Doa untuk pejuang yang gugur di Bukit Chandu

Doa untuk pejuang bangsa: (dari kiri) Brig Gen Rahim, Jen Tan Sri Zulkifli Zain, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Dr Latif Ahmad dan wakil Kelab RAMD

Menteri Pertahanan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam lawatan singkat ke Memorial Bukit Chandu untuk memperingati perwira-perwira Rejiman Askar Melayu yang telah gugur dalam mempertahankan Tanah Melayu dari penaklukan Tentera Jepun, melahirkan rasa terharu dengan pengorbanan pejuang pejuang bangsa yang luar biasa ini.

Sejurus tiba pada 315pm, beliau telah membacakan doa pendek untuk memohon diberkati pejuang-pejuang syahid ini. 7 pegawai dan 146 anggota Rejimen Askar Melayu gugur diantata 13 dan 14 Feb 1942 bagi mempertahankan banjaran Pasir Panjang.

Inilah kali pertama Menteri Pertahanan Malaysia datang ke Bukit Chandu untuk memperingati peristiwa berdarah ini, pada ulangtahun kejadian setiap 14 Februari. Beliau diiringi oleh Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Dr Latif Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Md Zin.

Memorial Bukit Chandu ini telah diujudkan oleh Kerajaan Singapura pada tahun 2002 dan menghargai pengorbanan Rejimen Askar Melayu dalam pertahanan akhir Tentera British dan Kommonwealth, yang berundur ke Singapura setelah semua kubu mereka seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Tentera Jepun bermula pendaratan di Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Menjelang 31 Disember 1941, Tentera Jepun telah tiba di Johor Bahru dan bersedia untuk membuat serangan akhir untuk mengalahkan Tentera British dan Kommonwealth.

Menurut rekod seorang pegawai Tentera Australia Penrod Vance Dean yang terlibat dalam kempen mempertahankan Tanah Melayu, Rejimen Askar Melayu menunjukan keberanian dan semangat keperwiraan luar biasa. Rejimen 1 dan 2 Askar Melayu berjumlah 800 orang dikerahkan untuk mempertahankan kedudukan bermula dengan Sungai Pandan dan banjaran Pasir Panjang, berhadapan dengan ketumbukan 2 Divisyen Tentera Jepun sejumlah 14,000 orang.

clip_01.wmv

clip_02.wmv

Generasi Malaysia masa ini dan akan datang wajar mengenang pengorbanan Lt Adnan Saidi dan 1 dan 2 Rejimen Askar Melayu ini sebagai simbol perjuangan dan pengorbanan mutlak, demi agama, bangsa dan tanahair.

Kenyataan media Menteri Pertahanan mengenai memperingati peristiwa pertempuran Bukit Chandu 14 feb 1942:

YB MENTERI PERTAHANAN MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA PEJUANG ‘MALAY REGIMENT’ YANG TERKORBAN DALAM PERISTIWA BERDARAH DI BUKIT CANDU PADA 14 FEB 1942 (70 TAHUN YANG LALU)

Hari ini, tanggal 14 Febuari 2012, hari yang begitu sinonim dengan sambutan kasih sayang yang seringkali menjadi perdebatan agama namun terlepas pandang oleh kebanyakan kita tentang satu peristiwa bersejarah di Bukit Candu, Pasir Panjang, Singapura. Peristiwa 70 tahun lalu yang menyaksikan anak watan iaitu Allahyarham Leftenan Adnan bin Saidi telah gugur ketika mempertahankan tanahair tercinta.

Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera.

Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni ‘C’ .

Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga.

Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.

Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni ‘C’. Kompeni ‘C’ merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu, bersama-sama dengan batalion ke-2 “Loyal Regiment” Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)

Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura – Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni ‘C’ dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni ‘C’. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).

Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni ‘C’ menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru – Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen “tentera Sikh” daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat yang memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Rejimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati. Walaupun Leftenan Adnan terkorban, namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Leftenan Adnan dan rejimennya.

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. Tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.

Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:

“Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Rejimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Rejimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)…”

Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.

Hari ini, genap 70 tahun peristiwa ini berlaku, YB Menteri Pertahanan telah mengadakan lawatan bagi memberi penghormatan kepada mereka yang telah gugur di medan juang. Lawatan ini bermula dengan majlis doa selamat yang diketuai oleh YB Menteri Pertahanan sendiri dan turut disertai YB Datuk Dr Abdul Latiff bin Ahmad, Timb Menteri Pertahanan, Jen Tan Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, Kol Abdul Malik bin Mohd Alwi (Bersara), Presiden Kelab Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat.

YB Menteri Pertahanan sewaktu sidang media memaklumkan 14 Feb akan dijadikan sebagai tarikh memperingati perjuangan perwira negara dalam kalendar aktiviti Tentera Darat.

Sewaktu lawatan ini diadakan, YB Menteri Pertahanan turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah 1,000 dollar Singapura.

“PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

___________________________________________________________________________

Singapura

Selasa, 14 Feb 2012

* Perkembangan dikemas kini 730pm

Mengenai cadangan kami di BigDogDotCom untuk menamakan semula bandar Tentera Darat Port Dickson sebagai Pengakalan Adnan, ianya dibangkitkan dalam sidang media bersama Menteri Pertahanan di Memorial Bukit Chandu. Inilah laporan The Star:

Wednesday February 15, 2012

Move to name military facility after Lt Adnan

SINGAPORE: The Government may consider naming a military facility after war hero Lt Adnan Saidi, who was killed in a battle defending the island republic against the Japanese 70 years ago, Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said.

“This is subject to approval from the Federal Government.

“We should recognise such war heroes. At the moment, the Armed Forces has a military school named after him,” he said after visiting a war memorial in Bukit Candu in Pasir Panjang here yesterday.

Dr Ahmad Zahid said there was no plan to rename Port Dickson from being known as Armed Forces City to anything else.

He also commended Singapore for setting up a national archive for warriors from both Malaysia and Singapore.

Dr Ahmad Zahid said the bravery shown by Lt Adnan and his team which fought until the end to defend Singapore, which was part of Malaya then, on Feb 14, 1942 should be emulated.

Meanwhile, Armed Forces chief Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin said since last year the military had set Feb 14 as a day to remember its war heroes.

“This is our way of remembering the men who have sacrificed for the country,” he added.

Lt Adnan, who was born in Kajang, and his 42 men put up a brave fight defending Pasir Panjang from the Japanese.

Despite being outnumbered and low on ammunition and supplies, Lt Adnan’s unit managed to kill over 800 enemy soldiers.

***************

*Perkembangan dikemas kini 930am Rabu 15 Feb 1942

Published in: on February 14, 2012 at 16:20  Comments (10)  

Remembering the gallant 1 Malay of Bukit Chandu

The bronze statues depicting three 1 Malay Regt heroes, defending Pasir Panjang and Bukit Chandu 13-14 Feb 1942, at the Reflections a t Bukit Chanud Memorial

70 years ago today, officers and men of 1 Federated Malay States Regiment stood their defensive line at Bukit Chandu. Within a few hours, that became their last stand in the bid to defend Malaya from the invading Japanese army.

The defensive line started a day earlier where this regiment along with the remaining of the Indian Brigade was ordered to defend Pasir Panjang ridge. They fought gallantly but the offensive Japanese brigade was too overwhelming. By night, they were ordered to withdraw and take position at Bukit Chandu instead.

This line was defended by two Malay officers, 2nd Lt. Adnan Saidi and 2nd Lt. Abas Abdul Manan.

2nd Lt. Adnan Saidi, an Uncommon 1 Malay Valour of Bukit Chandu

The invading Japanese Imperial Army 56th Regiment supported by light tanks was far too superior in size and materiel for the defending men of 1 Malay. After running out of ammunition, by late afternoon Bukit Chandu fell. The leader, 2nd Lt. Adnan, resorted to hand combat  after the Lewis Gun he manned ran out of bullets and demonstrated the amazing gallantry not to admit defeat. He was wounded and eventually captured. He was tortured. The brutal Japanese soldiers dragged him from the fox hole, placed in a gunny sack hung from a cherry tree and stabbed him, as his mortal wounds brought him to make his Maker without uttering a single sound of pain.

In all, in the two days fighting 1 Malay lost 7 Malay officers and 146 men of the 1 Federated Malay States Regiment. All were hastily buried in unmarked graves. Seven men survived the brutal ordeal, which include 2nd Lt. Abas. Abas later survived Japanese POW camp, returned to active duty, fought the communist rebels from June 1948 onwards and led the Royal Malay Regiment to the rank of Brigadier, commanding the 8 Brigade based in Kok Lanas, Kelantan.

These men inflected casualty to the Japanese Imperial Army ten times over.

Less than 24 hours after this brutal tragedy, British and Commonwealth Forces High Command under Lt. Gen. Arthur E Percival decided to meet Lt Gen Yamashita of the Imperial Japanese Army and his general staff at Ford Factory in Bukit Timah and unconditionally surrender. That marks the formal occupation of Malaya by Japan.

Reflections at Bukit Chandu, the dedicated memorial for the men of 1 Federated Malay States Regt last stand 14 Feb 1942

This evening, a special memorial would be held to commemorate this day 70 years ago at the Bukit Chandu Memorial, which has been shifted to Kent Ridge. The Malaysian Minister of Defense Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi is expected to pay homage at the memorial and honour the gallant heroes of 1 Federated Malay States Regiment who gave the ultimate sacrifice, which is the predecessor to the Royal Malay Regiment today.

In the past, we here at BigDogDotCom called the Federal Government to make the Royal Malay Regiment a national icon and for the loyalty and gallantry these past 79 years, Port Dickson be renamed Pengkalan Adnan and bestowed a ‘Royal Malay Regiment’ town in their honour.

May Allah s.w.t. bless these exemplary brave souls.

Published in: on February 14, 2012 at 08:30  Comments (13)