Durian runtuh di kebun orang

Durian yang sedang menunggu untuk runtuh. Persoalannya: Jatuh dimana?

Walaupun ianya mempunyai kesan strategik yang amat menguntungkan jangka panjang dan wajar dilihat sebagai ‘ASNB Kedua’, program penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) sebagaimana yang dirancang oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak ditentang pelbagai pihak ‘dalaman’ dari kalangan warga FELDA sendiri.

Mula mula ialah warga FELDA pro-Pembangkang yang diketuai oleh AJK PAS Pusat Mazlan Aliman. Kemudian secara sulit oleh Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkifli A Wahab dan konco konco beliau juga melakukan pelbagai agenda penentangan termasuk menganjurkan mesyuarat pada 28 Oktober untuk mengugurkan kealian Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, Pengarah Urusan FHB Dato’ Seri Sabri Ahmad, Mantan Pengarah Urusan FHB Dato’ Seri Mohd, Bakke Salleh dan Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusoff Nor. Walaupun pada hakikatnya beliau bekali kali berikrar sebaliknya termasuk “Mempercepatkan proses” (sebagaimana yang dibuat di Kuala Pilah pada 12 November).

Ketua Peneroka yang diterajui Ketua Peneroka Kebangsaan Shamsuddin “Pak Sam” Osman juga melakukan beberapa mesyuarat sulit menentang program PM Dato’ Seri Najib ini, walaupun telah menjelaskan secara terbuka dalam majlis penerangan ‘road show’ bersama oleh Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, Pengarah Besar FELDA Dato’ Dzulkilfli A Wahab dan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd Dato’ Seri Sabri Ahmad dihadapan 600 orang wakil peneroka sekitar Johor dan Melaka di Air Keroh pada 29 Oktober. TV3 juga dua kali telah merakamkan sokongan beliau dan disiarkan dalam Bulletin Utama.

Paling terbaru personaliti yang tidak dilibatkan dalam penyenaraian FGVH tetapi cuba cuba untuk meraih keuntungan, termasuk populariti ialah Pengerusi Gabungan FELDA Generasi Wawasan (GFGW) Tan Sri Rozali Ismail. Beliau sebagai anak peneroka FELDA dari Hulu Selangor yang mendesak agar beliau memberikan ‘lampu hijau’ dalam penyenaraian FGVH, walaupun ianya rancangan PM Dato’ Seri Najib sendiri.

Golongan generasi professional kedua dan ketiga masyarakat FELDA (GAPROF) telah memberikan ‘pengkitirafan’ sokongan mereka kepada penyenaraian FGVH ini. Hakikatnya, sebagai mereka yang disifatkan sebagai professionald an terpelajar yang lahir dari masyarakat FELDA merupakan mereka yang paling ramai boleh menyumbang dalam FGVH selepas ianya disenaraiakan, kerana pengambangan operasi dan perniagaan termasuk diperingkat antarabangsa seperti Twin Rivers Technology (TRT) di Amerika Utara sememangkan memerlukan talen dan guna-tenaga berterusan.

Penyeneraian FGVH mengambil kira kedudukan FELDA sebagai agensi pembangun dan kemajuan masyaarkat luar bandar di 317 tanah rancangan dan kemampuan perniagaan yang boleh dijana sebagai syarikat berasaskan perldangan yang diurus oleh professional dan dikenakan urus tadbir korporat yang ketat, sesuai sebagai syarikat antarabangsa yang tersenarai:

Penyenaraian FGVH adalah atas hujah hujah berikut:

1. Syarikat tersenarai akan disyaratkan dengan peraturan urus tadbir korporat yang ketat oleh Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Malaysian Minority Stockholders Watchdog Group
2. Syarikat tersenarai akan melantik beberapa ahli Lembaga Pengarah (BOD) yang bebas dan bukan mewakili/memihak kepada pemegang saham utama sahaja
3. Perolehan dari penyenaraian akan diberikan kepada pemegang pemegang saham yang melepaskan pegangan mereka untuk pemegang saham baru, termasuk yang ditawarkan kepada awam
4. DG FELDA ialah seorang kakitangan Kerajaan dan tidak upaya menguruskan 112 buah syarikat dibawah Kumpulan FELDA dengan baik. Syarikat tersenarai perlu pengurus professional, sebagaimana syarikat konglomerat antarabangsa berasaskan perladangan lain seperti Sime Darby, IOI dan sebagainya
5. FELDA perlu pembezaan antara peranan sebagai agensi pembangun masyarakat luar bandar dan kemajuan sosio ekonomi 317 tanah rancangan FELDA DENGAN syarikat konglomerat pelbagai perniagaan yang beroperasi berasaskan aktiviti utama huluan dan hiliran perladangan dan industri agrotani
6. Golongan peneroka yang tidak menerima penyenaraian FGVH hanyalah minoriti. Majoriti tidak faham atau peduli gerak-kerja korporat, termasuk peralihan pegangan saham dalam FHB dan FGV
7. Peneroka beroleh kepentingan langsung dalam penyenaraian FGVH dari pegangan syer mereka sebagai ahli Koperasi Permodalan FELDA (KPF), dimana Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memperuntukan 35% dari pegangan saham FGVH kepada KPF
8. Penyenaraian FGVH akan ‘membebas kunci’ nilai sebenar asset Kumpulan FELDA. Gerak-kerja ini adalah sebahagian dari proses pra-pemyenaaian dan memungkinkan peneroka FELDA dibayar ‘durian runtuh’, sebagaimana diumumkan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak pada Ucapan Bajet 2012 7 Okt 2011
9. Penyenaraian FELDA ialah rancangan strategik PM Najib untuk menentukan asset Kumpulan FELDA dilaburkan melalui kitaran paling produktif, bawah pengurusan professional dan menjamin pulangan yang lebih baik kepada pemegang saham, termasuk peneroka melalui KPF. Ini menentukan dividen yang akan diberikan kepada KPF adalah lumayan dan berterusan dengan perancangan perniagaan yang mantap
10. Penyenaraian FGVH wajar disifatkan sebagai ‘ASNB Kedua’, dimana unit saham dilaburkan dalam syarikat tersenarai dan diuruskan oleh professional untuk pulangan lumayan jangka panjang dan berterusan

Hari ini, nilai pegangan KPF dalam FHB bernilai antara RM 2.5-3 billion (tanpa di’bebas kunci’ nilai asset). Antara komponen penting dalam penyenaraian FGVH ialah asset FELDA Plantations seluas 350,000 ha akan dipajak jangka panjang kepada FGVH.

Sekiranya begitu tegar tentangan yang dilemparkan pelabagai sudut oleh minoriti lantang yang kunun kunun mewakili masyarakat FELDA ini diambil kira oleh PM Dato’ Seri Najib dan ‘bunyi bunyi bising’ ini memberikan mesej kepada beliau bahawa masyarakat FELDA sebenarnya ‘tidak berminat’ dengan program penyenaraian FGVH yang dijangkakan akan berlaku seawal Mac 2012 ini, maka mungkin keputusan yang akan diambil akan berbeza dari rancangan asal. Penyenaraian FGVH sebagaimana yang diumumkan PM Dato’ Seri Najib itu akan tetap diteruskan kerana berasakan 10 point yang disenaraikan diatas, ianya membawa keuntungan strategik dalam usaha membawa ekonomi Malaysia ketahap yang lebih tinggi dan produktif.

Program mempertingkatkan keududukan ekonomi orang Melayu antara teras utama PM Dato’ Seri Najib untuk menentukan daya saing masyarakat orang Melayu dijamin, dalam ekonomi nilai tinggi terutama agenda Visi 2020 yang meletakan Malaysia sebagai negara industri yang maju giat dijana, dalan sebagaimana dinyatakan semalam dalm majlis sambutan hari lahir Tun Dr Mahathir Mohamad ke 86, “Ianya masuk ke fasa terakhir”.

Oleh demikian, penyeneraian FGVH akan diteruskan juga sebagaimana yang dirancang, tetapi mungkin dengan ‘pemain utama’ yang berbeza. Sebalik KPF dirancang menjadi pemegang saham utama FGVH sebanyak 35%, mungkin pegangan itu diberikan kepada unit saham atau koperasi yang mewakili kepentingan orang Melayu secara massa seperti PNB melalui skim ASNB.

Gerak-kerjanya agak mudah. Semua asset milik Kerajaan Persekutuan dalam FHB dan FGV akan di’jual’ kepada ASNB pada nilai nomimal, sebagai kerja pra-pneyenaraian. Ini termasuk keseluruhan 350,000 ha tanah FELDA Plantations dipindah milik dengan pajakan jangka panjang atau atasnilai nominal. Kilang kilang pemprosesas minyak kelapa sawit juga akan dipindah milik. Ini bermakna 10.5 juta pemegang unit saham ASB dan ASN akan mendapat nilai-tambah apabila ‘kunci nilai’ FGVH dibebaskan sepenuhnya apabila ianya disenaraiakan dan pegangan FGVH akan terdiri dari 40% skim ASNB berbanding 35% sebagaimana dirancang oleh PM Dato’ Seri Najib.

KPF akan terus menjadi pemegang saham sekitar 12-15% dari modal berbayar FGVH dan menjadi ‘pelabur passif’, kerana pengurusan FGVH kini akan bertindak mengikut halatuju PNB sebagai teraju utama. Lembaga Pengarah (BOD) yang diterajui nomimee PNB setakat ini menunjukan rekod kerja yang baik.

Skim ASNB selama 30 tahun ini merupakan pemegang saham utama syarikat seperti Maybank, Sime Darby dan I&P dan telah memberikan pulangan yang amat baik kepada pemegangan unit saham ASB dan ASN.

Sebahagian dari pegangan itu juga mungkin akan ditawarkan kepada koperasi yang menunjukan rekod pencapaian yang baik. disamping akan membawa banyak faedah kepada orang melayu seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Table menunjuka pulangan Skim ASNB

Mungkin 220,000 ahli KPF yang terdiri dari 112,635 peneroka FELDA akan ‘putih mata’ sekiranya peluang keemasan ‘ASNB Kedua’ ini diberikan kepada orang Melayu massa dan bukan tertumpu kepada masyarakat FELDA lagi. ‘Durian Runtuh’ yang diumumkan PM Dato’ Seri Najib dalam ucapan Bajet 2012 kini boleh diagih agihkan kepada 100 kali ganda lebih besar berbanding 112,635 peneroka FELDA, iaitu 10.5 pemegang saham ASNB yang terdiri dari orang Melayu seluruh negara, termasuk kawasan dimana tiada tanah rancangan FELDA seperti di Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Anggota keselamatan dan pesara tentera juga akan mendapat kepentingan strategik jika LTAT merupakan antara pemegang saham besar selain dari skim ASNB. Pengalaman LTAT dalam pegangan strategik dan pengurusan Boustead Holdings, Affin Bank dan Boustead Naval Shipyard juga akan memberikan input yang berharga dalam FGVH apabila wakil mereka dilantik sebagai BOD.

Secara strategiknya, sekiranya Skim ASNB dan LTAT merupakan pemegang saham terutama FGVH dan kedua duanya mempunyai kepentingan dalam aktiviti konglomerat berasakan ladang, maka portfolio kedua dua pemegang saham ini akan diperkemas dan ketatkan apabila usahasama diperingkat hiliran antara syarikat syarikat yang bernaung dibawah Sime Darby dan Boustead dirasionalkan. Jaringan antarabangsa, termasuk pasaran dimana Sime Darby mempunyai pengalaman dan kepakaran seperti China akan menentukan pulangan yang lebih baik kepada pemegang saham yang sama itu.

Pengalaman Skim ASNB menguasai dan mendapat pulangan yang baik dari Sime Darby sepanjang 30 tahun ini (melalui SIme Darby, Kumpulan Guthrie dan Golden Hope), termasuk kepincangan dalam pengurusan perniagaan ‘luar kotak’ seperti Sime Bank (tahun 1990an) akan menjadi pengalaman amat berharga terutama sekiranya FGVH bercadang untuk menguasai syarikat kewangan berasakan koperasi pertanian seperti Rabo Bank yang berjaya di Belanda itu.

‘Durian Runtuh’ ini akan bertabur dinikmati dalam kawasan yang lebih besar, termasuk kebun mereka yang asalnya tiada pohon durian. Yang lebih penting, mereka ini tidak termimpi mendapat ‘Durian Runtuh’ kerana mereka telah pun bersyukur dari hasil ‘durian’ sepanjang 30 tahun ini. Nescaya 10.5 juta pemegang ASNB ini akan merasa gembira menerima ‘jadilah’ luar jangka dan memberikan keyakinan sepenuhnya kepada Kepimpinan Dato’ Seri Najib dan Kerajaan, terutama dalam PRU 13 yang akan menjelang tidak berapa lama lagi.

Cita cita asal PM Dato’ Seri Najib untuk memberikan prioriti kepada masyarakat FELDA kini akan ‘dicairkan’. Namun begitu, objektif mempertingkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu massa masih berjaya dicapai. Kini, lebih ramai orang Melayu akan beroleh keuntungan strategik dengan penyenaraian FGVH, yang diterajui Skim ASNB dan LTAT.

Published in: on December 21, 2011 at 05:05  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/12/21/durian-runtuh-di-kebun-orang/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 CommentsLeave a comment

  1. Saya sebagai jenerasi kedua Felda menyokong penuh usaha Kerajaan menaikkan ekonomi peneroka, janganlah kita jadi pencacai sedangkan usaha kerajaan begitu murni untuk memberikan kesenangan, jangan kerana mengikut pembangkang akhirnya kita yang rugi anak cucu akan menyumpah kita nanti, Felda akan memastikan peneroka sentiasa mendapat kebaiakan dari usaha murni ini. Terima kasih

  2. […] Durian runtuh di kebun orang. Durian runtuh di kebun […]

  3. Apa kedarahnya dia Ketua Pengarah kaki tangan Kerajaan nak memandai mandai tak mahu ikut arahan? Kalau tak setuju, letak lah jawatan. Dah teruk sekali pemikiran dan tingkah laku sekarang punya kaki tangan Kerajaan.

    Jangan lah gigit tangan yang menghulur rezeki kamu. Tak setuju, cakap. Tulis memo panjang panjang, beri hujah sampai ke malam di mesyuarat mesyuarat dll. Tapi selepas di pertimbangkan oleh boss, dibuat keputusan, walau pun tak setuju lagi, kena ikut arahan. Kalau tak, resign. Mengarut punya keadaan. Tahu lah berhemah, beradab sopan. Jangan melanda landa macam ribut taufan. Nanti di buang kerja kau akan jadi kapan.

    Nak main politik, letak jawatan. Macam Aziz Bari UIA yang baru nampak anak jantan. Lihat lah dia menyembah Nurul Izzah sedikit macam Tuhan. Tapi di FELDA masa depan Melayu banyak bergantung di situ. Tak boleh di pertikaikan isu isu yang boleh menyebabkan Melayu tertipu.

  4. Biasalah tu nak lawan supaya dapat jadi director, nanti senyap le sebab dapat durian runtuh kalau jadi director. siapa tak nak jadi director FGVH mesti berebut-rebut supaya dapat kesenangan dengan mudah dengan tanggugjawab yg sedikit.

  5. Big Guy,

    Aku harap posting ko ni sebenarnya utk setting minda org Melayu, terutama org Felda. Bagus gak idea bagi kat PNB, bior ramai org Melayu merasa.

    Merata Malaya org dok mengata, “Asyik asyik bagi kat Felda ja!”.

    Macam ko tulis, org Felda ni byk lak cekadak! Mengada ngada sgt, nanti pandan muka bila PUTIH MATA!

    Bagi org lain je la merasa FGVH. Lagi pun hasil dari bisnes FGVH ialah duit Kerajaan, bukan duit peneroka. Harta peneroka tak usik pun dlm FGVH ni. Yang byk sangat cekadak tu apa hal???

    Org Felda ni tak reti diuntung! Dah 50 thn ditatang Kerajaan pun byk cekadak gak lagi!

  6. Melayu memang terkenal dengan ketamakan. Sanggup menindas dan mereka2 cerita untuk kesenangan diri sendiri. I tak rasa kerajaan nak menindas rakyat. Yang pelik, generasi kedua Felda ni naik lemak. ANAK memang tamak. Kalau tak, takkan la kita dengar anak bergaduh rebut harta mak bapak kan?

    p/s: Rumah peneroka FELDA besar nak mati. Kalo yang buruk kecik tu sebab dorang malas nak gi pungut sawit, memang pemalas. Memangla tak ke mana.

  7. Nampak sangat ‘champion’ kepada golongan minority/pembangkang idea baik ini adalah orang-orang yang berkepentingan. Sedihnya yang menjadi taruhan ialah masa depan peneroka yang tak semua faham tentang dunia perniagaan di peringkat tinggi sebegini.

    Setuju degan saudara Isa, KSN tak bolehkah ambil apa-apa tindakan? tukarkan all these litte Napolen ke kementerian alam sekitar ke, kemeterian luar bandar ke, atau hantar mereka ni ke salah sebuah kedutaan Malaysia di Afrika?

    Setuju juga dengan Anak Watan Johor:

    “……..Lagi pun hasil dari bisnes FGVH ialah duit Kerajaan, bukan duit peneroka. Harta peneroka tak usik pun dlm FGVH ni. Yang byk sangat cekadak tu apa hal???”

    Dah diberi peluang dan bantuan yang melimpah ruah alih-alih nak percaya pada orang yang tak pernah pun prihatin dengan nasib mereka kalau tak kerana tembolok sendiri!!!! (termasuklah segelintir kecil yang bergelar “anak”)

  8. […] 5,000 warga kerja FELDA) membuat keputusan diluar perencanaan Perdana Menteri, maka mungkin keputusan akhir mengenai penyenaraian FGVH akan berubah dan tidak lagi memihak kepada peneroka FELDA…. Share this:ShareTwitterLike this:LikeBe the first to like this post. Published […]

  9. […] terus berlaku, walaupun terdapat halangan seperti ‘Musuh Dalam Selimut’ ini. Sekiranya ada pihak yang rasa ‘putih mata’, maka jelas siapa yang mengkhianati mereka. 3.151775 101.701859 Share this:ShareTwitterLike […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: