PM Najib: Agenda transformasi akan beterusan

Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak berucap dalam Majlis Makan Malam Bersama Rakyat di Sibu, 26 April 2012

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengulangi iltizam Kerajaan Persekutuan untuk berazam terus menunaikan janji dan agenda transformasi, demi mengekalkan momentum pembagunan negara dan mencapai masyarakat berpendapatan tinggi.

Beliau berucap dalam Majlis Makan Malam Bersama Rakyat di Sibu malam ini.

PM Najib diraikan oleh 2,000 orang terdiri dari pelbagai keturunan dan sukum kaum dalam majlis malam ini. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu, barisan Menteri Kabinet Sarawak, Speaker Dewan Undangan Negeri dan beberapa Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan dalam rangka kerja tiga hari ke Sarawak bermula malam ini. Ketua dari pelbagai kelompok dan lapisan masyarakat termasuk golongan peniaga juga hadir.

Beliau yakin potensi Sarawak yang cemerlang dan kerjasama erat yang kukuh dan mentap terjalin sekelian lama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak disambut warga Sibu

“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Pehin Seri (Taib Mahmud) kerjasama dan sokongan yang diberikan. Sekiranya kita diberikan mandat, saya yakin kita akan boleh buat lebih banyak lagi dimasa hadapan”.

“Impian saya ialah untuk negara kita Malaysia kekal membagun dan mencapai taraf negara maju. Saya ingin meninggalkan Malaysia sebagai negara maju bagi generasi akan datang”.

“Kita mesti mengembara dalam ‘keretapi’ yang sama. ‘Keretapi’ ini telah pun bergerak ‘meninggalkan stesyen’ dan agenda transformasi adalah matlamat. Ianya bukan impian yang tidak boleh dicapai”, beliau mengulangi gesaan agar seluruh negara kerjasama sebagai satu pasukannya yang mantap. Beliau membayangkan bahawa agenda transformasi yang dibawa kepimpinan hari ini begitu komited dan tidak akan berpaling arah.

PM Najib juga mengingatkan bahawa kesejahteraan dan kemakmuran yang ada dan dinikmati hari ini adalah hasil usaha mereka yang terdahulu dan berterusan berkerja keras untuk rakyat “Sekiranya kita menikmati air perigi itu, jangan kita sesekali lupa mengenang siapa yang menggali perigi itu”.

Beliau mengotakan janji untuk kembali ke Sibu walaupun dalam rangka lawatatan Februari lepas tidak berkesempatan. PM Najib juga menjelaskan bahawa Kerajaan dibawah BN terus menunaikan janji yang dibuat semasa PRK Sibu hampir dua tahun lepas, termasuk program penebatan banjir yang bernilai RM 230 juta. Lapangan terbang baru Sibu yang bernilai RM 137 juta hampir siap sepenuhnya.

“Kita bukan macam Pembangkang. Kita tunai janji bila berjanji”.

Beliau memberikan contoh bagaimana Pembangkang berjanji bermacam macam perkara apabila berkempen di Selangor semasa musim PRU 12 namun telah gagal menunaikan janji. Ini termasuk elaun khas untuk ibu tunggal. “Di Pulau Pinang, 18 keluarga Kampung Buah Pala kita yang bela”.

Sebuah jambatan terpajang merentangi sungai sepanjang 1.5km yang bernilai RM 500 juta juga dibina, bagi kelesaan rakyat terutama masyarakat desa dan luar bandar.

“Kalau kita hanya bertindak sebagai ‘Kerajaan Populis’, maka kita tidak akan mencapai imbangan yang diperlukan dan membawa pembangunan yang seimbang dan berterusan. Kita tidak akan boleh maju sebagaimana yang dicapai setakat ini”.

“Berilah saya mandat. InsyaAllah, saya akan teruskan agenda pembangunan, sejahteraan dan kemakmuran untuk semua Rakyat Malaysia”.

PM Najib juga mengumumkan dan menyerahkan dokumen tawaran untuk membina sebuah Kolej Universiti Teknologi Sarawak kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Tan Sri Taib Mahmud. Ini merupakan IPTA kedua bagi Sarawak dan ‘hadiah khas’ bagi rakyat. Ini jelas agenda transformasi bagi rakyat mencapai pendapatan tinggi ekonomi dalam pesat adalah konsisten.

Ini merupakan kepimpinan yang matang dan berwawasan bagi seorang Perdana Menteri yang begitu bersungguh untuk membawa pembangunan kepada seluruh Malaysia, walaupun BN kalah dalam PRK Sibu. Ianya diberikan sambutan gemuruh hadirin, sebagai tanda terima kasih dan pengesahan bahawa kerajaan yang dipilih majoriti ini meneruskan agenda pembangunan.

Dalam ucapan alu aluan, Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Taib menjelaskan cara PM Najib bekerja keras dan pada nada tinggi ialah jelas budaya dan minda waris dari ayahanda beliau, Perdana Menteri Malaysia ke II Tun Abdul Razak Hussein. Beliau juga tiada ‘pasukan’ lain selain dari Barisan Nasional mampu merancang, menyusun, melaksanakan dan memantau pembangunan sekata untuk rakyat, terutama warga Sarawak.

Published in: on April 26, 2012 at 21:15  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/04/26/pm-najib-agenda-transformasi-akan-beterusan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. Penduduk Sarawak dan Sabah dulu aman, tenteram dan “predictable”. Dizaman pemerintahan Rajah Brooke pun begitu. Bila masuk kaum pendatang pun tidak banyak beza. Tapi, bila masuk DAP, mula nak jadi huru hara.

    Di goda, di godak dek mereka yang bertabi’at macam kongsi gelap, penjahat dan gengster. Di serap dengan berbagai tuduhan liar tanpa bukti dan justifikasi. Jenis pembohong, penipu dan subversif. Ada yang naik berniaga besaran menjadi jutawan pun guna cara penjahat dan gengster. Seorang pembalak jutawan telah di kenakan ISA sebab rekodnya seperti itu dahulu. Tak lama lalu cuba saman Kerajaan sebab tahanan ISAnya. Walau pun itu berlaku sebelom ISA di mansuhkan.

    Tetapi BN tentu boleh terus menang di Sarawak dan Sabah. So’alnya hanya berapa besar kemenangan itu. PAS tidak boleh mengharap menang. Sebab tidak ada apa sumbangan kapada penduduk Sarawak. Bukan itu saja, Presiden PAS, Hadi Awang, bila geramkan kalah PRK Batang Ai, mengata penduduk Iban “tidak matang politik’ dan “masih pakai cawat”. PKR pun tidak ada kesan di Sarawak. Rakyat Sarawak tidak boleh terima Anwar Ibrahim jenis yang main belakang.

    BN tidak perlu buang masa di kawasan yang kebanyakanya ahli dan penyokong hardcore DAP. Jenis itu kalau pecah kepala di asak dengan fakta fakta kemajuan yang di bawa oleh BN pun tidak akan di hirau mereka. Perlu pusatkan perhatian di kawasan kawasan yang perbezaan undi di pilihanraya yang lalu tidak besar. Kalahkan Pakatan Rakyat. Sebab mereka akan merosakkan negara ini. Dah banyak tembelangnya keluar walau pun baru 1-2 tahun merintah di beberapa negeri.

  2. […] semasa Majlis Makan Malam Bersama Rakyat di Sibu semalam, PM Najib mengumumkan pembinaan Kolej Universiti Teknologi di Sibu, sebagai sebahagian agenda transformasi bagi warga Sarawak. Pagi tadi, beliau meluangkan masa untuk […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: