Duri dalam daging

Shamsuddin "Pak Sam" Othman

Ketua Peneroka Kebangsaan Shamsuddin “Pak Sam” Othman masih lagi memainkan peranan ‘duri dalam daging’ keatas cadangan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), yang pada asalnya dijadualkan Mac/April 2012. Beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai ‘ketua penyokong utama’ (chief whip) kepada perancangan transformasi masyarakat FELDA, melalui penyeneraian FGVH.

Walaupun penerangan terperinci telah beberapa kali diberikan, beliau masih lagi tidak menunjukan kesetiaan seabagai ahli warga FELDA yang yakin bahawa masyarakat ‘anak emas’ Kerajaan Persekutuan. Ini termasuk kommitmen Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengenai peranan Lembaga FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan untuk terus membangun, mengurus dan menentukan kesemua masyarakat 317 tanah rancangan dibawah FELDA terus dipelihara.

Antara yang dibangkitkan beliau ialah congak pendapatan berbanding dengan perbelanjaan Lembaga FELDA, selepas penyenaraian. Walaupun beliau merupakan Ketua Peneroka Kebangsaan dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Koperasi Permodalan FELDA (KPF), namun Pak Sam tidak mungkin didedahkan dengan perancangan strategik Kerajaan Persekutuan keatas FELDA secara terperinci, termasuk keseluruhan program pembangunan dan pengurusan FELDA pasca peneyenaraian FGVH.

Program program transformasi pentadbiran Perdana Menteri Najib merangkumi program program dibawah Economic Transformation Plan (ETP). termasuk projek projek usahasama Kerajaan-Swasta dimana beban menyediakan infrastruktur tertentu dikurangkan dari perbelanjaan bajet pembangunan tahunan. Beberapa program pembangunan FELDA juga disusun semula dibawah kemeneterian tertentu, sama seperti program program khusus dibawah korridor korridor ekonomi yang diujudkan.

Ini tidak bermakna keperluan pembangunan rakyat terutama masyarakat luar bandar diabaikan. Disebaliknya, ianya ditingkatkan walaupun disalurkan luar dari amalan Kerajaan Persekutuan biasa. Pokoknya, rakyat diutamakan ialah teras Kepimpinan Perdana Menteri Najib.

Satu perkara lagi yang pemimpin seperti Pak Sam juga patut sedar bahawa keseluruhan perincian mengenai penyenaraian FGV adalah rahsia besar dan hanya mereka yang tertentu sahaja dibenarkan kepada maklumat ini. Ini adalah amalan biasa terutama syarikat itu terpaksa melalui proses proses tertentu seperti kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan kerja kerja pra-penyenaraian oleh bank bank pelburan yang dilantik.

Perkara yang remeh temeh juga seolah olah menjadi ‘kurap’ yang semakin merebak, dalam pertimbangan Pak Sam. Contoh ialah mempersoalkan agar President Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) untuk menyenaraikan harta. Sekiranya beliau memainkan sudut ini, maka mungkin ada pihak juga akan meminta Pak Sam mengistiharkan harta beliau, termasuk keseluruhan kenikmatan yang beliau perolehi sebagai Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Ahli Jawatan Kuasa Perunding Peneroka (JKPP) dan BOD KPF. Ini termasuk menjadi BOD kepada beberapa anak syarikat FELDA Holdings Bhd. (FHB)

Yang menghairankan, mengapa Pak Sam memilih untuk menggunakan Youtube sebagai saluran untuk menyuarakan ketidak puasan hati berbanding dengan mengunakan sepenuhnya sewaktu mesyuarat JKPP. Apa yang difahamkan, beliau tidak pernah pun mempertikaikan laporan porgram program yang dilaksanakan oleh MBFM tetapi sebaliknya tiba tiba meletup apabila MBFM menyatakan sokongan penuh kepada rancangan penyenaraian FGVH dan perancangan transformasi Perdana Menteri Najib untuk masyarakat FELDA.

Dikhabarkan bahawa MBFM berhasrat untuk ‘mengendurkan ketengangan’ dan merancang untuk menganjurkan ‘Hari Keluarga’ melbatkan Ketua Peneroka dan Penerokawati di A’ Famosa Resort dalam masa terdekat. Namun hanya empat orang Ketua Peneroka dan enam orang ketua Penerokawati yang telah mengesahkan kehadiran. Yang lebih mengharian ialah antara matlamat program ini ialah memberi peluang warga FELDA berbincangan dalam semangat ‘kekeluargaan’ tanpa melibatkan kakitangan Lembaga FELDA.

Jelas dari tindak tanduk pemimpin seperti Pak Sam, mereka lebih memihak bagi menjaga kepentingan pegawai Lembaga FELDA seperti Dato’ Dzulkifli A Wahab membatasi peranan mereka menjadi wakil Kerajaan Persekutuan yang dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib lebih menjuruskan kepada perancangan strategik bagi transformasi masyarakat FELDA.

Amat malang bagi warga masyarakat 317 tanah racangan FELDA sekiranya ketua mereka sebenarnya merupakan ‘batu halangan’ transformasi ala Pembangkang, ‘duri dalam daging’.

Published in: on February 6, 2012 at 22:42  Comments (6)