Calon ‘winnable’

Dalam liputan meluas perbincangan isu ‘akur dengan keputusan dan disiplin parti’ tatkala kehangatan politikus UMNO memperbincangankan isu isu pasca PAU 2012 mengenai ‘calon calon winnable’ yang akan diketengahkan mewakili BN dalam PRU13 akan datang, PAS juga secara senyap senyap menyediakan calon calon mereka.

KEDAH

Calon MB ialah Dato Mahfuz Omar. Beliau akan bertanding di DUN Kuala Muda bagi menggantikan Dato Seri Azizan Razak yang kian uzur di samping tidak mampu menguruskan Kerajaan Negeri dengan baik. Beliau juga di lihat oleh PAS akan gagal menguruskan pertelingkahan dalaman parti jika terus di kekalkan sebagai MB

NEGERI SEMBILAN

Calon MB ialah Dr. Rosli Yaakub yang dijangka akan bertwnding di DUN Chembong. Cadangan lantikan berdasarkan pengalaman selama 15 tahun beliau sebagai Penolong (1) Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia.

PERAK

PAS Pusat di katakan bersepakat untuk melantik Ahmad Awang sebagai MB dan beliau di jangka akan bertanding di DUN Selinsing jika menang. Ini kerana beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai adat istiadat negari Perak. Tindakan Pas mengenepikan Dato Muhamad Nizar Jamaludin setelah mendapat bantahan meluas akar umbi parti kerana beliau terlalu tunduk dengan kehendak DAP ketika memegang jawatan MB sebelum ini.

JOHOR

MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub adalah bakal MB Johor jika PAS berjaya menawan negeri berkenaan. Beliau akan bertanding di Parlimen Pulai serta DUN Puteri Wangsa. Bagaimana pun jika PAS menang PRU13 beliau akan di lantik sebagai Menyeri Kabinet.

PAHANG

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man adalah bakal MB Pahang yang akan bertanding di DUN Jengka. Ini kerana Pas berpendapat beliau seorang yang mempunyai kredibiliti yang baik dan hubungan baik dengan istana Pahang. Beliau juga ada hubungan kekeluargaan dengan MB Kelantan.

TERENGGANU

Sementara itu, bagi Negeri Terengganu Pas Pusat telah menamakan Syed Azman Syed Mohammad sebagai bakal calon MB. Beliau akan bertanding di DUN Batu Buruk. Manakala Wahid Endut pula akan menerajui Pas negeri berkenaan sebagai Pesuruhjaya Pas.

KELANTAN

Dato Ahmad Yaakub dijangka akan bertanding di DUN Pasir Pekan merupakan bakal calon MB pilihan Nik Aziz yang akan mengundurkan diri sebagai MB Kelantan. Manakala jawatan Tim MB Kelantan pula akan di sandang oleh Nik Amar Nik Abdullah yang akan bertanding di DUN Panchor. Sementara Dato Husam Musa pula akan bertanding di parlimen Kubang Kerian serta mempertahankan DUN Salor pada PRU akan datang.

Senarai calon calon Menteri Besar ini adalah gerak-kerja puak tertentu dalam PAS sahaja. Ianya belum dibincangkan dalam peringkat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura PAS. Penyusunan senarai ini menunjukan ianya tidak mementingkan keutamaan PAS secara strategik.

Semestinya, ianya tidak dibawa ke Jawatankuasa Tertinggi Pakatan Rakyat lagi.

Dalam pada, difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menjemput Mufti Perlis Dr Juanda Jaya untuk menghadiri majlis perasmian kongress kebangsaan DAP Sabtu ini di PISA, Pulau Pinang.

Published in: on December 12, 2012 at 11:00  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/12/12/calon-winnable/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. tuan 13 juta , nampak kemas dan wibawa calon 2 yang dinamakan olih pas dosetiap negri, saya jangka pakatan cwc bolih endorse. saya rasa tuan 13 juta cuba spin atau reverse pys-ops……

  2. What are you talk, kassim? What “reverse pys-ops” are you mean one?

    You understand sarcasm one or not?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: