Penyenaraian FGVH akan diteruskan dengan model baru

Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad mengumumkan bahawa penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) akan dibuat melalui struktur baru dengan entiti yang baru, dan tidak lagi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) sebagai pemegang saham utama, sebagaimana perancangan asal. Ini adalah sebagai kesan injuksi yang diambil lapan ahli KPF untuk menggagalkan EGM KPF yang dijadualkan hari ini.

KPF akan terus ujud sebagai koperasi biasa bagi warga FELDA, samada peneroka, keluarga dan warga-kerja FELDA.

“Penyenaraian FGVH akan diteruskan. Suruhanjaya Sekuriti dah luluskan penyenaraian FGVH. Cuma KPF tidak lagi menjadi pemain utama. Struktur baru ini akan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti”.

Dipercayai, usaha usaha mengagalkan penyenaraian FGVH termasuk ‘penentangan tikam belakang’ yang dipercayai didalangi beberapa dalang tertentu diperingkat Lembaga Pengarah (BOD) dan Pengurusan KPF. Beberapa usaha usaha terancang seperti menggugurkan keahlian Isa, Pengarah Urusan FELDA Global Ventures (FGV) Dato’ Sabri Ahmad, Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusof Nor dan Mantan Pengarah Urusan FGV Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh, pada mesyuarat BOD KPF pada 28 Oktober 2011. Ini bertentangan arahan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, merangkap Menteri Kabinet bertanggung jawab hal FELDA, melalui surat kepada Lembaga FELDA pada 25 Ogos 2011.

Beberapa injuksi Mahkamah pernah diambil untuk mereka yang menggagalkan EGM KPF bagi meluluskan cadangan, sebagai proses penyenaraian FGVH. Kali terakhir ialah pada % Januari 2012.

Pengerusi KPF sebelum ini Dato’ Dzulkifli A Wahab tidak melepaskan kedudukan beliau walaupun beliau menerima arahan dari Lembaga FELDA. Dalam piagam KPF, jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari KPF ialah atas lantikan Lembaga FELDA. Lembaga FELDA merupakan agensi Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada dasar dan arahan Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, KPF dicadangkan untuk menjadi pemegang saham terbesar apabila FGVH disenaraikan Mei ini.

“Kepentingan golongan peneroka tidak akan terjejas. Kita akan tentukan kepentingan mereka akan dipertahankan, melalui entiti tertentu. Walaupun penyenaraian FGVH ini tidak lagi melalui menggunakan KPF. Apabila tiba masa, kita akan umumkan”.

Personaliti personaliti tertentu dalam BOD dan Pengeurusan KPF dipercayai ‘bersekongkol’ dengan elemen elemen Pembangkang iaitu melalui entiti seperti ANAK, yang diterajui seorang Jawatankuasa Pusat PAS Mazlan Aliman, bagi menggagalkan penyenaraian FGVH. Mereka secara sistematik telah mengadakan pertemuan sulit dalam kumpulan kumpulan kecil diseluruh 317 tanah rancangan FELDA, walaupun pihak Pengurusan FGV berusaha untuk membuatkan penerangan mengenai perancangan FGVH dan kepentingan peneroka tidak akan terabai.

Dipercayai satu skim amanah saham baru bagi peneroka FELDA akan diujudkan dan 112,635 peneroka FELDA akan diberikan peluang untuk menjadi pelabur. Difahamkan juga ‘Durian Runtuh’ bagi warga peneroka FELDA sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri pada Ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011.

Sekiranya mana mana pihak sebagai ahli KPF dan tidak tergolong dari mereka yang disifatkan sebagai ‘masyarakat peneroka’ seperti warga-kerja FELDA dan KPF jika merasa tidak puas hati kerana tercicir dari peluang memiliki pegangan dalam FGVH selepas disenaraikan nanti, wajar melepaskan kemarahan mereka kepada lapan ahli KPF, BOD dan Pengurusan KPF dan anasir anaisr agen Pembangkang seperti Mazlan dan ANAK.

*Dikemas kini 315pm

Published in: on February 22, 2012 at 14:40  Comments (22)