“Saya calon yang paling layak….”

Dulu, Kini dan Selamanya

Dulu, Kini dan Selamanya

Mesej Kepimpinan Pucuk Tertinggi UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 adalah amat jelas; Utamakan parti. “Akur kepada keputusan Kepimpinan parti dan amalkan disiplin organisasi secara mutlak dan menyeluruh”.

Dalam Ucaputama dan Ucapan Penggulungan Presiden UMNO semasa PAU 2012, mesej ini amat jelas dan lantang. Keutamaaan mementingkan parti dan keputusan kollektif ini sehingga beliau menyedarkan seluruh negara bahawa Mantan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dengan inisiatif sendiri bertemu pemimpin parti diperingkat Perhubungan dan Bahagian untuk menentukan mereka akur kepada keputusan dan disiplin parti.

Ucapaan Dasar dan Penggulungan Timbalan Presiden juga memberikan gambaran tindakan yang perlu diambil untuk ‘Melakar Kemenangan’. Percaturan Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangkakan dalam suku pertama 2013 merupakan pertaruhan politik yang getir bagi UMNO, sebagai tulang belakang Barisan Nasional, untuk menentukan agenda Pembangunan dan Transformasi yang dibawa secara berterusan semenjak 55 tahun lampau diteruskan kesinambungannya.

Namun, apakah disiplin yang diharapkan ini akan dikekalkan oleh kepimpinan 191 kesemua Bahagian UMNO?

Mungkin ianya tidak berlaku pada Bahagian Bahagian dimana UMNO tidak meletakan calon, terutama dikawasan majoriti Bukan Melayu seperti Petaling Jaya Utara, Seputeh, Bukit Bintang, Kepong, Cheras, Sg. Besi, Serdang, Ipoh Timur, Tanjung, Jelutong, Bukit Bendera dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, semasa PRU 12 UMNO hanya mampu memenangi 79 dari 117 kerusi Parlimen yang ditandingi. UMNO hanya mampu meraih dua dari tiga kerusi yang ditandingi. Ini adalah penurunan mendadak berbanding dari 110 kerusi yang dimenangi pada PRU 11. Memang benar berlaku penurunan mendadak dari undi Bukan Melayu terhadap calon yang dipaparkan oleh UMNO semasa PRU 12. Namun, undi masyarakat Melayu juga tiris untuk berlaku ‘Tsunami Politik’ ini.

Salah satu dari sebab rekod buruk dialami oleh UMNO ialah kegagalan untuk menyelami aspirasi rakyat. Ini termasuk UMNO dilihat tidak berubah, termasuk tidak di’remaja’kan. Ini kerana ramai calon calon yang diketengahkan oleh parti samada tidak popular dikalangan pengundi atau terlalu alpa dan semasa pada kedudukan sebagai wakil rakyat.

Akibat tersentak akibat ‘Tsunami Politik’ 2008, perubahan dilihat dikalangan cara pemimpin UMNO bekerja, terutama mendekati rakyat. Rata rata, mereka makin ‘mesra rakyat’ dalam pendekatan mereka dan meningkatkan penglibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan. Namun begitu, semasa musim pemilihan kepimpinan parti diperingkat  Bahagian dan Majlis Tertinggi pada 2008/9, UMNO tidak berjaya me’remaja’kan.

Ini bermakna majoriti Bahagian UMNO tidak bertukar kepimpinan.

Sekarang ini, UMNO berada diambang PRU 13 dimana parti itu perlu berhadapan dengan pengundi untuk mendapat mandat baru. Formula UMNO untuk menamakan calon dalam mana mana PRU atau PRK ialah keutamaan akan diberikan kepada kepimpinan atau AJK peringkat Bahagian dan sekiranya calon ini akan diambil dari bukan dikalangan mereka, Kepimpinan Tertinggi akan terlebih dahulu merundingkan dengan kepimpinan Bahagian.

Persoalan sekarang ialah, apakah formula ini akan terus diguna-pakai untuk menentukan calon mewakili BN dalam kawasan yang ditandingi UMNO? Atau UMNO sudah bersedia untuk melakukan proses ‘Transformasi’ dengan menengahkan calon calon yang melambangkan parti sudah mampu di’remaja’kan dimana kepentingan aspirasi rakyat secara strategik akan diutamakan berbanding dengan aspirasi parti?

Petikan dari kolumn Dato’ Zaini Hassan Cuit Utusan Malaysia pada 29 November 2012:

Amalan buruk ‘cantas mencantas’ yang boleh membawa kerugian kepada UMNO hendaklah dihapuskan melalui undang-undang atau peraturan-peraturan baru parti. Jika tidak dibendung di peringkat Bahagian, amalan buruk itu akan merebak menjadi barah, dan tidak mustahil UMNO akan menjadi lemah secara mendadak di peringkat nasional.

Ketahuilah, terdapat seorang Ketua UMNO Bahagian pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka; “aku tak suka mana-mana orang kaya daripada aku memegang apa- apa jawatan di UMNO Bahagian ini, kerana dia akan mencabar kedudukan aku sebagai Ketua Bahagian”.

Ketahuilah, ada seorang Ketua UMNO Bahagian yang juga wakil rakyat berkata; “jika sesiapa yang mengambil tempat aku dalam PRU-13 ini, aku akan pastikan dia juga kalah”.

Ini bukan omongan, tapi realiti. Sesiapa yang termakan cili dialah yang terasa pedasnya.

UMNO Bahagian di seluruh negara sepatutnya dibina atas kekuatan individu dan seterusnya digabungkan menjadi satu pasukan kuat disusuli dengan semangat bermuafakat. Jika pucuk kepemimpinan memintanya berundur dan memberi laluan kepada yang lain, maka laksanakan arahan itu dengan ikhlas.

Kekuatan UMNO kini terlalu berpusat di peringkat Bahagian. Jawatan Ketua UMNO Bahagian adalah umpama ‘permata’ yang mahal harganya.

Jika sarungnya diperbuat daripada bahan tidak bermutu, permata itu akan terjatuh dan terpisahlah dengan sarungnya. Sewajarnya sarung itu hendaklah diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi demi menjamin keselamatan permata itu. Sarung perlu ditukar ganti pada setiap penggal.

Kita sebenarnya tidak mahu melihat UMNO berkubur selama-lamanya selepas PRU-13 disebabkan kelemahan di peringkat Bahagian. Sudah sampai masanya kekuasaan di peringkat Bahagian itu diangkat ke Pusat. Biar kuasa Pusat yang menguasai Bahagian dan bukan sebaliknya.

Sudah tiba masanya gelaran warlords dalam UMNO dihapuskan. Biar jawatankuasa pusat yang menentukan kekuasaan di peringkat Bahagian. Struktur Perkhidmatan Awam Malaysia adalah yang terbaik untuk dicontohi, waima Pengarah Negeri sendiri terikat kepada Perintah Am di Pusat dan tidak terlalu berkuasa.

Jika kelemahan di peringkat Bahagian terus berlaku maka Kerusi Parlimen dan Kerusi-kerusi DUN di kawasan Parlimen tersebut akan runtuh dan mudah ditawan oleh parti-parti lawan yang tidak sekuat mana pun. Hakikat ini hendaklah dipandang serius oleh semua lapisan kepemimpinan dalam UMNO.

PRU-12 pada tahun 2008 hendaklah menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk UMNO dan orang-orang Melayu amnya.

Kita berpendapat Ketua-ketua UMNO Bahagian tidak melihat perkara yang berbangkit ini merupakan masalah besar atau masalah nasional kerana ia dilalaikan oleh peluang-peluang ekonomi melalui projek-projek yang diperoleh mereka.

Benarkah, di sesetengah negeri pembangkang terdapat Ketua-ketua UMNO Bahagian lebih suka pembangkang memerintah selama-lamanya? Jika tidak, peluang-peluang ekonomi melalui projek-projek yang mereka peroleh daripada JPP selama ini berkemungkinan akan terjejas?

Jika apa yang dikatakan ini benar, anda semua lebih maklum bahawa kemenangan Pas atau PKR akan menyumbang dan membantu menguatkan lagi pengaruh politik DAP di peringkat nasional?

Saya menganggap DAP itu tidak ubah seperti seekor helang yang akan mengganas kepada bangsa Melayu siang dan malam jika ada peluang. Bacalah sejarah DAP dan falsafahnya.

Seperti apa yang telah diperkatakan di atas, kita harap Presiden UMNO, melakukan perubahan-perubahan tertentu.

Jawatan di peringkat UMNO Bahagian iaitu Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Ketua Puteri UMNO Bahagian boleh dipegang oleh mana-mana ahli hanya dihadkan untuk tempoh penggal yang terhad.

Mana-mana jawatan dalam parti melalui pertandingan atau dilantik oleh parti hanya boleh dipegang tidak lebih dua jawatan dalam satu masa. Mana-mana ahli parti hanya dibenar bertanding untuk penggal terhad sahaja dalam mana-mana PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK), kecuali ia diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO untuk kekal bertanding melebihi penggal yang ditetapkan.

Semua calon yang akan dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen dan Kerusi DUN pada mana-mana PRU atau PRK hendaklah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuaratnya.

Sebelum ini, pada hari pengumuman calon PRU di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri berlaku kekecohan apabila nama- nama calon tidak dapat dimuktamad dan diumumkan sehingga ke saat-saat akhir. Nama-nama calon yang diumum tidak boleh diubah-ubah lagi di peringkat Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Sewajarnya nama-nama calon yang dipilih perlulah diumumkan sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal bagi memudahkan calon-calon itu mengatur strategi parti, dan tidak timbul akan berlaku sabotaj.

Sebenarnya sebelum ini banyak perkara berbangkit tidak didedahkan kepada umum demi menjaga nama baik dan imej UMNO. Malangnya UMNO tewas juga dan tidak menang secara mutlak pada PRU-12 yang lalu walaupun imejnya sentiasa dijaga rapi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121129/re_06/Transformasi-UMNO-Sudah-berubah-atau-belum#ixzz2DvQQTlPB
© Utusan Melayu (M) Bhd

***************

Walaupun mesej Presiden UMNO cukup jelas dan lantang, namun apakah 117 Bahagian UMNO ini akan akur dengan keputusan apabila tiba masa untuk calon mewakili BN menjelang PRU 13 nanti?

Kemungkinan, ada dikalangan pemimpin peringkat Bahagian akan berdalih sekiranya nama mereka tidak naik dalam senarai ‘winnable candiddates’, tatkala Pengerusi Perhubungan BN Negeri Negeri bertemu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk memperhalusi senarai calon calon yang akan ditawarkan sebagai pilihan apabila BN bertemu pengundi menjelang PRu 13.

“Sayalah paling layak sebagai ‘Winnable Candidates’. Semua AJK Bahagian mahukan saya. Majoriti AJK Bahagian mahukan saya. Parti komponen juga mahukan saya. Cawangan Khas kata saya paling layak. Laporan MIO juga kata saya paling layak. JASA juga kata saya yang paling popular”.

Pelbagai alasan akan diutarakan untuk memberi justifikasi bahawa pemimpin tertentu peringkat Bahagian merupakan penawaran UMNO paling baik kepada pengundi, walaupun ianya tidak memberikan gambaran bahawa parti itu sedia untuk di’remaja’kan.

“Parti belum bersedia. Mungkin pada PRU 14 parti lebih sedia (untuk menawarkan muka baru)”.

Alasan mereka yang rasa sudah berkhidmat kepada parti setelah sekelian lama perlu terus di’kenang dan balasi’ dengan mengekalkan mereka dalam jawatan merupakan modal banyak pihak.

“Dah lama berjuang untuk parti. Parti perlu pertimbangkan, banding dengan mereka yang baru”.

Semasa sessi sembang sembang semasa PAU 2012, soalan calon PRU 13 dijadikan sebagai modal dalam pelbagai sudut disekeliling PWTC/Hotel Seri Pacific/Legend/The Mall. Nama nama potensi calon diutarakan sebagai calon mengundang pelbagai reaksi.

“Saya rasa, kalau siPolan itu bertanding, rakyat tak terima dia”, ulas seorang Mantan YB.

“Siapa yang Dato’ rasa yang akan menang kalau diketengahkan?”

“Sayalah!”

Apakah pemimpin pemimpin peringkat Bahagian ini bersedia untuk memberikan laluan kepada calon baru, untuk diketengahkan UMNO sebagai mewakili BN tatkala bertemu pengundi dan jentera peringkat Bahagian UMNO akan digerakan 100% untuk memenuhi hasrat bagi menentukan kejayaan BN? Atau akan berlaku sabotaj, termasuk tidak memberikan usaha 100% bagi menjayakan kemenangan BN?

Timbalan Presiden UMNO sudahpun memberikan amaran bahawa mereka yang dilihat sebagai ‘sabotaj’ proses kempen semasa PRU13 akan diambil tindakan keras. Bentuk tindakan belum diputuskan lagi. Namun, sekiranya UMNO serious, tindakan yang akan diambil perlu melebihi dari setakat memecat keahlian mereka. Paling penting, amaran keras itu perlu diulangi agar semua ahli UMNO sedar bahawa mekanism parti amat serious dalam menangani masalah yang menjadi musuh utama UMNO.

Dalam siri pertemuan dengan pemimpin peringkat Bahagian, Mantan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad juga menekankan kesediaan parti untuk mengambil tindakan bagi mereka yang bukan sahaja tidak mensabotaj parti, malah mereka yang tidak menyokong keputusan parti.

Amat malang sekiranya ugutan tindakan displin parti perlu dijadikan senjata untuk menentukan UMNO di’remaja’kan. Namun, keutamaan strategik untuk menentukan agenda menjaga kepentingan orang Melayu itu perlu menyerlah dari kepentingan individu, termasuk pemimpin peringkat Bahagian walaupun sudah mencurahkan tenaga dan jasa kepada parti untuk sekelian lama.

UMNO lahir dari perjuangan nasionalis yang meletakkan kepentingan Bangsa Melayu, membatasi kepentingan peribadi. Mereka dan pejuang pejuang yang memungkinkan Kemerdekaan dicapai dan diisi merupakan pendukung perjuangan yang lahir dari pengorbanan. “Perjuangan itu tidak ada erti tanpa pengorbanan”, kata kata keramat Tan Sri Dr Nordin Kardi semasa menyuntik semangat nasionalism kepada penulis.

Hakikatnya, seluruh warga UMNO perlu membuktikan ‘Perjuangan yang dilandaskan pengorbanan ini’ pada kesediaan untuk memberikan 100% terutama pada ujian besar PRU13. Ini termasuk melaksanakan disiplin parti secara mutlak, tanpa sebarang pengecualian.

Published in: on December 2, 2012 at 23:49  Comments (16)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/12/02/saya-calon-yang-paling-layak/trackback/

RSS feed for comments on this post.

16 CommentsLeave a comment

  1. Tidak lain dan tidak bukan – semua ahli UMNO mesti sokong parti, terima semua calon yang di di kemukakan di PRU13, bantu seboleh bolehnya, bagi mendapatkan kemenangan besar.

    Perlu mendapat kemenangan besar supaya Melayu tidak di esksploitasi dan di pertikaikan oleh penjahanam di parti parti lawan, termasuk parti bukan Melayu, DAP. Supaya Melayu tidak perlu membongkok kapada tuntutan tuntutan yang nampak ada yang liar dan tidak berpatutan.

    UMNO ada lah pemimpin BN, perlu memberi pertimbangan kapada kepentingan bukan Melayu, tetapi mesti lah hanya yang berpatutan dan yang selaras dengan semangat Perlembagaan negara.

    Mereka yang cuba sabotaj parti di PRU13 perlu di singkirkan secepat mungkin, supaya jangan ada musuh di dalam selimut pun. Mana yang terbukti musuh, dedahkan, laungkan di sana sini supaya pengundi tahu, tidak tertipu helah oleh mereka. Bagus lah TS Muhyiddin telah mengumumkan bahawa tindakan disiplin akan di kenakan serta merta ke atas sesiapa yang cuba sabotaj UMNO di PRU13.

    • Amat setuju. Ramai orang melayu tidak tahu padahnya jika dap berkuasa. Tidak sukakan seorang dua dalam UMNO undi dap. Macam orang nak halau nyamok bakar rumah. Bila api menjulang julang tepuk sorak. Bila api dah padam baru sedar rumah sendiri dah hangus!

  2. BD,
    We used to discuss the main problem with UMNO candidates,as someone who is not too conversant with politic can you enlighten me if the PR components faced the same problem as I observed they have been busy blasting BN,but have they planned the strategies of how to defence the seats that they won in 2008.Let us be practical the situation inSgor,Kdah,Kltan is not encouraging and even in Png LGE said 50/50.Tour opinion appreciated.Thank You.

    • Thank you.

      PAS, PKR and DAP don’t have this problem becoz the party don’t have the tradition of democracy to provide the potential candidates. Leadership have absolute power to decide.

      Example: PAS allow Johorean like Salahuddin Ayub, Kedahan like Nasharuddin Isa and Penangite like Mat Sabu to contest in Kelantan.

      In UMNO, no way in hell can a Johorean, Kedahan and/or Penangite contest in Kelantan. UMNO de-centralise at Bahagian level to provide the list of candidates. Then Preiden and Timbalan Presiden will consult each Pengerusi Perhubungan for every Parliamentary and DUN seats before they finalize the candidates for nomination day.

      DAP can offer a Johor born-Melaka politician to be featured as CM for Penang.

      Even in 2008, PKR has issues of personalities that they can offer as candidates. That is why activists like Elizabeth Wong, ‘tumpang politicians’ like Wee Choo Keong and nobody-and-more-importantly-without-track-record like Loh Gwo Burne to be featured as candidates.

      For UMNO, tide is turning in Kedah, Penang and Selangor. The chances for BN to take over Kedah in the PRU13 is above ‘fair’. In Selangor and Penang, UMNO is dependent on Non UMNO seats.

      Same chances for UMNO for retain and even get slightly extra seats in Selangor and Penang. This is because UMNO were not defeeated as badly as BN component parties in PRU11.

      If BN component parties can capture 20% extra seats than what they got in PRU12, Selangor and Penang could return under BN administration.

  3. BD,
    Sorry typing error-The above Tour should be Your.Thank YOU

  4. Sedikit komen/pandangan:

    “Ini kerana ramai calon calon yang diketengahkan oleh parti samada tidak popular dikalangan pengundi atau terlalu alpa dan semasa pada kedudukan sebagai wakil rakyat.”

    – Tidak popular pada awalnya rakyat masih boleh terima kalau dia boleh buktikan dirinya wakil rakyat yang baik, yang membuatkan rakyat kecewa (dan akan ingat pada pilihanraya berikutnya) bila dia alpa/lupa kepentingan rakyat dan utamakan kepentingan peribadi lepas jadi wakil rakyat. Ramai yang jenis ini, bila nak pilihanraya berikutnya baru nak ‘gelabah’. Orang Jawa kata Fool me once, shame on you; fool me twice, shame on me, dan jangan sampai nasi jadi bubur!

    “……menengahkan calon-calon yang melambangkan parti sudah mampu di’remaja’kan dimana kepentingan aspirasi rakyat secara strategik akan diutamakan berbanding dengan aspirasi parti?”

    – Yang menjadi masaalah bukan perbezaan antara aspirasi rakyat vs aspirasi parti; tetapi aspirasi rakyat vs aspirasi individu dalam parti.

    “…..“aku tak suka mana-mana orang kaya daripada aku memegang apa- apa jawatan di UMNO Bahagian ini, kerana dia akan mencabar kedudukan aku sebagai Ketua Bahagian”
    “jika sesiapa yang mengambil tempat aku dalam PRU-13 ini, aku akan pastikan dia juga kalah”

    – Orang jenis inilah yang membuatkan rakyat menyampah kat UMNO. Dah nak PRU pandai pula nak PM tolong mintak maaf kat rakyat.

    “Saya rasa, kalau siPolan itu bertanding, rakyat tak terima dia”, ulas seorang Mantan YB.
    “Siapa yang Dato’ rasa yang akan menang kalau diketengahkan?”
    “Sayalah!”

    – Isunya adakah rakyat akan beri jawapan yang sama?.

    “Sudah tiba masanya gelaran warlords dalam UMNO dihapuskan”.

    – Eh, ingat ke benda ni dah lama selesai? astagfirullahhulazim.

    “Saya menganggap DAP itu tidak ubah seperti seekor helang yang akan mengganas kepada bangsa Melayu siang dan malam jika ada peluang”

    – Pembetulan Dato’, bukan helang tetapi burung nasar (vultures). Helang itu terhormat, ia berjuang menggunakan kekuatan dan pancainderanya secara adil untuk mendapatkan kelebihan. Burung nasar ni makan bangkai, kalau hidup tak berani dia nak rapat. Bila umat Melayu dah terlalu lemah bersedialah untuk dikeroyok oleh keparat ini.

    Akhir kalam, dari kacamata seorang rakyat marhaen, kalau UMNO nak ‘survive’ – kepentingan rakyat mesti mendahului kepentingan individu dalam parti. Lepas tu kalau dah menang jangan sekali-kali lupa diri, janji dan tanggungjawab kepada rakyat.

    • ‘Tidak Popular’ bukan bermaksud ‘Tidak Dikenali’. Ianya bermaksud majoriti rakyat tak terima.

      Contohnya: Pada PRU11 8 Mac 2008 pengundi Baling menolak Azeez Rahim. Azeez, bukan seorang yang tidak dikenali. Malah dia dijolok dengan nama “Azeez Putra” dan “Azeez Rempit”.

      Osman Desa juga dipaparkan sebagai calon. Dia adalah seorang ustaz dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ketika itu. Personalitinya juga tidak menjelekkan.

      Namun, sebagai ‘orang dalam’ dan ‘lingkungan kecil’ Perdana Menteri ketika itu, pengundi Kedah menolak Ustaz Man Desa juga.

      Berbanding dengan Mukhriz Mahathir. Beliau ialah mukabaru dan tidak pernah diuji kepimpinan beliau sebagai wakil masyarakat. Malah Jerlun bukan kawasan beliau. Namun, semasa kempen PRU11 Mukhriz amat popular dikalangan kaum ibu dan wanita. Rata rata 70% hadirin kempen beliau ialah wanita.

      Garis bawah, Mukhriz bukan sahaja menang namun mendapat pertambahan majoriti dalam satu kawasan yang boleh disifatkan ‘hitam’.

    • Kalau pergi kampong pun nak bawak kereta mewah yang beli tak lama jadi YB, mana nak mesra dengan pengundi. Tak boleh di syaratkan ke ADUN & MP lawat kawasan sekian banyak kali setahun dan jangan bawa kereta mewah melainkan kereta yang di beri pakai bagi jawatan yang dia sandang.

      Pokoknya, kriteria pilihan calon tu. Dulu politik tu suatu “vocation” bukan “profession”, orang tak berkejar – ada yang membunuh – nak jadi calon dsbnya. Tak ada lagi ke hamba Allah yang masuk politik hanya untuk berkhidmat, memajukan masyarakat, mempertahankan bangsa, agama dan negara? Kata kata itu dah di luput di kalangan bangsa Melaytu ke?

  5. I think BN should field more bureaucrat, technocrats, captain of industry, academe and even former senior military officers as their candidates in this upcoming election. We have no shortage of qualified people who are ready to serve out of sense of responsibility. Most of them dont even need the job or the money/projects/perks in the first place, hence they are much more palatable to the majority of voters.

    Question is how much resistance will there be especially from aspiring Ketua Bahagian and the likes? Food for thought?

    • Thank you.

      Its a noble thought.

      However, these elected representatives are not just legislators. Its communal requirement that they serve the rakyat. Even in very petty matters.

      They have to give up their private lives, unconditionally. Meet rakyat even unto 200am, everyday, everywhere. Be the first to arrive for emergencies. They practically live in their cars.

      Not easy for comfortable people to have a lifestyle change. CEO of plc and GLCs, professionals and even career warriors have a separation between their job and private lives. Politicians can no longer have a private life.

      Aspiring politicians nowadays accepted that they have to live that ‘public servant’ lifestyle. Their families got to willing to receive rakyat who wants help or to make a complain, at the YBs homes at 230am.

      Business people and professionals usually not willing to part with their hard earned cash, for public consumption. YBs are expected to fund his or her service centre, staffing and host events in the constituencies. That is not withstanding that party at branch level go to the YBs for funds.

  6. BD,
    Thank you for explaination,but from what observe PAS in Kltan and Kdah are starting the policy of locals to be the candidates.I was made to understand that Sdr Mat Sabu and Sdr Salehuddin(both PAS VPs) are been told to stand as candidates at their own states.Even PKRs reps also are facing the same problem up to the extent of DSAI and his daughter are not sure to contest which seats.May be only DAP is free from this problem.All these summed up my earlier question of selection of candidates for this forthcoming GE,cos most attention always pointing to UMNO and we seldom see or heard hard solid arguements on PRs side on this matter.It is my opinion that this time around the situation is not the same as 2008,the level of confidence amongst the fence sitters must be natured and the probablities of them changing their tatstes cannot be ignored.Selection of candidates are their main priority as to whether the YB they choose is really the Yang Berkhidmat .Good eg.my ADUN ,since 2008 nothing had been done,problem brought to him never surface at DUN sitting as everytime follow DAP reps in boycotting the sitting,what a waste of taxpayers money.We learned a good lesson,once bitten twice shy.Thank You.

    • Good to hear. Hope there are really many fence sitters and those fedap with Tun Dol at PRU12 will vote BN at PRU13.

  7. Saya dapati Pehimpunan Agong UMNO macam pesta hiburan.Ada yang menagis ada yang tertawa,

    Selalunya perhimpunan Agong ini merupakan kesempatan ahli ahli UMNO dan wakil wakil UMNO untok makan free di coffe house atau pun jamuan resmi kemudian mereka akan di beri sadikit soveinor untok di bawan pulang.

    Amanat Mahayuddinndan Najib memang serious tapi sejauh mana masok dalam kepala ahli ahli pewakilan UMNO yang hadir saya tidak tahu tahu.
    Saya lihat kebanyakan mereka tidak memberi perhatiamn yang serious..saya jangka saminggu lepas perhimpunan mereka adan lupa segala amanat ini.

    • PAU bukan pesta. Hanya yg tengok kulit ja beranggapan sebegitu.

      Aku nak tanya; Ko ni ikuti ke setiap pembentangan usul dan debat, sepanjang 4 hari tu?

      Setiap PAU, ianya gerak kerja serious parti. Berbulan bulan persiapan. Jawatankuasa Usul diujudkan & dipengerusikan Naib Presiden. Semua pembentangan diberikan bantuan agar cadangan & usul mantap.

      Ucapan Timb Pres dan Presiden dibukukan. Media juga berikan perhatian. Tahun 2012, ianya diulas secara lebih intensif.

      Kalau nak buat perhatian tu, tengok sajalah. Kalau tak paham, tanya. Jangan buat andaian buta. Nanti kebodohan terserlah!

      • Dia ni orang Pakatan Rakyat. Selalu mengacau di sini. Ada beberapa pembaca fikir dia bukan Melayu, menyamar sebagai Melayu, pakai nama Mustafa. Jenis maanusia yang paling rendah di dunia ini.

        Hentam dia saja. Tak payah layan dia macam orang biasa.

  8. Biggie,

    Obviously, there are clear evidence of Ramli Yusof amassed too much nuts for a squirel. He was investigated & eventually charged for ‘using the wheelbarrow’. Not against accumulated ‘unexplanable’ huge amount of nuts.

    Was there ‘an interfrerence’?

    Suspiciously, it looks like there is something ‘non kosher’. Then after it got blatantly out of hand, Ramli got the ‘interference’, so that his charge was defective.

    Now as a temporary ‘freeman’, he is out to demonise the Elliot Ness. R


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: