Penyenaraian FGVH akan diteruskan dengan model baru

Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad mengumumkan bahawa penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) akan dibuat melalui struktur baru dengan entiti yang baru, dan tidak lagi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) sebagai pemegang saham utama, sebagaimana perancangan asal. Ini adalah sebagai kesan injuksi yang diambil lapan ahli KPF untuk menggagalkan EGM KPF yang dijadualkan hari ini.

KPF akan terus ujud sebagai koperasi biasa bagi warga FELDA, samada peneroka, keluarga dan warga-kerja FELDA.

“Penyenaraian FGVH akan diteruskan. Suruhanjaya Sekuriti dah luluskan penyenaraian FGVH. Cuma KPF tidak lagi menjadi pemain utama. Struktur baru ini akan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti”.

Dipercayai, usaha usaha mengagalkan penyenaraian FGVH termasuk ‘penentangan tikam belakang’ yang dipercayai didalangi beberapa dalang tertentu diperingkat Lembaga Pengarah (BOD) dan Pengurusan KPF. Beberapa usaha usaha terancang seperti menggugurkan keahlian Isa, Pengarah Urusan FELDA Global Ventures (FGV) Dato’ Sabri Ahmad, Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusof Nor dan Mantan Pengarah Urusan FGV Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh, pada mesyuarat BOD KPF pada 28 Oktober 2011. Ini bertentangan arahan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, merangkap Menteri Kabinet bertanggung jawab hal FELDA, melalui surat kepada Lembaga FELDA pada 25 Ogos 2011.

Beberapa injuksi Mahkamah pernah diambil untuk mereka yang menggagalkan EGM KPF bagi meluluskan cadangan, sebagai proses penyenaraian FGVH. Kali terakhir ialah pada % Januari 2012.

Pengerusi KPF sebelum ini Dato’ Dzulkifli A Wahab tidak melepaskan kedudukan beliau walaupun beliau menerima arahan dari Lembaga FELDA. Dalam piagam KPF, jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari KPF ialah atas lantikan Lembaga FELDA. Lembaga FELDA merupakan agensi Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada dasar dan arahan Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, KPF dicadangkan untuk menjadi pemegang saham terbesar apabila FGVH disenaraikan Mei ini.

“Kepentingan golongan peneroka tidak akan terjejas. Kita akan tentukan kepentingan mereka akan dipertahankan, melalui entiti tertentu. Walaupun penyenaraian FGVH ini tidak lagi melalui menggunakan KPF. Apabila tiba masa, kita akan umumkan”.

Personaliti personaliti tertentu dalam BOD dan Pengeurusan KPF dipercayai ‘bersekongkol’ dengan elemen elemen Pembangkang iaitu melalui entiti seperti ANAK, yang diterajui seorang Jawatankuasa Pusat PAS Mazlan Aliman, bagi menggagalkan penyenaraian FGVH. Mereka secara sistematik telah mengadakan pertemuan sulit dalam kumpulan kumpulan kecil diseluruh 317 tanah rancangan FELDA, walaupun pihak Pengurusan FGV berusaha untuk membuatkan penerangan mengenai perancangan FGVH dan kepentingan peneroka tidak akan terabai.

Dipercayai satu skim amanah saham baru bagi peneroka FELDA akan diujudkan dan 112,635 peneroka FELDA akan diberikan peluang untuk menjadi pelabur. Difahamkan juga ‘Durian Runtuh’ bagi warga peneroka FELDA sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri pada Ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011.

Sekiranya mana mana pihak sebagai ahli KPF dan tidak tergolong dari mereka yang disifatkan sebagai ‘masyarakat peneroka’ seperti warga-kerja FELDA dan KPF jika merasa tidak puas hati kerana tercicir dari peluang memiliki pegangan dalam FGVH selepas disenaraikan nanti, wajar melepaskan kemarahan mereka kepada lapan ahli KPF, BOD dan Pengurusan KPF dan anasir anaisr agen Pembangkang seperti Mazlan dan ANAK.

*Dikemas kini 315pm

Published in: on February 22, 2012 at 14:40  Comments (22)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/02/22/penyenaraian-kpf-akan-diteruskan-dengan-model-baru/trackback/

RSS feed for comments on this post.

22 CommentsLeave a comment

  1. Bagus. Belum sempat baca terperinci, tapi nak nyatakan mesti ada jalan lain – sudah di ambil seperti tersebut di atas – mengenepikan mereka yang sesat jalan, terbabas dek dakyah Pembangkang dan ketinggalan peluang mendapat faedah yang di sediakan.

  2. BD

    Masalah di Malaysia, koperasi kebanyakkan nya bergerak seperti sabuah parti politik terutama para BOD yang hanya ingin memegang jawatan bagi mendapatkan elaun tapi tidak menyumbang sebarang idea atau usaha bagi memajukan koperasi dan juga ahli nya .

    Jika BD lihat, rata rata BOD koperasi di Malaysia adalah orang yang tiada pengalaman berniaga tetapi popular kerana pandai bercakap di kedai kopi.

    Dan bila telah di lantik, amat liat untuk melepaskan jawatan kerana enak mendapat elaun, di pandang tinggi oleh ahli dan juga masuk mesyuarat dengan bergaya.

    Apabila masuk AGM dan di persoal kan kemampuan mereka oleh ahli yang tidak berpuashati, maka dari saat itu mereka akan memulakan gerakan menghentam ahli yang banyak soal dengan menggunakan jawatan mereka itu untuk mempengaruhi penyokong mereka.

    • Itu ke yang di sindir orang sebagai “jaguh kampong”? Pandai bercakap tapi isi kosong. Kuat kelentong. Tapi kalau yang baik mahu di pesong, suka berdemo di jalan raya dan membohong, harus di pelangkong. Ikut cara undang undang, tangan nya di pasong.

    • 8 BOD & Pengurusan KPF hanya mementingkan diri sendiri.Lebih baik jadi orang yahudi………

  3. Sedih.
    Rakyat tak mahu kebaikan, tapi kerajaan berusaha besunnguh sunnguh untuk memberi manfaat walaupin sekali dari jalan belakang.

  4. Syukur, KPF terselamat buat masa kini. Begitu juga dengan Felda Plantations. Kalau nak senaraikan, senaraikan saja FGV yang dah rugi setengah billion ringgit tu.

    • Haaaa, ini dia jenis yang suka menuduh liar, tak beri bukti, justifikasi, penjelasan atau penerangan. Jenis parti Pembangkang biasa.

      Keluar dengan 1-2 ayat membangkang, membantah, merosak, memusnah. Keluarkan pendapat bertentangan arus tapi tak beri apa penerangan, apa hujah menyokong pendapatnya pun. Jaguh kampong yang menjahnam. Benci munafik konon tapi dia yang munafik membantah tak berhujah.

      Jenis ada di tulis di lain tempat:

      Jenis “sembahyang dua imam” … They wore their ‘holier than thou’ hat at all times. Humble they were not. Jauh sekali. They thumbed their noses up at those who didn’t support their party. Dengan angkuh mereka berkata ‘orang Umno kafir’; itu yang diulang-ulang sebagai mantra.”

      Ini jenis perosak. Perlu di balas, di bidas dan di tangkis tiap kali dia keluar.

    • Fakta dari pakatan tentang FGV mana ada yg untung semua rugi,berbilion tur rugi bkn ckit hahaha..katanya..tp kalau PAKATAN KEHANCURAN RAKYAT yg buat grenti untung gler hihihi..boleh BLAH…!!!!!

  5. Nak buat macam mana , orang tak mau …orang melayu tak mau pecut 2020 jadi wawasan mereka…nak kata apa….tunggulah…..kerugian apa pada setengah billion, selepas senarai 21billion yang datang….
    hehehe senyum lebar bangsa asing lihat orang melayu. Jengah-jengahlah golden hope…jengah-jengahlah land & general. Disebabkan dua tiga kerat…melayu melopong…..

    • Kamu pun mengetawakan orang Melayu? Jagoh kampong kah kamu? Atau budak belom dewasa masuk sini dengan nama kebudakan beeBUZZ yang kamu pakai.

      Kamu menyindir sesuatu tak betul di Golden Hope dan Land & General. Kenapa tidak beri fakta, siap dengan “authority” yang mengesahkan apa yang kamu sindirkan itu? Atau kamu takda fakta, hanya tuduhan dan sindiran yang melulu dan kebudakan?

      Tidak bertanggung jawab maanusia macam kamu ini. Harus di heret ke pangkuan bapak kamu dan di rotan.

  6. Saya tidak melihat apa-apa muslihat yang tak kena ke atas penyenaraian FGVH dengan struktur dan entiti yang baru mengikut penyusunan semula yang dijangkakan lebih berkesan daripada pengurusan dan kemajuan FELDA pada keseluruhan nya. Ini tidak bermakna bahawa Koperasi FELDA melalui KPF akan diketepikan.

    Kepentingan warga FELDA menerusi KPF akan tetap dibela dengan lebih berkesan dari segi kecekapan pengurusan mengikut aliran dan citarasa pelaburan di dalam dan di luar negara. Saya yakin bahawa tidak ada hasrat yang buruh atau manipulasi yang akan menancam kedudukan FELDA yang semakin maju dengan daya persaingan pasaran khusus nya “minyak sawit” yang semakin mencabar.

    FELDA melalui FGVH perlu meninjau peluang-peluang yang sedia ada di luar negara, selain daripada negara ASEAN, oleh disebabkan dunia ekonomi dan perdagangan pada hari ini adalah tanpa sempadan melalui teknologi yang baru.

  7. Penyenaraian adalah bertujuan untuk mendapatkan modal yang banyak dan murah kerana ikuti tidak ada cost berbanding pinjaman bank.Ada juga penyenaraian bertujuan untuk bolihkan ahli saham sedia ada dapatkan semula modal dari syarikat yang diusahakan itu kerana jumlah yang diperolihi tidak dicukai .Felda dengan kewangan yang cukup banyak tak perlu disenaraikan dan kita dah dengar lama dah listing adalah sumber wang pilihan raya melalui pink form dan ini diketahui umum.Ku Li kata yang penyenaraian akan membuatkan hak milik dan kuasa atas tanah berkenaan kini ditangan penoroka akan berpindah kpd pihak asing yang 100% betul.Kini terdapat syarikat yang disenaraikan dikeluarkan untuk dijadikan “sdn bhd ” kerana telah bolih berniaga tanpa ahli dan modal dari orang ramai.Rational penyenaraian FGVH tak kuat ditambah pula bantahan bertalu2 dari warga Felda adalah sesuai penyenaraian ditarik balik.Bila dah disenaraikan ianya tertakluk kepada banyak undang2 dan peraturan dan tak mungkin kerajaan bolih gunakan duit sewenang2nya seperti sekarang.Bekas pegawai atasan Felda yang bersara hampir semua tak setuju disenaraikan.Penyenaraian yang dicadangkan ada cara perniagaan dan bukan politik dan jika sayangkan politik eloklah penyenaraian ditarik balik.Jika ikut jalan perniagaan bukan sahaja kampung tergadai tetapi yang terpenting politik akan berpindah kepada pembangkang.Tidak ada kriminal atau jatuh maruah kalau FGVH tak disenaraikan jadi mengapa Tan Sri Isa bermati matian nak juga pergi listing dalam bentuk lain mungkin dia dah kemaruk penyenaraian Peladang Kemia Bhd untuk bandar baru Nilai dengan cara yang sama mempermodalkan tanah kerajaan yang akhir Dun Nilai tumbang kepada pembangkang dan rakan kongsi cina tu jadi jutawan dan tak saekor pun usahawan melayu dinegara ini naik melalui pengswastaan PK dan itu pun tak jeran2 lagi.
    Ingatlah semua

    • Kalau berlaku apa yang T. Razaleigh cakap pun, tak boleh beli balik ke di atas nama Khazanah atau sebagainya bagi pihak kepentingan Melayu seperti beli saham Guthrie di London Stock Exchange dulu?

      Komen yang tak berperenggan ni nampaknya berkelabut takda haluan dan tak tahu jika dia faham tujuan.

  8. tak payah gaduh laaa.

    so far nothing has been finalised about the new structure.

    kenapa pulak orang nak sokong atau nak bantah walau tak tahu apa kebendanya yang akan dihidangkan atas meja.

    initial structure stinks sebab gomen nak beli major stake dalam FHB tapi tak mahu bagitahu berapa sen ahli kpf akan dapat. I believe purchase consideration based on NTA but after some deductions (i’m sure) berapa yg tinggal for distribution. Kalau swap shares berapa harganya?, adakah gomen akan guarantee price tak akan jatuh after listing?

    How KPF nak approve sale kalau tak ade detail ni semua?

    Now gomen nak buat unit trust for settlers and sideline KPF. It sounds like FGVH listing will proceed but with KPF’s ownership in FHB remaining in tact.

    so, it’s great but how the settlers nak dapat join unit trust ni? gomen nak kasi free? or settlers kena keluar duit sendiri? or gomen nak kasi loan beli unit trust macam SARA 1Malaysia which is think is more likely.

    terima kasih

  9. Siapa boleh jamin FGVH akan terus untung selepas disenaraikan? Belum ada lagi syarikat yang dibeli Felda di luar negara dizaman Datuk Baqie yang untung. RM500 juta dah hanyut dah. Listing ni memang perancangan seseorang yang nak kaya lagi walaupun dah kaya.

    • Ni lah orang melayu…selalu saja buat komen.Sampai bilakah melayu boleh terus membangun.?

      • Kenapa nak listing? Logiknya listing sebab nak cari duit. Dulu Felda ada banyak duit, berbilion-bilion, tapi sejak Najib “jaga” Felda, duit Felda dah habis disedekahkan untuk jaga peti undi sehingga Felda kena meminjam daripada EPF. Memalukan dan menyedihkan!! Tidak salah dikatakan Felda sedang menuju kepintu kejatuhannya, melainkan jika Najib diturunkan. Ayahnya membina Felda, sedihnya si anaknya menjahanamkan Felda.

  10. Umno is in such a hurry to list Felda because they are worried that in case they lost in GE 13 , then it will be too late to siphon money out of felda. They are also in a hurry to award RM2.2 Billion Kinrara-Damansara highway as a reward to lawyer & judge for the take over of Perak for the same reason. The urgency to transfer golden gooses in PNB & Khazanah to private hands (Syed mokhtar etc) is also due to the same reason… So just in case PR takes over the federal Government in GE 13… they will find that the Government coffer is empty !!!

  11. Peasant settlers vs corporate settlers … there is something unsettling about this whole thing ….

  12. […] Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad, merangkap Pengerusi FELDA Global Ventures (FGV) mengenai penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) akan diteruskan walaupun terdapat beberapa halangan oleh Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Sebuah entiti baru (SPV) […]

  13. […] may not be a smooth one. After the failure of the planned 22 February 2012 KPF EGM in Kuala Lumpur, Isa announced that “Probably, we shall list FGVH via a ‘new model (different track)&#821…. Oberservers are started to place their bets that KPF would not be included in the tomorrow’s […]

  14. […] benefit from the 37% originally was planned to be allocated for Koperasi Permodalan FELDA (KPF). As they have decided for ‘Plan B’ when KPF decision was delayed, amongst others, because of minority sabotage, then the 37% would now […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: