Majulah, Singapura

Penyertaan wakil wakil rasmi negara asing dalam mana mana aktiviti yang menyalahi undang undang wajar dikira sebagai tidak menghormati malah kurang ajar. Terutamanya bagi negara yang berjiran, mempunyai hubungan simbiotik dan sepatutnya berusaha lebih keras kearah mengeratkan hubungan bi-latteral demi kepentingan bersama yang amat berharga itu.

Menteri Luar Negara Dato’ Seri Anifah Aman mengesahkan menerima laporan bahawa terdapat diplomat yang bertugas dalam Kedutaan Asing di Kuala Lumpur telah terlibat dalam  perhimpunan-haram-bertukar-rusuhan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.

Published: Monday June 11, 2012 MYT 4:53:00 PM

Participation in Bersih not good move, Anifah tells foreign diplomats

By MERGAWATI ZULFAKAR

KUALA LUMPUR: The involvement of foreign diplomats based here in the Bersih 3.0 in April has incurred the displeasure of Wisma Putra.

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said he had received reports of the involvement and participation of several diplomats at the rally on April 28.

“Whether such involvement or participation is truly for information gathering or otherwise, it is definitely not a good move,” Anifah said during a luncheon with Asean ambassadors here.

Anifah did not mention the countries involved.

He reminded the diplomats to be always mindful of the sensitivities of governments in this region in order to maintain good relations.

*****************

Laporan beberapa blog mengenai iiga diplomat Suruhanjaya Tinggi Singapura yang telah dikenal pasti terlibat secara aktif dalam perhimpunan-haram-bertukar-rusuhan BERSIH 3.0 kini menjadi bahan yang hangat dibincangkan, termasuk ruangan mingguan pengarang Utusan Malaysia.

Pendedahan ini, jika benar, cukup memeranjatkan!

Oleh Zaini Hassan

BENARKAH ada sebuah negara atau beberapa negara yang mahu mengucar-kacirkan pilihan raya Malaysia kali ini?

Benarkah mereka mahu mengubah dan menumbangkan secara sistematik kerajaan yang ada ini, kerajaan tonggak Melayu yang telah memerintah selama 54 tahun?

Benarkah mereka terlalu cemburu dengan kemajuan Malaysia ini yang mungkin akan menyaingi mereka dalam beberapa segi?

Benarkah selagi kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan sekarang masih wujud, selagi itulah mereka akan merasa tidak selamat dan selesa?

Saya cukup terkejut membaca pendedahan melalui fail wikileaks oleh sebuah blog mymassa dan AIDCNews yang mendedahkan mengenai cubaan satu kuasa asing di rantau ini yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi rakyat negara ini menentang kerajaan semasa, atau menyokong pihak pembangkang atau cuba membantu apa yang boleh untuk menumbangkan kerajaan yang ada ini.

Saya berharap pendedahan itu tidak akan disembunyikan oleh pihak berkuasa, tetapi didedahkan dan dibongkarkan kepada pengetahuan umum. Malaysia sering kali mahu menjaga hati orang lain, jiran-jiran tetangga, kononnya atas semangat serantau ASEAN, tetapi negara lain sering kali tidak mengendahkannya. Malaysia pada dasarnya cukup baik dengan jiran-jiran.

Namun dengan pendedahan blog itu, jika benar, maka ia adalah sesuatu yang cukup mengejutkan. Jikalau ia benar, Kerajaan Malaysia tidak boleh membiarkan ia berterusan. Saya hairan mengapa kerajaan yang dimaksudkan tidak respons pun kepada pendedahan oleh mymassa itu yang kini telah menjadi bacaan umum.

Menurut pendedahan itu bertajuk: BREAKING NEWS: 3 NAMA DIPLOMAT S******** DIDEDAHKAN. Ia boleh baca di sini: http://mymassa.blogspot.com. Ia turut mendedahkan nama-nama diplomat negara itu.

Selain itu, blog itu turut mendedahkan satu lagi perbuatan oleh negara jiran berkenaan yang dikatakan cuba mengucar-kacirkan pilihan raya negara ini dengan kononnya, melatih rakyat negaranya terlibat dalam proses pilihan raya negara ini. Saya kurang pasti bagaimana caranya ia akan dilakukan, tetapi satu lagi pendedahan dari fail wikileaks itu juga cukup memeranjatkan.

Gambar-gambar turut didedahkan menunjukkan belia-belia negara itu dilatih mengenai proses pilihan raya negara ini. Pendedahan itu bertajuk: Wikileaks : Gambar Persediaan S******** Mengkucar-kacirkan Pilihan Raya Malaysia. Ia boleh dibaca di sini: http://mymassa.blogspot.com juga.

Maaf, saya tidak tahu benar atau tidak maklumat ini. Biarlah pihak berkuasa menyiasatnya dan kita juga mahu mendengar penjelasan daripada kerajaan negara itu.

Berikut ialah antara petikan daripada blog itu:

Akhirnya AIDCNews mendedahkan tiga nama diplomat asing yang menceroboh hal ehwal negara kita. (Cuit tidak akan mendedahkan nama-nama itu. Baca sendiri dalam blog itu).

Kita meminta supaya pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan memanggil duta negara tersebut dan menghantar nota bantahan.

Sebagai tiang penting dalam parti, Pergerakan Pemuda UMNO diharap turut menghantar surat bantahan dan membuat bantahan di hadapan Kedutaan S********. Campur tangan secara terang-terangan yang dilakukan oleh para diplomat mereka tidak boleh diterima. Para NGO seperti Perkasa, Pekida dan sebagainya perlu maju ke hadapan!

Dahulu kita ada Singa UMNO Allahyarham Syed Albar yang amat menakutkan Lee Kuan Yew itu, dan juga Allahyarham Datuk Harun Idris yang merimaskan DAP. Kini, walaupun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB Datuk Khairy Jamaludin menggunakan pendekatan steady, smart dan bijaksana, namun bantahan perlu juga dibuat di Kedutaan S********.

Jika tiada sesiapa membuat bantahan, S******** akan kata macam-macam. S******** akan kata Polis Malaysia lembik, Undang-Undang Malaysia senang dilanggar, Lihatlah Slide Sukarelawan *** di atas sedang mengkursus sukarelawan *** untuk membantu DAP dalam PRU13 nanti! Ini gambar-gambar penting http://mymassa.blogspot.com.

Isu keselamatan negara perlu tiada kompromi. Jika diplomat-diplomat itu melakukan perkara yang sama di Indonesia atau Thailand agaknya apakah nasib mereka itu?

Saya berhenti di sini dulu.

Jika benarlah pendedahan itu, saudara-saudara fikir-fikirlah sendiri mengapa mereka ini terlalu mengidamkan Malaysia yang indah, makmur dan sejahtera ini.

***************

Sekiranya laporan laporan ini benar, maka ianya amat mengecewakan. Ini kerana Singapura sebagai jiran paling rapat dari segi geografi dan mempunyai hubungan simbiotik samada  secara ekonomi, kebudayaan, fahaman dan penganutan ugama dan ramai rakyat dikedua dua sempadan mempunyai hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang amat rapat.

Kedudukan istimewa ini memungkinkan Singapura dilibatkan secara aktif dalam perancangan Iskandar Malaysia semenjak dilancarkan pada November 2006. Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mempelawa penglibatan Singapura semasa Perdana Menteri Singapura Brig Gen (NS) Lee Hsien Loong dalam lawatan ke Langkawi pada 14 Mei 2007, untuk terlibat dalam beberapa jawatankuasa khas Iskandar Malaysia seperti hal ehwal immigresen, alam skitar, pengangkutan dan pelancongan.

Penglibatan tiga diplomat kanan Suruhanjaya Tinggi Singapura dalam BERSIH 3.0, satu perhimpunan haram yang telah mendapat injuksi Mahkamah, menunjukan negara jiran ini tidak menghormati kedaulatan Malaysia, Perlembagaan, sistem perundangan dan keputusan kehakiman. Ini jelas membayangkan sikap Singapura yang diperintah dan kuasai Chauvinis Cina yang tidak menghormati kuasa dan penguasa yang ada pada tangan Melayu.

Ini bukan perkara baru. Semasa menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, Perdana Menteri Singapura ketika itu Lee Juan Yew bersetuju untuk ‘Tidak melibatkan dalam politik Persekutuan Malaysia’ dan menghadkan aktiviti politik PAP hanya dalam pulau itu sahaja. Namun, sikap Chauvinis Cina dan kedudukan sebagai ‘minoriti yang ingin menguasai majoriti’ itu menyaksikan PAP membariskan 11 calon dalam PRU 2 pada 1964.

Sikap ‘Tidak Toleran’ PAP ini akhir mengabkibatkan Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra menyingkirkan Singapura dan Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Namun, setelah penyingkiran itu PAP masih terus berusaha untuk menguasai politik Malaysia dan Devan Nair menubuhkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Oktober 1965 untuk meneruskan wadah perjuangan Chauvinis Cina ditengah tengah senario politik bumi Melayu Nusantara.

Untuk rekod, Devan Nair merupakan personaliti utama PAP Singapura. Beliau kemudian dilantik sebagai Presiden Republik itu 1981-1985.

DAP merupakan salah satu dalang utama rusuhan kaum 13 Mei 1969, apabila golongan Chauvinis Cina ini berarak seluruh Kuala Lumpur menghina orang orang Melayu setelah Parti Perikatan hilang separuh kerusi di Selangor dan diambang kehilangan penguasaan keatas Kerajaan Negeri.

BERSIH 3.0 merupakan agenda Pembangkang yang didalangi anasir anasir subsersif dalam tindakan untuk menimbulkan kekacauan dan ianya sebagai titik permulaan siri demonstrasi-bertukar-rusuhan-jalan ala ‘Arab Spring’ yang akan dinamakan ‘Malaysian Spring’. DAP merupakan antara penggerak utama  ‘Malaysian Spring’.

Kehadiran tiga pegawai kanan Suruhanjaya Tinggi Singapura ini merupakan bayangan bahawa Singapura memberikan ‘sokongan moral’, jika tidak sokongan dalam pelbagai bentuk bagi merealisasikan tujuan ‘agenda minoriti menguasai majoriti’, walaupun dengan cara yang desktruktif seperti ‘demonstrasi-bertukar-rusuhan-jalanan’. Ini merupakan peningkatan keatas kerjasama dan sokongan PAP keatas DAP yang sedia terjalin selama ini.

Sebelum ini Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pernah memburukan Johor semasa dalam sessi bersama wartawan asing di Singapura. Sikap ini menujukan jelas DAP amat selesa di republik itu, termasuk memburukan Malaysia secara terang terangan.

Ini merupakan campur tangan sebuah kerajaan asing bukan sahaja dalam politik tanah air, malah dengan usaha yang menyalahi undang undang. Ini merupakan satu tahap sebelum sesebuah negara membuat bantahan diplomatik keatas politik dalaman sesebuah negara lain. Ini merupakan apa yang sering berlaku dimana negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan sekutu mereka menggunakan pengaruh mereka dalam pentas politik antarabangsa untuk melaksana agenda tertentu, seperti yang berlaku di Myanmar.

Wisma Putra, Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri wajar menyiasat laporan ini secara serious. Dan jika benar, maka Wisma Putra wajar mengambil tindakan diplomatik kepada Singapura. Malaysia wajar menegakan kedaulatan dan maruah negara, tanpa sebarang pengecualian.

Published in: on June 21, 2012 at 14:00  Comments (26)