Mengenangi serangan berdarah Balai Polis Bukit Kepong

Balai Polis Bukit Kepong yang terbakar hangus pada 23 Feb 1950

Genap 62 tahun pagi ini, pekan sepi Bukit Kepong ditebing Sungai Muar menyaksikan peperangan yang amat dasyat dan berdarah. Bermula 0200hrs, 200 orang pengganas komunis bawah kepimpinan Mat Indera dan Goh Peng Tun telah menyerang balai polis tersebut.

Ketumbukan komminis ini memang telah merancang untuk menyerang balai polis ini, sebagai tindakan untuk memberikan tekanan keganasan kepada penduduk utara Johor, tatkala tiupan angin nasionalism yang dibawa oleh UMNO mula menjadi nafas perjuangan orang orang Melayu seluruh Tanah Melayu. Johor merupakan tempat UMNO ditubuhkan dan Tuanku Sultan Johor merupakan antara Raja Raja Melayu yang memberi sokongan kepada pergerakan politik untuk orang Melayu ini.

Grafik menunjukan plan serangan keatas Balai Polis Bukit Kepong 23 Feb 1950

Ketumbukan kominis ini memang merancang dan bersedia penuh untuk melakukan serangan ini. Mereka menjangkakan anggota Polis dalam balai polis ini tidaklah mampu untyk menyaingi mereka dari segi jumlah kekuatan anggota dan persenjataan dan mereka akan menyerah kalah sejurus apabila serangan bermula. Namun, keperwiraan anggota polis tersebut untuk berjuang membukti mereka bertahan dengan apa yang ada sehingga peluru habis dan titisan darah terakhir.

Akibatnya, seramai 19 orang anggota Polis, 5 orang keluarga mereka dan 3 orang lain di luar Balai Polis telah terkorban akibat serangan yang lebih 3 jam ini.

Senarai mereka yang telah terkorban:
Anggota Polis:
  1. 2493 Sergeant Jamil bin Mohd Shah (Head of Bukit Kepong Station)
  2. 7068 Corporal Wahab bin Haji Mohd Yassin (Deputy Chief Hill Station Kendal)
  3. Lance Corporal Omar Jidin 7186
  4. Mata-Mata 9136 Hassan Osman
  5. Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
  6. Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
  7. Mata-Mata 7493 Mohammed bin Ja’far
  8. Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
  9. Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
  10. Mata-Mata 60 Ibrahim bin Adam Marin
  11. Mata-Mata Marine 68 Awang bin Ali
  12. Mata-Mata Marine son Adam 181 Basiron
  13. Mata-Mata 3475 Additional Common bin Mohd Top
  14. Mata-Mata addition Jaafar bin Arshad 3795
Polis Bantuan:
  1. Ins. Kudarina Naknok
  2. 2130 AP Samad bin Yatim
  3. AP 1912 Mahmud bin Sa’at
  4. AP 1925 Ali bin Akob
  5. Yahya Othman AP 2127
Keluarga Anggota Polis
  1. Fatimah bint Yaaba – Isteri Mata-Mata Marine Abu Bakr Daud
  2. Hassan bin Abu Bakar – Anak Mata-Mata Marine Abu Bakr Daud 37
  3. Saadiah – Isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
  4. Simah bint Abi – Anak  Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
  5. Arafat binti Yusoff – Isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Polis Bantuan yang terbunuh diluar Balai Polis Bukit Kepong
  1. 2098 AP Redzuan bin Alias
  2. Embong bin FAQ
  3. Koh Ah Cheng

Itu rekod, Parti Kominis Malaya tidak pernah mahu meletakan politik keganasan mereka ketepi walaupun pada 1955, rakyat Tanah Melayu telah membuktikan mandat secara demokratik telah diberikan kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra dan Parti Perikatan. Chin “Butcher of Malaya” Peng menolak mentah mentah tawaran untuk berdamai di Perundingan Baling.

Hari ini keadaan telah berbeza. Dalam ketamakan merebut kuasa dari rakyat, Pembangkang tergamak untuk meniupkan ‘Politik Kebencian’ sebagai strategi politik. ‘Api kemarahan dan kebencian’ sedang disemarakan untuk memburukan pihak berkuasa termasuk Polis sebagai penguasa undang undang. Ini bertujuan dalam usaha mereka menengahkan politik mereka, Pembangkang boleh memecah belahkan rakyat dengan dakyah perkauman dan anarki dan apabila tindakan diambil, mereka akan memaparkan agar pihak brkuasa mengamalkan ‘kuku besi’ dan ‘fasis’.

Pada Ogos lepas di Pulau Pinang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah cuba mengelirukan rakyat dalam satu ceramah dengan mengatakan Mat Indera merupakan ‘Pejuang Kemerdekaan’. Beliau telah didakwa bawah Akta Hasutan. Beliau telah cuba mengenepikan pendakwaan, tetapi gagal

Thursday February 23, 2012

Court strikes out Mat Sabu’s application

GEORGE TOWN: The Butterworth Sessions Court can hear the trial of PAS deputy president Mohamad Sabu, who is charged with defaming policemen and their families in the 1950 Bukit Kepong incident, ruled a High Court here.

Judicial Commissioner Mohd Amin Firdaus Abdullah made this finding when dismissing an application by Mohamad, better known as Mat Sabu, to declare the case against him as invalid.

Mat Sabu’s defence team had filed the application to the High Court on Dec 21 last year to strike out the case on grounds that the court of law was not a suitable forum to discuss historical events.

Amin Firdaus found yesterday there were no cases that could be referred to, which stated that issues related to history could not be heard in court.

He said the case authorities that the defence team referred to were related to religion and security matters.

“The court is not shown that historical issues cannot be heard in court,” he said.

The defence team, led by counsel Muhammed Hanipah Maidin, then applied for a stay of execution to file an appeal to the Court of Appeal but Deputy Public Prosecutor Suhaimi Ibrahim objected, saying that the prosecution had the right to proceed with the trial.

Amin Firdaus did not grant stay of execution and Mat Sabu’s case was mentioned at the Butterworth Sessions Court later in the day.

Mat Sabu is charged under Section 500 of the Penal Code with criminal defamation against policemen and their family members who defended themselves against communist guerillas at the Bukit Kepong police station on Feb 23, 1950.

He faces an alternative charge of criminally defaming three policemen – Kons Marin Abu Bakar Daud, Kons Jaafar Hassan and Yusoff Rono – and their families at the same venue on the same day.

Sessions Court judge Ikmal Hishan Tajuddin fixed March 26 for mention.

************

Amat jelas Pembangkang seperti Mat Sabu, DAP dan PKR cuba menghidupkan semula sokongan tyerhadap pengganas kominis ini dan sekaligus mem‘francais’ anarki dan pemberontakan antarabangsa. Ini termasuk usaha membawa pulang Chin “Butcher of Malaya” Peng kembali. Namun, jelas majoriti rakyat Malaysia menolak usaha ini.

Mereka tidak boleh disifatkan kurang dari sebagai ‘PENDERHAKA’.

Published in: on February 23, 2012 at 10:00  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/02/23/mengenangi-serangan-berdarah-balai-polis-bukit-kepong/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. Salam..

    Untuk makluman, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Kolokium Sejarah Malaysia pada waktu/tarikh/tempat berikut;

    Tarikh – 25 Februari 2012 (Sabtu)

    Waktu – 8.30 pagi – 4.30 petang

    Tempat – Panggung Eksperimen, Universiti Malaya Kuala Lumpur

    Tujuan kolokium ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan maklumat sebenar mengenai perjuangan Komunis yang dikatakan turut memperjuangkan kemerdekaan di tanahair, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

    Sekian, terima kasih.

    Hesmel Faznee Faisal
    Bahagian Pengurusan Acara,
    Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
    MALAYSIA

    • “mengenai perjuangan Komunis yang dikatakan turut memperjuangkan kemerdekaan di tanahair” –

      Anda maksudkan “yang di ‘dakwa’ turut memperjuangkan ..”?

      Pengganas komunis tidak boleh “dikatakan” turut memperjuangkan. Mereka perosak, penjahnam negara.

      TK memberi tahu, tapi tolong tukarkan perkataan itu. TK.

      • Zen;

        Maksud “yang didakwa” itu merujuk kepada dakwaan pihak tertentu yang cuba memutarbelitkan sejarah dengan mengatakan perjuangan Komunis selari dan sejajar dengan perjuangan nasionalisme pada ketika itu yang berjuang mendapatkan kemerdekaan dari puak Imperialis.

        Harap Zen dapat memanjangkan jemputan kolokium ini kepada rakan taulan saudara.

        Hesmel Faznee Faisal.

      • Saya akan beri tau kawan kawan. Sendiri tak pasti dapat hadzir. Sebab dah ada jadual lain sejak dulu.

        Memang saya rekomen seramai mana yang boleh, sila lah pergi ke acara tu. Maukan masyarakat tahu pengganas komunis itu anti-nasional, mau hapuskan institusi Raja Raja Melayu, tubuhkan Republik dan jadikan negara ini di bawah naungan China Kominis.

        Macam yang ada fikir kebuh kurang begitu walau pun tak cakap seterang itu sekarang ini. Harap dapat hebahkan di institusi institusi pengajian tinggi sebanyak mana yang boleh.

  2. kita mesti sepakat menentang fahaman yang bodoh ini Komusnis adalah musuh negara penyokong komunis adalah musuh kita.

  3. Jangan beri pengganas komunis Chin Peng “masuk” Malaysia. Istilah “masuk” tu tepat, sebab Professor Emeritus Khoo Kay Kim sudah semak rekod di Jabatan Pendaftaran Negara bahawa Chin Peng ada mohon kerakyatan tapi tak datang temuduga kelayakan dan permohonannya tak diperoses selanjutnya.

    Lim Kit Siang DAP mahukan Chin Peng masuk. Kita bantah dan balah seboleh bolehnya. Takda ma’af baginya. Dia tak rasa bersalah pun kematian beribu rakyat dan azab sangsara berpuluh ribu lain akibat keganasannya dan geng penjahatnya.

    Mat Sabu yang agungkan penyerang Balai Polis Bukit Kepong itu jangan kasi lepas hingga ke Mahkamah yang tertinggi dinegara ini. Masukkan dia ke dalam penjara selama yang boleh kerana cuba ambil kesempatan mempolitikkan pengkhianat negara dan perosak keamanan.

  4. Itulah dia.

    Sanggup untuk mengadai negara dan keamanan semata mata nakkan kuasa


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: