Dzul seret FELDA ke Mahkamah?

Kemesraan antara Pengarah Besar FELDA dengan Pengerusi FELDA memberikan illustrasi palsu

Desas desus khabar mengenai Mantan Pengarah Besar FELDA Dato’ Seri Dzulkifli Abd Wahab berhasrat untuk mengheret Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ke Mahkamah makin rancak. Beliau dikatakan mahu dikembalikan jawatan lama, yang kini sudah dilaksanakan oleh pegawai lain.

Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada Disember 2010, untuk menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor. Ini merupakan sebahagian dari rancangan Perdana Menteri untuk mentransformasikan masyarakat FELDA dan merealisasi dan menjana semua perniagaan Kumpulan FELDA ke tahap yang lebih tinggi, termasuk pemain utama di peringkat global dalam produk berasaskan perladangan.

Dzulkifli telah didapati terlibat dalam usaha melengahkan, yang sebenarnya wajar dilihat sebagai cubaan mensabotaj penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) lewat tahun lepas dan awal tahun ini. Walaupun dalam beberapa sessi perjumpaan dengan ketua ketua peneroka peringkat wilayah, ‘Gunting Dalam Lipatan’ ini telah memaparkan ‘lakunan yang baik’, terutama apabila memberikan jaminan “Saya akur dengan keputusan dan akan mempercepatkan proses penyenaraian FGVH”.

Pengarah Besar Lembaga FELDA Dato’ Seri Dzuleifli Wahab, Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad dan CEO FGVH Dato’ Seri Sabri Ahmad semasa sidang media. Lenggok ‘bahasa badan’ (body language Dzulkefli mebayangkan rasa hati sebenar beliau

Semasa perjumpaan dengan wakil wakil ketua peneroka wilayah di Melang Inn, Kuala Pilah pada 13 November 2011, Dzulkifli memberikan ikrar mengenai kerjasama penuh dalam proses penyenaraian FGVH. “Ini adalah keperluan. Saya adalah seorang pegawai Kerajaan dan melaksanakan ini tanggungjawab saya”. Semasa sidang media selepas majlis tersebut, beliau menjelaskan “Tiada berlaku rampasan kuasa”. Namun, pada mesyuarat khas wakil ketua ketua peneroka pada 23 November 2011 yang dipengerusi Dzulkifli, perbincangan bersekitar dalam nada menentang Pengerusi FELDA Tan Sri Isa, yang dinamakan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dan Pengerusi FGVH sebagai memberi kepimpinan diperingkat Lembaga Pengarah dan keputusan strategik mewakili kepentingan Kerajaan dalam gerak-kerja sebahagian dari proses penyenaraian.

Hakikatnya, Dzulkifli tidak mahu melepaskan jawatan Pengerusi KPF walaupun beliau dilantik kerana ehsan sebagai lantikan yang direstui Kerajaan. Sebaliknya, dalam mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 28 Oktober 2011 yang dipengerusikan beliau, keahlian KPF Tan Sri Isa, Pengarah Urusan FGVH Dato’ Seri Sabri Ahmad, Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Yusof dan Mantan Pengarah Urusan FGV Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh.

Akibat dari itu, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak bersetuju agar Dzulkifli di’hantar’ untuk menghadiri kursus diploma pasca ijazah di United Kingdom lewat tahun lepas.

Pegawai FELDA yang berkemungkinan besar mendapat pendapatan melebihi RM 1 juta setahun, dalam pelbagai kapasiti dan peranan yang dimainkan

Dalam keanenggan melepaskan jawatan Pengerusi KPF dan sekaligus rancangan awal Perdana Menteri untuk menyuntik syarikat syarikat bawah pengusasaan KPF seperti FELDA Holdings Bhd (FHB) kedalam FGVH dan sebagai timbal balas menerima 35% dari pegangan saham FGVH, telah gagal. Dalam rancangan awal Perdana Menteri mengenai penyenaraian FGVH sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011, KPF akan menjadi pemegang saham terbesar FGVH.

Ini bermakna kesemua 112,635 peneroka FELDA dan selingan besar warga kerja Kumpulan FELDA, yang terdiri dari 220,o00 pemegang saham KPF akan menerima habuan langsung setiap tahun keuntungan FGVH, melalui dividen. Oleh kerana halangan dan ‘permainan belakang tabir’ Dzulkifli dan beberapa kepimpinan kanan KPF dan Lembaga FELDA sendiri, rancangan ini gagal dan penyenaraian FGVH dilakukan melalui ‘Plan B’.

Dzulkifli juga merupakan seorang pegawai FELDA yang beroleh banyak keuntungan peribadi. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah dalam lebih 30 anak syarikat milik Kumpulan FELDA dan menerima imbuhan lumayan lebih RM 700,000.00 setahun disamping gaji dan semua kenikmatan sebagai Pengarah Besar FELDA. Kini, beliau telah di’bersara’kan dari sebilangan besar jawatan lembaga pengarah ini.

Sekiranya benar Dzulkifli berhasrat untuk membawa kes dimana beliau dikeluarkan dari jawatan Pengarah Besar FELDA dan masuk kejawatan pool, walaupun masih lagi menerima gaji dan elauns yang setimpal, bermakna beliau mengutamakan kepentingan peribadi. Ini juga mengukuhkan andaian selama ini penentangan beliau ke atas penyenaraian FGVH, termasuk mengagalkan suntikan anak syarikat KPF, adalah kerana kepentingan peribadi.

*Dikemaskinikan 900pm

Published in: on October 4, 2012 at 17:45  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/10/04/dzul-seret-felda-ke-mahkamah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. Apasal lak Dato DZ ni nak saman Felda lak ni??

    Dio bukan di buang kojo. Soh dok topi jangan ngacau yo. Gaji RM 25k sebulan tu totap ado. Takdo sapo sapo amik!

    Kalau buek hak…ado la tu oghang tak percayo. Kono la kotopi. Terutamo, bilo ado aghahan perdano montori!

    Nak saman tompek yang bagi kito makan, bagi peluang naik gaji, naik pangkat, sampai naik kapal terbang merato dunio, kito nak balas dgn saman???

    Ilang akal ko?????

    Nanti peneroko lain saman balik sobab penyenaraian FGV lambek, jd lambek la duit durian ghuntuh, baghu padan muko dio!

    Satu nak lawan seribu……

    Tu lom Felda sendri buek saman balas! Bankrap tujuh keturunan ado la tu!

  2. Bro.Tulisan awak tidak benar.Dato Zul mengambil tindakan mahkamah demi untok mempertahankan maruahnya .Dia tiada masaalah,sabagai pegawai kerajaan,untok menurut arahan dan berkerja dimana yang di arahka.
    Soalnya,kenapa surat yang melucutkan jawatan Dato Zul sabagai Ketua Pengarah Felda dan dimasokkan dalam pool tidak ditanda tangani oleh Pengerusi Felda,Tan Sri Isa.Tapi ditandatangani oleh Pengurus kanan Pentabiran Felda.
    Kedua,kenapa Dato tidak dibawa berunding dan diberitahu oleh Lembaga Pengarah Felda atau Pengerusi Felda kenapa ia dilucutkan jawatan sabagai Ketua Pengarah Felda.Dimana ia hendak meletakkan maruah nya.
    Ketiga,sabelum Dato Dzul pulang dari Oxford,Felda ada membuat kenyataan akhbar yang ia akan dihantar berkerja di Rome.Ia bersedia untok pergi bertugas di sana,Kenapa janji ini tidak ditunaikan .sabaleknya ia dimasokan dalam pool.Dudok di Pejabat Felda,diberi gaji tapi tidak ada kerja.

    Dato Zul ,saorang yang taat setia,saorang yang mempunyai maruah.Ia telah berkerja dengan Felda salama 35 tahun.Kenapa ia dilayan saperti sampah.

    Ia mempunyai pengaroh yang kuat dengan Ketua ketua Peneroka,Susah kita jika Dato Zul dizalimi.

    • Janganlah jadi bodoh!

      Sejak bila pegawai/kakitangan awam yg ditugas atau pindahkan dari mana-mana jawatan perlu dipanggil utk berunding dahulu?

      Samada cadangan utk ke Rome itu dilaksana atau tidak merupakan hak mutlak Kerajaan, iaitu majikan dlm Felda. Kerajaan sebagai majikan tidak perlu memberikan apa-apa penjelasan dalam sebarang pemindahan mana-mana pegawai, samada kerani atau KSU.

      Gaji penuh berjalan pun tak syukur lagi? Tang mana kezaliman sekiranya keluarga tidak rugi sesen pun pendapatan ketua keluarga?

      Dah 35 thn tu, paham paham sampai masa utk ketepi. Tak kan nak dok jawatan sampai mati. Bersara sajalah. Mana ada pegawai kerajaan yg dibenarkan berkhidmat sebegini lama.

  3. Ramai kawan saya kenal dato dzul, pernah buat side job. Memang dia ini dah kaya sangat lebih dari pendapatannya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: