Pejuang ‘Perang Dingin’ menentang Min Yuen masih relevan

Kolumn Ketua Penolong Pengarang Utusan Malaysia Dato’ Zaini Hassan pagi ini amat menarik. Dipercayai, ianya melibatkan seorang pesara pegawai tinggi pasukan keselamatan yang terlibat dalam kerja kerja risikan dan ‘penyelidikan’.

Jangan dipersia-siakan orang seperti ini…

Oleh Zaini Hassan

PAGI semalam semasa minum bersama seorang sahabat karib di sebuah kedai mamak di Seksyen 3, Shah Alam, kami terserempak dengan seorang tokoh strategik negara yang cukup banyak baktinya kepada negara.

Saya tidak berapa mengecami beliau. Sahabat sayalah yang memperkenalkan beliau kepada saya. Terkejut juga kerana sebaliknya dia cukup mengenali saya.

Orangnya sudah lama bersara. Dia kelihatan cukup tenang. Berkaca mata. Wajahnya tidak menampakkan beliau dimamah usia yang tua. Dia sudi duduk dengan kami dan bercerita.

Pemikirannya masih tajam. Cita-cita beliau ingin menghabiskan bukunya, yang tinggal beberapa bab lagi. Buku itu jika diterbitkan akan menjadi buku bacaan pengkaji dan peminat bidang strategik, perisikan dan keselamatan di seluruh dunia.

Pengalamannya cukup luas. Walaupun saya tidak rapat dengan beliau semasa dia berkhidmat dengan sebuah agensi keselamatan kerajaan dulu, tapi saya cukup mengenalinya dari jauh. Namanya cukup terkenal. Namanya saja cukup digeruni dan dihormati oleh rakan dan lawan.

Sekitar 1980-an beliau ada bertemu dengan Chin Peng di sebuah hotel di Bangkok. Sambil duduk, beliau bertanya khabar isteri kedua Chin Peng di Hong Kong. Chin Peng tercengang, tidak sangka beliau tahu dia mempunyai isteri lain di kepulauan itu. Orang hanya tahu isterinya seorang saja dan tinggal di Sitiawan, Perak. Isteri di Hong Kong itu adalah seorang jutawan yang cukup terkenal.

Pendek kata, tokoh yang bersembang dengan kami ini cukup hebat.

Sepanjang kerjayanya, beliau sentiasa berkhidmat di belakang tabir. Tapi amat rapat dengan pucuk pimpinan negara. Boleh dikatakan berganding bahu.

‘‘Tugas saya macam saudara juga iaitu seperti pemberita, tapi berita saya tidak diterbitkan.’’ Ia akan disimpan untuk tujuan keselamatan negara dan lain-lain hal. Sudah tentu dia tahu banyak rahsia. Yang elok dan jelek mengenai orang politik, kerajaan atau apa-apa sahaja.

Dia juga tahu mengenai kisah-kisah salah laku sumbang orang itu dan ini.

Ceritanya cukup menarik. Mendengarkannya menyebabkan teh tarik saya sedar-sedar sudah sejuk, belum terhirup. Mata saya tepat memandang beliau.

Namun, dalam suasana di Malaysia ini orang yang hebat sepertinya selepas pencen, hanya tinggal di rumah sahaja.

‘‘Saya tidak buat apa-apa. Duduk di rumah,’’ katanya pendek, tapi penuh bermakna apabila saya bertanya apa yang beliau lakukan sekarang.

Jika di Amerika Syarikat atau di Barat, peranannya masih lagi berharga walaupun sudah pencen. Khidmatnya akan menjadi cukup bernilai.

Pengalaman luasnya tiada tandingnya. Tidak boleh dibeli dan dipelajari. Beliau tahu selok-belok sepak terajang permainan politik, subversif, pengganas, keganasan serta macam-macam lagi.

Dalam tempoh kira-kira sejam bersembang dengan beliau banyak yang saya dan rakan saya pelajari. Banyak teori dan praktikal gerak saraf – covert dan overt atau perang saraf secara tertutup atau terbuka – diceritanya. Siap dengan contoh-contohnya sekali. Semuanya ada dalam tangannya. Semuanya ada dalam fikirannya.

Beliau mengenali saya, walaupun saya tidak mengenalinya secara individu. Beliau bertanya mengapa wajah saya berbeza dengan yang ada dalam gambar di kolum ini?

Saya tersenyum seorang apabila memikirkan soalan itu. Ternyata pemerhatiannya cukup tajam.

Tapi sayang, orang begini apabila bersara, dibiarkan terpinggir. Jika di Amerika Syarikat atau di Barat, dia akan menjadi pakar rujukan oleh media, pihak keselamatan, parti politik dan macam-macam pihak.

Di Amerika, bekas-bekas pengarah perisikan, pengarah keselamatan negara atau pun bekas penasihat keselamatan kepada presiden akan diminta pandangan dan pendapat. Dan mereka akan lebih bebas bercakap kerana tidak terikat dengan perkhidmatan.

Jika pembangkang dapat mendekatinya dan menguasainya, maka pihak pembangkang itu akan menjadi juara dalam gerakan strategik mereka.

Tapi sayang, orang UMNO mungkin menganggap orang-orang seperti ini sudah tidak diperlukan.

Lokasi kediamannya dengan pejabat UMNO Selangor, yang menjadi pembangkang sekarang, hanyalah dalam lingkungan kurang 3 kilometer.

Adakah mereka tidak nampak beliau dan menyedari kewujudannya.

Amat sayang sekali, orang seperti ini tidak lagi digunakan. Otaknya amat berguna untuk sumbang saran sesiapa sahaja yang berniat demi keuntungan mereka.

Sayu amat sayu sekali, beliau kemudian meninggalkan kami dengan memegang senaskhah akhbar percuma, The Sun. Berjalan beliau seorang diri ke rumahnya dengan seribu perkara bermain dalam fikirannya.

Beliau amat sayangkan negara ini dan kerajaan semasa. Beliau tidak mahu melihat kerajaan yang ada jatuh ke tangan orang lain. Risikonya terlalu besar.

Tapi sayang pandangan dan nasihatnya sudah tidak diperlukan lagi.

‘‘Jika kini saya berada dalam satu majlis keramaian dan ada Perdana Menteri di situ, adakah beliau masih mengenali saya lagi…?’’ tanyanya sambil ketawa kecil.

Sebelum kami berpisah, saya sempat berkata kepadanya: ‘‘Tolong siapkan buku yang ditulis itu. Ia adalah satu kewajipan untuk disiapkan dan disiarkan. Kami semua mahu membacanya. Saya mahu membacanya dan dunia juga mahu mempelajarinya.’’

Kawan saya turut menghulurkan khidmat sukarela untuk membantu beliau menyiapkannya.

Sekurang-kurangnya, kata-kata kami itu cukup memberi semangat kepada bekas orang kuat sebuah cawangan keselamatan negara ini.

Oleh kerana saya tidak mendapatkan kebenaran beliau untuk menulis mengenainya, maka biarlah namanya saya rahsiakan.

Moral cerita saya ialah: Jangan dipersia-siakan orang seperti ini.

************

Pengalaman dan susur galur apa yang dilalui Dato’ yang dimaksudkan Zaini itu amat relevan hari ini. Mungkin Parti Kominis Malaysia telah secara rasminya meletakan senjata apabila Hadyaii Accord ditanda tangani pada 2 Disember 1989 dan peperangan insurgensi melibatkan pengganas kominis secara rasminya berakhir. Namun, mentaliti dan iktikad Min Yuen saki baki PKM itu masih lagi ujud, relevan dan perjuangan minoriti untuk menguasai majoriti itu masih subur hari ini.

Malah, orang seperti Chin “Butcher of Malaya” Peng tidak pernah meninggalkan pegangan ideologi kominis melalui keganasan itu.

Semasa pertengahan tahun 60an, PKM mendapati berperang secara gerilla dan mengalahkan pasukan pasukan keselamatan yang terdiri dari Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan angkatan angkatan tentera Kommonwealth seperti British, Australia, New Zealand, Nepal dan Fiji tidak berhasil dan malah makin merosot. Oleh demikian, mereka menggunakan pendekatan menguasai kesatuan kesatuan sekerja dan perlahan lahan, menggunakan perjuangan memartabatkan golongan perkerja ini diterapkan dengan ideologi sosialism.

Akhirnya, bibit bibit komunism ditiupkan kepada aktivis yang tegar, yang kemudiannya menjadi konduit dan akhirnya kepada gerakan kominism ala ‘sosialism progressif’ ini.

Parti parti politik yang berlandaskan sosialism dan menjaga kepentingan golongan pekerja pun mula lahir dan aktivis dan pemimpin mereka, yang berganding bahu dengan kepimpinan gerakan kesatuan pekerja mula meraih keyakinan dan sokongan rakyat marhaen. Ini secara strategik kerana industri dalam negara seperti perladangan dan perlombongan sudah mula tepu dan industri baru seperti pembuatan dan perkilangan mula popular dan membuka peluang pekerjaan baru.

Parti parti politik berasaskan gerakan sosialism dan memperjuangan golongan pekerja mula lahir di Malaysia. Min Yuen menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk menerapkan agenda neo-kominism mereka yang di’topeng’kan dengan gerakan sosialism melalui platform ini, tatkala dunia berubah dengan arus sosialism yang memunjak diperingkat global. Rantau ini juga tidak dikecualikan.

Akibtanya, Min Yuen ini berjaya menghasut sehingga berlaku peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Semenjak pra-13 Mei lagi, mereka dengan semangat dan sikap Chuavinis Cina mereka secara sistematik mencuba kesabaran majoriti yang bertahan agar tidak berlaku lagi ulangan 13 Mei dan mereka sebagai minoriti dipertontonkan kepada kacamata dunia sebagai ‘mangsa’ dan ‘golongan yang ditindas’.

Satu badan professional menggunakan pendekatan  ‘wacana intelletual’ untuk menghasut kebencian pada Pasukan Polis dan Agensi Pelaksana Undang Undang

Min Yuen hari ini menggunakan manipulasi perundangan, pendekatan inetelektualism dan pencernaan pendapat, untuk mencabar kesabaran majoriti secara sistematik dan konsisten. Mereka juga tidak segan silu menggunakan platform politik sediada bagi menentukan agenda mereka terus marak.

Ini termasuk percubaan membawa pulang Setiausaha Agung PKM Chin “Butcher of Malaya” Peng oleh pemimpin politik tertentu.

Percubaan dilakukan bertubi tubi secara konsisten dan sistematik, termasuk menggunakan media antarabangsa dan media baru untuk menentukan agenda ‘minoriti ditindas majoriti’ ini segar berterusan. Antara strategi yang digunakan ialah ‘Politik Kebencian’, memaparkan ‘Polis dan Pihak Berkuasa Sebagai Jahat’ dan ‘Negara Polis’.

Agenda menggunakan ‘kebangkitan rakyat melalui jalanan’ yang dengan popular dibeberapa rantau, terutama dalam apabila ‘perjuangan menentang majoriti menindas minoriti’ ini menjadi citarsa politik global masa kini. Padahal, reliatinya mereka merupakan golongan yang menghasut agar orang ramai melanggar undang undang, demi kepentingan ‘drama’ untuk menunjukan ‘Polis Ganas’ apabila tindakan berasaskan undang undang diambil.

Pendekata, premis politik berasaskan anarki ialah pendekatan mereka.

Apa yang golongan majoriti perlu ingat dan waspada ialah ada dikalangan kita adalah bukan sahaja berjasa, malah mereka juga amat berpengalaman dan mempunyai kemampuan psikologi untuk berjuangan dengan cabaran ini. Mereka adalah sumber yang baik untuk menjadi rujukan dan penasihat. Namun, mereka memerlukan sedikit perubahan cara dan penyampaian.

Hakikatnya, jangan majoriti hari ini menjadi ‘Melayu Mudah Lupa’.

Published in: on June 13, 2012 at 14:18  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/06/13/pejuang-perang-dingin-menentang-min-yuen-masih-relevan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. Saya fikir ini ada lah masalah pertukaran nilai nilai hidup masyarakat. Nilai hormatkan kapada orang tua, kapada adat resam, kapada undang undang sivil sudah banyak bertukar. Belom ada lagi rumah orang tua tua Melayu kelihatan sekarang, tetapi Mat Rempit berkeliaran di seluruh pelusuk kampong. Demo jalanan dahulu hanya di kalangan Cina Bukit DAP, tetapi sudah lama ada yang pakai jubah dan ketayap pun ikut baring di jalan menghalang kereta Raja Muda Perak lalu. Bersih 3.0 cuba membawa nilai nilai himpunan dan rusuhan seperti di Mesir dan Libya. Peguan peguam pun cuba melanggar undang undang sivil. Maka hormat kapada pesara yang telah banyak berjasa kapada negara sudah kelam di dalam keadaan demikian.

    Keadaan ini banyak bermula dari timbulnya maanusia di negara ini yang berpendirian mesti dapatkan idamannya tak kira apa”. “Must get, no matter what .. The end justifies the means,” mengikut pendirian Machiaveli. Dahulu Lim Kit Siang dan DAP sahaja yang pendiriannya berupa itu. Sehingga mencetus pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Tetapi sejak kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pun nampak berpendirian demikian. Hinggakan Nik Aziz pun sanggup kafir mengkafirkan UMNO, tetapi bersekongkol dengan kafir DAP yang membantah impian Hukum Hududnya bermati matian. Di mana perinsip, di mana garis panduan bertindak yang wajar bila seperti itu.

    Pihak pembangkang mesti lah curiga dan takutkan mereka yang tugasnya mengintip, merekod dan melaporkan kapada Pemerintah kegiatan mereka yang selalu menempuh batas undang undang sivil – Akta Hasutan, ISA dsbnya sejak dahulu. Tetapi mungkin pihak Pemerintah di peringkat parti, GLC dan NGO pun keraguan dan sedikit khuatir menggunakan perlhidmatan mereka yang berpengalaman mengintip. Mungkin sebab tugas mengintip juga melibatkan tindakan membenteras dan membantutkan kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Mereka yang berkenaan mahu “menjaga periuk nasi”, atau tidak mahu rosak kariernya, elakkan kemungkinan kontroversi timbul akibat penggunaan perkhidmatan mereka yang berpengalaman dalam hal pungutan intiligens, pengaturan strategi tindakan berdasarkan inteligens tersebut. Pada hal di sektor swasta penting ada economic intelligence, namun maklumat biasa berkenaan syarikat syarikat persaingan, bagi membolehkan sesuatu syarikat “to always stay ahead of the competitor”.

    Mungkin dalam arus menuju ke tahap negara maju (developed nation) akan timbul kesedaran GLCs dan sogososha-sogososha Malaysia akan faedahnya menggunakan perkhidmatan pesara seperti tersebut itu. Di negara negara maju, umur bersara lebih lewat dari di Malaysia. Pengasas dan pemegang saham terbesar Sony Corporation berkerja di sogososha itu hingga umurnya lewat 70an.

  2. That reminds me of spymasters like Frederick Forsyth’s characters, Sir Nigel Irvine and General Karpov in his book, The Fourth Protocol.

    They conduct their affairs without their presence being noticed.

    Being invisible, we are not meant to know what they do. So naturally we don’t have a clue how much we are indebted to them.

    They can never be publicly acclaimed and rewarded for things that should remain secrets. The public will always be none the wiser any how.

    No matter what, Zaini is right. Such talent and experience should not be wasted.

  3. […] of Malaya” Peng be allowed back and die at his birthplace in Sitiawan, Perak. The Min Yuens live within the pockets of modern and intellectual Malaysians today, in just different forms and approaches. However, the objective in the agenda is still the […]

  4. […] Chin “Butcher of Malaya” Peng be allowed back and die at his birthplace in Sitiawan, Perak. The Min Yuens live within the pockets of modern and intellectual Malaysians today, in just different forms and approaches. However, the objective in the agenda is still the […]

  5. […] Opposition have been dwelling, planning and even openly talking about it. They are nothing but Neo Min Yuens. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: