Perhimpunan Oren: Agenda PAS hasut peneroka gagal

Perhimpunan Oren yang didalangi oleh PAS yang dianjurkan melalui Persatuan Anak Generasi Kedua FELDA (ANAK) yang diterajui oleh AJK Pusat PAS Mazlan Aliman di Jalan Duta petang ini gagal.

Laporan Harakah Daily:

Memo bantah penyenaraian FGV diserah kepada Istana Negara

Salmiyah Harun, 14 Jul 2012

KUALA LUMPUR: Enam orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori)

Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.

(Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung)

Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.


Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang.

Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara.

Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu.

(Sebahagian peserta Himpunan Oren bagi membantah penyenaraian FGVH di bursa saham kerana ia merperjudikan nasib peneroka)

*****************

Propaganda Pembangkang melaporkan 5,000 orang hadir. Namun, jumlah sebenar jauh lebih rendah dari itu.

Pemimpin pemimpin PAS berkali kali cuba menghasut peneroka 112,635 orang FELDA dan keluarga mereka, termasuk mengunakan proses Mahkamah untuk mengagalkan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH). Dua kali mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan FELDA (KPF) gagal kerana injuksi Mahkamah Tinggi oleh ahli ahli KPF yang bersekongkol dengan Mazlan Aliman dan ANAK. Itu tidak termasuk pelbagai laporan Polis yang dibuat.

Pensabotaj penyenaraian FGVH amat konsisten termasuk berbohong kepada peneroka FELDA dimana tanah 10 ekar milik setiap peneroka akan terjejas dalam gerka-kerja korporat ini. Walaupun mereka kunun kunun “Menentang Penyenaraian FGVH dan ‘Duriang Runtuh'”, namun kesemua AJK ANAK yang terdiri dari peneroka FELDA mengambil cek bernilai RM 5,000.00 ‘Durian Runtuh’ mereka.

Kain rentang yang digantung sekitar jalan menuju FELDA Jengka 8, seminggu sebelum Majlis Bersama Peneroka 8 Mei 2012

Penyenaraian FGVH memungkinkan semua perniagaan bawah Kumpulan FELDA dikonsolidasi dan rationalisasikan, yang menjurus kepada ‘Pembebasan-Kunci’ asset asset dan perniagaan Kumpulan Ini termasuk 350,000 ha FELDA Plantations dan semua anak syarikat Kumpulan FELDA yang mengumpul, memproses dan memasarkan minyak dan hasil hiliran kelapa sawit.FELDA.

Penyenaraian FGVH merupakan perancangan transformasi masyarakat dan warga FELDA, yang mula mula dimumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa Ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011. Dalam ucapan tersebut, 112,635 orang peneroka FELDA akan menerima ‘Durian Runtuh’, sebagai menghargai pengorbanan, jasa dan kerja kuat mereka semenjak FELDA ujud. Pada 8 Mei 2012, PM Najib mengumumkan ‘Durian Runtuh’ berjumlah RM 1.7 billion, yang bukan sahaja kepada peneroka FELDA malah golongan isteri peneroka dan anak anak peneroka.

‘Agenda Bumiputra’ FGVH tetap kukuh terpelihara walaupun selepas penyenaraian, ianya menjadi syarikat berasaskan pengeluaran perldangan bertaraf global dan menerima cabaran baru, terutama pelabur yang dari pemegang dana dan pasaran modal global. Hasil dari keuntungan FGVH bukan sahaja disalurkan kepada pemegang saham, malah beberapa masyarakat Melayu diluar bandar juga akan mendapat kebaikan ‘Pembebasan-Kunci’ FGVH.

Sebahagian dari hasil keuntungan FGVH akan disalurkan kepada Yayasan FELDA dan akan digunakan untuk pembangunan semula kawasan kampung yang berada disekeliling kawasan FELDA. Ini adalah sebahagian dari agenda transformasi masyarakat luar bandar dan hasil dari aktiviti perniagaan FGVH akan juga memberikan menafaat bagi mereka yang bukan dari kalangan warga FELDA.

Penyenearaian FGVH pada 28 Jun bukan sahaja mendapat perhatian serious pelabur tempatan terutama dikalangan Bumiputra, malah pelabur antarabangsa juga memberikan minat yang amat memberangsangkan. Permintaan saham penyenaraian FGVH meningkat 30 kali ganda berbanding saham yang ditawarkan.

Bagi PAS untuk mendalangi ‘Membantah Penyenaraian FGVH’, merupakan kerja sia sia kerana syarikat itu sudah pun tersenarai lebih dua minggu sudah dan kini menjadi syarikat berasaskan pengeluran perladangan antara yang terbesar didunia.

Jelas ‘Pembantahan Penyenaraian FGVH’ hari ini merupakan wayang terdesak pihak Pembangkang untuk meraih perhatian murahan, terutama PAS yang kini sudah bankrap politik dan sokongan orang Melayu makin tiris terhadap parti yang banyak menguasai kawasan ‘hinterland‘ undi Melayu itu. Ini kerana PAS tergamak membelakangkan Islam yang kunun kunun ‘menjadi wadah perjuangan mereka memartabatkan Al Quran dan Hadith’, apabila berkompromi dengan Pakatan Pembangkang atas itu seperti ‘Kalimah Allah’, proses memurtadkan orang Islam (sebagaimana yang dibongkar di Damansara Utama Methodist Church Ramadhan lepas) dan mengugurkan tuntutan untuk perlaksanan Hukum Hudud.

PAS juga kini dilihat sebagai ‘tali barut’ Anwar Ibrahim dimana pemimpin yang dipilih hari ini menolak ‘kerjasama dikalangan orang Melayu’, walaupun kerana kebaikan ummah dan sebaliknya lebih berminat menjaga perasaan rakan kongsi mereka DAP.

Published in: on July 14, 2012 at 16:15  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/07/14/perhimpunan-oren-agenda-pas-hasut-peneroka-gagal/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. Masa aku belajar kat Belfast dulu, aku pernah lihat perarakan oren nih dilakukan oleh gologang loyalist protestant Ireland Utara setiap July bagi nak tunjuk power kat golongan Katolik…nih Mat Sabu nak tiru Kristian …awatnya PAS dah nak jadi PAStestant pulak dah kah…..

    • Mat Sabu nak heboh saja. Terhegeh sana terhegeh sini. Mat Indera kominis yang serang dan bakar Balai Polis Bukit Kepong di Muar zaman kominis dulu pun dia kata pahlawan wira negara.

      Dia bukan baca sejarah pun. Melaung ke sana melaung ke sini ikut apa orang di sebelah dia kata. Bahana besar negara jika puak dia dapat kuasa. Kominis pun akan di berinya muka. Dia sekongkol dengan Lim Kit Siang yang mahukan Ketua Pengganas Kominis Chin Peng masuk Malaysia. Hati hati lah bila mengundi.

  2. Biggie,

    IMHO Pas ppl are totally brain dead! What’s more baffling is that why are there stupid Malays still dont see through all these nonsesical Pas antics & still got suckered into the complete & utter falsehood of Pas struggle.

    Be realistic. Pas did nothing for Islam. Infact, they did nothing but talk in rhetorics, lies, manipulation of facts, teachings of Islam and most of all, imagination & emotion of the simple Malay folk.

    They never keep to their promises & what is worse, the manipulate teachings of Islam to justify why they could not keep to their promises. That on its own is not Islamic. For a matter of fact, Pas is actually anti-Islam, in every single sense!

    Kesian all these honest simpleton. Really!

    • Addendum:

      What I dont understand most are Kelantanese. They live literally in a paradox of frozen time. And they tolerated being lied to over and over again, after being denied of development & progress.

      And that is not like Pas under Nik Aziz did bring about their understanding of Islam actually increased & deepen & brought them closer to God.

    • I agree. I also find it difficult to understand them.

      I think most of their members and “penyokong tegar” are simpleton kampong folks, in Kelantan they include urban folks, who do not understand or care about politics much, who raise their hands when asked if they agree, who are generally passive, not boisterous and not bothered demonstrating on the roads, except for a few who may be lured into joining free trips to KL, with free food, accomodation and RM20 pocket money that Nik Aziz said he gave for the Kelantan Bersih 3,0 attendees.

      But the problem is the minority among them who think they know politics, get persuaded by so-called leaders who are driven simply by a greed for power and a yearning to be in Putrajaya no matter what. Those willing to lie on the road in their jubah and ketayap blocking the Perak Raja Muda’s car, who wear red shirts at Bersih 3.0 rally but not to be seen when the rally turned to a riot.

      But, when anak Aliman tried to get the simpleton folks out on the streets on a matter close to their hearts and provoking a sense of togetherness and comradeship with the FELDA settlers, he could not get as many as hoped for.

      I long for a firm, assertive and no-nonsense Prime Minister who’ll put the country back to order.

  3. There are professionals amongst PAS members who should be in a position to take a stand against all these deviationist teachings. They are in the best position to expose and reject this “exploitation” of religion for political mileage.

    • Nowadays we see a lot of propesional ‘claim to be’ had a mind of primary education qualifier ,and a lot of claimed to be ulamak ‘lebih banyak menyesatkan’ .

  4. HaHaHa…so, the ANAK’s committee members took the RM 5K cheques, huh? Hard to take them seriously after knowing this.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: