya merugikan 112,635 orang peneroka FELDA secara langsung dan 750,000 keluarga terdekat […]

  8. […] penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang dipercayai dilakukan dari dalam oleh gerombolan dalaman yang diketuai Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkilfli A Wahab, kini ianya bergerak setahap lagi. Personaliti lain dilibatkan sama dalam ‘rampasan […]

  9. […] dikenal pasti bahawa ‘gunting dalam lipatan’ yang menjadi ketua segala ‘pengganas halus’ untuk mengagalkan rancangan  Perdana […]

  10. […] FELDA pro-Pembangkang yang diketuai oleh AJK PAS Pusat Mazlan Aliman. Kemudian secara sulit oleh Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkifli A Wahab dan konco konco beliau juga melakukan pelbagai agenda penentangan. Ketua Peneroka yang diterajui Ketua Peneroka Kebangsaan […]

  11. […] akan dibangkitkan dalam EGM KPF ini. Setakat ini, pelbagai ‘halangan’ yang diracun oleh ‘musuh dalam selimut’ telah dibuat untuk mengagalkan penyenaraian FGVH. Ini termasuk mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada […]

  12. […] Seri Mohd. Najib Tun Razak Mei ini akan terus berlaku, walaupun terdapat halangan seperti ‘Musuh Dalam Selimut’ ini. 3.151775 101.701859 Share this:ShareTwitterLike this:LikeBe the first to like this post. […]

  13. […] terutama Pengerusinya Dato’ Dzulkifli Abdul Wahab yang telah dengan jelas bersifat sebagai ‘gunting dalam lipatan’. Inilah bahana mempercayai golongan bukan pakar dan mahir (dalam dunia perniagaan dan korporat) […]

  14. […] tahun ini. Walaupun dalam beberapa sessi perjumpaan dengan ketua ketua peneroka peringkat wilayah, ‘Gunting Dalam Lipatan’ ini telah memaparkan ‘lakunan yang baik’, terutama apabila memberikan jaminan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: