Hassan Ali: Saya tidak terfikir pun saya Exco mewakili PAS

Exco Selangor Hal Ehwal Islam Dato' Dr Hassan Mohamed Ali dalam Soal Jawab 21 Disember

“Masa saya ambik keputusan itu, saya tidak terfikir pun saya Exco mewakili (parti saya) PAS. Bagi saya, pada masa itu ianya tanggung jawab bagi menentukan akidah orang Melayu sesama Islam seperti saya tidak rosak atau dirosakkan”, penjelasan tegas Exco Kerajaaan Negeri Selangor bagi Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali dalam program Soal Jawab, apabila dibincangkan mengenai isu kontroversi Damansara Utama Methodist Church (DUMC).

Beliau ditemu ramah Pengarah Eskekutif Berita Kumpulan Media Prima Dato’ Ahmad A. Talib mengenai apa yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church, Seksyen 13 Petaling Jaya pada 3 Ogos 2001 iaitu awal Ramadhan lalu. “Tiada storming berlaku. Hanya yang berlaku ialah siasatan, yang dibuat secara teratur”.

Beliau juga menjelaskan pertama dalam TV apa yang berlaku, “Kami mendapati buka puasa yang berlaku ialah sejam lewat. Terdapat pentas dan mereka memberikan ceramah mengenai Kristian. Semua warna malam itu ialah warna Kristian”, bagi mengambarkan nada, kandungan dan penyampaian keseluruhan majlis malam itu memberikan fokus mutlak mengenai Kristian dan mengagungkan ugama itu, kepada beberapa orang Islam yang dijemput khas.

Dr Hassan juga meluahkan kekecewaan beliau apabila ada pemimpin Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai apa yang berlaku di DUMC kepada media, tanpa mendapat maklumat komprehensif, termasuk siasatan yang lengkap dilaporkan mengenai saluran yang betul. Jelas, beliau memaksudkan Meneteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pemimpin PAS Selangor seperti MP Shah Alam Khalid Samad.

Khalid sebagai MB Selangor begitu pantas memohon maaf kepada Pastor Kanan Ho kerana siasatan JAIS keatas DUMC itu, sedangkan Ho enggan bertemu pegawai JAIS untuk membantu siasatan.

Apabila ditanya mengenai proses memurtadkan akidah umat Islam, sebagaimana yang didapati berlaku di DUMC, Hassan menegaskan “Apa yang berlaku di DUMC itu sedikit sahaja. A drop in the ocean“. Beliau juga menjelaskan apa yang mereka dapati itu tidak mudah untuk dibawa ke proses keadilan “Apa yang boleh dibuktikan dalam Mahkamah itu agak rumit”.

Beliau juga menjelaskan tugas beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi hal ehwal Islam menjadi mudah kerana kerjasama yang baik dari Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor. “Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga memberikan perhatian bagi hal ehwal Islam”.

“Bagi saya perjuangan ialah Islam, hal ehwal dan adat resam orang Melayu dan institiusi Raja. Bagi saya, sekiranya ketiga tiga ini beres, orang Melayu akan menjadi kuat. Baru kita sama sama dengan orang lain (Bukan melayu dan Islam) sama sama bangunkan Malaysia”, penerangan ADUN PAS bagi Gombak Setia itu. “Saya menyertai PAS dari zaman Dato’ Fadhil Noor. Saya adalah seorang dari sekular. Saya tertarik kepada Kepimpinan Ulama’ itu dan kesederhanaan hidup oleh pemimpin PAS ketika itu”.

“Keseluruhan perjuangan landasan, menurut pandangan golongan tertentu, telah tersasar. Masih ada (dalam parti) yang tidak selesa dengan shift (perubahan) yang berlaku. Mereka masih mahu PAS memartabatkan Islam”. Apabila ditanya mengenai ‘Kempipinan Ulama’, “Sudah berlaku perubahan kuantiti. Dahulu, 65-70% AJK Pusat ialah dari golongan Ulama. Sekarang sudah berubah. Bukan dari komposisi pemimpin tetapi juga soal dasar. Perubahan juga berlaku kepada kualiti. Pertanyaan ramai ‘Kemana arahnya parti’?”.

“Kalau kita masih utamakan formula (kerjasama dengan DAP dan PKR), maka sudah tentu kita mengabaikan penyokong penyokong tegar kita, iaitu orang Melayu”, merupakan penjelasan ikhlas seorang pemimpin PAS yang kecewa dengan hala tuju memartabatkan Islam yang tergamak dikorbankan demi kerjasama bersama DAP dan PKR. DAP sebagai parti Chauvinis Cina merupakan parti yang terang terang menunjukan sifat anti Melayu dan anti Islam mereka.

“Kalau saya dikatakan ‘berseorangan’, mungkin dari sudut functionality. Tetapi masyarakat menyokong saya. Ada poll yang dibuat, 98% menyokong saya. Dari sudut itu, saya tidaklah berseorangan”.

Untuk soalan mengenai ‘kegembiraan’ apabila Pakatan Rakyat mendapat kuasa, “Semestinya kita gembira apabila mendapat kuasa. Kita gembira kalau dapat menawan Putrajaya. Tapi ‘pekikan kemenangan’ itu tidak ada makna sekiranya ugama Islam kita entah kemana, kedudukan orang Melayu entah kemana, institiusi Raja entah kemana”.

Keikhlasan tidak tergamak untuk mendapat kuasa dengan menggadaikan kedudukan orang Melayu, kesucian ugama Islam dan institiusi Raja Raja Melayu yang menjadi tunggak identiti orang Melayu-Islam dibumi Malaysia ini jelas prinsip asas Dr Hassan tidak boleh dikompromi dengan apa keadaan sekalipun, termasuk beliau telah pun merasai kuasa eksekutif dalam negeri paling kaya dalam Persekutuan Malaysia.

Dr Hassan mengakhiri temu ramah sejam itu dengan ikrar ini, “Saya akan bersama apa jua gerakan yang mempertahankan uagma Islam, kedudukan orang Melayu dan menjulang institiusi Raja Raja. Saya dibina dalam suasana itu dan tidak mampu saya mengorbankan tiga prinsip ini”.

*Dikemas kini 0030hrs 22 Disember

Advertisements
Published in: on December 21, 2011 at 23:32  Comments (21)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/12/21/hassan-ali-saya-tidak-terfikir-pun-saya-exco-mewakili-pas/trackback/

RSS feed for comments on this post.

21 CommentsLeave a comment

  1. Pada perenggan ketiga, “pemimpin UMNO Selangor seperti MP Shah Alam Khalid Samad.”

    Khalid Samad pemimpin UMNO?

  2. dh hassan ali. cakap macam xde akal

    • yg bg komen nie pun mcm xde akal jugak aku tgk~ if nk sanggah pendapat orang. tolong kemukakan fakta.Kalau xde fakta, gi kedai kopi la. akal ade tau gne x?

    • Dia banyak ada akal. Lebih dari yang lain. Saya skong penuh dia.

      • Sokong Dr Hassan Ali, maksud saya.

  3. Either he has lost his soul or it has been bought…
    He’s harping in sync with what UBN is harping.. Good bye Hasan Ali. Good riddence.

    • adieu9…probably u don’t understand this issue. Guess its time for u to listen and shut up. This is about MALAY UNITY, ISLAM and MALAY ROYALTIES! If the all the Muslim Malays unite, no one can rule this land. DAP are ultra racists party and will destroy the harmony and peace of this country. You managed to live during BN rule without any problem so, be grateful. Otherwise, just walk out of this country.

    • adie9. In contrarary, it is Anwar Ibrahim and his cronies which includes PAS which have SOLD their SOULS to DAP to fulfill Anwar’s evil ambition to become the prime minister of Malaysia BY ALL MEANS.

      Anwar Ibrahim will definitely GO TO JAIL on 9 January 2012. You too may join Anwar Ibrahim if you wish

  4. I dont think he was bought. in UMNO pun, Rais Yatim and Ku Li pernah ada tak puas hati dalam UMNO. But did they ever masuk PAS? NO. Same thing happen with Hassan Ali. I don’t think he will be with UMNO. Adala tu yang tak kena. And as a matter of a fact, PAS memang dah celaru dah.

    • UMNO is where the money source. So even though Rais or Ku Li may be not satisfy with UMNO, they will not leave UMNO for the poorer PAS.

      • Just so you know, I don’t think everyone can be bought by money. And they did left UMNO for a while and tubuhkan Semangat 46. They never agree with PAS idealogy, that’s the reason. not money. Same goes with Hassan Ali. I’m not saying Ku Li and Rais are best example, but there is UMNO/ PAS leaders that are working for people.

  5. Pakatan’s Achilles Heel.

  6. Apa yg diutarakan oleh Hassan ialah aspirasi berpuluh ribu akar umbi Pas. Ini bukan benda baru.

    Dap/PKR bergantung kepada undi org Melayu Pas. Lepas siaran semalam, mesti ramai org Pas yg dulu rela hati bagi undi kepada Dap/PKR akan kaji balik kedudukan mereka sendiri; korbankan ugama, kepentingan bangsa sendiri & Raja, demi kuasa utk bagi kpd Cina Kominis Dap & penyokong peliwat???

    Allah selamatkan Malaysia dari mereka ini!

  7. Dh Hassan Ali kononnya menegakan Islam, JAKIM pastti juga tahu hal ini dimana orang2 Melayu Islam yang telan banyak beragama Kristian. Kalau nak berjuang pun janganlah masukan kepentingan politik. Saya ada terdengar dan terbaca bahawa Dh Hassan Ali pula mengeluarkan orang Melayu Islam dan mengatakan mereka “murtad”, dimana pula kelebihan beliau yang boleh memurtadkan orang Islam sedangkan Nabi saw sendiripun tidak boleh karena hal kepercayaan ini terletak secara mutlak ditangan Allah swt sahaja dan tidak ada seorang manusia juga yang boleh mengatakan sebaliknya. Kepercayaan Agama adalah ‘antara seseorang itu dengan Tuhannya’ dan bukannya diitetapkan oleh mana2 kerajaan atau pihak atau orang tertentu.

  8. Saya setju sgt dgn ‘Darlyn Azlinda’. Dikalangan orang orang politik dan pegawai2 kerajaan ada yg kuat iman dan ikhlas…klu tidak dah lama hancur negara kita…dan juga umat islam d negara ini masih membela kesucian agama..merekalah yg dikatakan hati saperti waja…insyallah kepimpinan akan sampai kepada mereka juga..

  9. Yang menarik:

    1. Dr Hassan pertahankan Melayu, Islam dan institusi Raja Raja.
    2. Dia kata penyokong PAS akan hilang ta’at setia kpd PAS kerana tak pertahan 3 perkara itu. Kita dah tahu tapi dengar Dr Hassan cakap, menguatkan penilaian itu
    3. Ada yang lain selain dari dia yang tak puas hati. Kita tahu penggelan antara puak professional (jugak di panggil Erdogan) dan puak Ulama. Tapi dengar Dr Hassan yang kata demikian, lebih sahih.

    Saya mahukan PAS berpecah kalau tak cabut dari PR. Kepala keras, tak mungkin PAS-UMNO bersatu. Tapi kalau dia orang berpecah dianata puak atau antara kompnen PR, tak teruk sangat Melayu.

  10. PAS boleh berdiri atas pletform nya sendiri dan tak perlu berpakat dengan DAP dan PKR. Baru lah prinsip perjuangan asas tak tersasar jadi sekular. PAS boleh jadi ‘power broker’ dalam Parlimen jika ia ‘stand alone’ dan boleh memperjuangkan prinsip nya dengan lebih berkesan iaitu tanpa terikat dgn BN atau parti- parti pembangkang lain, tapi menyokong atas dasar ‘case by case’ dan ‘issue by issue’ yang difikir paling hampir sama dengan prinsip dan aspirasi perjuangan PAS yg asal.

    Strategi PAS sekarang hanya untuk menang bersama DAP dan PKR dan apa-apa masalah kompatabiliti ditolak tepi. Ini boleh dianggap sebagai politics of expedience for the sake of power. Bila dapat power, adakah ia real power atau superficial power. Sebab kita tahu DAP will be the lead power and the other two will get illusion of power.

  11. Saya fikir ini semua hasil godaan Anwar Ibrahim yang ada sefahaman dengan Khalid Samad, ketua kumpulan professional (di gelar Erdogan) di dalam PAS. Erdogan telah berjaya menandingi kumpulan Ulama yang termasuk Dr Hassan Ali.

    Kita tahu Anwar tidak ada perinsip, tidak ada batas bagi mendapatkan kuasa. Khalid Samad nampaknya serupa dia. Percayakan boleh mendapat sokongan kaum Cina jika PAS gugurkan Negara Islam yang merangkumi Hukum Hudud. Tetapi mereka salah duga. Banyak ahli dan “penyokong tegar PAS” (istilah Dr Hassan) kecewa dan merongot. Nik Aziz sedar akan hal ini dan telah memungut balik Hukum Hudud dan cuba mempromosinya lagi. Anwar juga kemudiannya sedar dan telah menyokong Nik Aziz. Nik Aziz di sembur dek Karpal Singh tak habis habis. Walau pun sudah ada “persetujuan tak bersetuju” di mana PAS boleh promosikan Hudud tapi implementasinya perlu di rundingkan.

    Selain dari Dr Hassan Ali, kita tahu bahawa Pemuda PAS pun tidak puas hati. Naib Ketua Pemuda, Nik Abduh, berani menulis di dalam Harakah membidas lidah rasmi itu yang menyiarkan karikatur nyata menghina bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
    Nik Abduh kata “Harakah mesti beretika, berakhlak, tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh”.

    Kucar kacir nampaknya PAS. Saya tidak ada halangan jika parti itu tumbang. Melainkan mahu pertahankan hak dan kepentingan Melayu, Islam dan institusi Raja Raja Melayu, seperti yang di dokong oleh Dr Hassan Ali dan kumpulannya di dalam PAS.

  12. […] Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor mewakili PAS Dato Dr Hassan Mohamed Ali yang kini berani keluar mengkritik perjuangan parti sendiri yang ramai ah…, menjelaskan bahawa media rasmi PAS sendiri mengekang aliran maklumat sebenar kepada ahli […]

  13. […] Lupakah sudah kita akan kejadian memurtadkan orang-orang yang beragama Islam di gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?  Saya pernah menulis mengenai perkara tersebut setelah bertemu dengan mereka-mereka yang pernah dimurtadkan di gereja yang berada di kawasan parlimen Tony Pua dari DAP. Dr Hassan Ali yang ketika itu merupakan Exco Agama Islam di Selangor menzahirkan kekecewaan beliau terhadap kepimpinan negeri yang diterajui Melayu PKR yang terpaksa tunduk kepada kehendak DAP. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: