PM Najib: ‘Durian Runtuh’, janji agenda transformasi masyarakat FELDA

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan ‘Durian Runtuh’ kepada 112,635 peneroka FELDA, Jengka 8, 8 Mei 2012 dihadapan 40,000 orang warga FELDA

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak pagi ini mengumumkan ‘Durian Runtuh’ jumlah terkumpul bernilai RM 15,000.00 dalam wang tunai kepada setiap dari 112,635 peneroka FELDA. Ianya sebagai menghargai sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi Negara.

“Sempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH), ‘Durian Runtuh’ bernilai RM 1.689 billion. Semua datang dari dana FELDA. Pada Fasa 1, RM 5,000.00 kepada setiap peneroka. Ini untuk mereka yang setia kepada Perjuangan. Pada Fasa 2 pula, RM 5,000.00 kepada isteri peneroka. Fasa 3, agihan RM 5,000.00 kepada anak peneroka FELDA”.

Pengumuman yang dinanti nanti oleh 112,635 peneroka FELDA dibuat Perdana Menteri dalam program Majlis Bersama Peneroka FELDA itu mendapat sambutan begitu gemuruh dikalangan 40,000 warga FELDA yang berhimpun di Jengka 8 ini. Jalan menuju FELDA Jengka 8 ini menerima kesesakan trafik yang luar biasa, sejauh 6 km dari arah Pusat Bandar Jengka dan Jerantut.

Selain dari itu, 20% saham FGVH akan diperuntukan kepada Tabung Amanah bagi peneroka FELDA. “Sekiranya FGVH untung selepas penyenaraian, insyaAllah akan dapat lagi RM 1,500.00 bagi setiap peneroka FELDA”.

Beliau, yang juga Menteri bertangung jawab hal ehwal FELDA juga mengumumkan ‘Durian Runtuh 2’ merupakan ‘pink form’ bagi pengagihan saham dalam gerak-kerja penyenaraian FGVH, yang dijangkakan akan disempurnakan 26 Jun 2012 di Bursa Malaysia.

“Kalau ada penipuan atau pembohongan oleh Pembangkang, saya ingin mengesahkan, tanah peneroka akan kekal milik warga FELDA”.

Bagi warga kerja FELDA pula, PM Najib mengumumkan bonus khas 2.5 bulan gaji sebagai ‘Durian Runtuh’ untuk mereka disamping ‘pink form’ penyenaraian FGVH. Sumbangan dan dedikasi mereka dalam agenda membawa perubahan melalui transformasi FELDA semenjak ditubuhkan, jelas dihargai dalam pengumuman ini. Ini juga merupakan rekod bonus paling besar yang diperuntukan untuk mana mana warga-kerja agensi Kerajaan.

‘Durian Runtuh’ ini mula diumumkan pada Ucapan Bajet 2012 beliau di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011. Ianya merupakan sebahagian dari agenda transformasi beliau bagi masyarakat FELDA, yang merangkumi penyenaraian FGVH, dalam menentukan kedudukan strategik FELDA bagi 50 tahun akan datang terus kekal kukuh dan progressif.

“Apa yang ada hari ini merupakan impian Allahyarham Ayahanda saya. Hari ini, kita ingin transformasikan legasi itu kepada tahap yang lebih tinggi”, sambil mengimbau FELDA yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein dan memberikan tumpuan khusus peribadi, merupakan agenda transformasi masyakar luar bandar bermula tahun 60an itu.

“Untuk sampai ke tahap ini, ianya dengan kudrat dan susah payah peneroka membuka dan mengharungi binatang buas. Bermula dari ‘roll call’ setiap pagi dan berbekalkan dengan alat asas seperti kapak, parang dan kecekalan jitu. Akhirnya, kawasan hutan itu bertukar wajah dan berjaya dibangunkan kampung dan kawasan ladang”.

“Ditempat binatang buas dan berpuaka itu kita bina kampung, ujudkan ladang dan membangunkan masyarakat. Hari ini, ianya berubah kepada kawasan yang maju, seperti Pusat Bandar Jengka ini”.

Antara warga peneroka FELDA yang hadir

FELDA merupakan agensi Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tanah rancangan, sebagai dasar pra-Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ianya diteruskan selepas DEB mula dilaksanakan sehingga berjaya mengujud dan bangunkan 317 tanah rancangan seluruh negara.

Menurut PM Najib, FELDA merupakan organisasi pengeluar minyak sawit terbesar didunia. Kini ianya mengorak langkah lebih panjang dengan semua perniagaan Kumpulan FELDA dikonsolidasikan bawah FGVH. “Banyak pihak luar ingin belajar dengan kita”.

Beliau juga mencemuh segelintir minoriti dikalangan peneroka FELDA yang bersekongkol dengan Pembangkang dan cuba menggagalkan penyenarian FGVH, termasuk membawa ke Mahkamah. Beberapa kali mesyuarat agung luar biasa (EGM) Perwakilan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dibatalkan kerana injuksi Mahkamah yang diambil. “Saya tidak rela dan redha mereka menerima ‘Durian Runtuh’ ini. Haram jadah mereka!”.

Hakikatnya, tanpa penyenaraian FGVH, keuntungan perniagaan Kumpulan FELDA selama ini tidak boleh dikonsolidasi dan bebas-kuncikan (unlock) dan peneroka tidak menerima ‘Durian Runtuh’. PM Najib juga mengumumkan dana khas bagi Yayasan FELDA untuk membantu membaiki rumah kampung kampung tradisi dalam kawasan tanah rancangan FELDA.

Dalam ucapan alu aluan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan terus menentukan masyarakat FELDA dibela dan bangunkan. Beliau meminta masyarakat FELDA memberikan kepercayaan dan sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan dibawah pimpinan PM Najib.

Published in: on May 8, 2012 at 11:00  Comments (23)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/05/08/pm-najib-durian-runtuh-agenda-transformasi-masyarakat-felda/trackback/

RSS feed for comments on this post.

23 CommentsLeave a comment

  1. Saya tidak mempunyai apa-apa masalh dgn PM Najib dlm hal penyenaraian FGVH demi kebaikan kpd peneroka, malahn saya sendiri pun memohon kpd MITI utk 100 lot kuota bumiputra. Itu tahap konfiden ssya terhadap FGVH.

    Cuma yg saya bimbang Isa Samad, yg pernah dithabitkan dgn kesalahn politik wang oleh Jawatan Kuasa disiplin UMNO. Bukan apa, takut ‘market’ memberikan reaksi negatif terhadap ketidak-jujuran beliau semasa penyenaraian nnti.

    Hope I’ll be provenwrong

    • Itu bukannya masalah, TS Isa Samad mempunyai dua mata sahaja, tetapi bagaimana pula dengan sepasang mata setiap 112,635 peneroka?
      Positive thinking…

  2. Dog,

    Ketua Pengarah Felda & gerombolannya yg nak sabo FGV dulu tu, dapat dua bulan setengah bonus gak ke??

  3. Saya tak suka perkataan “haram jadah” tu!!

    • Kamus kata haram jadah = anak haram. (Psssst, jangan kata saya kerja menghentam saja – ni ada buat kerja tengok Kamus, haha).

      Tapi, bukan kah Bahasa Melayu ada bahasa kiasan. Ada juga bahasa kelasik, seperti “bedebah” yang Hang Tuah gunakan kapada Hang Jebat yang mengkhianat, melanggar perintah Sultan dan membunuh ramai orang awam yang tak bersalah nak lepaskan geramnya.

      Jadi ini boleh di anggapkan sebagai Hang Tuah kali ini menggunakan perkataan haram jadah bila bersilat dengan orang orang yang sudah mengkhianati bangsa dan negara, orang orang yang tetap sudah menjadi musuh. Azman Aliman dan gerombolannya tentu sudah mengkhianati bangsa Melayu FELDA.

      Sedarlah bahawa Bahasa Melayu itu tinggi tarafnya. Perkataan “mengamok” pun sudah di guna oleh British sejak Dato Maharaja Lela dan pahlawan pahlawannya mengamok, melembing dan mengkeris mati bedebah anak haram Residen British pertama, JWW Birch, bila nak pungut cukai dari orang tempatan di Pasir Salak, di tepi Sungai Perak di tahun 1875. Sekarang perkataan “amok” ada dalam Oxford English Dictionary.

      Pada saya tepat perkataan yang DS Najib gunakan itu.

      • PM dalam mood menyerang, seperti yang dikatakan salah seorang rakan media saya dari Agenda Daily. Jarang dapat lihat keadaan ni🙂

    • Kami tidak rasa PM Najib menyifatkan mereka yang cuba mengagalkan penyenaraian FGVH sebagai “Haram Jadah” itu tidak kena pada tempatnya.

      Malah, kami berpendapat ianya amat tepat sekali!

      Minoriti dikalangan 112,635 peneroka ini memang ‘Haram Jadah’.

      ‘Durian Runtuh’ ini datang kerana syarikat dibawah Kumpulan FELDA dan FGV digabung konsolidasikan. Semua asset (termasuk kecairan seperti tunai), pelaburan dan aktiviti kommersil dirasionalisasikan, dan seterusnya dibebas-kunci. Oleh demikian, keuntungan terkumpul dari dua kumpulan syarikat ini disatukan dan sebahagian darinya dapat dikongsi kepada 112,635 keluarga peneroka FELDA ini.

      Minoriti peneroka yang berjaya diperalat dan kudakan Pembangkang ini tergamak cuba membaling pasir kedalam periuk rezeki majoriti besar peneroka lain, hanya kerana hasad dengki dan terpengaruh dengan dakyah Pembangkang.

      Dua kali EGM KPF gagal kerana injuksi Mahkamah. Sekarang, nak bawak FGVH ke Mahkamah pulak kerana ‘menipu peneroka’. Itu belum termasuk berpuluh laporan Polis yang dibuat, dengan tujuan sengaja mahu mencari publisiti.

      Bukan ‘Haram Jadah’ ke tu, namanya?

      • Bukan rasional penggunaan frasa dipertikaikan tetapi penggunaan frasa yang tidak elok digunakan oleh seorang pemimpin.

        Saya telah acap kali mendengar ceramah arwah TR, tidak pernah pula saya mendengar frasa-frasa seumpamanya dikeluarkan beliau. Begitu juga pemimpin-pemimpin lama UMNO. Kenapa akhlak dan nawaitu mereka lebih mulia?

        Kalau pun ingin sangat digunakan, frasa ini harus digunakan untuk perkara-perkara yang lebih besar lagi. Kena geletek dengan golongan minoriti pun sudah terkejuk berok?

        Kenapa tidak diHJkan rakan kabinet beliau yang amat terang bersekongkol dalam perihal penyelewangan dana negara untuk tujuan makanan negara. Malah membantu lagi. Banyak lagi perkara yang boleh diHJkan. Kenapa berhenti di sini sahaja?

        Jadi adakah kita nampak bahawa rakyat sekarang sudah sangsi dalam hal persepsi: “wujud undang-undang untuk dua set rakyat Malaysia”. Kalian tahu apa saya maksudkan.

  4. saya terima seadanya kepada perkara2 yang mendatangkan banyak kebaikan kepada peneroka, kita telah lihat kebenaran dan jelaslah transformasi ini bukan satu gimik atau mainan politik, lebih2 lagi laungan bicara retorik seorang pemimpin.

    Apa yang kami takutkan adalah provokasi dari cerita silam pemimpin yang pernah tersesat dalam kepimpinannya.

  5. Semoga masyarakat peneroka bersyukur dengan rezeki kurniaan Ilahi ini. Kerajaan nampaknya bersungguh-sungguh nak membantu mereka. Sebagaimana kita sedia menegur benda yang tak betul, sewajarnyalah kita menzahirkan pujian dan terima kasih kepada pihak yang berbuat baik dan menguntungkan kita.

    Kita harap baghal-baghal dan gembalanya yang bernama Mazlan Aliman nanti berhentilah dari mensabotaj usaha murni nak membantu umat Melayu beragama Islam ni. Kalau nak berpolitik sekalipun biarlah atas dasar merit dan beradu idea siapa yang lebih berupaya untuk memperbaiki nasib rakyat, bukan dengan pendekatan ‘tujuan menghalalkan cara’ termasuklah menjahanamkan masa depan orang yang nak dibantu.

  6. Biggum,

    Hurrah for the settlers & wives! They deserve it. They had a career change and even uprooted themselves, to be ‘pioneers’ what was once thick rainforrest infested with ferocious carnivores.

    There are so many ‘Little Napoleans’ within Felda, be it in the authority HQ, in the 317 Felda schemes or in the Kumpulan Felda cos. Many, profited & profiteered by abusing their position or clout. Not within standing some are with ‘monopolistic power’ of continuous little contracts. And all these been going on for dog-gone years.

    Like how KPF increased their investments in Silverbird in so little time. So many frightening ‘tales’ of these scandals within Felda.

    Will these people get the two-and-half months bonus too?

    I read about you mentioning several times there are ppl within Felda above board getting upto RM 700k in directors’ fees. So what’s RM 40-50k to these ppl?

    • Give them MINUS two-and-half months bonus. Seriously, they should be given the boot. Surely there are grounds for booting them out.

      Get them out, if they are not happy, let them take the case to court. And the prosecution can dig the shit they did while serving and let the public know. Get rid of the nuisance and the errant.

    • Tolong tengokkan jika penjangak penjangak itu ambik durian runtuh tu. Kalau ambik, tolong beri tahu di sini. Kita boleh belasah dia orang di sini. Perosak masyarakat.

  7. Saya rasa pm nie adalah pm yang tiada maruah sebab mengeluarkan perkataan “haram jadah”..pm low class

    • Sila lihat penerangan saya di 10:11 di atas.

      • Sebenarnya…haram jadah TIDAK sama makna dgn anak haram, kamus tu mungkin silap…haram jadah bermakna damn (or damned) manakala anak haram bermakna bastard…

        Namun, mengapa komen hanya menjurus kpd petikan ucapan PM yg kecik saje, sdgkan isu yg besar ialah pembayaran interim RM15k setiap keluarga…

        Apabila Ketua Pembangkang menista PM dgn makian peribadi yg bermaksud “anak babi” tiada sesiapa pon amik kisah, ini bab kecil pon nak jadi isu…ataupun hati geram n kecewa sbb peneroka dpt durian runtuh dan anda yg menyokong pembangkang habok pon xrak dpt, begitu ka??

        Tahniah kpd PM…

    • Abis tu sapa yang ada high class,,,,
      Adakah Anwar dan konco2nya (belum jadi PM pon depa belambak2 dok kata maki orang) Piiiirahhhh. Sama je

  8. […] hari lepas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan FGVH akan mengeluarkan RM 1.689 billion bayaran tunai bagi 112,635…. Beliau telah menunaikan janji yang dibuat semasa Ucapan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober […]

  9. Big Doggie,

    Aku tak boleh singkap bila bila dalam sejarah sebegini ramai org Melayu diberikan ‘hadiah’ sebegitu berharga dalam bentuk tunai. Memang sah Najib hargai ‘Perjuangan’ komuniti masyarakat tani paling besar di Malaya (plus Sabah) ini.

    Tahniah untuk Najib.

    Aku mintak dia tukorlah Mat Maslan tu. Bendul sangat nak jaga sebegitu ramai org Melayu. Bagilah org ada akal sikit, ada idea & boleh pikir di luo kotak. Lantik seorg senator baru. Lagi baik, kalau anak peneroka Felda. Sekurang kurangnya, tak la sibuk nak “Balik kawasan”.

  10. […] sebagai menghargai pengorbanan, jasa dan kerja kuat mereka semenjak FELDA ujud. Pada 8 Mei 2012, PM Najib mengumumkan ‘Durian Runtuh’ berjumlah RM 1.7 billion, yang bukan sahaja kepada peneroka FELDA malah golongan isteri peneroka dan anak anak […]

  11. […] Without the FGVH IPO, values were unable to be unlocked and thus ANAK was actually sabotaging ‘Durian Runtuh’. […]

  12. haram jadah bapak ko

  13. […] the ‘unlocking of values’ and gone to the 112,635 FELDA settlers. It did happen when Prime Minister Najib announced the ‘Durian Runtuh’ of RM15,000 in agggregate to all FELDA families for the handwork and sacrifice all these […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: