Semangat nasionalism terus membara

Enam puluh enam tahun dahulu, Dato’ Onn Ja’afar, Pendita Za’aba dan beberapa nasionalis Melayu dalam Kongress Melayu ketiga berjaya mengumpulkan 29 NGO Melayu dan menubuhkan United Malay Nationalist Organisation di Istana Besar, Johor Bahru, Johor. DYMM Tuanku Sultan Johor memberi perkenan Kongress Melayu Ketiga ini dianjurkan dalam Istana Besar.

29 NGO Melayu ini bersatu dengan tujuan pada masa itu untuk menolak Malayan Union, yang ditubuhkan dengan bertujuan menyatukan semua negeri negeri di Tanah Melayu dibawah satu pentadbiran pasca Perang Dunia II dan menarik balik semua kuasa Raja Raja Melayu. Setelah tertubuhnya UMNO, majoriti orang Melayu berjaya disatukan dengan meniup semangat nasionalism dan makin mampan menjadi desakan politik yang begitu utuh.

Akibatnya, Malayan Union dibubarkan. Pasca Malayan Union menyaksikan pentadbiran British berunding dengan Raja Raja Melayu dan UMNO bertindak sebagai pemerhati. Hasilnya, Perjanjian Tanah Melayu ditanda tangani pada 21 Januari 1948 dan berkuat kuasa pada 1 Februari 1948.

UMNO semasa ditubuh di Istana Besar, Johor Bahru, Johor pada Kongress Melayu Ketiga 11 Mei 1946. Ditengah tengah barisan hadapan ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

Semangat nasionalism yang ditaja dan semarakan oleh UMNO ini menjadi asas bagi orang orang Melayu yang pada masa itu rata rata tidak mempunyai pelajaran, harta dan apa apa kuasa itu bersatu begitu padu dan bangkit menentang British. Bermula Mac 1950, slogan ‘Hidup Melayu’ ditukar kepada ‘Merdeka’ dan semangat baru perjuangan untuk membebaskan Persekutuan Tanah Melayu dari jajahan British mula dijana secara aktif dan bertruktur.

Desakan makin jitu dikalangan rakyat jelata dan segenap masyarakat Melayu makin lantang menyuarakan aspirasi mereka untuk menguasai kuasa politik. Dsakan ini makin intesif dan UMNO mula berjinak jinak untuk bekerjasama dengan parti bukan Melayu, MCA mewakili masyarakat Cina dan MIC mewakili masyarakat India. Kesefahaman dan kerjasama mula dijana dan capai dan lahirlah Parti Perikatan. Apabila British menerima desakan pilihanraya umum bagi memilih anggota Majlis Perundingan Persektuan Tanah Melayu pada tahun 1955, UMNO berjaya menang di 35 dari 51 kerusi yang dimenangi Parti Perikatan. Ini berbanding 52 kerusi yang dipertandingkan.

Kejayaan menerima mandat yang luar biasa ini berlaku tatkala Persekutuan Tanah Melayu masih lagi diancam keganasan komunis yang mahu menubuhkan kerajaan komunis secara kekerasan dan tanpa mereka sokongan majoriti.

Rundingan Baling, 28-29 Disember 1955

Mandat ini digunakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama Tunku Abdul Rahman untuk bertemu Chin Peng mewakili Parti Komunis Malaya pada Rundingan Baling 28-29 Disember 1955 dan meminta pengganas ini menerima suara aspirasi majoriti rakyat dan meletakkan senjata. Sebagai balasan, mereka diampunkan tanpa syarat dan dibenarkan kembali ke pangkuan masyarakat.

Namun, mereka menolak tawaran itu.

Rombongan merundingkan Kemerdekaan di Whitehall, yang diterajui Presiden UMNO dan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman

Mandat ini juga, membolehkan Presiden UMNO dan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu mendapat perkenan sekelian baginda Tuanku Raja Raja Melayu menerima cadangan corak pentadbiran ialah demokrasi dengan sistem Raja Berpelembagaan. Seterusnya, beliau mengetuai rombongan ke Whitehall pada 1956 dan beroleh Kemerdekaan dari jajahan Empayar Britain.

Persekutuan Tanah Melayu merdeka sebagai negara yang berdaulat dan berpelembagaan pada 31 Ogos 1957. Antara komponen penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ialah seorang Raja Melayu dipilih dikalangan sekelian baginda Tuanku Raja Raja Melayu setiap lima tahun sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Islam menjadi agama Persekutuan Tanah Melayu dan hak istimewa orang Melayu dijamin.

Kemerdekaan, 31 Ogos 1957

Hari ini, semangat nasionalism itu masih relevan apabila ujud anasir anasir dalam dan luar negara yang cuba secara sistematik dan berstruktur untuk mencabar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kuasa dan keududukan Raja Raja Melayu, kedudukan dan pentadbiran perlaksanaan Islam dan hak keistimewaan orang Melayu. Tidak kurang juga perlbagai pihak terutama parti politik yang berfahaman ekstremis dan songsang dan NGO yang mendukung perjuangan ini, menggunakan pelbagai peluang dan helah untuk terus mencabar dan menguji agar dapat dijadikan isu yang boleh dijana dan manipulasikan sebagai kepentingan minoriti diketepikan dan lebih buruk lagi, ditindas.

Ini termasuk mencabar peruntukan undang undang dan kesabaran majoriti dan pelaksana penguasaan undang undang. Cabaran ini sebenar bertujuan untuk menimbulkan kekacauan dan peluang ini digunakan mereka yang berkepentingan dan berstrategi ‘politik kebencian’ ini menjana satu revolusi agar golongan minoriti beroleh kuasa keatas majoriti.

Namun, setakat ini ianya gagal.

Rakyat Malaysia harus bersyukur kerana mereka yang semangat nasionalism masih lagi mampu menguasai keyakinan dan sokongan majoriti dan kestabilan, harmoni dan semangat muhibah dan tolernasi masih lagi utuh. Ianya elemen penting bagi pembangunan, kemajuan dan kemakmuran terus berkembang secara produktif dan progressif sehingga dinikmati oleh Malaysia pada hari ini.

100,000 ahli UMNO melimpah ruah berhimpun di Stadium Nasional merayakan Ulang Tahun Penubuhan UMNO, 11 Mei 2012

Perhimpunan aman, teratur dan terurus 100,000 orang Melayu melaungkan semangat nasionalism dengan begitu menggegarkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini memberikan nafas baru bahawa majoriti orang Melayu masih lagi mendukung perjuangan nasionalism sebagai asas wadah pemerintahan negara.

Ucapan Presiden VII UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak:

Ucapan Najib membakar semangat anggota UMNO

KUALA LUMPUR 12 Mei – Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi di hadapan lebih 100,000 anggota UMNO, dianggap sebagai bekalan dan peringatan penting kepada anggota parti itu sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ucapan Presiden UMNO VII pada Ulang Tahun Penubuhan UMNO 11 Mei 2012

Masing-masing menganggap ucapan Presiden UMNO itu sebagai pembakar semangat untuk semua anggota UMNO berjuang habis-habisan untuk merealisasikan isi perjuangan parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ucapan itu mesti difahami dan diterjemahkan dalam bentuk tenaga dalam memastikan UMNO terus relevan dan kekal dalam perjuangannya.

“Seperti apa yang dikatakan oleh Presiden kita mesti bersiap siaga dalam menghadapi pilihan raya akan datang, UMNO merupakan parti yang amat berjasa kepada rakyat dan ia perlu kekal,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Bukit Jalil di sini malam tadi.

Shafie menarik perhatian berkata perhimpunan itu memberi gambaran bahawa anggota parti sudah bersedia berjuang untuk mengembalikan kegemilangan sebagai parti Melayu terunggul.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap agar semua anggota UMNO memberi komitmen yang penuh untuk melaksanakan apa yang diucapkan oleh Presiden parti.

“Apa yang disampaikan oleh Presiden terbukti bukan sekadar retorik, kita harus bekerja dengan lebih keras lagi,” katanya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan ucapan Najib penuh dengan semangat dan jelas menunjukkan bahawa perpaduan bangsa Melayu semakin kukuh.

Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan semua anggota parti khususnya Puteri UMNO supaya menghayati amanat daripada Presiden parti agar bekerja keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada UMNO pada pilihan raya akan datang. – BERNAMA

****************************

Dalam amanat Presiden, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak amat yakin semangat ahli UMNO seluruh negara begitu membara dan bersedia untuk bertemu rakyat, bagi mendapatkan sokongan dan mandat dalam Pilihnraya Umum ke 13 yang amat dinanti nantikan itu.

Kita sudah bersedia – Najib

Oleh ZULKIFLI JALIL
dan SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan aksi tersendiri ketika memberikan ucapan kepada ribuan ahli dan orang ramai pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 11 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil gegak gempita malam ini apabila seakan-akan telah membuat keputusan mahu membubarkan Parlimen.

Ketika menyifatkan Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 itu begitu hebat dengan kehadiran kira-kira 120,000 orang dan akan diingati dalam lipatan sejarah negara, Presiden UMNO itu berkata, beliau seperti merasakan mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

Ketika hadirin yang terdiri daripada ahli UMNO termasuk ketua-ketua parti komponen, badan-badan bukan kerajaan serta para perwakilan asing dan wakil media bersorak mendengar ungkapan beliau, Najib kemudian ‘meredakan’ keadaan dengan menarik perhatian hadirin supaya menafsir tujuh sebab sama ada Pilihan Raya Umum ke-13 perlu diadakan dalam waktu terdekat atau tidak.

“Baik…nak ada pilihan raya esok, bulan Jun ke…bila-bila bulan…tahun depan…tak boleh (tahun depan)? kita dah bersedia! kita dah bersedia! kita dah bersedia!, boleh menang! boleh menang! boleh menang!.

Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberi sambutan hangat oleh ahli-ahli UMNO ketika tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Tuan-tuan dan puan-puan, saya bagi tujuh sebab…sebab tujuh dekad UMNO dah berjasa pada negara.

“Kalau kita nak pilihan raya nanti bila sampai masanya, kita perlu buat perhitungan. Ada tujuh prinsip yang kita boleh buat pertimbangan,” kata beliau ketika berucap menyempurnakan majlis sambutan tersebut.

Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan veteran parti termasuk bekas Presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, Najib mengungkapkan satu persatu tujuh prinsip berkenaan yang perlu direnung oleh rakyat Malaysia sebelum Parlimen boleh dibubarkan, iaitu:

1) Antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan janjinya ditepati. Siapa sudah bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), Baucar Buku 1Malaysia kepada mana-mana sekolah, siapa sudah beri (bonus atau durian runtuh) kepada peneroka Felda.

Ahli-ahli UMNO menadah tangan berdoa pada majlis sambutan ulang tahun UMNO.

Siapa sudah buat Klinik Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, jalan luar bandar dan dalam bandar, siapa sudah buat sekolah. Siapa sudah buat segala-galanya…bukankah BN.

Namun, sebelum saya (Perdana Menteri) pergi ke prinsip kedua, saya nak tuan-tuan nyatakan siapa yang ‘pegang kepala’ Kampung Buah Pala (di Pulau Pinang) yang janji pakatan pembangkang, kalau mereka menang, mahu kekalkan kampung berkenaan.

AHLI-ahli Pemuda UMNO mengibarkan bendera gergasi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Siapa pula buat 22 janji di Selangor tetapi sebahagian besarnya gagal ditunaikan. Siapa yang gagal uruskan soal air?

2) Yang kedua, kalau tentu (parti itu) nak dipilih, tentukan kita pilih hari esok lebih baik dari hari ini. Siapa yang boleh beritahu ini?

3) Siapa boleh pelihara kedaulatan undang-undang, kesucian Islam, keluhuran Perlembagaan, institusi raja-raja serta hak-hak kaum lain.

4) Siapa boleh uruskan ekonomi kita yang sangat baik ini serta membawa pertumbuhan yang memberangsangkan?

5) Siapa yang boleh menjamin keharmonian dan perpaduan (kaum) berkekalan?

6) Siapa yang boleh membuat pembaharuan secara tersusun. Siapa yang membawa transformasi kepada negara ini?

7) Siapa yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga hari ini dengan izin Allah boleh menjadi negara yang berpendapatan tinggi?

Dalam hal ini, Presiden UMNO itu menarik perhatian hadirin pada sambutan itu supaya menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai saksi di mana semua mereka berkumpul untuk bersama-sama memupuk keyakinan menghadapi pilihan raya umum.

Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada Adibah Amin dan Tan Sri Dr. Arshad Ayub (gambar kanan).

“Siapa kata dokongan orang Melayu pada UMNO sudah menurun sedangkan hari ini kita menyaksikan sokongan kepada kita semakin meningkat.

“Saya nak tanya, apabila kedudukan orang Melayu dipersoal, Islam diasak, bila institusi raja-raja diketepikan, siapa yang pertahankannya.

“Sesungguhnya UMNO sudah berjalan begitu jauh, setiap inci tanah sudah dimakmurkan. Jangan sesekali kita biarkan kita dibinasakan. Biar putih tulang, jangan biar rakyat dan bangsa dibinasakan, kelak anak cucu terbangsat hidup mereka,’’ katanya.

SEBAHAGIAN daripada 120,000 orang yang hadir pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kepada hadirin dan ahli UMNO seluruhnya, Najib berpesan: “Jangan terpalit damak beracun, sandiwara lawan yang tempah kegagalan.

“Ayuhlah, jangankan gerimis, hujan pun kita akan redah, ribut taufan kita akan harungi, jangankan air bah, gelombang pun kita akan harungi… jangankan gerhana, gelap gelita pun kita harungi. Biar berdentum guruh di langit, hidup UMNO untuk Barisan (Nasional),” tegasnya.

******************

Semoga, semangat nasionalism ini terus berjaya disemarakkan dan menjadi asas dan bekalan agar Malaysia terus maju dengan resipi dan komponen yang berjaya selama ini dipertingkatkan.

DULU, KINI dan SELAMANYA

*Perkembangan dikemas kini 1100hrs

Published in: on May 11, 2012 at 23:55  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/05/11/semangat-nasionalism-terus-membara/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. Hmmm

    Namun darah komunis yang mengalir dalam tubuh perusuh DAP akan MENUDUH bahawa gambar tu telah diphotoshop dan sejarah ini adalah versi UMNO.

    Kini setelah perjuangan komunis ditolak, mereka merusuh menggunakan topeng “free and fair elections”, “anti-Lynas”, “anti-ISA” dan sewaktu dengan nya.

    Melayu “cool” saperti Marina terpengaruh dengan segala puji pujian liberalisme, kononnya.

    • Marina bukannya pandai. Tak di kenali langsung kalau tidak binti Mahathir. Dia mahukan terkenal juga macam kawan rapat dia Rosmah dan Shahrizat. Jadi, keluarkan pendapat “liberal” kononnya untuk menarik perhatian. Di beri ruang sebagai penulis di akhbar Star. Itu saja. Dia bukan “liberal” tetapi hanya “neo liberal”, atau “liberal olok olok”.

      Tapi 100,000 yang hadzir malam tadi itu tidak termasuk yang datang hari ini dan esok. Ada temasha di Stadium Bukit Jalil yang juga membayangkan semangat UMNO yang ahlinya lebih 3 juta. Saya ahli apa parti pun tidak tapi bosankan Pembangkang yang cuba porak perandakan negara. Kena tunjukkkan mereka termasuk peserta Bersih bahawa ramai “silent majority” mahukan kemanan dan hidup teratur ikut undang undang. Yang keluar semalam dan esok lusa di Bukit Jalil itu hanya segelintir saja dari “silent majority” itu.

      • Tengok pada bapaknya.
        Bapak TDM cikgu besar yang garang, masa kecik hidup susah, maka anak jadi baik.
        Bapak Marina PM, hidup dari kecik udah senang, anak jadi mengada-ngada.

    • Tun Dr Mahathir menulis kapada the Star menafikan apa anaknya Marina dakwa dalam ruang (column) nya semalam.

      Marina kata 65 orang di hospital, dua dari nya anggota Polis. Kalau tak ada orang arahkan “the Police violence”, apakah yang menyebabkan mereka buat begitu sehingga “such a disproportionate extent”?, dia tanya

      Tun kata, “Many who were hurt were not beaten by the police. The demonstrators, too, attacked anyone they thought were watching or recording what was happening. And there were the red shirts, the specially trained hooligans from PAS whose job was to use force,” tambahnya.

      Dr Mahathir terangkan mengapa Marina, yang mengambil bahagian di himpunan haram Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 , tidak cedera. “Itu ada lah sebab dia tidak cuba cabuli rintangan yang di bina oleh pihak berkuasa.”

      Marina sepatutnya tahu bahawa di tempat tempat lain, “rintangan di tolak, kereta Polis di pecahkan cermin, di pijak dan di terbalikkan,” katanya lagi.

      Kesian Tun. Saya di fahamkan bahawa pada masa masanya dia ada menerangkan keadaan politik di negara ini kapada anaknya itu. Tapi anknya mahu keluarkan pendapatnya sendiri juga, katanya kapada yang agak rapat dengannya.

      Apa hal pun, Tun masih mempertahankan ankanya dari segi tidak mencabul rintangan oleh itu tidak cedera. Tapi ada kah si anak pernah pertahankan ayahnya?

  2. Sedar lah bahawa yang nak memecahkan bangsa Melayu sekarang – Anwar Ibrahim – dulunya ahli UMNO. Dokong UMNO, Ketuanan Melayu dsbnya sehingga dapat jadi Timbalan Perdana Menteri. Bila di singkir dari Jemaah Menteri dll, tubuhkan PKR, mula cakap Ketuanan Rakyat, hingga sokong keselamatan Yahudi Zionis Israel.

    UMNO mesti laungkan ke seluruh pelusuk negara supaya jangan sokong ini pengkhianat bangsa dan penkhianat negara. 66 tahun mempertahankan hak dan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu bukan sikit sumbangan UMNO.

    Mereka yang cabut lari dari UMNO, tubuhkan PAS, juga mahu khianatkan bangsa Melayu. Sanggup bersekongkol dengan DAP, parti yang anti-Melayu dan anti-Islam sejak di tubuhkan lebih 40 tahun dahulu. UMNO juga mesti berkerja keras supaya rakyat jangan terpedaya dengan dakyah mereka. Lihat sahaja apa jadi di Selangor, PAS tak peduli sangat orang Islam di murtadkan.

    Jangan benarkan mereka sampai ke Putrajaya. Jangan benarkan mereka perintah 4 negeri itu lama.

  3. […] Now, compare that to when Prime Minister Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak did his UMNO celebrations on 10 May 2012. 100,000 UMNO members converged in National Stadium in Bukit Jalil. This was driven by the spirit of nationalism. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: