Perubatan global Khazanah perlu strategik bagi Malaysia

Pasaran perubatan antarabangsa merupakan salah satu teras portfolio perniagaan yang diberikan perhatian untuk diberikan penekanan bagi tujuan pembangunan oleh Khazanah Holdings Bhd, sebagai sayap pelaburan Kerajaan Malaysia.

KHAZANAH UNTUNG RM4.9B MENERUSI PENYENARAIAN IHH

Bernama, 15 Jun 2012

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Penyenaraian Integrated Healthcare Holdings Sdn Bhd (IHH) bulan depan, akan menyaksikan syarikat pemegangan pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, memperoleh RM4.9 bilion dalam bentuk keuntungan yang tidak dinyata menerusi pegangan 62 peratus dalam syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan antarabangsa itu.

Ini berikutan pelancaran serentak prospektus IHH hari ini di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Penguasa Kewangan Singapura untuk menyenaraikan sahamnya di bursa-bursa saham kedua-dua negara bulan depan, demikian menurut sumber terdekat dengan pengapungan tersebut.

Difahamkan juga, antara kandungan prospektus itu ialah pembelian saham oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan pelabur strategik utama antarabangsa pada harga RM2.85 sesaham.

Dengan harga purata kos sesaham IHH sebelum pengapungan pada RM1.56, Khazanah bakal mengaut keuntungan sebanyak RM4.9 bilion menerusi pegangan 3.85 bilion saham IHHnya.

“Penyenaraian IHH telah menarik langganan berlebihan daripada para pelabur strategik utama dari serata dunia, dan ini akan mendiamkan para pengkritik yang mengatakan Khazanah terlebih bayar ke atas pembelian Parkway Holding Singapore pada tahun 2010,” kata sumber tersebut.

“Kini, hanya selepas dua tahun Parkway diambil alih, Khazanah telah menggabungkan aset-aset kesihatannya untuk menjadi pengendali hospital swasta kedua terbesar di dunia.”

Menurutnya, Model Baru Ekonomi ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, telah mengubah Malaysia daripada pemain kecil dalam dunia hospital swasta kepada antara dua penggiat terbaik di dunia hari ini.

Kebelakangan ini, IHH aktif mengambil alih aset-aset baharu, yang antaranya melibatkan pembelian kumpulan hospital besar dari beberapa negara yang disempurnakan pada tahun 2010 dan 2012 ketika Najib menjadi pengerusi Khazanah.

Sektor kesihatan dikenal pasti jaguh sektor Model Baru Ekonomi. Khazanah kini memiliki beberapa kumpulan hospital di Turki (Acibadem AS), Parkway Holdings di Singapura, Apollo Hospitals Enterprise Ltd di India dan Pantai Hospitals and International Medical University yang berpangkalan di Malaysia.

Dwipenyenaraian IHH di Malaysia dan Singapore pada Julai nanti, menawarkan

2.23 bilion saham pada harga RM2.85 sesaham, bagi mengumpul dana sebanyak RM6.36 bilion.

Mokhzani Mahathir: Pemegang saham terbesar. — Foto fail

Kencana Capital Sdn Bhd, dengan Datuk Mokhzani Mahathir merupakan pemegang saham terbesarnya, dilaporkan bakal muncul sebagai antara pelabur strategik utama dalam penyenaraian tersebut, sekaligus menyertai semula industri kesihatan setelah melupuskan pegangannya dalam Pantai Holdings beberapa tahun lepas.

Syarikat pegangan pelaburan negara Kuwait, Kuwait Investment Authority (KIA), juga bakal melabur RM450 juta dalam tawaran awam permulaan (IPO) IHH di Malaysia dan Singapura, menjadikannya pelabur kedua terbesar dalam IHH.

IPO tersebut juga menarik minat beberapa pelabur strategik lain, seperti Blackrock Inc, Capital Group, Och-Ziff Capital Management Group, Government of Singapore Investment Corp, Fullerton Fund Managemenr, AIA Group dan Hwan Investment Management.

Ahli Kumpulan Bank Dunia, International Financial Corp (IFC), juga telah menyatakan rancangannya untuk menyertai penyenaraian IHH.

Langkah yang diambil oleh Perdana Menteri ini kini berjaya menjadikan Malaysia penggiat utama dalam sektor penjagaan kesihatan, dan sokongan IFC merupakan sokongan Bank Dunia terhadap Model Baru Ekonomi Baru Perdana Menteri.

Sehingga kini, langganan bahagian pelabur-pelabur strategik utama dilaporkan melebihi 1.31 kali, permohonan membabitkan kira-kira dua bilion saham berbanding 1.53 bilion yang ditawarkan kepada mereka.

IHH merupakan pengendali hospital terbesar Asia yang dimiliki 62 peratus oleh Khazanah Nasional Bhd dan 26.6 peratus oleh Mitsui & Co. dari Jepun, manakala Abraaj Capital dari Dubai menguasai 7.1 peratus, manakala ketua Kumpulan Hospital Turki Acibadem Mehmet Ali Aydinlar memiliki 4.2 peratus.

Ini merupakan tawaran awam permulaan terbesar Malaysia tahun ini selepas IPO Felda Global Ventures Holding Berhad yang bakal meraih dana sebanyak RM10.5 bilion pada harga RM4.55 sesaham.

IHH pasti akan kekal sebagai pengapungan terbesar Asia pada tahun 2012. Daripada 2.25 bilion saham, sebanyak 720 juta saham yang ditawarkan telah dilanggan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saham selebihnya akan ditawarkan kepada pelabur runcit serta petugas dan pekerja-pekerja kesihatan. Pengurus utama penyenaraian ini ialah Bank of America-Merril Lynch, Deutsche Bank dan CIMB Group.

Credit Suisse, DBS, Goldman Sachs dan Malayan Banking ialah pengurus penerima tambahan. Nomura, OCBC and UBS merupakan pengurus penerima tambahan bersama. — Bernama

************

Pelaburan seperti ini adalah berasaskan model perniagaan dan unjuran keuntungan, pengurusan kecairan dan pulangan. Khazanah juga membuat perkiraan nilai portfolio pelaburan ini, yang disifatkan sebagai tambah nilai selepas pelaburan asas kedalam Pantai dan Parkway Hospitals beberapa tahun lampau telah menjadi modal kritikan hebat terhadap Khazanah.

Paling terkini ialah pengumuman untuk membeli Parkway Holdings Ltd. bernilai RM 2.76 billion.

Sekarang, apabila sampai ke persimpangan ini dan semua pelaburan bawah portfolio perkhidmatan perubatan ini telah dirasionalisasikan, Khazanah diharapkan untuk mengorak setapak yang lain. Keperluan penting yang Khazanah wajar mempertimbangkan secara serious dengan pelaburan dalam portfolio ini ialah kesan strategik kepada Malaysia dalam pelbagai segi seperti pertambahan nilai modal insan dan bukan setakat nilai tambah pelaburan dan ‘keuntungan kertas’ semata mata.

Peluang pelaburan sebegini besar dan strategik wajar digunakan sebagai platform untuk melatih professional Malaysia sebagai doktor pakar, pengurus fasiliti perubatan dan jururawat berkepakaran khusus. Jajaran pasaran dimana hospital hospital IHH akan diujudkan merupakan peluang untuk mengasah kemampuan dan bakat bagi professional yang menerima latihan melalui portfolio pelaburan perubatan ini.

Ini secara automatiknya akan memberikan professional Malaysia terutama dikalangan orang Melayu perspektif yang lebih meluas dan pengalaman yang mendalam, bagi dibawa pulang kembali ke Malaysia untuk diterapkan kepada perkhidmatan perubatan tempatan. Ini akan membawa peningkatan kepada perkhidmatan perubatan dan nilai tambah ini juga akan memberikan kesan kepada pengguna fasiliti perubatan seluruh negara, termasuk luar bandar.

Khazanah tidak menampakkan bahawa mereka memainkan peranan kearah usaha Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan kedudukan ekonomi negara, sesuai dengan sasaran negara berpendapatan dan bernilai ekonomi tinggi. Peranan mereka sekadar ‘penguasa portfolio’ tidak membuktikan Khazanah telah mengambil rancangan dan tindakan strategik untuk meningkatkan nilai tambah pelaburan, sesuai dengan keperluan taktikal dan strategik negara.

Sebagai contoh, pelaburan Khazanah yang dirasionalisasikan kebelakangan ini tidak menjurus kepada peningkatan besar peluang pekerjaan, terutama bagi golongan muda dan graduan mencari peluang pekerjaan pertama.

Khazanah juga tidak memaparkan program khusus agar pembangunan usahawanan Malaysia terutama dikalangan orang Melayu, boleh memainkan peranan sebagai pembekal dan penyedia keperluan bagi syarikat syarikat yang dikuasai sayap pelaburan Kerajaan Malaysia ini. Ini penting kerana peluang seperti menjadi pembekal kepada hospital dibawah IHH akan memberikan kedudukan lebih strategik untuk usahawan Malaysia terutama dikalangan orang Melayu, mencebur kedalam pasaran yang lebih mencabar.

Sekiranya Khazanah tidak mengambil peluang dalam portfolio pelaburan seperti IHH itu merealiasikan ‘gambaran besar’ (the big picture) bagi Malaysia, maka penyenaraian IPO ini sekadar sebuah agensi pelabur setakat menjaga portfolionya semata mata. Ini sama sekali tidak akan membantu mencapai sasaran Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak bagi menentukan Malaysia berada ditahap yang lebih baik dan kukuh.

Published in: on June 15, 2012 at 13:00  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/06/15/perubatan-global-khazanah-perlu-strategik-bagi-malaysia/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. KPJ has done a great job in this… hopegully they can be much bigger tha IHH

    • That”s right.

      I am curious & hv been asking this question: If KPJ is doing very well, why does Khazanah invest in Parkway and now the Turkish hospital? Why not put money into KPJ and make the company much bigger than what it is today?

      Funny, these Khazanah people!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: