Sultan Johor: Jangan minta pampasan melampau & terpengaruh tolak pembangunan

Tuanku Sultan Johor diberikan taklimat semasa pelancaran projek RAPID di Penggerang

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar rakyat Johor memberikan sokongan kepada program pembangunan dan plan transformasi ekonomi yang dibawa oleh Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Beliau bertitah semasa pelancaran Projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Kampung Dato’ Abdul Ghani Othman, Penggerang, Kota Tinggi, Johor.

“Pemilihan Penggerang sebagai hub industri minyak dan gas, merupakan satu rahmat kepada Negeri Johor kerana pelaburan yang besar akan dicurahkan ke negeri ini dan rezeki yang melimpah ruah akan dinikmati oleh rakyatnya. Pembangunan mega ini sudah pasti akan mengubah suasana persekitaran dan kehidupan masyarakat disini. Namun perubahan yang berlaku adalah untuk kebaikan penduduk dan generasi akan datang”.

Baginda menekankan projek sebegini akan meningkatkan taraf ekonomi dan penghidupan rakyat, bukan sahaja kawasan ini malah seluruh negeri Johor. Tuanku Sultan Ibrahim menggesa agar kerjasama diberikan sepenuhnya dan bersedia untuk berkorban, terutama melepaskan kampung bagi merealisasikan plan program pembangunan sebagaimana dirancang.

“Saya terdengar suara suara sumbang mahu menolak pembangunan yang hendak dibawa oleh Kerajaan dan tidak mahu berubah”, titah baginda mengingatkan agar rakyat tidak menolak arys perubahan yang membawa pembangunan fizikal and peningkatan kualiti rakyat. “Jika saudara saudari tidak mahu berubah akan terus tersisih dan terpinggir dari arus pembangunan. Seperti duduk dalam gua”.

“Warga tua juga akan beroleh kebaikan apabila generasi muda tidak perlu keluar untuk mencari peluang pekerjaan. Akan datang, peluang yang sama di bandar akan juga ada di Penggerang ini”.

Baginda memberi jaminan bahawa mana mana tanah yang diambik bagi tujuan pembangunan akan dibayar pampasan setimpal dengan nilainya.

Namun begitu, baginda mengesa agar rakyat tidak peralatkan oleh golongan tertentu dan mengambil kesempatan dalam projek pembangunan seperti ini.

“Saya suka ingatkan disini kepada penduduk yang terlibat, janganlah mengambil kesempatan dengan meminta pampasan yang melampau dan tidak masuk akal. Ikutlah nilai yang munasabah dan bersesuaian dengan keadaan harta benda sekarang”.

“Ibarat menepa keris, biarlah sepadan dengan ukuran sarungnya”, titah pesan Tuanku yang mempunyai makna yang amat mendalam sambil mengingatkan bahawa segala kos yang ditanggung oleh Kerajaan adalah datangnya dari sumber duit rakyat juga asalnya.

Baginda memberikan contoh bagaimana baginda sendiri berkorban menerima cadangan projek lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) dibina dihadapan istana baginda di Pasir Pelangi walaupun pihak pemaju bercadang samada memberi lebuhraya itu dipersisiran pantai atau sebahagianya dibawah tanah. Ini kerana ianya akan meningkatkan kos yang berlipat kali ganda dan akan menyusahkan rakyat.

“Almarhum ayahanda saya (Tuanku Sultan Iskandar Al Haj) sendiri berkorban membenarkan tanah milik baginda yang terletak dikawasan utama di bandar untuk dijadikan perumahan bagi menempatkan penduduk setinggan yang terlibat dalam pembinaan EDL tersebut. Inilah contoh pengorbanan yang dibuat demi kepentingan rakyat”.

Bagi juga melahirkan rasa dukacita mengenai segelintir pihak yang menghasut rakyat untuk menolak program pembangunan “Saya juga amat kesal dengan segelintir masyarakat yang cuba menentang pembangunan. Dan ada juga kumpulan yang cuba mengambil kesempatan untuk menghasut orang di Penggerang supaya membuat bantahan dan membuat permintaan yang bukan bukan”.

Tanpa menuding jadi, baginda memaksudkan cadangan Pembangkang untuk menggadakan siri demonstrasi dan bantahan seperti ‘STOP RAPID’. Namun begitu, ianya tidak mendapat sambutan rakyat.

Baginda menggesa rakyat merebut pelbagai peluang yang disediakan, “Inilah peninggalan yang amat bermakna untuk generasi akan datang berbanding tanah kebin dan rumah kampung yang tidak didiami. Jasa pengorbanan saudara saudari pada hari ini akan menjadi peninggalan yang penting untuk anak cucu dikemudian hari”.

Published in: on May 13, 2012 at 13:04  Comments (19)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/05/13/sultan-johor-jangan-minta-pampasan-melampau-terpengaruh-tolak-pembangunan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

19 CommentsLeave a comment

  1. i personally dont think the Sultan is appropriate to make any comment that involve high level of uncertainity, such as laguna mersing and rapid. what happen if the projects fail miserably, the sultan reputation is at stake. furthurmore, the Sultan should be impartial when come to development proposal and not be seen as having direct interest to the proposed development.

    • As a business oriented person, I’m very sure Sultan knows exactly what he said.

    • I quite agree with Ibrahim Ismail. ( btw is that your real name? :-)). It is not about listening to the propaganda of the opposition. Local folks appear uncertain as to who will benefit the most. Never mind the future, the immediate future is still vague as to whether the local folks would benefit the chunk or just token spillover. But I can already see the Iskandar Devt has brought Johor to a new and different level , where the pride of being a true blue Johorean is gone for good as the State transforms into an open for all metropolis and industrial hub. The only thing that reminds Johoreans abt the old Johor is the song ‘Tanjung Puteri.’

  2. As a Sultan that has gone into the depth of the Johore state regularly, Sultan Johor has every right to comment about RAPID. Sultan is no fool on the well being of the state and his rakyat. His remarks was very appropriate indeed. Daulat Tuanku.

    • Right you are. Tuanku dah bertitah. Rakyat Johor mesti akur. He has the best interest of his subject. Don’t listen to opposition who are outsiders and know nuts except to protest. Hahaha I am LMAOF reading DAP’s comments that Johor is their front-line state. That a Chinese will be the next MB. Dream on, Uncle LIm and son. Here’ss a song All I Have To Do Is Dream. Lalalala.

  3. I bet my last cent, this project will be another white elephant to siphoned the tax payer money. the red dot already build the biggest refinery as well storage at jurong island and other small island. if these idiots are going to compete with them….just see how PTP perform now. we’ll wait and see…

    • Can you just stay in that wee island. Don’t ever come to buy grocery, petrol and eat seafood in JB. It’s people like you who throw rubbish in JB. You can’t be litterbug in that suffocating city. So you show your protest in JB.

    • That’s exactly was DAP’s attitude when the North South highway, the Penang Bridge, the F1 track were launched. Now , everyone agreed that they were brilliant projects. These naysayers have nothing good to say.

    • Singapore has it’s limit, both capacity and space. Has anyone reminded Singaporeans that queue for their port is long simply because it has reached saturation point. Ask Singaporeans to watch the sea from Pengerang to understand. Singapore is choking!

      So is their capacity to handle anything about petroleum. Let Singaporeans be reminded that Petronas is no chicken in fact the fifth largest publicly-traded integrated international oil and gas company in the world.

      It is not the habit of Petronas to jump into white elephant project, not at RM60billion!! The last point, Petronas is the hub of malaysian best brains, mostly Malays. To reinforce the point, it is also an honour for Singapore to take in our very own Hassan Marican into it’s arm.

    • I bet you don’t have your last penny to bet . If you do have that penny , do bet it at the casino and you could win a Lollipop . You don’t have to wait and see , if you lose there is no lollipop for you . 

      RAPID is not an exchange of betting nor that of competition . It is about ‘ need ‘ for the world’s civilization to carry through and survive . Malaysia is one of the countries to provide that need . So that , you can earned your penny and bet to win that Lollipop .

      • Well said Ghab!

        He is the idiot who will be buying lollipop with his penny……I bet he will!! He does not see how passionate our Sultan is towards improvement that adds to the value of property and life for the people of Johor. Well, the idiot said he just want to wait….wait till the day he dies…..🙂

  4. AMPUAN TUANKU. PATIK MAKLUM TUANKU. MENJUNJUNG KASIH TUANKU.

  5. its not meant to compete with Singapore lah. it is to complement Singapore. The Chinese, Taiwan, Korean & Japanese are screaming for more fuel energy .. its not enough at this moment for the processed crude, even among the biggest refinery complexes in the world, Singapore is unable to cope, next biggest to Singapore are the Reliant’s refineries in India, also tak cukup.. Johor is naturally strategically placed to have this petrochem and refinery complex

  6. Menurut Kitab Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) ada mencatatkan tentang Seri Teri Buana (aka Sang Nila Utama aka Sang Saperba) berbuat janji dengan Demang Lebar Daun, orang yang memerintah Palembang pada masa itu. Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain (Seri Teri Buana) turun di Bukit Siguntang, Demang Lebar Daun pun terus ke sana untuk bertemu-muka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu. Perjanjian itu dibuat apabila Seri Teri Buana yang juga moyang Parameswara ingin memperisterikan anak perempuan Demang Lebar Daun, Wan Sendari. Perjanjian ini dianggap sebagai perjanjian taat setia oleh rakyat terhadap raja dan tanggungjawab baginda terhadap rakyat jelata.

    Kisah asal-usul perjanjian tersebut berbunyi begini:

    Sembah Demang Lebar Daun kepada Seri Teri Buana, “Jikalau anak patik Tuanku peristeri, nescaya kedal ia, tetapi jikalau Tuanku mau berwa’adat (membuat perjanjian) dengan patik, maka patik persembahkan anak patik ke bawah Duli Yang Dipertuan”.

    Maka titah Seri Teri Buana, “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?” Maka sembah Demang Lebar Daun, “Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat, jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum syarak”.

    Maka titah Seri Teri Buana, “Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Janji yang mana itu Tuanku?”

    Maka titah Seri Teri Buana,”Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba (rakyat) jangan durhaka pada anak cucu kita (raja), jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun”. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah”.

    Maka titah Seri Teri Buana, “Baiklah, kabullah hamba akan waad (perjanjian) itu”.

    Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.

    Inilah sumpah wa’adat antara Raja dan Rakyat. Inilah antara perkara besar yang menjadikan kita siapa kita – umat Melayu. Selagi Raja membela dan tidak menganaiya atau mencerca rakyat, selagi itulah rakyat tidak berhak untuk derhaka.

    p/s minta maaf tuan punya blog, lari sedikit dari tajuk. Sekadar buat peringatan bersama.

  7. Pengerang people not rejecting development but the compensation must be fair… RM6 per square feet is not fair to them… for me at least it should be RM10 per square feet

  8. Ask around Pasir Pelangi & Bakar Batu resident and the people will tell you that they paid up to RM500 per square feet to get the EDL thru some vvip land! With that kind of price everybody will accept development.

  9. Assallammualaikum… saya hanya ing memberitahu yg bangsa cina tak suka bangsa melayu dan mereka cakap melayu malaysia malas.sahabat saya kebanyakan bangsa cin yg bekerja disingapura dan pilihanraya akan datang kebanyakan mereka akan undi parti cina Dap.. saya berharap sangat bangsa melayu berhati2 dgn mereka kerana mereka bijak mempermainkan bangsa melayu.wassallam

  10. […] Sultan Ibrahim of Johor already forewarned locals not to reject this mega economic development plan …, in his titah during the launch of the project on 13 May 2012. He also reminded the rakyat that […]

  11. […] is representation of the majority’s aspiration. The majority wants progress. Even HRH Sultan of Johor reminded Pengerang folks, “Not to reject progress and make riddiculous demands“. They are just minority imposing themselves against the will of the […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: