Pensabotaj penyenaraian FGVH memang ‘Haram Jadah!’

Kain rentang yang digantung sekitar jalan menuju FELDA Jengka 8, seminggu sebelum Majlis Bersama Peneroka 8 Mei 2012

Dua hari lepas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan FGVH akan mengeluarkan RM 1.689 billion bayaran tunai bagi 112,635 orang peneroka, isteri peneroka dan generasi kedua FELDA, sebagai hadiah ‘Durian Runtuh’. Beliau telah menunaikan janji yang dibuat semasa Ucapan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011.

Setiap peneroka FELDA menerima RM 5,000.00 sebagai ‘Durian Runtuh’. ‘Durian Runtuh’ ini juga memperuntukan RM 5,000.00 bagi isteri mereka. Anak anak mereka, sebagai Generasi Kedua FELDA, juga menerima RM 5,000.00. Disamping itu, sekiranya FGVH membuat keuntungan tahun pertama pasca penyenaraian 26 Jun ini, maka RM 1,500.00 akan diagih agihkan kepada setiap peneroka.

‘Durian Runtuh’ ini ujud akibat konsolidasi perniagaan, asset and aktivikiti semua perniagaan Kumpulan FELDA dengan penggabungan FELDA Global Ventures (FGV) and FELDA Holdings Bhd. (FHB). Ianya, adalah bertujuan untuk penyenaraian FGVH pada 26 Jun ini. Hasil dari penggabungan dan konsolidasi ini, semua keuntungan dan kecairan terkumpul Kumpulan FELDA membolehkan sebahagianya dikongsi kepada 112,635 peneroka FELDA dan keluarga terdekat mereka dari 317 tanah rancangan itu.

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan ‘Durian Runtuh’ kepada 112,635 peneroka FELDA, Jengka 8, 8 Mei 2012

RM 1.689 billion tunai diperuntukan bagi tujuan ini. Ianya adalah sebagai hadiah penghargaan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang meneruskan legasi ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan seterusnya membawa perubahan, sebagai agenda transformasi kepada 1.6 juta masyarakat FELDA seluruh negara. Pelaburan melalui FGVH akan menjamin pulangan strategik kepada mereka, selaras transformasi masyarakat FELDA untuk 50 tahun akan datang.

Malangnya, ada segelintir minoriti dari masyarakat besar peneroka ini terpengaruh dengan dakyah jahat Pembangkang dan personaliti generasi kedua FELDA seperti Mazlan Aliman, yang juga AJK Pusat PAS. Mereka telah beberapa kali mengagalkan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) Perwakilan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dengan menggunakan Mahkamah. Kali pertama, pada 5 Januari 2012 apabila mereka memfailkan injuksi menghalang EGM KPF diteruskan. Kali kedua ialah pada 22 Februari 2012, apabila mereka sekali lagi memohon injuksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan.

Mereka ialah:

1. Abdul Rahim Abdul Rahman

2. Rosdi Ismail

3. Alias Ibrahim

4. Abdullah Mohd

5. Rakiah Sulong

6. Idris Mat Sah

7. Syed Jamaluddin Syed Muhamed

8. Samat L Yusof

Kesemuanya dari FELDA Jengka 15. Mazlan Aliman ialah Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) dan begitu tegar mengagalkan semua rancangan Kerajaan bagi masyarakat FELDA.

Mereka semua cuba menggagalkan EGM KPF, dengan tujuan untuk membantutkan proses penyenaraian FGVH. Ini kerana dalam plan asal, KPF dipersetujui oleh PM Najib agar diperuntukan 35% dari modal berbayar FGVH, sebagai timbal balik kepada melupuskan keseluruhan pegangan dalam FHB kepada FGVH.

Apabila PM Najib dalam ucapannya semasa Majlis Bersama Peneroka FELDA di Jengka 8 kelmarin menyifatkan mereka ini sebagai “Haram Jadah”, ianya bertepatan. Ini kerana sekiranya penggabungan FGV dan FHB gagal dan penyenaraian FGVH tidak dapat diteruskan, maka asset dan kecairan semua dalam Kumpulan FELDA gagal digabung dan konsolidasikan.

Antara warga peneroka yang hadir

Akibatnya, ‘Durian Runtuh’ bagi 112,635 peneroka dan keluarga terdekat mereka itu tidak dapat dilaksanakan dan berputih mata mereka yang akan beroleh banyak nikmat  dari imbuhan yang begitu lumayan itu.

Ini adalah semata mata hasad dengki segelintir golongan minoriti yang tergamak korbankan rezeki bagi sebgitu ramai orang lain seangkatan dengan mereka, hanya sebab politik sempit dan terbukti produktiviti songsang dan destruktif itu. Hakikatnya, mereka ini adalah ‘Pensabotaj’ kepada transformasi dan perubahan yang dibawa PM Najib bagi masyarakat FELDA.

Mereka memang layak disifatkan sebagai “Haram Jadah”.

Published in: on May 10, 2012 at 15:00  Comments (25)