PM Najib: Kita menepati janji bila berjanji

Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak, berkongsi jenaka bersama Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, MB Johor Dato' Ghani Othman dan Presiden MCA Dato' Seri Dr Chua Soi Lek

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengukuhkan kommitmen kerajaan untuk menunaikan janji semasa merasmikan perhimpunan ‘Jelajah Janji Ditepati’ di Batu Pahat, Johor pagi ini. Program bertemu rakyat ini diadakan secara bersantai, tanpa protokol.

“Ini merupakan antara himpunan terbesar rakyat Malaysia yang saya pernah lihat”, dihadapan 30,000 kehadiran.

“Kerana Perjuangan Rakyat, Untuk Rakyat, Demi Rakyat untuk berubah, sebagaimana yang disebut Menteri Besar Johor Dato’ Ghani (Othman) tadi, bermula di Batu Pahat ini”.

“Perjuangan kita berpaksikan rakyat, samada berjuangan menentang keganasan kominis, memerdekakan tanahair dan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Semua berpaksikan rakyat”.

“Satu lagi rahsia disebalik kejayaan ialah kita dapat laksanakan dan tunai apa yang kita janjikan kepada rakyat. Apabila janji ditunaikan, maka ianya sebagai tunggak kepada pra-syarat amalan demokrasi yang kita lalui dan kita amanah dalam menunaikan janji tersebut”.

Perdana Menteri juga mengambil peluang memberikan ‘kad laporan’ mengenai pencapaian Kerajaan terutama program program GTP, ETP dan pencapaian NKRA. Ini termasuk menjelaskan mengenai skima baru untuk kakitangan awam. Beliau juga menbuat pra-pengumuman mengenai skima ‘gaji minima’, yang bertujuan untuk menjamin pendapatan rakyat meningkat, juga akan dilaksanakan. “Kita akan ummkan pada masa yang sesuai”.

PM Najib juga menegaskan komitmen Kerajaan untuk menentukan rakyat hidup selesa, termasuk menanggung subsidi “Kita tentukan walaupun harga pasaran meningkat seperti minyak mintah sekarang, namun harga runcit petrol tetap kekal. Subsidi yang Kerajaan tanggng ialah RM 30 billion setahun. ‘Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Diutamakan’ adalah janji yang kita tunai. Bukan macam Pembangkang. Mana janji (yang dibuat pra-PRU 12) ‘Tabung Kelahiran RM100’, ‘Pendidikan Tadika RM50’, ‘Elauns Jaga Anak Untuk Surirumah’, ‘Bantuan Ibu Tunggal RM600 sebulan’, untuk orang Selangor?”.

“Maka itu, rakyat perlu terus bagi kita sokongan. Boleh bagi kita lima tahun lagi tak?”

Para hadirin memberikan jawapan yang lantang dan jelas diikuti tepukan yang amat gemuruh. Turut serta dalam program turun padang ini ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Menteri Kabinet dan wakil wakil rakyat seluruh Johor.

*Dikemas kini 1215pm

Advertisements
Published in: on April 7, 2012 at 10:42  Comments (14)