Dr Hassan Ali: Saya dipecat kerana kritik Anwar

Dato' Dr Hassan Mohamed Ali sedang berucap. Turut hadir (dari kiri) Presiden PERAKSA Dato Ibrahim Ali, ialah Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat isa, Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Hssan Basri dan Bekas S/Usaha Perhubungan PAS Selangor Norman Toha (berdiri)

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Hassan Ali menjelaskan bahawa beliau dipecat sebagai ahli PAS kerana mengkritik Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Saya mempersoalkan mengapa isu peribadi Anwar Ibrahim di jadikan sebagai agenda Pakatan Pembangkang. Saya tidak mahu rakyat diheret kedalam masalah peribadi dia yang kotor! Saya sering mempersoalkan justifikasi mengapa Anwar dijulang sebegitu rupa”.

Dr Hassan juga mempersoalkan tindakan PAS untuk memngugurkan slogan ‘Perjuangan Negara Islam’ dari parti dan sebaliknya tunduk kepada tekanan Pakatan Pembangkang, “‘Negara Berkebajikan’ ini sudah lari dari perjuangan asal PAS, iaitu menubuhkan negara Islam”.

Pemecatan Dr .Hassan dari PAS diputuskan Jawatankuasa Pusat PAS tengahari tadi. Beliau tidak diberikan untuk mempertahankan diri semasa JK Pusat PAS bermesyuarat dan membuat keputusan itu.

Hasan Ali terkejut dipecat daripada Pas

08/01/2012 7:07pm

SHAH ALAM 8 Jan. — Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, beliau amat terkejut dengan tindakan drastik jawatankuasa Pas pusat yang memecatnya sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta merta hari ini.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata, beliau berasa sedih kerana usahanya memperjuangkan agama Islam selama ini dibalas dengan tindakan pemecatan itu.

“Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil.

“Saya akan memanggil sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web organ parti itu, HarakahDaily, hari ini berkata keputusan memecat Hasan dibuat pada mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti. — BERNAMA

******************

Ini merupakan berita pemecatan Dr Hassan Mohamed Ali dari lidah rasmi siber PAS:

PAS sacks Hasan Ali for undermining party

Harakahdaily
Sunday, 08 January 2012 15:02
Jan 8: PAS has sacked Selangor exco Dr Hasan Ali effective immediately, based on a decision by the Central Committee.In a short statement, PAS president Abdul Hadi Awang said the decision was reached based on a provision in Paragraph 82(9) of the party’s constitution.Hasan has been in the limelight in recent weeks over his public criticisms of PAS policies aired through UMNO-owned media. In his latest remarks, Hasan lashed out at Selangor PAS for its decision to lend support to the rally at the Jalan Duta court complex on January 9, on a day a guilty verdict on Opposition Leader Anwar Ibrahim in the sodomy allegations is widely expected.His call however was dismissed by top party leaders, including Hadi, who said he would attend the rally.Click here to watch PAS president’s announcement on sackingIn an immediate reaction, PAS Youth chief Nasrudin Hassan expressed full support for the decision to sack Hasan. Saying the decision was reached through consultation, Nasrudin said Hasan’s sacking would serve as a challenge to the latter to prove his commitment to the Islamic struggle as he had repeatedly claimed.Recalling the sacking of former PAS secretary general Abu Bakar Hamzah, Nasrudin said instead of turning against the party for the decision, Abu Bakar had stayed true to the struggle and had finally returned to party folds.Anti-PAS statementsHasan, a motivational speaker who joined PAS in the aftermath of Anwar’s sacking as former deputy prime minister in 1998, quickly rose to become a PAS vice president and was appointed Selangor PAS’s commissioner, until he was replaced by Dr Abdul Rani Osman last year.AMONG FRIENDS … Hasan poses with staunchly pro-UMNO blogger Zakhir Mohamad (left) and Utusan Malaysia editor Zaini Hassan, at a Hari Raya gathering last year
The 65-year old Hasan, who had frequently appeared on television as host on officially-sponsored religious talk shows prior to his joining of PAS, won the Gombak Setia state seat in the 2008 general elections, before being appointed to head the state’s Islamic Affairs, Malay Customs, Infrastructure and Public Amenities portfolio.

His sacking today was said to be inevitable, following several statements to UMNO-controlled media, including one in which he spoke out against PAS’s ‘benevolent state’ concept mooted by the party in the presidential address during party Muktamar last year. Hasan also reportedly said that he felt in tune with sacked PKR member of parliament Zulkifli Noordin over several issues on Islam.

Hasan’s complaint among others was that the ‘professionals’ had outnumbered the ‘ulama’ in PAS, leading the Islamic party to deviate from its struggle. Later, PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat told Harakahdaily that Hasan had met him and apologised for his outbursts. However, a day later, Hasan lashed out at Harakahdaily for misreporting and denied that his meeting had anything to do with his anti-PAS statements.

Earlier, his public statements criticising PAS were followed by a sharp rebuke from secretary general Mustafa Ali, who accused Hasan of dancing to UMNO’s tune in order to undermine PAS. He was also chided by vice president Mahfuz Omar who said Hasan was free to leave PAS, and by Muslimat wing’s deputy head Dr Siti Mariah, who described Hasan as a “cancer in PAS who is still well-loved”, lamenting the absence of any disciplinary action.

Under party constitution, Hasan can still appeal against the decision to the party’s Shura council, the party’s top decision-making body.

***********************************

Beliau juga menegaskan bahawa “Anwar tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana isu moral dan akhlak yang buruk”.

Exco Kerajaan Negeri Selangor atas hal ehwal Islam dan istiadat Melayu juga menjelaskan bahawa Perjuangan PAS tidak lagi tertutup kepada memartabatkan Islam dan Kepimpinan Ulama bukan lagi teras Parti. “Sebaliknya, mereka yang bersetujui dengan seorang yang ada isu moral Besar (Anwar) dijadikan calon PM”

“Dia buat kenyataan, dari dalam penjara pun nak jadi Perdana Menteri. Saya tak mahu komen hal ini”.

“Saya tidak sanggup membiarkan anak anak orang Islam tidak boleh mengucap kalimah Syahadah. Kalau kalimah Allah mereka boleh gugurkan dan tiada siapa berjuang untuk mempertahankannya, apatah lagi isu lebih seperti DUMC dan memurtadkan orang Islam dan Melayu?”, Dr Hassan meluahkan kebimbangan beliau.

ADUN PAS bagi Gombak Setia itu juga mempersoalkan golongan Attarturk yang sedang menguasai Kepimpinan PAS dewasa ini, “Cabaran memartabatkan Islam ini amat besar sekarang ni. Kalau saya dan kawan kawan yang tahu (soal Islam) tidak mampu membawa mesej Islam ini, siapa lagi yang mampu? Siapa lagi dalam PAS yang pertahankan (ancaman keatas Islam) ini semua?”.

Semenjak golongan Attarturk ini menguasai PAS, beliau telah digugurkan dari Pengerusi Perhubungan PAS Selangor dan telah beberapa kali di’gam’ dari mengeluarkan kenyataan. Kepimpinan Perhubungan PAS Selangor hari ini amat mendukung idealogi liberal, sehingga tergamak membelakangkan isu yang mencabar kesucian Islam seperti tindakan memurtadkan orang Melayu yang sebagaimana dibongkar oleh JAIS pada 3 Ogos 2011.

Dr Hassan juga berikrar “Walaupun saya tidak lagi dalam PAS, namun saya akan teruskan Perjuangan memartabatkan Islam, isu Melayu dan institiusi Raja Raja tidak agak berganjak”. Beliau menerima tepukan gemuruh dari penyokong, yang juga melaungkan tabir “Allahu Akbar” sebanyak tiga kali. Beliau bertemu penyokong dan media di rumah yang beralamat di Pinggiran Taman Dr Ismail, barat Kuala Lumpur malam ini.

Turut hadir memberikan sokongan kepada beliau ialah Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali, Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Norman Toha dan Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Hassan Basri. Beliau akan memanggil satu sidang media dalam beberapa hari lagi dan akan menjawab semua soalan dari pihak media. “Saya akan jelaskan semuanya”.

Dalam ucapan beliau, Ibrahim memuji perjuangan konsisten Dr Hassan dalam isu Islam, Melayu dan institiusi Raja Raja. Beliau juag menawarkan PERKASA seabagi platform bagi Dr Hassan meneruskan perjuangan itu. Ustaz Nasharuddin pula membuat pengesahan perjuangan Dr Hassan melalui PAS, “Saya banyak belajar dari beliau. Kommitmen beliau dalam memartabatkan Islam adalah konsisten”.

Kemudian pemimpin tertinggi PAS dari golongan Ulama Dato’ Haron Din, Dato’ Ismail Kamus dan Taib Azamuddin juga kelihatan mengunjungi Dr Hassan dirumah. Jelas golongan Kepimpinan Ulama masih lagi terus menyokong perjuangan beliau.

* Dikemas kini tengah malam

Published in: on January 8, 2012 at 22:30  Comments (19)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/01/08/dr-hassan-ali-saya-dipercayai-kerana-kritik-anwar/trackback/

RSS feed for comments on this post.

19 CommentsLeave a comment

  1. Dah kena pecat tu dah la pa yang nak di sungutkan. Kalau rasa diri hebat buat la wadah perjuangan yang serasi dengan diri sendiri dan cari la pengikut sendiri dan jangan jadi macam presiden KITA.
    But if you can be like Ibrahim Ali at least something or else just go away and don’t be like zul Nordin. Buat letih badan je Pak Hasan woi! Mungkin dah tak laku dan kalau UMNO ambil dia pun rasa nya akan menambah kerosakan UMNO je. Biarkan biarkan…. anak cina makan pengat hahahah sendiri mahu ingat.

    • Apa yang dia dah buat yang lari dari asas Islam sampai PAS tak tahan? Kalau kritikan beliau berwadahkan Islam, seharusnya pemimpin PAS mendengar dan menerima dengan baik.

      Adakah perjuangan PAS menuju kepada menegakkan ISlam atau perjuangan untuk menang pilihanraya sahaja… maka sehingga perlu bersekongkol dengan chauvinist DAP yang jelas anti Islam.

      Apa ni … bila dikritik sedikit terus menggelabah.. Bagaimana nak memerintah … Itu pun tak boleh nak tahan?

    • anak cina makan pengat hahahah sendiri mahu ingat..why have to be racist in even your quote? fucking bastard

  2. Saya harap Dr Hassan Ali akan merayu dan di terima teruskan jadi Ahli PAS. Perlu ada orang seperti dia, Dr Haron Din, Nashruddin dan sebagainya di dalam PAS. Kalau tidak jahanam parti itu di godeh Anwar dan di gundik DAP.

    Saya fikir bukan ramai sangat kumpulan professional atau Erdogan di dalam PAS. Yang Dr Hassan sebutkan itu ialah ramai yang terpengaruh oleh kumpulan Erdogan. Seperti di Muktamar PAS bulan Jun lalu. Sehingga gugur berdentum impian Negara Islam PAS.

    Saya fikir penyokong penyokong kumpulan Erdogan akan sedar bahawa PAS sudah lari dari tujuan asal mereka dan ramai yang akan meninggalkan Erdogan dimasa akan datang. Saya harap Anwar Al Juburi (pangkat Mat Sabu beri) akan masuk penjara lagi dan PR akan berpecah. Bila itu berlaku, kuranglah godaan di dalam PAS.

    Walau apa pun, saya fikir UMNO bersedia menerima Dr Hassan. Perkasa pun sudah menawarkan pelantar baginya. Tapi kerana dia kata banyak pemikiran Zulkifli Nordin menarik perhatiannya, mungkin dia akan menjadi ADUN bebas. Saya ucapkan selamat maju jaya kapadanya di mana saja dia berada. Saya suka pendiriannya terhadap Melayu, Islam dan institusi Raja Raja.

  3. BigDog,

    Forget Anwar!

    He is gone already. No one trust him now.

    You & other bloggers should train your guns now towards this episode of the unceremonious sacking of Dr Hassan Ali by JK Pusat PAS yesterday. Dr Hassan wasn’t even allowed to defend himself.

    This is a very serious agenda here. An agenda of protagonists against Islam, Melayu & Institiution of Raja Raja Melayu.

    Will there be a:
    1. A ‘Flip-Flop’ decision by Majlis syura when the meet within 30 days on this case
    2. The mood & allegiance of PAS as a whole now that is very clear JK Pusat PAS pander towards whims/fancy of these newly elected Attarturks/Erdogan & taking direct instruction from PKR
    3. Ulama Vs Attarturk/Erdogan
    4. ‘Islamic Revolution’ at grass root level

    Remember, now we can see clear division in PAS.

  4. With Anwar acquitted for lack of “corroborative evidence”, he can do a lot of damage to the Malay and the Islamic cause.

    His kind who lied on the so-called “Police brutality” on him during the Bersih rally, has been causing Malay disunity, went abroad to smear the name of this country, etc, must be constantly and vigorously criticized every time he does anything along those lines again, argued and counter-argued every time he puts out adverse propaganda, from now until PRU13.

    The places to do so include this blog. I’d fully support frequent posts on Anwar and the Pakatan Rakyat here from now until PRU13. I believe the well being of the Malays and the country will be seriously injured if he and his cohorts get to Putrajaya.

    • buat sementara, kita terima saja keputusan mahkamah. apa yg penting ialah kita cuci rumah kita dari sampah2 yg busuk sbb rumah yg busuk, tiada siapa yg akan menziarahinya. fikir2kan seblm byk lg kertas undi mnjadi abu spt 08.

      masih lg umno dlm hati
      ~otai green lane~

    • The facts for judgement aside, it is a good thing that he was not found guilty. At least, there is no “emotional package” going forward to the next election. Please remember that there are only 2 mill umno member. Many more malays are observers and are not shy to change side (vote that is) if they feel “meluat”. How easy to influence vote nowadays especially with internet.

      Gone are the days of blind loyalty. Let the war drum rolls … for election la.

  5. Salam

    Saya rasa ramai yang tersilap dengan nawaitu sebenar PAS dan Anwar . Hakikatnya, kedua-dua pihak ini ingin mencorakkan Islam berdasarkan acuan USA dan Israel (USAI).

    Ciri-ciri Islam USA dan Israel (USAI) adalah ciri-ciri Islam yang juga di dokong oleh puak Erdogan di Turki dan golongan Islamis yang menggelar diri mereka reformis seantero dunia.Dalam konteks fikrah Islamiah dunia kini, selain Shiah di Iran, rata2 gerakan Islam di dasari dua pendekatan yakni, pendekatan fundamentalis obscurantist (wahabi tulen spt Taliban), fundamentalis separa-moderat (wahabi saudi Arabia serta Ikhwanul Muslim di mesir cthnya) atau fundamentalis reformis (pseudo-Wahabi) walaupun di sana juga ada cabang-cabang.Apapun semua fikrah ini berkiblat kepada USA, yakni takrifan Islam USAI.

    Hakikat sebenarnya ialah Islam USAI ialah penyelewengan nyata terhadap Islam yang di bawa Rasulullah(saw) dan yang ditetapkan dari azali oleh Allah azza wa jalla.

    Antara ciri utama Islam USAI ialah:

    1. berlembut kepada yang kaffir terutama golongan kristian dan Yahudi laknatullah.

    2. mendokong fahaman ekonomi neo-liberal disebalik laungan palsu negara kebajikan

    3. berpura-pura demokratik dan telus tetapi sebenarnya bersifat opresif dan kabur

    4. membenci sebarang fikrah atau ideologi yang bertentangan dengan Islam USAI

    5. mendahulukan atau meyamakan kepentingan Kaffir dengan kepentingan Islam terutama dalam soal penyamarataan hak. untuk tujuan ini, kata muluk digunakkan bagi meracuni pemikiran Islam lain agar berlaku adil kepada puak kaffir walhal nas dan dalil tidak menyokong pendustaan ini.

    Antara pelopor utama Islam USAI adalah Fatehullah Gulen(1) dari Turki yang mendapat suaka politik dan perlindungan kerajaan US. Organisasi Gulen merupakan organisasi yang bertanggungjawab menaikkan Recip Erdogan (2) dan puak partai AK di Turki. Andasar perjuangan Gulen ialah mencipta satu versi Islam moden yang secocok dengan aliran sekularis. Dalam ertikata mudah, ini melibatkan penyelewengan ajaran Islam asal agar senada dengan kehendak sekularis yang anti-Islam atau yang bersifat atheis.

    Organisasi Gulen ini jualah yang menyumbang dana terbesar kepada beberapa institusi di dalam dan di luar Amerika antaranya Georgetown Universiti(3), di mana Anwar Ibrahim(4) kini berkhidmat.. Tidak mustahil Anwar Ibrahim dan golongan Erdogan dalam PAS berkiblat kepada Gulen dan ideologi Islam USAInya.. Pokoknya, kebanyakkan tindak tanduk Anwar Ibrahim adalah mirip tindakan Gulen dalam menyusup dan melemahkan organisasi seteru.

    Dalam konteks politik tempatan, Islam USAI kini menemui pentafsirannya dalam bentuk kerjasama erat di antara evangelikal Kristian dalam DAP serta puak Erdogan/Gulen dalam PKR dan PAS bagi menjelmakan no (1) diatas. Kesatuan puak extremis Kristian dengan puak Erdogan bakal melahirkan implikasi negatif kepada struktur sosio-politik masyarakat majmuk Malaysia terutama masyrakat Melayu-Islam. Antara petanda awal akan gandingan ini adalah keizinan puak PAS dan PKR menggadaikan akidah demi membenarkan Kristian mengguna kalimah ‘Allah”, mempertahankan usaha-usaha tabligh Kristian dalam kalangan Melayu-Islam, membenarkan pencerobohan masjid oleh tokoh Kristian yang bernajis seperti Teo Nie Ching

    Dalam jangka masa dekat, ideologi gabungan USAI dan Kristian ini bakal memperlihatkan:

    1. terhakisnya dan berkuburnya institusi raja berperlembagaan di Malaysia.

    2. kehilangan hak-hak keistemewaan Melayu seperti yang termaktub dalam Artikel 153 perlembagaan Persekutuan susulan ketiadaan (1).

    3. pengenalan perundangan bercorak opresif dan represif yang bertujuan menghancurkan sebarang fikrah atau ideologi yang bertentangan dengan falsafah Islam USAI/Kristian eksremis.

    4. penguasaan mutlak keatas ekonomi Malaysia oleh puak kaffir dengan sokongan US dan sekutunya di rantau ini yakni Singapura. Malah. dasar neo-liberal Islam USAI akan menghakis apa jua inisiatif ekonomi Melayu-Islam yang sedia ada kerana penguasaan modal, supply-chain dan ‘means of production’ yang di nikmati golongan kaffir akan melebar secar lebih intensif dan drastik dan dengan kelebihan ‘economies of scale’ dan monopoli pasaran + distribution network yang di miliki, puak kaffir akan menghancurkan sebarang usaha Melayu-Islam berjaya dalam sektor ekonomi

    5. pengenalan sistem perundangan quasi-Islamik di mana hanya umat Islam yang di tekan oleh sistem shariah yang berlandaskan mazhab tertentu. Dalam konteks ini, saya nampak kemunculan suatu sistem pseudo-Wahabis yang berpaksikan personalitas tertentu seperti nik aziz serta tokoh2 lain seperti Maza, Juanda dan yand seangkatan yang pro-Islam USAI.

    6.hubungan yang intim dengan Amerika selari dengan dokongan yang diberikannya kepada pelopor Islam USAI. Dalam konteks global, Malaysia akan turut terseret kedalam permainan strategik Amerika, di mana kerana kedudukannya mengawal laluan Selat Melaka, Malaysia akan di gunakan Amerika sebagai pengimbang dalam konflik Amerika dengan Iran yang bakal meletus sebagai Armagedon yang di nantikan Kristian. Pada ketika inilah, puak Islam USAI akan menunjukkan taringnya yang sebenar dengan berdiri di sebelah Amerika serta Israel.

    Dalam nukilan yang ringkas ini, saya telah menggariskan apa yang bakal berlaku apabila Al-juburi dan puak Erdoganis berjaya di takdirkan menguasai Putrajaya. Perlu ingat, disebabkan kekangan ruang say tidak berupaya menggalurkan segala sub-plot dan kontradiksi dalaman hubungan Erdogan/Kristian DAP tetapi memadailah buat ketika ini saya menyeru kepada umat Islam yang mengaku beriman berwaspada terhadap muslihat dan niat jahat gerombolan ini.Wallahualam.

    • Bagus sekali penerangan Sdr ini. Saya harap Sdr selalu masuk di sini memberi penerangan. Ramai yang tidak sedar implikasi tindakan tindakan berbagai puak Islam di negara ini. Tindakan tindakan politik, terutamanya.

      Saya minat dengan apa tindakan tindakan yang boleh di ambil bagi membenteras, sekurang kurangnya mengawal, pergerakan mereka yang merosakkan aqidah Islam di negara ini. Akan berterima kasih jika dapat pendapat Sdr berkenaan dengannya.

      Kalau boleh dalam komen yang kurang panjang dari yang di atas. Boleh di tulis dalam beberapa komen. Maklomlah, ada yang macam saya ni kurang “attention span”. Lebih senang proses jika diberi “in small doses”! TK.

      • Insyallah, saya akan usahakan selagi di beri kudrat oleh Allah azza wa jalla. Sesungguhnya segala pujian layak untukMu jua, wahai Raja segala alam. Buat permulaan bicara, biar saya perincikan peranan golongan Wahabi (pendokong Islam palsu) dalam komplot ini.

        Ramai orang Islam perlu sedar bahawa Anwar dan PAS adalah pendokong gerakan Wahabi dimana gerakan ini direstui oleh CIA dan Israel.
        Perlu diperjelaskan disini bahawa 1. gerakan Wahabi dunia berkepala dua yakni elemen keganasan bagi merosakkan imej Islam sejagat dan 2. elemen reformis yang ingin menebuk Islam dari dalam agar acuannya dapat diselarikan dengan kehendak.
        Islam USAI

        No 1 di jelmakan dalam wajah Osama bin Laden. Sebenarnya 9/11 adalah usaha terancang syaitaniah wahabi terroris dan CIA bersatu bagi tujuan

        a. mengaibkan martabat Islam sebagai agama keamanan di mata dunia serta menanam kebencian terhadap agama suci yang diperturunkan Allah azza wa jalla kepada setiap umat sejak azali (ingat firman Allah dalam al-Quran mafhumnya: Ingatlah bahawa Adam, Ibrahim, Musa, Isa adalah Islam)

        b. menggunakan peristiwa tersebut bagi tujuan menjadikan Islam sebagai bogeyman baru mengganti Komunis Soviet agar gandingan kapitalis-tentera (military-industrial complex) dapat terus meraih keuntungan material melalui proses persenjataan (armaments) berterusan.

        c. lebih penting lagi ia bertujuan menanamkan pada mata dunia bahawa Islam lah anti-Christ yang disebut2 dalam Bible dan persiapan kearah Armagedddon akhir zaman perlu dipertingkatkan. Perlu ingat Kristian dan Yahudi senantiasa akan membenci Islam sehingga kiamat sesuai dengan firman Allah dalam al-Quranul Karim.

        Tun Dr Mahathir dan banyak lagi pakar serta para analisis telah berkali2 mendedahkan bahawa 9/11 adalah pengeboman terancang gandingan CIA dan Wahabi Osama dan jika dilihat dari perancangan strategik Amerika serta bukti saintifik andaian mereka ini berasas dan benar.

        Ringkaskan cerita, Osama yang di latih CIA di Afghanistan pada tahun 1990an dan di biayai kekayaan minyak Arab Saudi (negara pendokong Wahabi dan penyokong USA no 1 didunia Arab) menggunakan keganasan bagi mengaibkan Islam di mata dunia. Tetapi taktik Amerika/Wahabi ini mula di hidu dan sejak 2005, Osama kian senyap walaupun ia diketahui kedudukannya di Pakistan, namun USA tidak membunuhnya bagi terus mengadakan bogeyman bagi (b) di atas.Kemunculan Iran sebagai kuasa nuklear, perkembangan di Iraq dan Afghanistan dan kekecohan Arab Spring kesemuanya memberi peluang bagi US mengambil keputusan membunuh Osama yang kian tiada strategik value serta berkemungkinan membocor rahsia kotor komplot USA/Wahabi

        Maka sejajar dengan apa yang menimpa balaci US lampau seperti Shah, Noriega, Marcos, dan terkini Gaddhafi, Osama di sembelih (cuba lihat saja gambar-gambarnya anaknya dan pembantunya yang seolah-olah mereka mengalami ‘execution-gangland style) takut-takut dia memecahkan tembelang US dan Wahabi.

        Penyembelihan ini juga sedikit sebanyak berhubungkait dengan perubahan strategik USA dan Israel berdepan dengan Islam, yakni melalui penggunaan golongan Wahabi reformis bagi meracun Islam dari dalam. Disinilah akan terdedahnya peranan petualang-petualang seperti PAS dan AI. (bersambung, insyaallah esok)..

  6. Hasan tidak dipecat sebab Anwar tapi kerana Hasan bodoh macam lembu…Osama agen CIA? Satu lagi lembu bercakap…

    • Kamu bodoh mcm keldai?

      Haba haba.

      • Salam

        Segala puji-pujian kepada Allah azza wa jalla kerana di berikan kudrat untuk menukil bahagian seterusnya

        Terlebih dahulu saya ingin mohon laluan dan juga maaf kepada tuan blogger kerana banyak menggunakan ruang untuk menjelaskan perkara ini.

        Sehubungan dengan itu juga saya tidak berhasrat melayan kerenah kebudak-budakan yang di tonjolkan insan bernama ‘Jabba”. Cuma link ini harap membantu menjernihkan “ignorance” yang menyelubungi diri saudara/i:

        http://en.wikipedia.org/wiki/CIA__Osama_bin_Laden_controversy
        http://newsone.com/newsone-original/casey-gane-mccalla/cia-osama-bin-laden-al-qaeda/
        http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/1670089.stm

        Dalam konteks strategi perang US dan Israel, penggunaan double agent adalah lumrah dan insiden seperti 9/11 sering dicetuskan oleh CIA, MI5 dsbnya bagi membentuk persepsi umum tentang musuh.

        Berbalik kepada perbincangan semalam, ingin saya tegaskan kupasan ini tidaklah mendalam memandangkan kekangan ruang tetapi saya akan berusaha, insyaalah memberi gambaran yang
        secukup mampu. Sebelum melanjutkan pendedahan tentang apakah itu strategi memperalatkan Wahabi reformis untuk melemahkan Islam dari dalam, izinkan saya dulu memberi mukadimah tentang PAS dalam konteks perbincangan.

        Umum di ketahui bahawa PAS merupakan satu parti yang mendakwa memperjuang Islam tetapi umum juga sedia maklum tidak ada persoalan tentang apakah JENIS Islam yang diperjuangkan itu. seolah-olah kenyataan PAS iti diterima sebagai hakikat. Ini adalah satu sebab mengapa penyelewengan akidah mudah menular dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam yang cetek ilmu dan mudah menerima sesuatu tanpa mengkaji kebenarannya.

        Secara harfiah, PAS mendakwa manhaj perjuangannya adalah bersanadkan Al-Quran dan Hadis dengan intipati fikahnya berpaksikan kepada fikh mazhab Syafie. Tetapi adakah dakwaan ini benar? Sebenarnya. PAS merupakan parti pendokong ideologi sesat Wahabi yang timbul dengan sokongan British bagi memporak perandakan ummah di jazirah Arab (kawasan Najf) pada pertengahan kurun ke 18. Saya menyatakan ini dengan kepastian kerana segala tindak tanduk dan cetusan fikiran pemuka PAS adalah mirip kepada fikrah Wahabi. Antaranya:

        a. kafir-mengkafir (rujuk Amanat Hadi Awang, 1981)

        b. janji laluan ke syurga hanya terbuka kepada ahli PAS (rujuk kenyataan Nik Aziz Nik Mat)

        c. penolakan usaha kesatuan dengan Umat Islam lain kerana perbedaan politik, soal dua imam, masjid PAS dan masjid UMNO, halal haram sembelihan di Terengganu.

        d. berdoa untuk orang Kaffir (rujuk kes Lim Guan Eng di Pulau Pinang).

        e. mengiakan perbuatan mungkar terhadap Islam oleh Kaffir (rujuk perbuatan Teo Nie Ching, wanita bernajis mughazallah menginjak ruang sujud dalam surau; bacaan al-Quran menyeleweng oleh Ngeh di Perak)

        f. membenarkan kalimah suci “Allah” di persendakan golongan Kristian (ini di lakukan sendiri oleh Hadi Awang dan Nik aziz Nik Mat sekalipun bercanggah dengan ketetapan dalam karya ” Aqidah Muslim’ nukilan Hadi Awang (terbitan GC Edar, 1988).

        Segala contoh (ada banyak lagi sebenarnya) di atas membayangkan satu corak pemikiran ala Wahabi yang mencengkam PAS semenjak 1980 apabila golongan moderat Asri Muda dan Hassan Adli di singkirkan dari PAS dan golongan pro-Wahabi di bawah Fadzil Noor (rakan rapat Anwar ibrahim), Hadi Awang dan Nik aziz Nik Mat mengambil alih kuasa. Malah tahun 1980an memperlihatkan PAS berada pada landasan Wahabi militan dengan Amanat Hadi,dan peristiwa Memali (Ibrahim Libya) antara peristiwa yang paling menonjol. Fadzil Noor dan Nik Aziz pula mengambil pendekatan Wahabi moderat melalui kaedah politik dan dakwah Islamiah yang memecahbelahkan Ummah. Sejak tahun 1990an kaedah ini lebih diutamakan walaupun kaedah militan tidak di nasakhkan 100%.

        Keabsahan dakwaan saya berhubung pemikiran Wahabi PAS dapat anda kaji sendiri berdasarkan link di bawah di mana segala ciri-ciri yang sebutkan diatas (a-f) juga dicerminkan dalam pemikiran Wahabi.

        http://jundumuhammad.wordpress.com/2011/03/13/wahhabi-bukan-ahlussunnah-wal-jamaah/

        Contohnya bayangan kafir mengkafir Hadi Awang jelas mirip dalam konsep takfir al-mukhalif dan istihlal dima’ al-mukhalifin (mengkafirkan dan menghalalkan darah kaum Muslimin yang berbeda dengan mereka) pegangan Wahabi. Pinta di baca keseluruhan post tersebut untuk melihat persamaan lain antara ideologi dokongan Wahabi dengan tindak-tanduk (a-f) PAS di atas.

        Ringkasnya, manhaj perjuangan PAS adalah Wahabi, satu bentuk ajaran sesat yang menyeleweng dan merosakkan akidah. Malah susun galur Wahabi ini boleh dinisbatkan kepada golongan Khwarij dan semua yang arif tentang Islam sedia maklum akan kesudahan puak laknatullah itu. Perlu diingat juga dalam konteks politik Malaysia terutama kerjasama dengan DAP, PAS dan Wahabi PKR mengaplikasi pendekatan ‘taqiya’ seperti mana juga yang di guna pakai golongan Gulen dan parti AKP (Erdogan) di Turki.

        Dalam nukilan saya yang terakhir, insyaallah saya akan tunjukkan bagaimana Anwar juga mendokong ideologi Wahabi dan bagaimana Amerika dan Israel mengeksplotasi ideologi berkenaan bagi meranap Islam karunia Allah azza wa jalla dan pegangan junjungan kita yang tercinta Rasulullah (SAW).

      • Salam Sdr Wazir al-Roslan,

        Kalau boleh tolong Sdr sebutkan

        a. bagaimana boleh dapatkan orang PAS dan Anwar sedarkan apa yang Sdr terangkan itu.

        b. bagaimana boleh dapat kedua dua puak Erdogan dan Ulama dalam PAS sedar perlunya Muslimin dan Muslimat di negara ini bersatu – di antara puak mereka dan di antara parti PAS dan UMNO.

        Anwar saya ingat gone case. Apa pun dia akan lakukan untuk mendapat kuasa. Tapi kalau boleh dia sedar apa yang Sdr cakap itu pun baguslah – dia buat tak buat perpaduan ummah satu hal lain.

        TK.

  7. Salam

    Dalam bahagian terakhir ini kita lihat bagaimana PAS dan Anwar berkomplot untuk menjayakan agenda Islam USA dan Israel (Islam USAI) di Malaysia. Dan dalam proses yang sama, memartabat kedudukan Kafir di bumi Malaysia sejajar dengan arahan Amerika dan yahudi laknatullah.

    Umum di ketahui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerima dana dari kerajaan Wahabis Arab Saudi, Begitu juga dengan World Assembly of Muslim Youth (WAMY), kedua-dua pertubuhan yang pernah diterajui Anwar bin Ibrahim. hubungkai Wahabi debgan ABIM dan WAMY dikupas oleh bebrapa ilmuwan barat termasuk Professor Algar dalam bukunya:

    Wahhabism: A Critical Essay, by Hamid Algar. Pub: Islamic Publications International, Oneonta, New York (www.islampub.com), 2002.

    Satu lagi karya yang mengupas kemunculan Wahabi sebagai satu elemen militan ialah:

    Key Considerations in CounterideologicalWork
    against Terrorist Ideology oleh MUHAMMAD HANIFF BIN HASSAN yang di terbitkan dalam ‘Studies in Conflict & Terrorism, 29:531–558, 2006’

    Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Middle East quarterly. pendokong kuat Anwar ibrahim, John Esposito dicatitkan sebagai seorang penerima dana dari Fatehullah Gulen, godfather parti AKP Turki:

    John Esposito, founding director of the Saudi-financed Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding, who, after receiving donations from the Gülen movement sponsored a confer
    ence in his honor, also supplied a reference. (http://www.meforum.org/2045/fethullah-gulens-grand-ambition#_ftnref4 ; artikel penting tentang perilaku geng Gulen setelah berkuasa)

    Perhatikan bahawa organisasi Esposito jugai menerima dana dari Wahabi Saudi dan merupakan sponsor untuk ucaputama Anwar ibrahim :

    http://events.georgetown.edu/events/index.cfm?Action=View&CalendarID=106&EventID=83527

    malah Anwar juga giat berceramah di George Washington university (http://acmcu.georgetown.edu/119089.html) yang di sokong kumpulan Gulen:

    “The movement, its proxy organizations, and universities—including Georgetown, to which it donates money—hold conferences in the United States and Europe to discuss Gülen.”

    Jelas dari data terhad (sebenarnya ada banyalk lagi) yang di berikan di atas wujud kaitan rapat antara Wahabi dan jaguh ‘reformis’ yang dikenali ramai pemerhati tempatan sebagai al-juburi (memetik gelaran yang di hadiahkan Mat Sabu). Peranan al-Juburi dalam perancangan strategik Amerika ilah mirip agen CIA Osama bin Laden. Bezanya, al-J berperanan mencanangkan idea Islam USAI di Malaysia berlandaskan konsep pluralisma agama yang didokongnya .Idea USAI juga yang di dokong secara ironis oleh erdogan PAS.

    Secara ringkas, idea ini akan mirip pendekatan lampau Wahabi laknatullah seperti yang di ringkaskan sebagai mengalah kepada kaffir tetapi berkeras pada Muslim. Bukankah tindakan PAS;

    a. memecat Hasan Ali (dan PKR; Zul Nordin dulu)
    b. tidak berani jihad untuk hudud tetapi keluar berpusus atas arahan kaffir Ambiga, Lim Guan Eng dsbnya
    c membenarkan penghinaan kalimah Allah
    d. menghalalkan perbuatan kaffir termasuk menghina ayat Al-Quran, menajiskan ruang sujud serta mendoakan mereka
    e. enggan bersatu dengan orang yang melafas syahadah walaupun di pinta dengan baik tetapi berbaik-baik dengan orang yang terang2 memusuhi Islam.
    f. mengendahkan aktiviti pemurtadan Melayu-Islam tetapi menjaga hati bukan Islam dengan menjamin tokong berhala mereka (cth; Khalid Samad dan Khalid Ibrahim di Shah Alam) dan banyak lagi

    bukankah itu semua mirip dengan : “Dalam hadits lain tentang Khawarij, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Mereka akan membunuh umat Islam, akan tetapi membiarkan penyembah berhala”. Hadits ini persis dengan aliran Wahhabi. Mereka belum pernah mengarahkan peperangan terhadap selain umat Islam.”

    (http://jundumuhammad.wordpress.com/2011/03/13/wahhabi-bukan-ahlussunnah-wal-jamaah/)

    Sama2lah kita renungkan demi akidah kita selagi sekelumit iman masih berkubang di dada. Wallahualam.

  8. Salam Ukhuwah Saudara Halim

    Pertanyaan saudara itu mengundang seribu satu persoalan bagaimana menjawabnya tetapi insyallah saya akan cuba.

    Usaha menerangkan apa yang saya nyatakan itu kepada orang PAS memang rumit apatah lagi orang PAS biasa atau marhaen seperti majoritas penganut Islam lain cenderung di kongkong pemikiran mereka oleh tok guru dan para alim mereka . Dalam ertikata lain, mereka sukar di mengertikan akan bahaya golongan Wahabi dalam PAS kerana amat sedikit yang mengkaji atau menilik sesuatu dengan objektif dan rasional. Pada hemat saya, pekara ini timbul kerana sifat taksub dan taklid.

    Taklid adalah sesuatu yang di larang sama sekali oleh Allah azza wa jalla melaui banyak firmanNya dalam al-Quranulkarim. Ringkasnya, jalan menuju kesesatan berpunca dari taklid dan bila di gandingkan dengan taksub kepada personalitas tertentu, jalan memperbetulkan kekhilafan dan kesesatan itu amat sukar.

    Apa yang bisa di lakukan ialah berhujah berpandukan nas dan dalil. seringkali kalau dipertemukan dengan golongan saya berdepan dengan hujah dari yang Maha Esa terutamnya bersabit surah al-munafiqun. Sebagai contoh, saya sering membandingkan Nik aziz nik mat,dan hadi awang umpamanya dengan peribadi Abdullah Ubai yang tampak gah dari segi tingkah laku dan amal tetapi kosong iman didadanya.

    Sebagai contoh, Nik Aziz mencanangkan hukum hudud tetapi tidak berjuang menegakkannya sepertimana isa bekerja keras memperjuangkan Bersih kelolaan kafir penyembah berhala, Ambiga dan saya simpulkan perbuatan nik aziz itu persis golongan munafik, Khawarij dan juga Wahabi BUKAN peribadi mukmin. Begitu jualah saya mematahkan hujah PAS berhubung kalimah ‘Allah’ dan keengannan mereka bermuzakarah dengan saudara seagama yang melafazkan syahadah. Contohnya, apakah permusuhan politik Melayu-Islam Malaysia berbanding kemelut dan fitnah yang melanda Ummah dalam pertelingkahan Muawiyah dengan Saidina Ali (karamallahu wajajjahu).

    Bila dua tokoh besar itu boleh menyelesaikan sengketa antara satu sama lain yang jauh lebih dahsyat, apalah sengketa picisan PAS-UMNO berbandingnya. Pendekkata, inilah cara terbaik menananagi orang PAS selain tidak menyertai kesesatan yang dibawa mereka samada sedar atau tidak sedar.

    Mengenai Anwar pula, saya rasa seperti saudara kata ia sudah : gone case kerana kebencian yang amat sangat yang bersarang dalam dirinya terhadap orang Melayu dan agama Islam. Ia hanya ibarat bermuka-muka memperjuangkan hak orang Melayu-Islam walaupun segala perbuatannya jelas menyanggahi prinsip tersebut. Hujahnya kita harus bersikap adil terhadap kaffir benar-benar menyanggahi prinsip keadilan terhadap bukan Islam yang dituntut syarak. (contohnya : sila lihat Fasal 14 : Piagam Madinah; kalau junjungan besar kita lebih peka tentang hal ini, siapalah maknusia bernama Anwar bin Ibrahim berbanding ketokohan baginda Rasulullah(SAW) Jelas kini kesesatan Anwar bin Ibrahim kian kurang mendapat sambutan dan saya jangka PKR akan hancur berkubur selepas PRU 13. Sama-sama lah kita panjatkan doa kepada Allah azza wa jalla, PKR lenyap terus demi keutuhan Ummah sejagat.

    Adapun PAS kini di belenggu oleh puak Wahabis liberal (the Erdogans) namun sumber dalaman yang dipercayai ada memberitahu saya bahawa usaha menghancurkan golongan Erdogan ini sedang giat dilaksanakan oleh pihak konservatif, yang mana dalam PRU 13 nanti golongan konservatif akan samada tidak keluar mengundi, merosakkan undi atau mengundi pihak lawan bagi menjatuhkan pemuka-pemuka golongan erdogan pro-DAP itu dan seterusnya merampas kembali tampuk parti dari tangan kotor Wahabis-Erdogan spt Hadi Awang dan Nik Aziz. Sama-samalah kita doakan usaha ini diberkati Allah azza wa jalla demi memastikan kesinambungan terus kuasa politik Melayu-Islam di bumi Malaysia ini. Wallahualam.

    Bacaan Tambahan:

    http://sunnah.org/aqida/kharijites1.htm (mengenai asal usul Wahabi moden dan bagaiman Saidina Ali (karamallahu wajah) bijak menanganinya.

    http://images.umaralfateh.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TdsA7QooCrEAABpwIHw1/hadis%20akhir%20zaman.pdf?key=umaralfateh:journal:70&nmid=448979350(himpunan Hadis akhir zaman)

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah

  9. […] Hassan was sacked from Selangor State Government in January. Three months earlier, HRH Sultan of Selangor issued a statement that there were evidence of […]

  10. […] Islamist intellectual who became a politician and rose to the position as State Exco in-charge of Islamic Affairs and Malay Customs was sacked from his job, for criticizing t…. He is now a warrior general in the crusade of the fight against proselytized […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: