Jangan babitkan Wanita UMNO

Kemelut yang melanda dari skandal National Feedlot Corporation yang mendapat perhatian umum Malaysia semenjak tiga bulan ini makin kompleks dan rumit. Ini kerana pihak yang tidak kena mengena diheret secara tidak langsung dalam mempertahankan skandal yang aktif sedang dalam siasatan ini.

NFC merupakan milik keluarga terdekat Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita Dato’ Seri Sharizat A Jalil dan diberikan konsessi untuk membangunkan projek penternakan lembu dan fidlot bagi ternakan tersebut, semenjak 2008. Ianya dilaporkan tidak mencapai tahap yang dikehendaki, terutama sejumlah wang telah disalurkan dari pinjaman oleh Kerajaan Persekutuan dengan kadar kos yang amat rendah. Apabila skandal yang dibongkarkan oleh PKR berasaskan sebahagian laporan Ketua Audit Negara, ianya begitu pantas mendapat perhatian.

Kegagalan Pengerusi Eksekutif NFC Dato’ Dr Mohd Salleh “Salleh Budu” Ismail menangani persoalan dan persepsi negatif ditimbulkan dalam kadar yang segara mengakibatkan ianya menjadi makin berpanjangan dan rumit. Namun begitu, ianya menjadi parah apabila Sharizat sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia menggunakan platform Wanita UMNO sebagai ‘Bala Tentera’ untuk mempertahankan maruah beliau sebagai Menteri, walaupun isu ini ialah masalah peribadi.

Keadaan makin kronik apabila Polis melengkapan siasatan dan pihak SPRM juga terlibat dalam siasatan berasingan. Dikatakan siasatan siasatan ini telah sampai ke pihak Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

Kes ini tidak menjadi isu yang menjadi minat untuk dibela walaupun oleh anggota Kabinet sendiri. Malah Perdana Menteri sendiri tidak begitu serious untuk mempertahankannya secara terbuka dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan kerja. Dalam pada itu, skandal ini sudahpun menunjukan kesan. Kredibiliti Kerajaan Pusat dikatakan telah amat terjejas kerana skandal ini, sehingganya ianya menjadi liabiliti No. 1 BN seluruh negara.

Namun begitu, Wanita UMNO masih dikerah untuk ‘mempertahankan’ Sharizat dengan memberikan sokongan moral sekembali beliau dari ‘percutian tiga minggu’. Pada 15 Jan Sharizat mengumumkan beliau akan ‘bercuti’ agar membolehkan ruang untuk siasatan diperlengkapkan, walaupun asset NFC dibekukan sementara manakala operasi biasa NFC diteruskan untuk menentukan aktiviti penternakan sebagaimana dirancang terus lancar.

Terbaru ialah sebaran SMS ini:

“Aslm YB/YBhg Ketua Wanita Neg2, jmptn ke Mjls Smbtn Kepulangan DS Shahrizat Abd Jalil pd 2/2 (Khamis) jam 6 ptg di KLIA dan diikuti dgn solat Maghrib dan Hajat di Masjid KLIA, Sepang, Sngor. Sila pnjgkn jmptn kpd Ketua & Naib Ketua Wanita Bhgn2 & mohon k’jasama utk m’bawa telekung sdr. Kehdrn dihargai. Tq – SUK PWUM”

Sekiranya Wanita UMNO terus diheret dalam permasalahan peribadi Sharizat ini, maka lambat laun pergerakan paling penting UMNO itu juga akan menghadapi masalah kredibiliti juga. UMNO tidak mampu untuk ‘kehilangan’ Pergerakan Wanita UMNO.

Sharizat wajar berundur dari Kabinet segera, walaupun setakat ini tiada dakwaan dibuat keatas mana warga NFC. Beliau perlu mengambil masa dan ruang secara peribadi untuk ‘membersihkan nama’, walaupun proses ini mengjangkaui PRU 13 yang disebut sebut akan menjelang tidak lama lagi. Sekiranya Sharizat dan keluarga benar benar dianiaya, maka pihak yang benar akan akhirnya menyerlah.

*Dikemas kini pada 1800hrs

Published in: on January 30, 2012 at 15:30  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/01/30/jangan-babitkan-wanita-umno/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. Yup. Kes dlm siasatan. Desas-desus terbaru, loan xdak pulak personal guarantor … huh?!? Harap kes ini tidak merumitkan keadaan.

    Apa-apa pun, this case has nothing to do with Wanita Wing.

    • Agreed. Shahrizat has been desperate. The husband didn’t even try to show that NFCentre is different from NFCorporation until only recently. And he is said to have a PhD.

      You see, Shahrizat should have resigned. But nooo, she stayed. Knowing that Rosmah is her buddy-buddy since Tunku Kurshiah College days. They have been walking in and out of each others’ homes for dacades. Often makan, chit chatted and laughed with Najib as well. And Rosmah has a strong influence on Najib.

      The unfortunate thing is that this heavy baggage will continue for the long haul. Until PRU13. Bringing untold damage.

      If she resigns, Najib could just let the full force of the Police and MACC investigations to bear. But still as a Minister, all parties concerned always realize that their continued presence in their current positions is at the behest of the PM and influenced by interested parties. And Najib is not about to use the axe.

      And so it will linger on. Sometimes not lingering but exploding with new twists and turns. Like the so-called Dato “Mister Fixer” making a Police report that Shahrizat’s husband engaged him to bribe the Police investigators etc.

      All told, it looks like a dirty stinking business. One that BN can greatly do without. Oh Shahrizat, do resign, will you? Have some honour and concern for your party GE chances. Let the others do damage control fully after your resignation.

  2. Biggie,

    Would it be beneficial for the credibility PM Najib Razak’s administration if Shahrizat still around, even under the guise of ‘taking leave’?

    Think about it. The concession was approved during Slumberjack’s time, of which she was a cabinet minister then and some of the cabinet minister who are supposed to know about this are still around.

    The transparency in this story came bit by bit and this is far from being the smartest move to restore the rakyat’s confidence.

    Even if PKR was manipulating the whole story so far away from the gospel truth, and Shahrizat, dear hubby and sons could dispel of of these ‘slanders’ point-by-point with evidence, the perception is already bleak & gone. She is tainted goods!

    Tell me, what do you with cattle that has been infected with ‘foot and mouth’ dissease?

  3. bro,

    1. mula-mula dapat loan dulu ada ke dia belanja kawan-kawan wanita umno?
    2. kerajaan tidak sepatutnya meluluskan pinjaman tu kepada suami sharizat.
    3. soal isu ini tiada kena mengena dengan sharizat tidak patut timbul sebab yang dapat loan tu suami sharizat tentunya ada kena mengena.
    4. cuba kalau suami minah atau suami tipah atau suami entah siapa agak-agak bagi ke kerajaan loan tu?
    5. memang tak masuk akal punya kerja.
    6. bikin susah semua orang.
    7. kesimpulannya jangan bagi muka.

    usabukata

    • Gugurkan Shahrizad segera..atau BN bakal mengalami malapetaka besar..

      sebelum didakwa rakyat seperti kerajaan Romanov.saperti yg berlaku kepada Gadafi

      Era elitis politik 80 dah lama berakhir..

      Buanglah barah walaupun terpaksa memotong kaki sebelum seluroh anggota menerima malangnya.

  4. setuju

    they must think out of the box

    and be brave

  5. Apakah yg rahsia yg menyebabkan Najib masih tidak mau menyingkirkan Shahrizat walaupun di belenggu tahi lembu ini? Adakah Shahrizat lebih penting dari UMNO dan rakyat keseluruhan nya? Inikah kesudahan pemerintahan UMNO dan BN? Shahrizat sudah sah bukan lagi calun ‘winnable’ walau diletak dikawasan selamat. Terlalu banyak tanda tanya, cuma rakyat tegar yg akan menentukan nasib UMNO dan BN pada PRU13.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: