Sanggah membawa rebah

Baru baru ini sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2012, desas desus mengenai pembekal jana kuasa bebas NUR Generation Sdn. Bhd. yang diambil alih berdekatan Kulim dan Butterworth dijadikan bahan modal untuk membuat khabar angin bagi mengaitkan pemimpin UMNO tertentu.

Dalam keadaan biasa, konotasi negatif dilemparkan untuk menjadi modal bagi mensensasikan cerita.

1. NUR Power Plant (NUR) bukanlah “Independent Power Producer” (IPP). NUR tidak mempunyai “Power Purchase Agreement” (PPA) dengan TNB dan NUR tidak membekalkan tenaga yang dikeluarkan kepada TNB. NUR Power Plant membekalkan tenaga di Kedah dan hanya kepada kawasan industry Kulim Hi-tech Park.

2. NUR sebelum ini berhutang lebih daripada RM1.5 billion kepada beberapa bank. Disebabkan NUR tidak dapat membayar hutang selama 10 tahun (daripada tahun 1994 hingga tahun 2004), pihak bank telah mengambil alih aset NUR dan telah melantik “Receiver” dalam tahun 2004 untuk menguruskan asset NUR.

3. Receiver atas arahan pihak Bank telah melelong aset NUR pada tahun 2011 setelah 18 tahun hutang melebihi RM1.5 billion tidak dibayar kepada pihak Bank.

4. Empat (4) Syarikat telah memasuki lelongan terbuka yang telah di panggil oleh Receiver. Syarikat-syarikat ini adalah syarikat besar seperti Tenaga Nasional Bhd dan Powertek Sdn Bhd yang dipunyai oleh Tan Sri Ananda Krishna. Syarikat yang telah berjaya memenangi lelongan terbuka ini adalah syarikat bumiputra kerana syarikat ini telah menawarkan harga yang tertinggi.

5. Situasi ini adalah biasa bagi pihak bank ibaratnya jika seseorang meminjam untuk membeli rumah atau kereta, jika pinjaman ini tidak dibayar, bank akan mengambil alih hakmilik rumah atau kereta itu. Bank selepas itu akan melelong rumah atau kereta itu untuk mendapatkan balik duit bank.

6. Sekarang selepas proses lelongan terbuka, NUR dimiliki oleh syarikat bumiputra. NUR bukanlah IPP dan tidak mempunyai PPA dengan TNB. NUR tidak menjual tenaga yang dikeluarkan kepada TNB. Jadi, ini adalah transaksi komersial diantara bank, aset NUR yang dimiliki oleh Bank dan sektor korporat. Bank melelong aset ini untuk mendapatkan balik duit Bank.

Orang Melayu sepatut berbangga syarikat Bumiputra telah dapat mengambil alih hakmilik NUR dan tidak mempolitikkan perkara ini, terutama beradsarkan maklumat yang tidak tempat dan perkara perkara samar samar dimodalkan dengan konotasi negatif. Jika ada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan perkara ini, semestinya mereka mempunyai agenda tertentu.

Pengambilan pembekal janakuasa bebas ini menunjukkan secara strategik orang Melayu sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran, termasuk menggunakan kuasa kommersial untuk menentukan kepentingan kuasa politik yang diterajui orang Melayu melalui UMNO dikekalkan. Ini adalah permulaan bagi kemungkinan lebih banyak entiti kommersial berdekatan dengan Pulau Pinang akan diambil alih.

Ianya sebahagian dari gerak kerja strategik untuk menentukan kepentingan Melayu itu terbela. Sama seperti pengumuman ‘rumah mampu milik’ oleh Peruhaman 1 Malaysia (PR1MA) oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak di Sungai Dua, Pulau Pinang semalam.

Dalam keadaan tertentu, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib akan menyokong usaha untuk mengambil alih entiti kommersial oleh individu tertentu semata mata ianya akan memenuhi hasrat strategik yang mempunyai nilai politik, terutama dalam kawasan strategik seperti Pulau Pinang. Sebelum ini, beliau memberikan sokongan kuat bagi entiti baru walaupun ianya akan memberi persaingan kepada entiti sediada yang amat popular dikalangan pengguna.

Malangnya, perasaan irihati, dengki dan buruk sangka membatasi kewarasan masih menjadi masalah yang menyelubungi ramai orang Melayu termasuk pemimpin mengenah UMNO sendiri.

Ini merupakan sebab mengapa ramai orang Melayu sendiri mudah terpengaruh dengan konotasi Bukan Melayu apabila soal usahawan Melayu yang berjaya dan membuktikan keupayaan untuk meningkatkan syarikat dan perusahaan. Personaliti seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sering dilihat dengan konotasi negatif.

Kalau sifat orang Melayu itu suka menyanggah sebagai peringatan atau terguran, tentukan faktanya jelas dan tepat. Jangan jadikan sanggah itu membawa rebah. Sesungguhnya, sejarah sudah banyak kali membuktikan keruntuhan kuasa orang Melayu itu sebenarnya berpunca dari dalam, samada secara niat jahat atau cuai.

Published in: on December 9, 2012 at 14:30  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/12/09/sanggah-membawa-rebah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. DAP ungkit Kedudukan Istimewa Melayu hingga tercetus pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Anasir anasir jahat mereka masih lagi buat demikian di sana sini.

    Tapi jika Melayu sendiri buat demikian atas rasa iri hati, busuk hati dan sebagainya, maka amat bodoh lah Melayu itu. Sebenarnya, tiada ma’af bagi Melayu seperti itu.

    Melayu ada hanya 20% kekayaan korporat sekarang ini. Belom kira kekayaan dalam lain lain bidang ekonomi negara, seperti bangunan komersial, harta kediaman dan sepertinya. Perlu di kejar sehingga dapat peratus lelayaan yang sesuai di semua bidang ekonomi itu.

    Bagus lah kes kes iri hati dan busuk hati itu di dedahkan, di caci dan di keji. Perlu di lakukan berterusan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: