Tun Dr Mahathir: Hak dan kebebasan perlu ada had

Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan agar hak dan kebebasan digunakan secara berhemat, tanpa menjejaskan kepentingan dan sistem nilai yang diterima masyarakat. Beliau berucap dalam majlis ‘Tun M Unplugged’ yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA).

“Kita kagum dengan cara cara Barat kerana mereka lebih maju. Oleh kerana kekaguman ini, kita mula timbul sikap kurang berkeyakinan pada diri sendiri dan ada sikap ‘Infriority Complex’, dan menerima apa yang datang dari Barat itu baik semuanya. Kita mula menerima sistem dan nilai hidup Barat sehingga kita mengabaikan sistem dan nilai kita sendiri”.

“Kita masih berfikiran begitu sehinga hari ini. Kita menjadi ‘Europe Centric‘. Memang benar mereka mengajar kita sistem pentadbiran yang teratur dan cekap. Tetapi bukan semuanya baik baik belaka. Namun kita terima apa saja dari Barat”.

Antara contoh idea yang dibawa Barat yang bercanggah dengan sistem dan yang dipraktikkan oleh orang Melayu ialah sistem ‘Demokrasi’ berbanding ‘Feudal’. “Mula mula mereka menuntut hak (bagi wanita untuk mengundi) dan hari ini, mereka mahukan kesama rataan dan hak kebebasan tiada batasan, sehingga yang pelik pelik seperti LGBT”.

“Hak seperti perjuangan kesatuan pekerja sehingga mengugut seperti gaji yang terlalu mahal sehinggakan barangan keluaran tidak lagi menjadi kompetitif. Akhirnya, industri mereka terjejas kerana tidak boleh bersaing. Ekonomi mereka yang satu masa kuasa industri dunia mula menurun”.

“Kalau ada sekatan, ianya tidak menjamin hak kebeasan. Pada pemikiran Barat ianya kebebasan tanpa sebarang sekatan. Hakikatnya, tiada kebebasan tanpa sekatan sehingga ianya menjejaskan orang lain, teurutama apabila mengambil kira kepentingan masyarakat”.

Beliau mengambil contoh tindakan industri yang popular di Barat, “Mogok ialah amalan Barat. Mogok adalah satu yang akan membawa lebih mudarat dari kebaikan. Jelas sekali apabila kita memaksa pihak lain dengan tuntutan, maka ada pihak yang hilang hak mereka dan terpaksa berkorban. Oleh itu bukan semua dari Barat itu baik”.

Beliau juga mengambil contoh pedagang matawang dimanipulasi segelintir pihak sehingga ekonomi negara terjejas teruk, banyak syarikat bankrap dan ramai orang hilang pekerjaan. Ini adalah akibat perdagangan tanpa sempadan, termasuk matawang yang dijadikan kommoditi. Contoh yang digunakan ialah di Indonesia dan keadaan menjadu teruk sehingga berlaku rusuhan dan hartabenda dibakar.

“Kini ada pihak luar mendesak kita mengenepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), semata mata atas nama kebebasan perdagangan terbuka. ‘Pasaran bebas’ bermakna mereka bebas sehinggakan menguasai modal syarikat tempatan. Dengan kuasa ekonomi yang mereka ada, mereka akan menguasai ekonomi kita”.

“Sistem demokrasi itu mungkin lebih dari sistem feudal, tetapi tidak semua mengenai sistem demokrasi itu baik. Contoh ialah India berbanding Cina. India mengamalkan demokrasi tetapi Cina tidak. Namun tanpa mengamalkan demokrasi, ekonomi Cina lebih maju sehingga menjadi kuasa dunia”.

Presiden UMNO V itu mengulas sessi soal jawab dalam Mingguan Malaysia ini, “Hari ini tidak boleh menyebut ‘Melayu’, kita dianggap rasis. Pada hal mereka yang mengatakan kita rasis sebenarnya rasis juga, kerana mengutamakan etnik mereka apabila menyelar kita apabila kita menimbulkan soal ‘Melayu’ “.

“Benar, ada etnik datang dari luar seperti Indonesia, India, Arab dan Pakistan. Tetapi mereka semua menerima budaya, bahasa, ugama dan amalan orang Melayu dan diassimilasi ke dalam masyarakat Melayu. Jika mereka masih mengekalkan budaya, bahasa dan amalan negara asal mereka, maka mereka akan terus menjadi masyarakat ‘pendatang’ “.

“Pertumbuhan ekonomi ialah secara purata. Apabila kita ambil purata, ianya tidak begitu tepat. Ada kaum yang pertumbuhan mereka jauh lebih cepat berbanding dengan yang lain. Kita juga mahukan imbangan ekonomi. Itu sebab kita ada DEB. Golongan yang paling mundur dan miskin perlu pertumbuhan yang lebih besar, berbanding dengan mereka yang lebih kukuh ekonominya. Itu sebab perlu dasar yang lebih diskriminasi. Ianya perlu untuk mengimbangi kedudukan minoriti yang ekonomi lebih baik. Ianya bukan untuk selamanya”.

Mengulas mengenai isu ‘Technical Know Who‘ yang dibangkitkan seorang ahli veteran ANSARA, “Kalau kita nak buat apa apa, kita akan memilih mereka yang kita kenal terlebih dahulu berbanding yang kita tidak kenal. Itu biasa”.

Atas isu ‘kronisma’, “Kita bagi apa apa peluang, kita mesti pilih dari kalangan mereka yang kita akan berjaya laksanakan. Ini semua orang yang kita kenal dan tahu kebolehan dan kemampuan mereka. Kita tidak ambil risiko dengan mereka yang kita tidak terlalu yakin. Jangan kita terperangkap dengan cakap cakap musuh kita”.

Published in: on July 8, 2012 at 17:46  Comments (25)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/07/08/tun-dr-mahathir-hak-dan-kebebasan-perlu-ada-had/trackback/

RSS feed for comments on this post.

25 CommentsLeave a comment

  1. Mendengar ucapan Tun Mahathir kita berasa ianya saorang pembela bangsa Melayu.Ini lah perasaan saya sabelum ini.Ia merupakan saorang tokoh yang saya sanjongi dan amat berharap apabila ia menjadi PM ia akan membela bangsa Melayu terutamanya dari segi ekonomi.

    Harapan saya meleset.Sejak ia mula menjadi PM pada tahun 1981 sahingga ia berhenti tahun 2003, ia bukan sahaja membela orang Melayu malah yang sedehnya ia mematikan dan membunoh mereka yang telah pun bejaya tetapi oleh kerana kegawatan ekonomi,mereka memerlukan hanya bantuan supaya mereka terus hidup apabila keadaan ekonomi puleh.
    Contohnya,Kes Tan Sri Halim Saad.Ia mempunyai rangkaian syarikat yang menjadikan ia orang yang terkaya di Malaysia.Ia membantu UMNO setiap pilehan raya dan menyelamatkan syarika milek UMNO membayar hutan mereka.Kenapa ia dipaksa menjual syarikatnya kapada Khazanah Malaysia dengan harga hanya 165 juta sahaja.Sunggohpun syarikatnya mempunyai hutang dengan bank sabanyak 20 billion,tapi ia juga mempunyai asset sabanyak 40 billion.

    Kes kedua.Tajuddin Ramli.Kenapa ia di halang unrok menebuskan samula saham Celcom(TRI) dari Danaharta .Ia mempunyai wang satelah menjual saham MAS nYa kapada kerajaan .Kenapa Danaharta menjualkan sahamnya kapada Telekom Malaysia.

    Kenapa ini tidak berlaku kapada perniaga cina soaperti Vincent Tan,YTL,LIM Kim YeW dan kapada ANANDA Krisnan.Mereka bukan sahaja di lindongi kerajaan dari tindakan bank malah di beri pula lesen lesen baru saperti MAXIS,ASTRO,MEASAT, IPP.

    Ini yang saya tiak faham.Tun Mahahir lebeh mementingkan untok menjaga perniagaan anaknya daripada bangsanya sendiri.

    Ini menyebabkan saya kehilangan hormat kapada TUN.

    • Hamid is definitely non-Malay. This comment is a poor ‘translation’ attempt.

      Must be ‘cut & paste’ from an article written long ago to be used by dapsters as a ‘trump card’ when the need arises.

      You have revealed the DEPTH of frustration of Malaysian Malaysia’s proponents. These financial sponsors must have been severely devastated that Tun Dr M succeeded in handling the 1997-1998 financial crisis.

      The moment he sacked anwar must be a deja vu of “crying moments” episode by LKY.

    • I think you should do your homework properly first.

      The agenda to ‘kill’ billionaires who were developed by Tun Daim Zainuddin like Tan Sris Halim Saad, Tajudin Ramli & Wan Azmi aka ‘Daim Boys’ are non other than Nor Mohamed “Black Spider” Yackop. He was then the powerful ‘economic adviser’ and created his own set of ‘boys’; Azman Mokhtar, Danny Yusof, Azman Yahya, Wahid Omar, Che Khalib Mohd Noh etc.

      What’s your comment got to do with Tun Dr Mahathir’s sons?

    • Hamid, it does really sound you are not a Malay. Better use a better pseudonym and be clear from which plaform you are coming from. Anyway, nice try writing in Malay/BM.

    • Kalau si Hamid ni Melayu, mungkin dia sesat. Dan bangsat. Pembohong dan penipu.

      Dia anti-durian runtuh penyenaraian FGVH, katanya sebab kesiankan peneroka FELDA, bukan anti-Establishment, sudah baca Prospectus, bla bla. Pada hal Prospectus itu begitu tebal hingga kawan saya Chartered Accountant pun kata pening juga nak masukkan kesemua fakta kedalam kepalanya. Hamid kata tanah peneroka di pajak/sewa, pada hal tidak pun, yang di sewa ialah tanah hampir sejuta ekar yang tak jadi di “penerokakan” sebab masa di rancangkan zaman ekonomi baik, anak anak peneroka lebih minat kerja di bandar dll, maka tanah itu di letakkan di bawah pengurusan Felda Plantations – bukan atas nama peneroka. Pembohong dan penipu si Hamid di kes itu.

      Dia sebut nama (name dropping) orang besar seperti Halim Saad katanya beri berpuluh juta saham kapada UMNO Johor dan sekarang saham tu dah terbang, nak jatuhkan nama UMNO, Bila di sergah, diam. Tak beri bukti atau justifikasi. Membohong menipu lagi di situ.

      Agenda dia nampaknya nak hijack perbincangan. Lihat lah sekarang ni saja dah empat komen keluar – mengentam dia dan tidak membahath pos yang BD keluarkan. Bedebah si Hamid.

      Tapi, Melayu tak Melayu, selagi dia keluar kita mesti hamputkan dia, bidas dia, patahkan tuduhan liar dia (bukan ada hujah atau fakta pun), ketawakan dia, tembak dia sebagai hijacker penjenayah. Haba haba.

  2. Sdr.Ray,Quad,dan Haba.
    Sah saya oreng Melayu.Saya bukan orang politik baik UMNO atau PAS.Saya boleh hantar gambar senjata sayabyang di potong kepala.ha ha ha.

    Sdr Quad.saya setuju dengan pendapat saudara,the main culprait Noor Yaakob,orang yang meosakkan BNM,Dia yang memberi arahan kapada Azman Yahya boss Danaharta untok menjual saham TRI milek Tajuddin kapada Telcom Malaysia.

    saya juga boleh confirm yang dia lah orang yang mengugut Halim Saad supaya menjual saham Kumpulan syaikatnya kapada Khazanah dengan hanya 165 m juta.

    Persoalan nya NOR Yaakup tak akan berani bertindak jika TUN Mahathir beri blessing.

    Why Mahathir,the story on his Son.Mahathir akan membela anaknya demi untok mengkayakan keluarganya.Mahathir akan buat apa sahaja.Contract to supply airline feul t MAS was given to Mirzan co.

    Bila YTL dapat IPP project di Paka dari TNB,30peratus saham YTL IPP di mileki oleh MOKHZANI.Ini di sahkan sendiri oleh Francis Yeo.

    Saudara HABA jika awak tak baca dan jikalau baca tidak faham Kandongan Felda Global prospetus,tidak usah lah hendak berdebat.Masalah orang Melayu UMNO termasok lah kawan saya Ibrahim Ali dai Perkasa,kepala mereka besar dari otaknya.kebanyakan orang Melayu guna emosi untok berdebatt,

    Jangan marah,check the fact.jangan tudoh saya non Malay .Jika saya non Malay apa saya peduli apa yang terjadi kapada Halim Saat atau Tajuddin atau peniaga Melayu yang lain yang jadi mangsa kekejaman Mahathir .

    Halaim Saad orang Perlis,Tajuddin orang Kedah.Mahathir orang Kedah,rumahnya di TiTi Gajah,di Tepi Jalan.Rumah batunya besar di buat pada tahun 1967.Masa dia jadi MP kota Setar,mahathir buka kelinik MAHA ,Rakan kongsinya masa itu Syed Kechik,bapa mertua Syed Mokhtar.
    Saya orang Jitra,dekat dengan rumah Affifuddin.Omar bekas Timbalan Menteri.

    Sebab itu saya boleh ‘londeh’ Mahathir.Saya hilang hormat kapada nya bukan kerana saya orang politik tapi kerana dia bercakap hendak tolong Melayu tapi dia banyak tolong Cina dan India.

    Jangan marah marah dan nak ‘Chong’ dengan saya. Jika hendak jadi UMNO CyberbTroper biarlah tahu guna otak dan berdebat tampa emosi.

    • Hamid

      Bila pula waktu ‘transfer’ secara paksa saham celcom ke telekom berlaku? Seingat saya mssa itu, dr mahathir diluar negara.

      Adakah anda tahu, salahlaku nor yakcop dibuat utk balas dendam kerana tajuddin pernah menyalahkan beliau atas kerugian bnm.

      Diakhir2 tahun dr mahathir tangannya agak terikat dan terpaksa dilihat bebas dari pertahan ahli2 perniagaan ini atas tekanan tuduhan kronisma oleh anwar dan tekanan antarabangsa.

      Malah kes tajuddin dikatakan ada pihak nor yakcop cuba sekongkol dgn wakil pak lah ugut tajuddin.

      Selain dari membela tajuddin dan halim yg hari ini masih menghormati dr mahathir dan membuat tuduhan melulu bahawa semua keputusan projek kepada anak dr mahathir adalah krputusannya, bagaimana pula dr mahathir dipersalahkan bunuh ekonomi melayu?

      Itu lebih besar dari tuduhan2 itu semua. Bertambah lagi, anak2 dr mahathir tidak bersaing projek kerajan dgn ahli pernoagaan kebanyakkan melayu dan lebih kepada bailout company, bina industri dari scratch dll.

      Hmmm. … dekat rumsh afifuddin? Bukankah dia kroni anwar yg dipecatkan kabinet? Ini hanya isu yg ditimbulkan orang pro anwar saja . . .

      Anwar tak ada moral, penipu, pembelit, perasuah, tak tahu tadbir, sesat pegsngan ugama, liberal pelampau. Pandangan pengikutnya turut tak ada kredibiliti.

    • Mirzan ini airline fuel business? Oh mirzan dah ada share petron ke masa itu?

      Mana ada mirzan masuk oil or supply biz? Dia transport man n turnaround company kapal.

      Mokhzani ada share dalam YTL IPP? Vehicle apa diguna dan sapa pulak proksi 30% mokhzani. Maklumat ni semua publicly available. Takyah kelentong.

      Info si Hamid ni mabuk lah!

    • Hamid

      KAMU HANYA ORANG POLITIK. TAK LAYAK UTK BINCANG URUSAN NIAGA, TERUTAMA URUSNIAGA KORPORAT.

      PANDANGAN KAMI ADALAH ORANG POLITIK BODOH DAN PENTINGKAN DIRI SERTA HANYA FIKIRKAN KUASA.

      BILA TAK DAPAT MEROMPAK, DIA DENGKI DAN TIKAM BLKG. MEMBELOT DAN TIADA KESETIAAN ITU BIASA.

      NADA KAMU BUKAN SEORANG AHLI POLITIK YG BENAR PAHAM NATION BUILDING TAPI HANYA STANDARD MINTAK PERUNTUKAN DAN JAGA LONGKANG KOTOR.

      SAYA PERCAYA MAKLUMAT ANDA SELALUNYA SALAH DAN SEMPIT SEPERTI AHLI POLITIK BAWAHAN YG TAK LAYAK GELAR DIRI. AHLI POLITIK.

      ORANG MCM HAMID HANYA MENJADILAN POLITIK KOTOR DAN JIJIK.

    • Proven you can’t debate coz either you hv your facts wrong OR like Anwar, Lim Guan Eng and Mat Sabu, you manipulate some parts of history, laced it with fabrication of other non existence information & eventually use that to perpetuate a lie.

      Ehhh….. Faham atau tidak point aku ni??

      It’s okay if you don’t understand. Im assuming most of the commenters here who hv proven how stupid you really are don’t actually care.

    • Please don’t do this stupid circus stunt, to rubbish Dr Mahathir! He won’t kill a Malay businessman, in any circumstance. Especially those who support the govt.

      Get your facts right. Tun Dr Mahathir surprised the whole world when he announced his resignation as PM, UMNO President & “all posts” during his ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO June 2002. It was UMNO leaders who wanted him to hold back.

      So he agreed. He postponed his depature from govt & party till all his commitment with NAM & OIC is done. From July 2002 – Oct 2003, he delegated a lot of his work to some his colleagues. Dr Mahathir was focused on the bigger picture, like full economic recovery, FDIs, making MSC work, Malaysia’s role in international trade & diplomacy and fight against US/UK tyranny in Afghanistan & Iraq.

      That’s where Black Spider comes in with his ‘NMY Boys’. His boys started to unseat all strategic positions previously held by ‘Daim’s Boys’ & graduates of the ‘Peremba School of Management’.

      Only someone with a real evil & dark heart could do something like systematically kill ‘Daim’s Boys’. People with Malay Agenda would never do so!

  3. Ray.
    You tell me honestly how old are you in 1998 when Mahathir sack Anwar.I think you are still in school.I can tell you from A to B how it happen and why.?

    • Hamid

      How old were you when Dr Mahathir was appointed Education Minister and just turned cabinet?

      If you worked already then, you can pull your rank.

      I know and met Anwar when he just came out of ISA for student riot.

      He is a piece of shit. Trust me, i know him long enough. Only the stupid young ciku admire him

    • La, kamu orang tua rupanya, Hamid. Tak salah orang tuan nak keluar pendapat, tapi tak boleh kata apa aku cakap semuanya betul sebab aku orang tua, sebab aku tahu semua atau sebagainya.

      Haha, Hamid, you know only from A to B? Rosak kawan, only “from A to B”, and you think you are Mr Know All? You don’t know there are such things as C to Z, ha? Anwar’s stories even exceed Z, brader.

      I support the view that you must give the proofs, justification or at least explanations on what you say – especially when what you say is not on the same line as what most of the bog participants think.

      You need to do that, Hamid, after all, you want people to believe what you say, don’t you?

    • Hamid dear, what has age got to do with the facts of the case? Really, anyone who reads enough can come up with a story like yours.

      What we have seen and read about Tun Dr M is proof that he is pro the downtrodden, in this case the Malays. He was labelled as ultra-Malay and here you accuse him of killing the Malays.

      It is a gargantuan task to cajole Malays to progress fast to keep pace with the other races, I do not envy him that “amanah”.

      But to me and numerous Malays, Tun deserves our respect, gratitude and blessings, ALWAYS.

  4. Kapada UMNO Cyber Tooper .

    Sabenarnya saya amat simpati dengan awak awak semua.Hendak mempertahankan Keaulatan UMNO dan Pemimpin nya.

    Tapi malangnya Pemimpin peminpin UMNO yang awak hendak membela ini dai TUN Mahathir,TUN Abdullah dan Najib macam ayam jantan berkokok dengan garang tapi pungongnya banyak tahi.

    Kita berani kerana benar an takut kerana salah.

    • Saya kesian kat awak, Hamid, sebab ramai yang tak percaya awak cakap. Ada yang ketawakan awak.

      Dulu awak kata awak bukan anti-Establishment, tapi mengapa mengutuk pemimpin UMNO, Tun Mahathir dsbnya? Kan mereka orang Establishment. Ke awak tak faham perkataan Establishment?

      Tak mengaku? Padan lah awak sokong Anwar, walau pun tahu A to B sahaja! Anwar apa saja dia tak mengaku, mintak Mahkamah lambatkan penghakiman hingga berpuluh kali, dengan berbagai helah.

    • Tuan Hamid, saya bukan ahli Umno. Tetapi saya amat resah tentang nasib Melayu di tanah sendiri.

      • Nasib yang di rosakkan dek bang Nuak si Hamid. Di pecah belahkannya Melayu. Hingga lemah, di eksploitasi bangsa lain.

  5. Hamid,

    Mai nak habaq kat hang sat:

    Kawan aku yang Kontan tu masa nak blogging pun tadak, jadi tak dapt nak mintak dia buktikan apa yang aku kata di ataih tu. Tapi ni ada lain orang beri pendapat yang sama, hang baca blog nih – http://jebatmustdie.wordpress.com/2012/06/26/ipo-of-felda-and-its-naughty-detractors/

    Lepaih tu, hang mai sini habaq yang mana satu dia cakap tak betui. Tapi hang kena kasi bukti lah. Tak boleh dok kata hang kenai Halim, duduk dekat dengan Afifudin, tahu rumah batu Chedet, tahu kelinik dia, itu ini, jadi apa hang kata tu betui. Orang tak main lagu tu, Hamid noo.

    Aku mengaku aku tak faham “kandongan Felda Global prospetus”, tapi aku baca apa orang yang faham cakap. Tapi hang tak mengaku pun yang prospectus tu begitu tebal, tak tahu hang boleh faham ka. Hang tak jawab pun bahawa tanah yang disewa itu di atas nama Felda Plantations, bukan atas nama peneroka. Kalau yang atas nama peneroka di masukkan kedalam perspectus itu kira sewa apekebenda, awat hang tak tunjuk bukti di sini. Jangan dok kata tanah peneroka di sewa saja, kena tunjuk bukti, Mamat. Kalau ada tulih dalam prospektus tu, hang sebut lah di bawah bab mana, mukasurat berapa dsbnya.

    Hang tak boleh kata Halim cakap lagu ni, lagu tu, jadi pembaca sini semua kena percaya. Hang kena lah bagi butir butir lanjut. Kalau tadak bukti, umpamanya surat menunjukkan UMNO Johor terima berpuluh juta saham dari Halim, hang kena beri butir butir lanjut lah. Contoh nya, bila dia beri, ada siapa saksi, masa dia beri, tarikh, tempat dsbnya.

    Ni aku cakap lagu ni, hang jangan cakap aku emosi pulak. Ini cara orang berhujjah, berdiskusi, berdailog dalam Internet, kawan ha. Kalau tak bagi bukti, buat macam aku kata di atas, siapa saja boleh kata apa, mengaku itu ini, menuduh macam macam. Orang panggil tuduh liar macam Pembangkang, jangan marah pulak.

    Kalau kata kata hang tu selaras atau selari dengan pendapat ramai di sini, tak perlu kasi bukti. Contohnya, kalau hang kata BN akan menang di PRU13, hang tak payah kata apa lain, ramai orang setuju, tadak orang nak tanya atau kutuk hang. Tapi kalau hang kata BN akan kalah, tak bagi alasan, justifikasi atau penerangan, mesti hang kena tanya bukti atau kena kutuk.

    Amacam, ada ngarti?

  6. Tidak ada so’al bahawa hak dan kebebasan perlu ada had. Lihat sahaja apa jadi kapada Adolf Hitler dan negara Germany bila cuba menonjolkan hak dan apa yang di katakan keagongan atau “the superiority of the Aryan race” di Perang Dunia ke2. Atau Jenderal Tojo dengan impiannya menaburkan orang Jepun atau “spreading the Japanese people” ke seluruh dunia. Jahanam Hitler dan Germany, ranap Tojo dan negara Jepun. 20-30 tahun kemajuan negara mereka hilang menjadi abu, merengkek cuba membangun semula.

    Di Malaysia hadnya di maktubkan di dalam Perlembagaan negara. Ini Tanah Melayu, Malaya dan sekarang Malaysia, tetapi bangsa lain di benarkan menjadi rakyat. Bahasa Malaysia di jadikan Bahasa Kebangsaan tetapi bahasa ibunda pendatang boleh di gunakan selain dari untuk urusan resmi. Agama Islam ada lah agama negara ini tetapi agama lain boleh di praktikkan.

    Maka mana mana rakyat tidak boleh menuntut yang bukan bukan selain dari yang di sebut di Perlembaaan negara itu. Pendatang yang sudah menjadi warga negara mesti hormatkan dan patuhi Perlembagaan. Tidak boleh menuntut Bahasa Mandarin di benarkan menjadi bahasa pengantar di sekolah sekolah selama lamanya, sebab sekolah ada lah urusan resmi mana mana negara pun. Atau mahukan kelulusan sekolah dan institusi pelajaran Cina di iktiraf oleh Kerajaan. Atau cuba memurtadkan orang Islam masuk Kristian dan sebagainya. Buruk padahnya jika kelakuan songsang yang ada di sana sini sekarang berterusan.

    Hamid yang di kerumun di atas juga perlu sedar bahawa ada had kapada hak dan kebebasan dia mengeluarkan pendapat. Elok lah dia ikuti nasihat yang telah di beri di komen komen di atas jika dia mahu elakkan di ejek, di ketawakan dan di keji oleh peserta lain yang juga ada hak dan kebebasan bersuara di blog ini.

  7. Apa yang saya nampak, di Malaysia, kita tidak perlu meletakkan batasan pada hak dan kebebasan rakyat dari segi membuat kebaikan dan perubahan menuju kebaikan.

    Dimana anda berada, mulakan dengan niyyat, dan maralah dengan melangkah dengan kaki kanan. Ada berani? Rasa terkongkong dan terbatas kan? Kan saya dah kata.

    Dari sudut realiti, ini tidak mungkin berlaku, melainkan ada pertukaran kerajaan yang berpaksikan ketuhanan.

    • Ma’af, tak terang maksud Sdr tu – “kerajaan yang berpaksikan ketuhanan” mcm mana yang Sdr maksudkan? Bagaimana mereka seperti DAP, ada kah mereka “kerajaan yang berpaksikan ketuhanan” – di Penang, contohnya.

      Walau pun ada yang mengatakan Lim Guan Eng dah menganut agama Kristian menggunakan nama McDonald Lim, dia tidak hebahkan dan kebanyakan ahli dan penganut DAP bertuhan ka? Yang di katakan “ancestor worship” itu berTuhan ka? Saya bertanya dengan ikhlas, juga kapada sesiapa yang tahu.

  8. Tun Dr Mahathir membidas Lim Kit Siang yang “takutkan Mahathirism” dan berkata dia tak tahu apa yang di maksudkan oleh LKS, tetapi kalau apa pun, “Mahathirism sudah tidak ada lagi”. Dia sudah serah kuasa di 2003, DS Najib tak rapat pun dengan dia, sebab ada barisan penasihatnya sendiri, dan pengundi tidak perlu takut dan tidak perlu di takutkan oleh LKS. Dia hanya berusaha sedaya upaya mahukan BN menang, “membalas budi” BN yang telah menyokongnya selama 22 tahun merintah.

    Kita tahu LKS yang berkuasa di DAP sebelom dan di masa tercetusnya pergaduhan kaum 13 Mei 1969 dan dia bertanggung jawab besar baginya. “Cakap lepasnya” (menohmah secara liar, menuntut itu ini, tanpa justifikasi atau penerangan lanjut) telah memanaskan keadaan dan di harap dia bertanggung jawab sekarang bagi mengelakkan tercetus lagi peristiwa 13 Mei.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: