Tingkatkan pelaburan Vs Jaminan untuk pra-syarat penyenaraian

Pak Sam

Ketua Peneroka Kebangsaan Shamsuddin “Pak Sam” Osman mengugut untuk mengemukakan saman, sekiranya FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan dan tidak mampu memberikan keuntungan agar pemegang pemegang saham Koperasi Permodalan FELDA (KPF) jika tidak mendapat dividen dan bonus sekurang kurangnya 15% setahun.

Mereka ingin mengemukakan injuksi agar satu jaminan dibuat walaupun penyenaraian ini melibatkan tanah FELDA Plantations, milik Kerajaan Persekutuan dan bukan milik peneroka.

Sebelum ini, Pak Sam telah dua kali menjelaskan sokongan penuh beliau terhadap program penyenaraian FGVH yang disiarkan oleh Bulletin Utama TV3. Beliau juga membuat ikrar sokongan yang sama kepada wakil wakil peneroka dalam majlis penjelasan road-show berkenaan program penyenaraian ini di Melaka pada 29 Oktober, bersama Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkilfli Abdul Wahab dan CEO FELDA Holdings Bhd/FELDA Global Ventures Dato Seri Sabri Ahmad.

Kenapa Pak Sam sekarang berubah hati dan pendirian? Adakah pendidirian ini berubah setelah beliau bersama 30 lain wakil peneroka wilayah duduk dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Perunding Peneroka, yang dipengerusikan Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkilfli Wahab pada 23 Oktober baru baru ini?

Hak peneroka seperti Pak Sam dalam meminta agar jaminan dibuat untuk menentukan pulangan kepada pemegang pemegang syer KPF sebenarnya tidak jelas. Ini kerana 350,000ha tanah FELDA Plantations selama ini yang memberikan pulangan kepada merekaa merupakan milik penuh Kerajaan Persekutuan dan bukan warga peneroka. Sekiranya tanah tanah FELDA Plantations akan disuntik kedalam FGVH merupakan pajakan jangka panjang.

Pak Sam juga gagal mengambil kira mengenai pulangan yang bakal akan dijana apabila FGVH tersenarai kerana semua keuntungan dari aktiviti keseluruhan perniagaan Kumpulan FELDA akan diaggregatkan. Ini termasuk pulangan dari semua perniagaan hiliran, terutama produk produk yang akan menembusi pasaran pengguna yang lebih besar dan sofisktikated, terutama Amerika Utara, Eropah, Asia Barat dan China.

FGVH dijangkakan akan melalui proses transformasi menyeluruh sebelum dan selepas penyenaraian. Semua strategi, kegiatan dan pengurusan akan di’rasional’kan, agar menjamin pulangan keatas pelaburan yang maksimum. FGVH dijangkakan akan memberikan peraihan terkumpul lebih RM 30 billion setahun dan KPF akan menjadi pemegang saham terbesar dalam konglomerat bertaraf global ini. Penyenaraian FGVH ini wajar dilihat sebagai “ASNB Kedua”. Sama seperii model ASNB, pemegangang saham ASB hanya meraih keuntungan bersih atas pelaburan dalam kegiatan perniagaan seperti Sime Darby dan Maybank.

Pak Sam sebegai Ketua Peneroka Kebangsaan pada saat ini sebenarnya wajar untuk mempersoalkan kenapa dikalangan warga peneroka FELDA, purata pegangan syer dalam KPF hanyalah pada 6,000 unit seorang sedangkan kapasiti maksimum seseorang itu dihadkan pada 250,000 unit syer. Sekiranya FGVH mampu memberikan jaminan pulangan yang lebih baik dari 15% sekalipun ianya tidak akan memberi banyak erti kepada masyarakat peneroka atau keluarga mereka sekiranya purata pelaburan mereka hanya pada tahap 6,000 unit semata mata.

Untuk rekod, setakat ini dari 112,635 peneroka FELDA yang menjadi sebahagian dari 220,000 pemegang syer KPF, hanya 62 orang sahaja yang mempnuyai pegangan maksimum pada 250,000 unit syer KPF.

Pak Sam sebaliknya sebagai Ketua Peneroka Kebangsaan wajar mencari jalan dan berkerjasama dengan FGVH agar satu program pembiuayaan khas melalui bank bank bagi peneroka peneroka untuk meningkatkan pelaburan mereka, sama seperti yang diusahakan Maybank adan CIMB untuk orang Melayu membeli unit saham ASB dari skim ASNB, yang dikelolakan oleh PNB.

Sebelum ini, Kerajaan telah membuat jaminan bahawa program pembangunan dan peningkatan sosio-ekonomi masyarakat FELDA yang diberikan sepenuhnya tanggung jawab kepada Lembaga FELDA akan diteruskan dan masyarakat dalam semua 317 tanah rancangan FELDA tidak akan diabaikan. Jadi bagi Pak Sam dan GPW untuk mempersoalkan lagi jaminan yang telah dibuat pada masa ini, terutama setelah berlaku ‘halangan dari dalaman’ FELDA itu sendiri untuk mengagalkan program penyenaraian FGVH membuktikan ada konspirasi ujud menentang agenda Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan plan strategik untuk masyarakat FELDA.

Adalah amat malang sekiranya Pak Sam juag bersekongkol dengan ‘musuh dalam selimut’ kerana ianya merugikan 112,635 orang peneroka FELDA secara langsung dan 750,000 keluarga terdekat mereka secara tidak langsung hanya kerana ‘politik dalaman’ segelintir kecil pihak tertentu yang berkepentingan.

Advertisements
Published in: on November 29, 2011 at 12:01  Comments (11)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/11/29/tingkatkan-pelaburan-vs-jaminan-untuk-pra-syarat-penyenarai/trackback/

RSS feed for comments on this post.

11 CommentsLeave a comment

  1. Sudah sudah la menipu tu.

    Bukan dia yang sebut. JKPP dan GWP yang sebut. Dia hanya tuntut maaf Isa sahaja.

    Tolonglah jangan spin lagi. Ingat kepada Tuhan. Kalau nak delete komen ini pun deletelah, tapi tolong ingat kepada Tuhan

  2. Kami generasi tak lah sengal sgt macam ko ni…tak habis2 nak lagakan kami….seluruh generasi menyokong pak sam….

    Kami cdgkan jgn masuk campur hal kami…kamu tu org luar….tw

  3. Pada saya kalau Felda tidak melalui transformasi, lambat laun akan ketinggalan dan mungkin akan terperangkap kerana berada dalam bidang yang sama. Banyak organisasi dan industry terpaksa menjalani perubahan samada mereka suka atau pun tidak.

    Usaha PM untuk menyediakan Felda untuk menghadapi saingan global adalah sesuatu yang berpandangan jauh. kalau setakat menjadi pengeluar minyak kelapa sawit sahaja, negara-negara lain pun sudah mula menceburi bidang ini dan mempunyai tanah yang lebih luasan tenaga buruh yang lebih murah.

    Pada tahun 70an, negara kita bangga kerana menjadi tumpuan pelaburan asing membuka kilang elektronik dan sebagainya. Ini semua kerana buruh kita murah ketika itu. Sekarang persaingan datang dari China, Vietnam dll, kerana mereka lagi murah. dan banyak pelabur telah membuka kilang kita di sana.

    Janganlah sebab harga minyak sawit tengah melambung tinggi kita lupa diri bahawa keadaan ini tidak berubah.

    Malaysia dulu adalah pengeluar bijih timah terbesar di dunia, sekarang tidak lagi. Getah pun tidak lagi.

    • Yelah tak habis-habis transformasi kau. Dtg sini ke rancangan.. Tgok sndiri. Tak abis-abis nak merepek harga sawitlah ekonomilah, org luar kena ingat kami ni kubu Melayu terakhir. Kami BUKAN MATA DUITAN, x pnah nakkan kekayaan sjak FELDA ditbuhkan. Kami xkan mkan wang disuap bekas perasuah. Ambiklah duit juta-juta tu masuk poket, asal kebajikan kami dijaga cukuplah.

      HIDUP PAK SAM! HIDUP FELDA!
      NYAH ISA!

      • Ye la, sekarang ni sibuk la kata tak nak duit la, bukan mata duitan la, tapi Pak Sam nak demand 15% dividen…apa ke bendanya tu? Tu bukan mintak duit ke? Mana ada company boleh jamin dividen tetap? Talam dua muka tak sedar diri!

        PM nak buat listing sebab nak keluarkan orang yang gila kuasa tamak duit tipu peneroka. Bukan nya nak gadai harta orang Melayu…Kata pandai sangat, tapi terang-terang kena tipu…

  4. Wah marah nampak! Maaf la saya pun anak Felda, tapi saya tak sependapat dgn awak. Selama ni, ada pihak tertentu telah memerah Felda untuk keuntungan sendiri. Kalau penyenaraian galakkan ketelusan, saya tak sabar penyenaraian ini berlaku, biar dia org ni tak dpt satu sen lagi hasil kudrat mak ayah saya! Sana sini rasuah. Lagi pun, senarai atau tidak tak ke mmg mandat Felda kena jaga kebajikan kami. Habis tu buat apa nak tentang sgt benda baru? Sebelum tak setuju baik kaji selidik dulu apa sebenarnya yang dia org cadangkan. Mana la tahu dgn lebih byk perkembangan, lebih byk lagi yg Felda blh buat utk menjaga kebajikan kami. Saya sesungguhnya tak nak ketinggalan!

    • Benda baru perangai lama… tu masalahnya… kalau bende baru perangai baru tak apa la jugak… Buat la transformers pun dekat felda, kalau dah nama pun bekas perasuah yang memimpinnya memang hancus la jawabnya…

      Pasal dah tahu apa diorg cadang la nak tentang skrang ni. Yang banyak sokong sama ada tak tahu langsung atau ada agenda sendiri atau sokong sangat apa si pendek tu buat… Blogger ni bukan tak tahu, bukan ada agenda sendiri, bukan sokong sangat apa si pendek tu buat, si pendek tu bagi dia RM3 juta (ingat aku tak tahu, bigdog?) mula melalak tabur fitnah…

      Mulut kita peneroka pun kadang-kadang kena jaga, selama ni memang dapat kebajikan dari Felda, pulak tu bila timbul penyenaraian, timbul fitnah, terus kita percaya orang luar pulak? Apa rasa kalau kita jadi pengurusan Felda, semalam baru je luluskan pinjaman rumah peneroka, hari ni dah kena tuduh itu ini dengan peneroka makan rasuah. Macam lepaskan anjing tersepit, kan? Dah lepaskan, digigitnya pulak sebab dengar cakap orang luar…

  5. Kalau Pak Sam sebagai Ketua Peneroka nakkan jaminan 15% dividen dan bonus, ape kate kita mintak jaminan bagi KWSP, PNB dan Tabung Haji? Amacam?

  6. Pak Sam ni antara peneroka felda yang tak nak berubah. Nak terus jadi katak bawah tempurung. Orang2 inilah menyekat peluang orang lain yang nak terus maju bersama Felda. Sikap pentingkan diri sendiri ini bukan benda baru, memang dah jadi budaya tp takkan selamanya nak pentingkan diri. Lama2 klu mcm tu, baik Kerajaan tak payah jaga kepentingan mereka, kebajikan mereka sbb peneroka2 mcm ini tak pernah pun nak ambik tahu apa yang Kerajaan mahukan. Transformasi? Ish orang2 mcm ni mana mahu transformasi, semua nak selesa, semua nak kerajaan bagi tp sikit pun tak nak bantu Kerajaan.

    Berpuluh tahun Kerajaan bantu, bg ‘tongkat’, biasalah, bagi betis nak peha, semua nak kena suap. Sampai bila Felda nak mcm ni jer, mesti kena maju ke depan. Manalah Generasi Kedua, Ketiga, keempat Felda nak maju, klu Generasi Pertama mcm ni.

    Tp yelah kan, orang2 mcm Pak Sam, manalah nak semua transformasi ini pun sbb tentulah semua kepentingan dia hilang.

  7. […] ini, Dzulkifli dan wakil wakil beliau telah secara konsisten menghasut ketua ketua peneroka untuk menenta… yang sebagaimana dirancang oleh Perdana Menteri ini. Ini termasuk menganjurkan mesyuarat secara […]

  8. […] Dato’ Dzulkifli A Wahab dan konco konco beliau juga melakukan pelbagai agenda penentangan. Ketua Peneroka yang diterajui Ketua Peneroka Kebangsaan Shamsuddin “Pak Sam” Osman juga … PM Dato’ Seri Najib ini, walaupun telah menjelaskan secara terbuka dalam majlis penerangan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: