Sultan Johor: Jangan minta pampasan melampau & terpengaruh tolak pembangunan

Tuanku Sultan Johor diberikan taklimat semasa pelancaran projek RAPID di Penggerang

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar rakyat Johor memberikan sokongan kepada program pembangunan dan plan transformasi ekonomi yang dibawa oleh Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Beliau bertitah semasa pelancaran Projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Kampung Dato’ Abdul Ghani Othman, Penggerang, Kota Tinggi, Johor.

“Pemilihan Penggerang sebagai hub industri minyak dan gas, merupakan satu rahmat kepada Negeri Johor kerana pelaburan yang besar akan dicurahkan ke negeri ini dan rezeki yang melimpah ruah akan dinikmati oleh rakyatnya. Pembangunan mega ini sudah pasti akan mengubah suasana persekitaran dan kehidupan masyarakat disini. Namun perubahan yang berlaku adalah untuk kebaikan penduduk dan generasi akan datang”.

Baginda menekankan projek sebegini akan meningkatkan taraf ekonomi dan penghidupan rakyat, bukan sahaja kawasan ini malah seluruh negeri Johor. Tuanku Sultan Ibrahim menggesa agar kerjasama diberikan sepenuhnya dan bersedia untuk berkorban, terutama melepaskan kampung bagi merealisasikan plan program pembangunan sebagaimana dirancang.

“Saya terdengar suara suara sumbang mahu menolak pembangunan yang hendak dibawa oleh Kerajaan dan tidak mahu berubah”, titah baginda mengingatkan agar rakyat tidak menolak arys perubahan yang membawa pembangunan fizikal and peningkatan kualiti rakyat. “Jika saudara saudari tidak mahu berubah akan terus tersisih dan terpinggir dari arus pembangunan. Seperti duduk dalam gua”.

“Warga tua juga akan beroleh kebaikan apabila generasi muda tidak perlu keluar untuk mencari peluang pekerjaan. Akan datang, peluang yang sama di bandar akan juga ada di Penggerang ini”.

Baginda memberi jaminan bahawa mana mana tanah yang diambik bagi tujuan pembangunan akan dibayar pampasan setimpal dengan nilainya.

Namun begitu, baginda mengesa agar rakyat tidak peralatkan oleh golongan tertentu dan mengambil kesempatan dalam projek pembangunan seperti ini.

“Saya suka ingatkan disini kepada penduduk yang terlibat, janganlah mengambil kesempatan dengan meminta pampasan yang melampau dan tidak masuk akal. Ikutlah nilai yang munasabah dan bersesuaian dengan keadaan harta benda sekarang”.

“Ibarat menepa keris, biarlah sepadan dengan ukuran sarungnya”, titah pesan Tuanku yang mempunyai makna yang amat mendalam sambil mengingatkan bahawa segala kos yang ditanggung oleh Kerajaan adalah datangnya dari sumber duit rakyat juga asalnya.

Baginda memberikan contoh bagaimana baginda sendiri berkorban menerima cadangan projek lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) dibina dihadapan istana baginda di Pasir Pelangi walaupun pihak pemaju bercadang samada memberi lebuhraya itu dipersisiran pantai atau sebahagianya dibawah tanah. Ini kerana ianya akan meningkatkan kos yang berlipat kali ganda dan akan menyusahkan rakyat.

“Almarhum ayahanda saya (Tuanku Sultan Iskandar Al Haj) sendiri berkorban membenarkan tanah milik baginda yang terletak dikawasan utama di bandar untuk dijadikan perumahan bagi menempatkan penduduk setinggan yang terlibat dalam pembinaan EDL tersebut. Inilah contoh pengorbanan yang dibuat demi kepentingan rakyat”.

Bagi juga melahirkan rasa dukacita mengenai segelintir pihak yang menghasut rakyat untuk menolak program pembangunan “Saya juga amat kesal dengan segelintir masyarakat yang cuba menentang pembangunan. Dan ada juga kumpulan yang cuba mengambil kesempatan untuk menghasut orang di Penggerang supaya membuat bantahan dan membuat permintaan yang bukan bukan”.

Tanpa menuding jadi, baginda memaksudkan cadangan Pembangkang untuk menggadakan siri demonstrasi dan bantahan seperti ‘STOP RAPID’. Namun begitu, ianya tidak mendapat sambutan rakyat.

Baginda menggesa rakyat merebut pelbagai peluang yang disediakan, “Inilah peninggalan yang amat bermakna untuk generasi akan datang berbanding tanah kebin dan rumah kampung yang tidak didiami. Jasa pengorbanan saudara saudari pada hari ini akan menjadi peninggalan yang penting untuk anak cucu dikemudian hari”.

Published in: on May 13, 2012 at 13:04  Comments (19)  

Sultan Johor: Patuhi undang undang & kebebasan ada had

Perdana Menteri Dato’ Seri mohd. Najib Tun Razak dan MB Johor Dato’ Abdul Ghani Othman melepaskan DYMM Tuanku Sultan Johor, sempena pelancaran Kembara Mahkota Johor 2012

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj mengingatkan rakyat Johor untuk mematuhi undang undang dan mengekalkan kehidupan secara aman, menurut norma norma sebagai masyarakat yang bertoleransi dan memahami hak dan batasan semua pihak. Beliau bertitah semasa perasmian program Kembara Mahkota Johor 2012 di Kulaijaya, Johor.

Semasa majlis perasmian program Kembara Mahkota Johor 2012 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, baginda merakamkan terima kasih kepada beliau. “Sekiranya Perdana Menteri mempunyai program ‘Walkabout’ dan ‘Jelajah Janji Ditepati’, saya pula menpunyai program ‘Kembara Mahkota Johor’ yang diadakan setiap tahun untuk meninjau kehidupan rakyat saya dan juga mengeratkan hubungan istana dengan rakyat”.

Dalam titah di Kulaijaya ini, baginda mengingatkan mengenai pihak tertentu yang cuba membuat kekacauan dan menganjurkan demontrasi seperti BERSIH 3.0, yang sengaja dirangka untuk berlaku provokasi dan menimbulkan keadaan tegang apabila pihak berkuasa seperti Polis mengambil tindakan.

“Akhir akhir ini saya perhatikan telah wujud satu budaya masyarakat yang suka membuat huru hara dan mencetuskan ketegangan serta menggugat ketenteraman awam. Golongan ini mengadakan perhimpunan dengan penuh emosi sehingga gagal mengawal diri dan menimbulkan pergaduhan. Tujuan mereka hanyalah mendapatkan publisiti dan liputan media, nagi menunjukan negara kita ini seolah olah dalam keadaan huru hara dan tidak tenteram”.

“Ingatlah bahawa negara kita telah merdeka dan bebas dari penjajah. Negara yang bebas Merdeka bukan bermakna rakyatnya bebas untuk berbuat sesuka ahti mereka. Sebaliknya, bebas itu bermakna kita boleh membentuk kerjaaan sendiri dan menggubal undang undang. Oleh itu, janganlah kita membuat tindakan sesuka hati dengan membelakangkan undang undang atas dasar menuntut hak kebebasan”.

“Semua hendaklah sentiasa mematuhi undang undang”.

Baginda berpesan agar rakat Johor kekalkan kedamainan dan keamanan. Baginda juga berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menyumbang peruntukan kepada Tabung Kembara Mahkota Johor.

“Sumbangan ini akan dikembalikan balik kepada rakyat Negeri Johor. Saya mengucapkan terima kasih keatas keperihatinan Kerajaan Persekutuan dalam usaha Istana mendekati rakyat”.

Dalam ucapan merafak sembah dan menjunjung kasih, Perdana Menteri merakam rasa junjungan setinggi tinggi kasih kerana diundang melepaskan konvoi KMJ 2012. Beliau berkata kesudian Tuanku Sultan Johor dengan ikhlas untuk mengembara dan meninjau keadaan rakyat jelas sealiran dengan dasar ‘Rakyat Dihahulukan’.

“Ianya adalah cara yang unik engagement rakyat. Dengan cara seperti ini, rakyat akan terus yakin dengan agenda perubahan yang dibawa”.

“Kita tunai janji bagi agenda transformasi. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah erat dan akan mengguntungkan Negeri Johor”.

Published in: on May 13, 2012 at 09:40  Comments (3)