Neighbourhood bully

These are the islands where Defence Minister supposed to visit tomorrow with Malaysian media, which Chinese Ambassador protested to Wisma Putra

Minister of Defence Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi’s planned visit to the Layang Layang atolls tomorrow with Malaysian media for some ‘rest and recreation’ at the resort island had to be cancelled last minute. It was believed that Ambassador to the Peoples’ Republic of China handed a protest note to Wisma Putra for this visit.

Zahid’s visit was planned to expose Malaysian media on the beauty of one of regional’s most prized sport diving spot, along visitation to the Malaysian armed forces detachment stationed on the island. The island is part of Malaysian sovereignty.

It was believed that China was “Uneasy” with Defence Minister’s visit to the islands.

The visit, although organised by ATM and would be flown into the airstrip on TUDM’s C130Hs, is not military in nature. There is no military exercise will be conducted by any of ATM’s services in commemoration with this visit. Nor there will not be any armed military assets maneuvre planned in the area. Therefore, the protest from China should be considered as ‘diplomatically unbecoming’ to stop a Malaysian Cabinet Minister making a recreational trip to islands which are and had always been part of Malaysian sovereignty.

In short, this should be considered as a ‘diplomatic bully’.

Imagine, what would China’s reaction be had ATM do a major military exercise in the same area involving frigates, submarines, air superiority fighters and as a finale, half a battalion of armed paratroopers being dropped on the islands.

Published in: on June 14, 2012 at 16:45  Comments (16)  

Sultan Johor: Nizar hina rakyat dan kedaulatan Johor

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj, Sultan Johor

Semasa pembukaan sessi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar pagi ini, DYMM Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa Mantan MB-boneka-DAP Nizar Jamaluddin bukan sahaja mendatang kemurkaan kepada baginda, malah membelakangkan adat resam orang Melayu, menghina rakyat dan kedaualatan negeri Johor.

TITAH

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR,

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM

MERASMIKAN

PEMBUKAAN PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR KE DUA BELAS

PADA HARI KHAMIS 14 JUN 2012

DI BANGUNAN SULTAN ISMAIL, KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA.

ASSALAMMU ALAIKUM WARAHMATULLAHHI

WABARAKAATUH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI. SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN PENTADBIR SELURUH ALAM. SELAWAT DAN SALAM, KEPADA JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD, SEMULIA-MULIA RASUL, SERTA KELUARGA, DAN PARA SAHABATNYA SEKALIAN.

YANG BERHORMAT DATO’ SPEAKER,

SAYA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN IZINNYA DAPAT SAYA HADIR MERASMIKAN PEMBUKAAN PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA BAGI DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE DUA BELAS PADA PAGI YANG BERBAHAGIA INI.

SAYA JUGA MENGUCAP SYUKUR KERANA KITA MASIH LAGI DAPAT HIDUP DALAM SUASANA YANG AMAN DAN MAKMUR.

RAKYAT JOHOR AKAN MENIKMATI KESEJAHTERAAN HIDUP YANG LEBIH BAIK LAGI HASIL DARIPADA PERTUMBUHAN EKONOMI YANG TINGGI DAN BERTERUSAN. DALAM SUKU PERTAMA TAHUN INI SAHAJA, NEGERI JOHOR TELAH MENERIMA PELABURAN LEBIH 2 BILION RINGGIT. ISKANDAR MALAYSIA PULA TELAH MEREKODKAN PELABURAN KOMITED TERKUMPUL UNTUK TEMPOH TAHUN 2006 SEHINGGA MAC 2012 BERJUMLAH 87.56 BILLION RINGGIT.

SAYA BERASA SUKACITA KERANA RAKYAT JOHOR JUGA BAKAL MENERIMA MANFAAT BESAR DARIPADA PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA YANG DILAKSANAKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA. DI MANA LEBIH 30 PERATUS DARIPADA NILAI PROJEK PERMULAAN DI SELURUH NEGARA, DILABURKAN DI NEGERI JOHOR. IA MEMBOLEHKAN KITA MEMASUKI BIDANG YANG BARU, IAITU INDUSTRI MINYAK DAN GAS, YANG BAKAL MENJADI PENJANA EKONOMI UTAMA DI SELATAN NEGERI JOHOR.

OLEH ITU, KERAJAAN PERLU MEMASTIKAN RAKYAT DILENGKAPKAN DENGAN KEMAHIRAN YANG SESUAI DI SEMUA PERINGKAT TERMASUK PROFESIONAL, TEKNIKAL DAN VOKASIONAL BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MENJADI TENAGA KERJA DALAM BIDANG BARU INI.

PELABURAN YANG MASUK KE NEGERI JOHOR JUGA TURUT MEMBUKA PELUANG PERNIAGAAN KEPADA INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DALAM PELBAGAI BIDANG. PADA TAHUN LALU SAHAJA, INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DI JOHOR TELAH MENJANA PENDAPATAN YANG BESAR DI ANTARA 330-350 JUTA RINGGIT. POTENSI BIDANG INI HENDAKLAH TERUS DIKEMBANGKAN SUPAYA DAPAT MEMBERI SUMBANGAN LEBIH BESAR KEPADA EKONOMI DAN RAKYAT JOHOR.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

SAYA MENGHARGAI USAHA KERAJAAN DALAM MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT SECARA MENYELURUH SAMA ADA DI BANDAR MAHUPUN DI LUAR BANDAR. INI TERMASUKLAH DENGAN PEMBINAAN JALAN KAMPUNG, PENYEDIAAN LAMPU JALAN, SISTEM PERPARITAN, PEMBETUNGAN DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL.

USAHA MENYEDIAKAN PERUMAHAN RAKYAT DAN RUMAH MURAH KERAJAAN YANG SELESA DAN BERKUALITI HENDAKLAH DITERUSKAN BAGI MEMBANTU GOLONgan YANG MEMERLUKAN. RUMAH YANG DISEDIAKAN PERLULAH SELESA UNTUK DIDIAMI IAITU DARI SEGI SAIZ, REKABENTUK, DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN. USAHA INI HENDAKLAH DITERUSKAN SUPAYA LEBIH RAMAI RAKYAT DAPAT MENIKMATI KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK.

KUALITI ALAM SEKITAR JUGA PERLU DIBERI PENEKANAN AGAR RAKYAT DAPAT HIDUP DALAM SUASANA YANG SIHAT DAN SEJAHTERA. DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI MINYAK DAN GAS DI PENGERANG, SAYA PERCAYA PIHAK KERAJAAN DAN SYARIKAT YANG TERLIBAT AKAN MEMASTIKAN ALAM SEKITAR TERUS DIJAGA DAN DIURUS MENGIKUT GARIS-PANDUAN YANG DITETAPKAN.

SEMUA PIHAK PERLU MEMASTIKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAPAT DIKAWAL DENGAN SEMPURNA. INI BUKAN TUGAS KERAJAAN SEMATA-MATA. SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA JUGA JANGAN-LAH MENGAMBIL JALAN MUDAH DENGAN MENCEMARKAN SUNGAI, MELAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA DAN MENGABAIKAN KEBERSIHAN SEHINGGA MENYEBABKAN MASALAH LAIN SEPERTI GANGGUAN LALAT DAN PENINGKATAN KOS BEKALAN AIR.

SUKA SAYA MEMBERIKAN TEGURAN DI SINI KEPADA PIHAK “SOUTHERN WASTE MANAGEMENT (SWM)” YANG MEMEGANG KONSESI PENGURUSAN SAMPAH DAN KEBERSIHAN DI BANDAR-BANDAR DALAM NEGERI JOHOR, SUPAYA MENINGKATKAN MUTU KERJA DAN TAHAP KEBERSIHAN DI KAWASAN YANG DIURUSKAN. BERIKANLAH PERKHIDMATAN YANG TERBAIK SEBAGAIMANA YANG DIJANJIKAN SEMASA CADANGAN DAHULU.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

USAHA JUGA PERLU DITERUSKAN UNTUK MEMBANTU KEHIDUPAN RAKYAT YANG KURANG BERNASIB BAIK TERUTAMA SEKALI DALAM SOAL TEMPAT KEDIAMAN, SUMBER PENDAPATAN DAN PENDIDIKAN ANAK MEREKA. GOLONGAN INI HENDAKLAH DIKELUARKAN DARIPADA BELENGGU KEMISKINAN DAN ANAK-ANAK MEREKA HENDAKLAH DIBERI PELUANG UNTUK MENDAPATKAN PENDIDIKAN YANG BAIK. BEGITU JUGA KUMPULAN SEPERTI NELAYAN, PEKEBUN KECIL, ORANG ASLI DAN ORANG KURANG UPAYA, MEREKA PERLU DIBANTU SUPAYA TIDAK KETINGGALAN DALAM ARUS PEMBANGUNAN.

SAYA JUGA GEMBIRA KERANA KERAJAAN NEGERI TELAH DAPAT MENYELESAIKAN BANYAK isu BERKAITAN TANAH SEPERTI pengeluaran hakmilik tanah peneroka Felda, DAN PEMBERIAN TAPAK KEDIAMAN UNTUK GENERASI KEDUA fELDA.

ISU-ISU HAKMILIK BAGI penempatan ‘Kampung-Kampung Baru’ YANG TELAH DIDIAMI SEJAK BEGITU LAMA JUGA TELAH DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BAIKNYA.

SELAIN ITU JUGA, LEBIH 30 RIBU Ekar tanah yang melibatkan permohonan oleh individu dan syarikat telah diselesaikan bagi tempoh permohonan 2010 sehingga Mei 2012. SAYA HARAP SEGALA USAHA KERAJAAN INI, TELAH DAPAT MEMBERI KESELESAAN KEPADA RAKYAT JOHOR.

KECEKAPAN PERKHIDMATAN SEPERTI INI HENDAKLAH TERUS DITINGKATKAN OLEH KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI JOHOR. MEREKA JUGA HARUS PEKA DENGAN KEPERLUAN RAKYAT DAN MEMBERI PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG, . BERINTEGRITI, JUJUR DAN AMANAH.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

kerajaan JUGA perlu meneruskan usaha PENYEBARAN syiar islam melalui pengukuhan akidah dengan MENYAMPAIKAN ilmu di sekolah-sekolah, di kelas-kelas agama dan di masjid-MASJID dALAM negeri johor ini.

peranan kerajaan dan masyarakat di dalam membudayakan al-quran amatlah penting. kerajaan negeri SUDAH-PUN MELAKSANAKAN PENYEDIAAN TENAGA pakar tafsir al-quran di peringkat sarjana untuk ditempatkan di daerah-daerah. PROGRAM ini HENDAKLAH DIMANFAATKAN SEPENUHNYA DENGAN memperluaskan PERKHIDMATANNYA kepada kumpulan sasar YANG LAIN, dan tidak terhad kepada komuniti masjid sahaja.

masyarakat islam di negeri ini JUGA HENDAKLAH MENYAMBUT USAHA KERAJAAN MENGUKUHKAN LAGI INSTITUSI KELUARGA MELALUI PELAKSANAAN PROGRAM KELUARGA sAKINAH, DAN MENINGKATKAN PENGHAYATAN PROGRAM KEAGAMAAN SEPERTI MAULIDUR RASUL, TILAWAH AL-QURAN DAN SYARAHAN AGAMA.

SUKA JUGA SAYA INGATKAN KEPADA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM HAL PENGURUSAN MASJID DAN SURAU SUPAYA MEMASTIKAN TAHAP KEBERSIHAN SENTIASA DIJAGA. INGATLAH, MASJID ADALAH TEMPAT UNTUK BERIBADAT DAN BUKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN YANG LAIN. DAN SYARAT UTAMA BAGI SEBUAH TEMPAT IBADAT IANYA MESTILAH SENTIASA DALAM KEADAAN BERSIH.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

SAYA INGIN BERTERIMA KASIH KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA KESELAMATAN YANG MENJAGA KETENTERAMAN AWAM DI SELURUH NEGERI JOHOR. DENGAN USAHA YANG GIGIH DARIPADA PASUKAN POLIS JOHOR, KADAR JENAYAH JALANAN DI NEGERI INI TELAH BERJAYA DITURUNKAN SELAMA 4 TAHUN BERTURUT-TURUT.

KERJASAMA ORANG RAMAI JUGA AMAT PENTING DALAM MEMBANTU ANGGOTA KESELAMATAN UNTUK SAMA-SAMA MEMBENTERAS JENAYAH BAGI MENJAMIN KEHIDUPAN YANG AMAN, TENTERAM, DAN SEJAHTERA.

SUKA SAYA INGATKAN ADALAH PENTING UNTUK KITA MENGEKALKAN KEAMANAN YANG TELAH KITA NIKMATI SELAMA INI. KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGERI HANYA AKAN DAPAT DINIKMATI APABILA SEMUA PIHAK MELAKSANAKAN FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING. INGATLAH BAHAWA PERPADUAN MERUPAKAN ASAS WUJUDNYA NEGARA INI DAN KEMAJUAN YANG KITA PEROLEHI ADALAH HASIL DARIPADA PERPADUAN YANG TELAH WUJUD SEJAK DULU LAGI.

NAMUN BEGITU AKHIR-AKHIR INI, ADA SESETENGAH PIHAK YANG BERUSAHA UNTUK MENGGUGAT PERPADUAN RAKYAT DEMI UNTUK KEPENTINGAN POLITIK YANG SEMPIT.

MEREKA SANGGUP MENABUR FITNAH DAN MENGHASUT RAKYAT UNTUK MEMBENCI RAJA SERTA MEMBANGKITKAN ISU-ISU SENSITIF KAUM DAN AGAMA DENGAN TUJUAN UNTUK MENIMBULKAN KEBENCIAN DAN MENGHANCURKAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA KITA. NAMUN BEGITU SAYA PERCAYA, RAKYAT JOHOR BUKANLAH MASYARAKAT YANG MUDAH TERPEDAYA DENGAN TIPU HELAH “MUSANG YANG BERBULU AYAM” INI.

OLEH ITU, MARILAH KITA BERSATU UNTUK MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGERI JOHOR INI DAN BERPEGANG TEGUH KEPADA PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA YANG TELAH KITA IKRARKAN SEJAK MERDEKA LAGI.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

SUKA SAYA INGATKAN DI SINI, KEPADA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT WAKIL-WAKIL RAKYAT DAN PEMIMPIN MASYARAKAT, SUPAYA SENTIASA MENJAGA ADAB DAN TINGKAH LAKU SERTA BERHATI-HATI APABILA MEMBUAT SESUATU KENYATAAN, BAK KATA PEPATAH “CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG, CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR”

BARU-BARU INI, ADA PEMIMPIN POLITIK YANG SECARA TERANG-TERANG MENGKRITIK TINDAKAN SAYA MEMBIDA NOMBOR PENDAFTARAN DI J.P.J. ADA-KAH DIA LUPA TENTANG ADAB MELAYU? ATAU SEMEMANGNYA DIA SEORANG YANG JAHIL DAN CETEK AKALNYA?.

JANGANLAH CUBA BERLAGAK PANDAI JIKA TIDAK BERILMU, DAN JANGANLAH MENGELUARKAN KENYATAAN SESUKA HATI JIKA TIDAK TAHU PERKARA YANG SEBENAR. BUKANKAH BERDIAM ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERKATA YANG TIDAK BAIK?. KEPADA PEMIMPIN SEPERTI INI, NASIHAT SAYA “JANGANLAH SIBUK MENCARI KUDIS DI KAKI ORANG LAIN, SEDANGKAN TOKAK DI KAKI SENDIRI TIDAK MAMPU DIUBATI.”

SETIAP TINDAKAN YANG SAYA BUAT ADALAH MENGIKUT CARA DAN JALAN YANG BETUL, DAN SETIAP KEBAJIKAN YANG SAYA BUAT JUGA TIDAK PERLU DIPERBESARKAN.

TINDAKAN PEMIMPIN INI BUKAN SAHAJA MENDATANGKAN KEMURKAAN KEPADA SAYA, TETAPI JUGA SATU PENGHINAAN KEPADA RAKYAT DAN KEDAULATAN NEGERI JOHOR. SAYA HARAP DIA SEDAR SIAPA DIRI DIA, DAN KESILAPAN YANG TELAH DIBUAT. JIKA DIA HENDAK MINTA MAAF, MINTALAH MAAF KEPADA SEMUA RAKYAT JOHOR, BUKAN KEPADA SAYA SEORANG SAHAJA. PEPATAH MELAYU SERING MENGINGATKAN, “TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA”.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

SAYA JUGA INI MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA AHLI-AHLI GABUNGAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DAN SELURUH RAKYAT JOHOR YANG TELAH MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA SAYA DAN MENYEMBAHKAN IKRAR TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH-BAGI UNTUK SAMA-SAMA MENJAGA KEDAULATAN RAJA DAN NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM YANG KITA SAYANGI INI.

AKHIR KATA, DAN DENGAN LAFAZ: BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM, SAYA DENGAN SUKACITANYA MERASMIKAN PERSIDANGAN KELIMA BAGI DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE DUA BELAS PADA HARI YANG BERBAHAGIA INI.

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH.

************

Ini merupakan kali pertama baginda menzahirkan kemurkaan baginda, pada tweet MB-boneka-DAP Nizar, yang dikeluarkan dalam sosial media tiwtter dua minggu lepas.

Baginda juga membangkitkan usaha pihak tertentu untuk mengugat perpaduan dengan menabur fitnah, dalam usaha menjana pengaruh politik sempit mereka. Dalam titah ini juga, baginda mengesa agar keamanan sentiasa dijaga dan kestabilan dikekalkan agar kemakmuran yang telah dinikmati selama ini dapat dikekalkan.

DYMM Tuanku Sultan Johor semasa majlis perasmian DUN Johor di Kota Iskandar, pagi ini

Mesej jelas dalam titah ini amat relevan, terutama perkembangan politik oleh Pembangkang dalam empat tahun kebelakangan ini. Semenjak meraih sedikit pengaruh sesama PRU 12 8 Mac 2008, Pembangkang semangkin angkuh dan konsisten mencabar kesabaran majoriti.

Ini jelas semasa perasmian DUN sekarang ini empat tahun dahulu, ADUN DAP mewakili Bentayan Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok walaupun dalam majlis rasmi dimana DYMM Tuanku Sultan Johor mencemar duli untuk merasmikan. Pengerusi PKR Chua Jui Meng juga secara terang terang mengadakan ceramah politik apabila Tuanku Sultan Johor menarik semula darjah kebesaran SPMJ yang membawa gelaran ‘Dato’.

Sepanduk PKR ini keluar berleluasa dibeberpa kawasan serata Johor, setelah darjah kebesaran SPMJ Chua Jui Meng ditarik semula oleh Sultan Johor

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga semasa dalam sessi pertemuan diluar negara telah mengeluarkan kenyataan memperkecilkan Johor sehingga Tuanku Sultan Johor tersinggung dan murka. ADUN Bentayan Gwee merupakan protege’ Lim di Johor.

Usaha Pembangkang secara sistematik menghina DYMM Raja Raja Melayu jelas menunjuk sikap mereka sebagai golongan minoriti yang tidak menghormati mana mana pihak, mengatur langkah dan mencabar kesabaran dan seterusnya kedudukan majoriti. Ini termasuk kesediaan menggunakan peruntukan undang undang bertindak keatas mereka, yang akan digunakan sebagai moal bagi memaparkan bahawa ‘majoriti menindas minoriti’.

Pembangkang yang didalangi oleh personaliti yang Chauvinis Cina dan Anti Melayu itu juga menggunakan pendekatan ‘Memomokkan Polis’, agar rakyat tidak menghormati undang undang dan agensi penguat kuasa undang undang. Ini jelas dalam perhimpunan haram BERSIH 3.0 yang bertukar menjadi ganas apabila perusuh mula menyerang barisan pemisah Polis, walaupun Polis membiarkan mereka berarak dengan aman.

Ini adalah ulangan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Baginda sebenarnya mempunyai asas kukuh untuk bertitah demikian dan agar rakyat menolak ‘Politik Kebencian’ ini dan mengekalkan rasa menghormaati, perpaduan dan yang paling penting, keluhuran undang undang sebagai tunggak kestabilan perjalanan masyarakat. Ini merupakan kali ketiga baginda menitahkan mesej yang sama, dalam tempoh sebulan.

Baginda juga merakamkan bahawa Johor telah mendapat kesan dari program transformasi ekonomi yang dijana oleh Kerajaan Persekutuan.

*Dikemas kini 245pm

Published in: on June 14, 2012 at 13:10  Comments (7)