Pensabotaj penyenaraian FGVH memang ‘Haram Jadah!’

Kain rentang yang digantung sekitar jalan menuju FELDA Jengka 8, seminggu sebelum Majlis Bersama Peneroka 8 Mei 2012

Dua hari lepas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan FGVH akan mengeluarkan RM 1.689 billion bayaran tunai bagi 112,635 orang peneroka, isteri peneroka dan generasi kedua FELDA, sebagai hadiah ‘Durian Runtuh’. Beliau telah menunaikan janji yang dibuat semasa Ucapan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011.

Setiap peneroka FELDA menerima RM 5,000.00 sebagai ‘Durian Runtuh’. ‘Durian Runtuh’ ini juga memperuntukan RM 5,000.00 bagi isteri mereka. Anak anak mereka, sebagai Generasi Kedua FELDA, juga menerima RM 5,000.00. Disamping itu, sekiranya FGVH membuat keuntungan tahun pertama pasca penyenaraian 26 Jun ini, maka RM 1,500.00 akan diagih agihkan kepada setiap peneroka.

‘Durian Runtuh’ ini ujud akibat konsolidasi perniagaan, asset and aktivikiti semua perniagaan Kumpulan FELDA dengan penggabungan FELDA Global Ventures (FGV) and FELDA Holdings Bhd. (FHB). Ianya, adalah bertujuan untuk penyenaraian FGVH pada 26 Jun ini. Hasil dari penggabungan dan konsolidasi ini, semua keuntungan dan kecairan terkumpul Kumpulan FELDA membolehkan sebahagianya dikongsi kepada 112,635 peneroka FELDA dan keluarga terdekat mereka dari 317 tanah rancangan itu.

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan ‘Durian Runtuh’ kepada 112,635 peneroka FELDA, Jengka 8, 8 Mei 2012

RM 1.689 billion tunai diperuntukan bagi tujuan ini. Ianya adalah sebagai hadiah penghargaan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang meneruskan legasi ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan seterusnya membawa perubahan, sebagai agenda transformasi kepada 1.6 juta masyarakat FELDA seluruh negara. Pelaburan melalui FGVH akan menjamin pulangan strategik kepada mereka, selaras transformasi masyarakat FELDA untuk 50 tahun akan datang.

Malangnya, ada segelintir minoriti dari masyarakat besar peneroka ini terpengaruh dengan dakyah jahat Pembangkang dan personaliti generasi kedua FELDA seperti Mazlan Aliman, yang juga AJK Pusat PAS. Mereka telah beberapa kali mengagalkan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) Perwakilan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dengan menggunakan Mahkamah. Kali pertama, pada 5 Januari 2012 apabila mereka memfailkan injuksi menghalang EGM KPF diteruskan. Kali kedua ialah pada 22 Februari 2012, apabila mereka sekali lagi memohon injuksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan.

Mereka ialah:

1. Abdul Rahim Abdul Rahman

2. Rosdi Ismail

3. Alias Ibrahim

4. Abdullah Mohd

5. Rakiah Sulong

6. Idris Mat Sah

7. Syed Jamaluddin Syed Muhamed

8. Samat L Yusof

Kesemuanya dari FELDA Jengka 15. Mazlan Aliman ialah Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) dan begitu tegar mengagalkan semua rancangan Kerajaan bagi masyarakat FELDA.

Mereka semua cuba menggagalkan EGM KPF, dengan tujuan untuk membantutkan proses penyenaraian FGVH. Ini kerana dalam plan asal, KPF dipersetujui oleh PM Najib agar diperuntukan 35% dari modal berbayar FGVH, sebagai timbal balik kepada melupuskan keseluruhan pegangan dalam FHB kepada FGVH.

Apabila PM Najib dalam ucapannya semasa Majlis Bersama Peneroka FELDA di Jengka 8 kelmarin menyifatkan mereka ini sebagai “Haram Jadah”, ianya bertepatan. Ini kerana sekiranya penggabungan FGV dan FHB gagal dan penyenaraian FGVH tidak dapat diteruskan, maka asset dan kecairan semua dalam Kumpulan FELDA gagal digabung dan konsolidasikan.

Antara warga peneroka yang hadir

Akibatnya, ‘Durian Runtuh’ bagi 112,635 peneroka dan keluarga terdekat mereka itu tidak dapat dilaksanakan dan berputih mata mereka yang akan beroleh banyak nikmat  dari imbuhan yang begitu lumayan itu.

Ini adalah semata mata hasad dengki segelintir golongan minoriti yang tergamak korbankan rezeki bagi sebgitu ramai orang lain seangkatan dengan mereka, hanya sebab politik sempit dan terbukti produktiviti songsang dan destruktif itu. Hakikatnya, mereka ini adalah ‘Pensabotaj’ kepada transformasi dan perubahan yang dibawa PM Najib bagi masyarakat FELDA.

Mereka memang layak disifatkan sebagai “Haram Jadah”.

Published in: on May 10, 2012 at 15:00  Comments (25)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/05/10/pensabotaj-penyenaraian-fgvh-memang-haram-jadah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

25 CommentsLeave a comment

  1. Naik keliru kita, apa yang diorang nak capai? kenapa beriya-iya sangat nak sabotaj rakan-rakan peneroka dari dapat duit? Adakah masyarakat peneroka akan sokong PR melalui tindakan bodoh ini?

    Berapa agaknya Parti tertentu sponsor kumpulan ANAK haram ni?

  2. Sepandok itu kata “Kami Tidak Teringinkan Durian Runtuh”. Hasut peneroka FELDA jangan terima durian runtuh.

    Peneroka nak terima ke tak terima ke, pihak berkuasa mesti masukkan ke ekaun bank mereka. Atau hantarkan bank derap ke alamat mereka. Atas mereka sesiapa yang nak pulang atau tidak.

    Tapi bagi Anak Haram penghasut pemusnah masyarakat itu, jangan hantar cek atau bank derap kapada mereka. Hanya hantar surat memberi tahu cek mereka boleh di ambil di pejabat FELDA yang berkenaan. Tetapi tentukan surat itu berdaftar. Supaya ada bukti bahawa mereka sudah di maalomkan.

    Selepas itu, tunggu jika mereka datang mahu ambil cek itu. Siapkan kamera terbuka atau kamera tersembunyi. Bermacam jenis kamera James Bond ada jual sekarang. AMBIL GAMBAR MEREKA BILA AMBIL CEK ITU. HEBAHKAN SEDUNIA BILA MEREKA BUAT BEGITU. HEBAHKAN BAHAWA MEREKA CAKAP TAK SERUPA BIKIN. JENIS YANG TAK BERPERINSIP. CAKAP TAK MAHU DAN HASUT PENEROKA JANGAN AMBIK DURIAN RUNTUH. TAPI SEBENARNYA AMBIL.

    Saya yaakin mereka akan ambil. Tentu nereka kata pada masa mengambil itu bahawa itu hak mereka. Masa itu pulangkan dulang paku serpih. Mesti hebahkan.

    • Tak semudah memberi BR1M dalam memberi durian runtuh ini kerana ianya berkait dengan pembelian saham FGVH oleh peneroka sebelum durian akan runtuh. Mereka perlu ada wang tunai atau kalau tiada kena buat pinjaman bank untuk membeli saham2 tersebut. Kemudian itu baru mereka akan dapat habuan. Ianya tak ada beza sngat dengan skim cepat kaya Pak Man Telo. Duit mereka sendiri yang akan diberi balik kepada mereka.

      • Siapa cakap begitu? Mazlan Aliman cakap ke? Mana boleh percaya Azman cakap. Kau kawan baik Pak Man Telo ke? Kenapa kau “Bekas Kakitangan” – kena buang ke?

        Kau sebut lah pakar yang berkaitan jika ada yang cakap begitu. Kalu tidak, kau main tembak saja. Jaga jaga, tembak menembak itu bahaya. Yang menembak pun boleh kena tembak. Tembak angin. Bau busuk.

      • Pasal dia ni anak buah mazlan kot yg merapu x tentu pasal,kadang2 kesian plak aku tgk dia nir kene kencing ngan mazlan..pemikirannya pn terus terang da nmpak bodoh mintak maaf la yer..benda nir senang jer sape yg nk labur..labur ajela bkn ada paksaanpn..untung rugi adatla org berniaga..bukannya matipn,mazlan tur asalnya dr org yg gagal dlm mentadbir kebun sawitnya sndri..mengada2 nk tanam sndri last2 rugi akhirnya serah kt felda gak,itu baru uruskn 10ekar tanah dah gagal,ini pulak sibuk nak jaga ratusan ribu ekar tanah kebun milik org..x kn kita nk ikut org yg gagal seperti mazlan aliman nir..bayangkan adk bradik dia sendiri menentang perjuangannya,apatah lagi kita..bagi sy beliau adalah salah sekor iblis yg dilepaskn oleh PAS untuk menganggu gugat penduduk felda seluruh malaysia..kerana itulah tugas dia skg,salam…

  3. Bro.
    Listing Felda Global satu kesilapan yang besar.Jadi ANK memang benar dalam usahanya untok membatalkan Listing tersebut.

    Tun Razak berjasa menuohkan Felda dan Anaknya Najib memusnahkannya.Sabelum Najib menjaga Felda,,Felda memunyai simpanan sabanyak 5 billion rgt sekaang Felda mempunyai huan hampit 3 billion rgt.Listing Felda global betujuan untom mencai wang membayar hutang ini.Dalam jangka panjang Fedda akan kerugian besar.Estate yang sekarang ini di mileki 100 peratus,salepas listing milekknya tinggal 60 peratus.

    Satu Kesilapan yang besar.Haram jadah Isa Samad dan Najib.

    • Sebenarnya Haraman dengan

    • Sebenarnya haram jadah kapada kamu dan yang seangkatan dengan kamu, Hamid. Kamu tulis ejaan pun berterabur. Macam orang berkelabut. Ini lah jenis yang asyik nak bantah, tuduh liar, tanpa bukti dan justifikasi.

      Tunjuk lah bukti, keluarkan lah angka angka dari punca punca yang boleh di percayai. Sebutkan nama punca punca itu. Punca yang ada “authority” atau di akui pakar dalam bidang yang berkenaan. Jangan sebut nama Mazlan Aliman sebagi punca. Kita tahu dia Ahli Jawatan Kuasa PAS pusat, tentu selewengkan fakta dan keluarkan pendapat serong dan senget.

    • kau org dari PARTI AJARAN SESAT(pas)kalau x tau cite duk diam2 boleh tak?sumber dari mana kau dapat ni,kau dah tau geng2 pas x pandai pasal ekonomi ni yg kau cedok dari fakta pas apasal?itu hari kata FELDA BANKRAP..sebenarnya cmni apa jua cadangan utk memajukan felda tur dari kerajaan adalah racun bg penyangak2 nir,betapa sakitnya hati mereka melihat kegembiraan peneroka terima imbuhan demi imbuhan dari kerajaan,makin xde harapanlah untk mereka memenangi pilihanraya akan datang,kembalilah ke pangkal jalan wahai penyangak2 sekalian..

      • Jgn tuduh pas parti ajaran sesat.klu sesat kenapa majlis fatwa x haramkan? kerajaan Malaysia juga x haramkan.hujahlah dgn fakta bukan hujah macam org kena sawan babi..jgn kata dalam PAS x ada ahli ekonomi,berpuluh ahli dan pakar dlm ekonomi yg bagi penjelasan berkaitan dgn FGVH ni ialah Dr.Rosli Yaakub bekas Timbalan Pengarah Bank Negara.Habis org mcm Dr.Rosli Yaakub tu pun x pandai ekonomi.Klu tak pandai ekonomi takkan Dr.Rosli blh kerja kat bank negara sampai 18 tahun.Sedarlah kembalilah kpd kebenaran bukan kejahilan yang menebal lagi bebal.

    • Apa yg benarnya bro..fakta mazlan bagi kat bro ker,xpela kalau cmtu bro amik jer fakta tur kasi kt bapak bro itupn kalau dia penerokalah,kita tgk apa jawapannya silap2 kepala bro kene sekeh dgnnya huhu..baru masuk bilik tarik selimut merajuk hahaha..

  4. Biggum,

    PM is spot on. For me, ‘Haram Jadah’ not just these 8 bastards plus Mazlan Aliman. Its Pas as a whole.

    These ppl hv been throwing spanners to the works. These are the best ideas they hv so far. Look at Pas’s track record.

    The past 60 years of existence, they’ve brought no progress for the Malays. Nor for Islam’s sake.

    All they did was to take the Malays backwards in every damnest thing they touch, say, wish or even think!

    ‘Haram Jadah’ should also go to the Felda DG & all those Felda (authority) and/or Kumpulan Felda chaps who conspired to derail or sabotage FGVH listing. Of course, those who hv their ‘Little Napoleanic Empire’ within the Felda domain.

    This should also incl the current senior mgmt of FGV/FHB who are control freaks. Their behaviour will soon affect the plc, as a whole. Just wait & see.

    Hv you heard your fave Felda ‘hero’ aka DZ & his ‘gang-of-four’ is still working to scuttle FGVH IPO? Pls do own findings.

  5. Big Doggie,

    Memang Haram Jadah org org ni. Lagi Harami, peneroka yg bagi Pas bertapak. Paling Harami, yg bagi PKR & paling terbaru, DAP masuk kawasan Felda & bagi peluang untuk cakap dgn peneroka.

    Aku setuju dgn Feldarium. Ramai kakitangan Felda sendiri adalah mereka yg mengambil kesempatan & mangsanya golongan peneroka. Byk sangat dengo cerita kakitangan Felda jaga kontrak / pembelian hasil ladang. Lepas tu, bolot bagi kroni. Ada yg bagi Cina buta buta kontrak penanaman semula & pembersihan ladang.

    Mereka ni Pengkhianat Bangsa! Korbankan kepentingan peneroka utk temolok sendiri!

    Harap Pak Pak peneroka ni buat laporan SPRM mengenai kakitangan Felda yg korup ni. Masanya sekarang! Terbukti Najib sebagai PM bagi perhatian teliti utk Felda.

    Nak tunggu apa lagi wahai Pak Pak peneroka?

  6. Bro.
    Tak payah data.sila baca account Felda dan Felda Global.Tunggu prospetus Listing Felda Global.Felda Settler dapar raw deal.Yang bunchit CIMB bank fees 120 Juta.Allocation of shares by MITI pun banyak to UMNO cronies.

    Dont get emotional.Saya bukan ahli politik.

    • Dah baca atau belum prospectus FGVH ni? Prospectus FGVH ni dah disiarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti semenjak 2 minggu lepas.

      Kalau belum, bacalah dulu keseluruhan prospectus ni. Bagi perhatian kepada kenyataan kewangan.

      Kalau mana mana bahagian yang tak faham atau kurang faham, bagi taulah pada kita. Kita boleh terangkan mana mana bahagian yang perlu diberikan penerangan. Jangan main tuduh buta tanpa bukti ja!

      Kita galakan perbezaan pendapat dan/atau hujah. Tetapi mesti ada bukti. Lain kali, kita tak bagi peluang untuk bagi komen atau kongsi pendapat kat sini lagi. Ada faham?

    • Sekarang ni barulah saya faham. Rupa-rupanya puak-puak yang bermati-matian nak sabotaj usaha nak bantu peneroka ini adalah orang yang samaada berkepentingan politik atau ada isu/kepentingan peribadi. 2 orang ini adalah contoh yang baik.

      Seorang sakit hati CIMB dapat fee. Sedara, kalau kau nak beli flat pun kena bayar fee kepada loyar. Sebarang urusniaga apatah lagi yang sebesar dan sekompleks ini memang tak boleh elak penglibatan entiti professional sebegini. Bercakap macam pakar ekonomi, rupanya prospectus pun belum tengok.

      Untuk Bekas Kakitangan Felda – dari mana dapat idea Corporate exercise seperti ini disamakan dengan Pak Man Telo – satu Ponzi scheme? Yang berhenti jadi kakitangan Felda siapa suruh, dah tak dapat 2 1/2 bulan bonus mula merepek bukan-bukan. Tabur fitnah untuk kelirukan orang kampung.

      Saya pun bukan ahli mana-mana parti politik atau ada kena mengena dengan Felda. Cuma seorang Melayu yang kecewa dengan segelintir orang Melayu yang tak sudah-sudah dengan hasad dengki dan pentingkan diri sendiri.

    • sesungguhnya kamu dari kalangan yg jauh tersesat,hulurkn tangan biar saya pimpim kamu..

  7. emm tak kesah la, yang penting org peneroka2 felda, felcra, risda lepas ni akan jadi mewah dan makmur, kereta besar menjalar2, rumah bunglow sana sini, anak2 semua akan senang lenang masuk sekolah yang bagus2, bank bank utama akan buat rangkaian di setiap felda, penderma2 terbesar lepas ni adalah mereka2 ini la sebab duit dah banyak, InsyaAllah… Amin..

    • dy org 2 skit ati sbb dy 2 pebangkang,.blakang bntot anuar..sakit ati agak nye sbb xdpt durian runtoh,.

  8. Tak berapa lama dulu, riuh rendah dunia Malaysia dengan ceramah mengutuk projek KLIA dan Putrajaya. Waktu itu Mahathir dapat gelaran MahaFiraun kerana ingin bina projek mega / raksasa. Namun waktu itu ada yang percaya, maklumlah setengahnya tidak pernah keluar dari daerah kelahirannya, tak pernah rasa sesak menyambut rakan dari airport, tak pernah rasa jam dan serabut pergi ke pejabat kerajaan di KL.

    Sekarang dia orang sikit pun tak rasa malu guna KLIA. Dan pembangkang kini melabur beratus juta ringgit untuk tempah Putrajaya. Anwar sekarang buat loan beratus juta ringgit dengan konsortium yang simpati dengan perjuangan zionis untuk beli Putrajaya, projek yang disebut mega dan habiskan wang rakyat suatu masa dulu. Loan itu Anwar kena bayar balik nanti, difahamkan cagaran loan itu adalah “maruah negara”.

    Sekarang mereka ingin kacau Felda pulak. Kalau kita selesa untuk mempercayai pembangkang, memang sahlah kita akhirnya jadi keldai seperti mereka yang turun ke jalanraya dalam bersih 3 memprotes SPR, sedangkan mereka lupa dalam proses pilihanraya yang lalu, pembangkang peroleh 5 negeri.

    Mungkin rakyat biasa tidak faham kaedah pembikinan isu dalam kempen pilihanraya. Kaedahnya ialah membina persepsi benci musuh. Cerita mesti direka, dan dilepas satu demi satu. Bagi pihak pembangkang,mereka akan mereka2 cerita asalkan rakyat membenci kerajaan, walhal semuanya adalah rekaan.

    Apa semua orang sudah lupa macam mana bini Anwar menuduh pihak kerajaan menyuntik Anwar dengan racun berbisa dalam penjara suatu masa dulu. dan Anwar pula berpura-pura sakit kaki, badan, pinggang, perut, tak terdaya jalan, kena pimpin. Poooodah!!!!

    Biarkan negara ini kekal aman terhindar dari perosak dan penipu, dan biarkan Felda terus berjaya!!!

    • HIDUP FELDA..HIDUP NAJIB..HIDUP BARISAN NASIONAL..

  9. […] Pensabotaj penyenaraian FGVH amat konsisten termasuk berbohong kepada peneroka FELDA dimana tanah 10 ekar milik setiap peneroka akan terjejas dalam gerka-kerja korporat ini. […]

  10. sekarang macamana peneroka dapat berapa lot saham? janji kata 2-3 lot.rupa2nya peneroka dpt 800 unit je… tak sampai satu lot.k/tangan felda dpt 2-3 lot saham.ISA samad dapat 180k lot saham.sbb itu kita kena waras berfikir.jgn emosi.cuba baca pula perjanjian( tersembunyi) apa akan jadi pada tanah peneroka.sekali lagi jangan emosi buat kajian dgn otak yg dingin bukan maki orang yg tentang senarai FGVH sebagai ” Haram jadah”.Bagi kita perkataan yg buruk begitu digunakan oleh PM, melambangkan sikap dan keperibadian beliau.Teliti betul-betul…sebelum mengata org lain.

  11. kain rentang yg menolak durian runtuh tu..bukan PR yang buat.Itu kerja orang gila.PAS telah buat laporan polis berkaitan fitnah tersebut.

  12. […] allocated 35% of the FGVH holdings to KPF. That is not withstanding that some KPF members who were agents of PAS via ANAK, took to court and had injunctions to stop EGM to accept proposal to inject FHB into FGVH for 35% […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: