“Saya hanya dianggap simbol bagi masyarakat Melayu”

Tunku Abdul Aziz Ibrahim

Terumaramah Mingguan Malaysia dengan Naib Pengerusi dan mantan Senator Tun Aziz Ibrahim yang keluar dari DAP adalah sangat baik.

Sedutan dari temuramah tersebut:

Apakah orang Melayu boleh berharap kepada DAP untuk membela nasib mereka?

TUNKU AZIZ: Sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka, anda memang salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang mereka telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.

Mengapakah agaknya DAP berminat untuk mengambil Tunku bersama mereka?

TUNKU AZIZ: Mereka hanya berminat dengan kemelayuan saya. Saya hanyalah dianggap sebagai simbol bagi masyarakat Melayu manakala Karpal Singh simbol untuk kaum India. Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP. Mereka berminat mempergunakan saya untuk memancing undi orang Melayu. Secara hakikatnya, saya sendiri tidak pasti apakah peranan saya selain menjadi alat untuk agenda tersembunyi mereka.

Sama keadaannya apabila saya berminat untuk membantu DAP membawa masuk orang Melayu pada awal kehadiran saya dalam DAP, mereka kemudian seolah-olah sengaja melengah-lengahkannya. Mereka sebenarnya tidak berminat untuk membantu saya memperjuangkan orang Melayu. Cukuplah saya seorang sebagai simbol untuk terus mendapatkan sokongan tanpa saya melakukan apa-apa. Kerana itulah, saya telah dua kali membuat cubaan keluar daripada parti tersebut. Kali ketiga, keputusan saya sudah muktamad.

Siapa pada pendapat Tunku lebih berkuasa, adakah Kit Siang atau Guan Eng? Bagaimana pula dengan peranan Karpal Singh?

TUNKU AZIZ: Sudah tentu jawapannya adalah Kit Siang. Kit Siang yang lebih berkuasa dan dominan dalam membuat percaturan politik dalam parti manakala anaknya, Guan Eng akan mengikut rentak bapanya kerana Kit Siang memang bijak. Kuasa sepenuhnya masih milik Kit Siang. Kebanyakan keputusan berkaitan akan diambil oleh Kit Siang dan bukannya Guan Eng. Selalunya dalam mesyuarat, Kit Siang akan lebih berminat untuk menjadi pemerhati daripada membuka mulut. Beliau akan bersikap rendah diri. Dinasti Lim sangat berkuasa dan berpengaruh dalam DAP.

Karpal juga tidak memainkan apa-apa selain menentang hudud bagi pihak dinasti Lim. Tetapi Karpal adalah seorang pemimpin yang berkaliber. Apa yang beliau katakan satu ketika dulu akan sentiasa diulang, tidak ada sebarang manipulasi. Tetapi adalah menyedihkan kerana beliau tidak mempunyai kuasa dalam parti tersebut. Ada ramai lagi pemimpin yang sungguh berkaliber dan berpotensi dalam parti tersebut yang saya tidak dapat nafikan. Cuma saya tidak akan sesekali berkompromi dengan melanggar undang-undang. Saya sesekali tidak akan bersetuju dengan perkara tersebut.

************

Terumaramah ini mengambarkan keadaan sebenar dalam DAP. Malangnya, ada dua orang ‘Melayu Bankrap Politik’ mencari ‘teduhan politik’ bawah payungan yang sememangnya tidak akan menghormati mereka, jauh sekali mahukan mereka.

‘Melayu Bankrap Politik’ Aspan Alias dan Ariff Sabri Aziz disambut Ketua Gerombolan Chauvinis Cina Lim Guan Eng

Hari ini, amat malang dua orang politikus gagal ini menjadi petualang dan menjadi musuh orang Melayu dengan menghentam institiusi yang mempertahankan orang Melayu seperti UMNO dan lain lain organisasi yang bertindak membangunkan orang Melayu seperti FELDA.

Yang lebih malang ialah satu masa dahulu, orang Melayu pernah memberikan kepercayaan mereka kepada dua orang ini. Seorang pernah menjadi ADUN mewakili UMNO bertanding dalam kawasan majoritu Melayu, manakala seorang lagi pernah kunun kununnya memperjuangkan isu isu Melayu melalui Parti Semangat 46.

Jelas mereka sebenarnya mengutamakan kepentingan peribadi membatasi kepentingan masyarakat dan ummah, apabila tergamak mengkhianati Bangsa Melayu dan berpaling tadah kepada parti politik yang ditubuhkan atas gerakan dan bersifat anti Melayu dan Chauvinis Cina. Hari ini, kenyataan mereka digunakan sebagai modal untuk anasir anti Melayu dan mereka yang berkepentingan untuk melemahkan kuasa majoriti ditangan orang Melayu untuk terus berjuang dan mengoyangkan kedudukan kuasa orang Melayu.

Published in: on September 30, 2012 at 17:00  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/09/30/saya-hanya-dianggap-simbol-bagi-masyarakat-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. I HOPE AM NOT A STUPID FOOL

  2. The so-called desperadoes ……………
    Should learn from TunkuAziz + Dr Ridhuan Tee
    Janganlah jadi Melayu makan Melayu pulak.

  3. Duamelayu bahalol yang membantu dap berkuasa.

    Alahai suck my mongok . . . Dap berkuasa kamu tak dapat balak konsesi, kuari dan bini baru

    Aspan tu tak guna sesen apa2, kaki joli. . .. Very irresponsible with his money. Hidup mcm mintak sedekah.

  4. Bodohnya tunku aziz masuk dap tak tau tujuan pemikiran melayu yg dikatakan bijak dan berkedudukan tinggi sblm ini boleh lg d tipu oleh dap

  5. DENGAR LAH WAHAI NGANG & NGONG MONGKOL & TAKDA HARAPAN APA TUNKU AZIZ KATA TU. .

    DIA & KARPAL PUN “tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP.” JANGAN HARAP LAH KAMU BERDUA ADA PERANAN. SATU JAWATANH PUN KAMU TAK DI BERI DEK KIT SIANG/ GUAN ENG SETAKAT INI.

    “Mereka berminat mempergunakan saya untuk memancing undi orang Melayu.” KAMU BERDUA TIDAK PERCAYA KE? INI KATA KATA ORANG BAIK, KELUARGA BAIK, GENTLEMAN, BEKAS PENASIHAT BANK NEGARA, PENASIHAT ETIKA DI PERTUBUHAN BANGSA BANGSA BERSATU, NEW YORK.

    “Secara hakikatnya, saya sendiri tidak pasti apakah peranan saya selain menjadi alat untuk agenda tersembunyi mereka.” KAMU BERDUA TERNGANGA SINI TERNGANGA SANA SAJA LE.

  6. dap tu kominis yg menumpang dlm sistem demokrasi. cuba lihat organisasi mereka. siapa yg paling berkuasa jika bukan SETIAUSAHA AGUNG!!!

  7. tunku, go take your kite and fly it somewhere else.

    you are one bloody stupid malay. The Malays knows about what you are telling us now long long time ago.

    and you knew about it like yestarday…. hahaha …katak bawah tempurug betul la ko tunku.

    nagaria

    • The stupidity rests with you. Pakai nama pun naga, simbol orang Cina pakai. Pastu mengeji Melayu. Apa daaa lu.

      If you wanna tell readers the Malays know about DAP being anti-Malay and anti-Islam but try to show they are a multi-racial party having Malays like Tunku Aziz, using him merely as a symbol, Ok lah. But why you denigrate him who joined DAP because the party spoke about anti-corruption etc? And he left when DAP cakap tak serupa bikin and Lim Guan Eng biadap etc.

      You dunno he has lived abroad, worked at the United Nations in Hew York ha? Apa lu cakap dia katak bawah tempurung? Bodoh betul kamu.

      • So what if he had lived and work abroad and at UN in NY? Sia-sia kerja di UN tapi akai pendek mcm engkau.

      • Bodoh punya bodoh maanusia mcm kau ni. Menuduh takda hujah pun. Cakap bangang, kau marah. Apa jenis maanusia kau ni?

        Kurang kurang kasi tau lah macam mana Tunku Aziz boleh kau kata “akai pendek”.

        Tapi aku rasa tak guna dialog dengan kau ni. Kau bukan saja bangang, tapi bongok dan biol jugak.

  8. Biggie,

    What The Star political columnist Joceline Tan wrote about DAP today is very interesting:

    ttp://thestar.com.my/columnists/story.asp?col=joceline&file=/2012/9/30/columnists/joceline/12085371&sec=Joceline

    No way the Malays, even the new generation liberal and educated lot will be comfortable with DAP.

    Not after they hv seen how DAP leaders insult HRH Rulers & now the feelings of what Muslims feel very sacred about

  9. It is curious that such a high profile person like Tunku was convinced to join DAP in the first place. Was it because of his “friendship” with Kit Siang or was it DAP brainwashing pep talk, or both.

    He was no politician but everyone knows that DAP has always been anti-Malays and anti-Islam. Was UMNO such a repulsive party to him?

    But when truth is revealed, it is always a credit to someone who has the strength to face it and make amends.

    • I think he was very much against corruption and wanted transparency in Government always. He thought he could get those with DAP. He was wrong. And DAP was also not democratic. He made a mistake. Everybody does at one time or other in life.

      I think he has admitted his mistake. Maybe he was idealistic. But he certainly was not katak bawah tempurung as alleged in one comment above.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: