Panglima bersara sertai PKR kerana bermasalah?

Seorang mantan Panglima salah satu unit dalam Tentera Darat diberitakan meneyrtai PKR. Dipercayai, mengenai satu perniagaan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia yang gagal.

Pada 1030hrs 24 November 2011  bertempat di pejabat ADUN Port Dickson, Brig. Jeneral (B) Dato’ Abdullah Bin Mohamed dipercayai telah menyerahkan borang menyertai PKR dengan membayar yuran RM200 (Keahlian seumur hidup). Pengumuman penyertaan Abdullah, 67,  bersama 50 bekas pegawai dan anggota ATM lain akan dibuat semasa program ceramah Ketua Umum di Teluk Kemang selama lawatan Ketua Pembangkang Anwar “Mat King Leather” Ibrahim ke Port Dickson pada 25 Disember bermula 2030hrs.

Penyertaan Brig. Jen. Abdullah dan 50 pegawai dan anggota ATM adalah susulan daripada penyertaan yang dibuat oleh seorang Brigadier Jeneral (Bersara)  lain yang telah menyerahkan penyertaan PKR kepada Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dibilik gerakan Bukit Antarabangsa. Penyertaan beliau ini dipercayai akibat isu kehilangan enjen jet pejuang yang mana beliau dipertanggungjawabkan atas kes tersebut.

Manakala penyertaan Dato Abdullah bersama 50 pegawai dan anggota ATM yang lain atas alasan isu audit pembelian kereta perisai yang dikatakan lebih tujuh kali ganda daripada harga asal, dan berkemungkinan kumpulan ini akan dipertanggungjawabkan.

Dipercayai buat masa ini, siasatan masih diteruskan.

Sekiranya benar penyelewengan ini  berlaku dan apabila siasatan dimulakan dan amat aktif untuk mencari mereka yang bersalah, maka tindakan mereka untuk menyertai Pembangkang wajar dilihat hanya untuk kepentingan sendiri semata mata. Ada juga kemungkinan besar mereka yang disasat ini  akan menggunakan pengetahuan dalam isu pembelian tersebut sebagai modal Pembangkang untuk terus dijadikan bahan kempen ‘Politik Kebencian’.

Sebelum ini, pemimpin Pembangkang seperti MP Lembah Pantai Nurul Izzah (yang juga Naib Presiden PKR) telah berbohong mengenai keupayaan operasi kapal selam Perdana Class Scorpene dan MP PJ Utara Tony Pua pula telah memberikan analisa yang meleset berdasarkan fakta yang salah atas cadangan pembelian Littoral Combat Ships untuk TLDM. Ini merupakan strategi mreka untuk memperkecilkan kemampuan ATM dengan penggunaan asset strategik, sekaligus memberikan gambaran yang lemah mengenai peranan Kerajaan mempertahankan rakyat.

Published in: on November 25, 2011 at 09:31  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/11/25/panglima-bersara-sertai-pkr-kerana-bermasalah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 CommentsLeave a comment

  1. MEREKA NAK MEMBERI GAMBARAN YANG SEBENAR. MEREKA NAK DEDAHKAN BAHAWA PEMILIHAN DAN PEMBELIAN ATAS ARAHAN ORANG TERTENTU.

    • Kalau ada bukti tak apa. Saya sokong. Saya pun benci rasuah.

      Kalau tak ada bukti, hanya cakap kosong, menuduh sana menuduh sini, saya keji. Tiada ma’af bagi mereka.

      Kalau ikut Anwar, saya ragu ada bukti. Anwar jenis bising diluar negara, tuduh Malaysia tak ada demokrasi, mintak bantuan NGO Amerika untuk memajukan demokrasi konon, Al Gore, Yahudi Paul Wolfowitz, William Cohen geng dia. Mana boleh percaya.

  2. Apa nak heran. Semuanya kerana WANG. Saya ada adik ipar kontraktor, yang hidup mewah seketika, semasa PR memerintah Perak seketika dulu. Sekarang sudah hampir 3 tahun, pinjam RM60k tak bayar balik. Kalau simpan ASB pun dah banyak dapat ‘bunga’. Masa nak pinjam, kata 6 bulan bayar balik. Pakai kereta mewah pulak tu. Saya sendiri. hanya guna kancil saja. Memang celaka punya manusia. Hari raya pun dia tak balik kampung, nak elak dari berjumpa. Saya ingat satu hari nanti, bila dah terdesak, saya akan bawa parang panjang tuntut hutang

  3. pada pandangan umum memang lah kalau satu pembelian peralatan tentera tu adalah keputusan jeneral tertentu namun pada hakikat nya ia nya tertakluk kepada keputusan orang-orang tertentu. Al maklum umum tahu tangan-tangan dan wahyu yang sebenar nya tak nampak tapi yang menjadi magsa pak jeneral yang berangan-angan nak kaya sama tapi tak kesampaian awak lah yang terima padah…berani buat berani tanggong lah

  4. What is so wrong if Dato Abdullah and the 50 others want to join PKR? Is it an offence for retired military men/women to join a political party of their choice? Is the writer suggesting that they should only join UMNO or any other party within the BN coalition? What is so dreadful and unacceptable in them joining an opposition party? Is the writer suggesting that it is only the BN that has the right to govern the country for another 100 years?

    If Dato Abdullah and the others are privy to the dealings in the purchase of the armoured vehicles, what is so wrong for them to expose the dealings if the dealings are deemed to be dubious and are mired in corruption, impropriety, falsification by those involved in making the deal? Are they not doing what is desired by civil society? They being Muslims, I think are committed to reveal and to expose any wrong doing, for if they are to remain quite, is to condone such impropriety. Any other religion for that matter does not condone the obvious wrong doing of others.

    continue reading here

    http://mindnoevil.blogspot.com/2011/11/what-is-so-wrong-in-befriending.html

    • 1. Why didn’t they join PKR earlier? Why only when trouble is knocking on their door?

      2. If they had info on corruption, why didn’t come forward earlier? Why now, when there is an active investigation?

      They join PKR only when there is trouble. In this case, there is an investigation. Probably they are part of the problem.

      Only proves that people who are rejected in their domain or in trouble, seek ‘sanctuary’ in PKR. PKR is never about the truth. They are master of manipulation and demonizing as part of the ‘politics of hatred’.

      That is their only way to gain support in their sordid attempt to be in power.

  5. Mana tahukan kalau pembangkang menang bolih la dapat tahu siapa yang curi injin tu sebenar nya dan kita tengok siapa yang kena.
    Maklumat yang di ketahui jeneral yang bertanggung jawab jaga injin yang hilang tu naik pangkat 3 bintang- amacam bolih jadi camtu, fuck up pun naik pangkat so pepaham je la- tak nak investigate ke?. Jeneral yang masuk PKR tu tak de sangkut paut dengan injin hilang tu rasa nya kalau nak tahu tanya dengan Panglima ATM yang baru bersara tu pasti dia tahu.
    Tapi nak mudah maka tukar je la kerajaan mesti semua orang dapat tahu jawapan sebenar nya, jadi awak tak terlibat dengan cerita fitnah!

    • Kenapa sertai PKR sekarang? Kenapa tak sertai bila bersara atau lebih awal?

      Enjin hilang tu bukan semalam. Bertahun dulu.

  6. Nak serta apa parti pun suka hati dia la. Dia nak join Hindraf ke Amanah ke suka hati dia la.
    Mesti ada sebab nya mereka nak lawan kerajaan. Hanya mereka yang tahu tak payah nak berteka teki atau jumpa je la mereka ni tanya kenapa. Kalau tak nak biarkan lah sebab itu kan demokrasi takkan nak semua ikut bontot kak Ros!
    Tetapi kenapa ya orang yang jaga injin tu naik pangkat? Ada benda yang mereka sorok kot….. Ish tak baik la berniat tak elok.
    Biarkan lah asalkan mereka bahagia sudah la bro…

  7. Bagi pihak Cabang Telok Kemang, kami akan menerima permohonan dari sesiapa sahaja yang ingin menyertai perjuangan kami (PKR).
    Setiap borang permohonan yang diterima, siasatan akan dijalankan terhadap individu terbabit yang akan mengambil masa selama lebih kurang 30 hari. Oleh itu dalam tempoh berkenaan tiada siapa pun yang berhak membuat sebarang andaian.
    Beliau menyertai PKR Cabang Telok Kemang sebagai ahli biasa atas kesedaran diri dan sikap beliau yang anti korupsi, jadi tidak salah baginya untuk meyertai mana mana pertubuhan maupun Parti Politik. Di manakah HAK dan KEBEBASAN sebagai rakyat?
    Untuk pengetahuan penulis blog, individu yang dimaksudkan adalah dari perkhidmatan Tentera Udara dan juga bukan dari cawangan logistik, persoalannya apa kaiatan pula dengan pembelian peralatan untuk Tentera Darat.
    Selaku Setiausaha saya TIDAK PERNAH menerima 50 borang permohonan daripada bekas tentera seperti yang dibohongi oleh penulis
    Kamu boleh tulis apa yang kamu mau tapi jangan menabur fitnah kerana memfitnah itu berdosa besar dan ingatlah azab allah amat dahsyat.
    Wassalam……

  8. You can write and report on facts but please do not fabricate news.Its your rights to blog and state your opinion and support whoever you wanted.

    Please do not made accusation based on heresay, without facts & evidence.

    What you had written are all rubbish.Investigate first before you “fitnah”. I am anti-corruption, anti-ISA and ABU

  9. Dia masuk PKR. DSAI boleh bantu mcm mana , dia PM ke boleh tutup kes(kalau benar ada kes).. tabiklah memang layak DSAI jadi PM..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: