Gunting dalam lipatan makin bisa

Dalam usaha untuk mengagalkan rancangan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang dipercayai dilakukan dari dalam oleh gerombolan yang diketuai Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkilfli A Wahab, kini ianya bergerak setahap lagi. Personaliti lain dilibatkan sama dalam ‘rampasan kuasa’ (coup d’etat) yang licik ini.

Difahamkan Dzulkilfli kini bersekongkol dengan Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusof Nor dan Pengerusi Gabungan Generasi Felda Wawasan Tan Sri Rozali Ismail, untuk menghalang penyenarian FGVH yang melibatkan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad.

Sebelum ini, usaha untuk mengagalkan penyenaraian dengan menghalang Isa dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) termasuk mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) KPF pada 28 Oktober dimana Isa telah dilucutkan dari keahlian KPF. Walaubagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah membatalkan keputusan BOD KPF tersebut dalam sebuah tribunal.

Mesyuarat kecil kecilan secara sembunyi ketua ketua peneroka untuk menentang penyenaraian sebagaimana yang dirancang Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dimana Isa dilantik sebagai Pengerusi FGVH masih berterusan.

Ini semua akan melengahkan proses penyenaraian FGVH yang dijangkakan Mac atau April 2012, sebagaimana yang diumumkan PM Najib dalam Ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober. 112,635 orang peneroka FELDA juga akan lambat menerima ‘durian runtuh’ mereka, sebagaimana diumumkan dalam ucapan itu.

Published in: on December 9, 2011 at 12:37  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/12/09/gunting-dalam-lipatan-makin-bisa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. JPA, please “cold-storaged” that DZAW…. He’s not used to the complex corporate transactions and fear he knowledges is out of touch when professionals come on board due to FELDA being Global.

    REMOVE REMOVE REMOVE REMOVE REMOVE REMOVE REMOVE REMOVE REMOVE that “Gunting Dalam Lipatan”!!!!!!!

  2. it is time for him to go. Sebagai pegawai kerajaan, like it or not, he should comply to the policy of the government. Why is he secretly trying to sabotage FELDA’s listing padahal it is a direct order from the PM? kalau dia tu dari FGVH, maknanya pekerja swasta yang tidak terikat dengan polisi kerajaan, ada logiknya dia membantah. tapi dia adalah seorang pegawai kerajaan yang diberi gaji untuk menggerakkan polisi kerajaan . Dia masih bodoh atau terlalu angkuh?

    He violated his contract and the oath he took when he was appointed to be a government officer. he is a traitor to FELDA.

  3. Do those so call professionals are same from AMOKH and Danny’s breeders? If so, DZAW have rights to ‘OCCUPY’ to make sure we the rakyat not screwed again and again.

  4. Gunting dalam lipatan adalah bloggers ini…yang menentang isu ini adalah peneroka dan warga yang faham tentang risiko dan kehilangan pada masa hadapan…Pak Sam yang telah secara terang menyatakan pendirian beliau bersama seluruh jawatankuasa nya..itu lah suara ikhlas dari akar umbi…

    Kali ini akan lebih ramai menyatakan pendirian secara jelas dan akhirnya jari akan membuat keputusan..di dunia ini bolehlah kita menabur seribu fitnah sekalipun…kautlah keuntungan sebanyak mana…namun Manusia ini adalah Kejadian ALLAH dan sesungguhnya ALLAH maha mengetahui…mungkin kita segak di dunia…tapi belum tentu kita segak di akhirat nanti…

  5. Sayang seribu kali sayang. Isu Felda sudah dipolitikkan. BN mempertahankan Felda manakala Pakatan Rakyat menentang habis-habisan. Bagaimana dengan peneroka sendiri? Semua pihak mendakwa mereka berjuang untuk kepentingan peneroka. Mana yang benar? Peneroka keliru dan terus keliru.

  6. Seperkara menarik untuk semua. Ramai lawyer2 yang tak laku di bandar, berduyun2 masuk Felda untuk cari makan. Mereka kata kalau peneroka tak puashati dengan Felda, saman saja sebab undang2 mahkamah adalah adil. mereka (lawyer) akan bantu peneroka. tup tup nak bukak fail kena bayar RM2,000. gedebak gedebuk tambahan beberapa ribu ringgit lagi untuk itu dan ini. bila menang pulak, ada komisyen untuk lawyer. penyudahnya peneroka miskin tetap miskin walaau menang dalam court sebab duit semuanya kena kebas lawyer. begitulah ceritanya.

  7. coup d’etat? siapa yang memulakannya? bukankah TS Isa melakukan coup d’etat ketika Datuk Dzul berada di Mekah? bukan dia saja marah malah semua peneroka Felda marah. Padahnya semua isu lama dan baru dikorek dan digali. Penyudahnya ahli politik masuk kampung untuk mencari undi. Peguam masuk mencari rezeki. Kontraktor Cina masuk juga untuk menabur budi dengan tujuan untuk mencari rezeki. Kesian warga peneroka.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: