Keberanian palsu dalam percaturan menanti pangkah

Space shuttle Challenger meletup semasa berlepas ke orbit

Space shuttle Challenger meletup semasa berlepas ke orbit

Bahang menjelang Kongres DAP Pusat Ke-16 yang akan berlangsung hari ini dan esok dirasai sepanjang minggu apabila kalangan perwakilan memperkatakan peluang terhadap calon pilihan masing-masing. Suasana ini disusuli dengan bertambahnya kain rentang dan bendera yang dipasang sekitar ‘venue’ serta pintu-pintu masuk ke Pulau Pinang. Persiapan di Penang International Sports Arena (PISA) sebagai ‘venue’ Kongres masih diselenggara di bawah pemantauan terus Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

2. Sementara itu, sebahagian besar daripada 2,518 perwakilan serta pemimpin-pemimpin DAP dari seluruh negara juga telah berada di negeri ini dengan menginap di hotel-hotel sekitar Pulau Pinang. Turut terkesan penganjuran majlis makan malam dan perjumpaan-perjumpaan rahsis oleh kalangan tertentu untuk menampilkan senarai calon-calon pilihan mereka bagi merebut tempat dalam Jawatankuasa Pusat Eksekutif (JKPE) DAP Sessi 2012-5.

3. Sempena Kongres ini, sebanyak sembilan resolusi daripada Cawangan telah diproses dan akan dibentang untuk debat seterusnya diluluskan oleh perwakilan.

3.1. Membantah penswastaan Automatic Enforcement System (AES)

3.2. Menyokong ‘Akta Lompat Parti’ dan menyeru semua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat [PR] untuk membentang kelulusan di Dewan Undangan Negeri

3.3. Menyokong tindakan membanteras semua gejala rasuah dan kronism

3.4. Menyeru semua pemimpin supaya tidak mengkritik parti demi pertahankan imej DAP

3.5. Desakan supaya Kerajaan Persekutuan menutup operasi Lynas

3.6. Menyeru parti supaya mengambil berat masalah alam sekitar

3.7. Menyeru kepimpinan mengambil berat dan terlibat aktiviti parti

3.8. Mencadangkan semua aktiviti parti peringkat Negeri dimaklumkan kepada Cawangan agar mereka boleh turut serta

3.9. Menyeru wakil rakyat supaya berlaku adil, mesra rakyat dan tidak terlibat dalam sebarang konflik perkauman atau keagamaan.

4. Selain daripada itu, JKPE DAP juga akan membentangkan resolusi mereka untuk diluluskan pada hari pertama Kongres.

5. Menjurus pemilihan JKPE DAP dalam Kongres kali ini, terkesan beberapa perkembangan yang menarik perhatian iaitu:-

Perkembangan Calon dan Perwakilan
5.1. Terkini, Violet Yong Wui Wui, ADUN PENDING telah menarik diri sebagai calon atas alasan peribadi. Bagaimanapun, namanya akan tetap disenaraikan kerana mengikut peraturan pemilihan, calon-calon tidak dibenarkan menarik diri setelah senarai rasmi dikeluarkan. Daripada keseluruhan jumlah perwakilan, dilihat Dap Selangor berkeupayaan untuk mempengaruhi pengundian kali ini dengan mencatatkan perwakilan teramai iaitu 550 perwakilan disamping pencalonan tertinggi dengan 10 calon;

Calon Pilihan Kem Tertentu

5.2. Didapati pemimpin DAP tertentu seperti MP Seputeh teresa Kok, ADUN Pandamaran Ronnie Liu dan MP Jelutong Jeff Oii Chuan Aun telah menyenaraikan beberapa calon pilihan mereka untuk diundi oleh perwakilan. Untuk merealsiasikan objektif itu, mereka telah menjadikan perjumpaan sulit dan majlis makan malam sebagai platform untuk menampilkan senarai calon masing-masing.

Peranan Anwar Ibrahim

5.3. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dikatakan telah meminta Lim Guan Eng untuk memastikan bakal kepimpinan baru yang akan dipilih terdiri daripada golongan ‘liberal’ dan tidak bersifat ‘chauvinistik’ bagi memastikan agenda Pakatan Rakyat dapat dicapai;

Percaturan Lim Guan Eng

5.4. Sungguhpun tidak terkesan ‘menu’ atau senarai pilihan oleh Lim Guan Eng secara jelas, namun maklumat mendedahkan beliau mengawal pemilihan kali ini untuk memastikan kemnya iaitu Tony Pua Kiam Vee, MP PJ UTARA Tony Pua Kiam Wee, MP Seputeh Teresa Kok dan MP Rasah Anthoy Loke  berjaya menduduki JKPE DAP. Sementara itu, bagi menunjukkan kepada umum bahawa DAP ialah parti demokratik, musuh politiknya seperti Pengerusi DAP Johor dan ADUN Skudai Dr. Boo Cheng Hau, Speaker DUN Selangor dan ADUN Sg Pinang Teng Chang Khim dan Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San akan juga diberi tempat dalam barisan kepimpinan;

Perancangan Mengurangkan Undi Lim Guan Eng

5.5. Terdapat usaha segelintir pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau untuk mengurangkan jumlah undi diterimanya sebagai undi protes terhaDap kepimpinan Lim Guan Eng. Antara pemimpin terlibat termasuk Dr. Boo Cheng Hau; Teng Chang Khim dan Goh Leong San. Usaha ini turut bertujuan supaya Lim Guan Eng tidak mempunyai kuasa mutlak menentukan bakal calon dalam PRU Ke-13 di negeri pimpinan mereka;

Usaha Menyingkirkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof Dr. P. Ramasamy,

5.6. Satu kempen untuk menyingkirkan Prof P. Ramasamy sedang giat dijalankan atas tajaan Pengerusi DAP Karpal Singh dengan menganjurkan beberapa perjumpaan sulit bersama perwakilan-perwakilan kaum India. Antara pemimpin dikesan terlibat dalam komplot tersebut ialah ADUN Bagan Dalam A. Thanasekaran dan G. Kunabalan Setiausaha Biro Kebudayaan India DAP Pulau PinangG. Kunabalan. Prof Ramasamy dilihat sebagai proksi Lim Guan Eng dalam isu ‘Warlord Vs Godfather’, yang membelengu ahli DAP Pulau Pinang dari etnik India.

Kehadiran Pemimpin-Pemimpin PAS dan PKR

5.7. Pada malam 15 DIsember  2012, Perhimpunan Kebangkitan Rakyat akan diadakan di Padang Awam Jawi, Nibong Tebal dengan dihadiri pemimpin-pemimpin PR termasuk Anwar Ibrahim, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Sehubungan itu, dijangkakan mereka akan turut hadir dalam perasmian Kongres DAP yang diadakan pada tarikh sama.

6. Rata-rata reaksi yang diterima setakat ini lebih menjurus kepada memperkatakan tentang kepentingan ‘survival’ kaum masing-masing dalam menempatkan diri untuk menganggotai Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP. Disamping itu juga, mereka bimbang pemilihan kali ini akan menimbulkan perpecahan parti. Antara reaksi diterima seperti berikut;

6.1 Zulkilfli Mohd Noor, calon JKPE DAP menyatakan jumlah pemimpin Melayu dalam jawatankuasa perlu dipertingkatkan bagi menunjukkan bahawa Dap sebuah parti yang majmuk dan tidak hanya dimonopoli oleh satu kaum. Bagaimanapun, ianya haruslah dilakukan melalui proses pemilihan dan bukan melalui kuota supaya mereka yang terpilih mempunyai integriti dan kemampuan untuk menjawat jawatan berkenaan

6.2. Dalam kalangan perwakilan pula, mereka akan lebih memberi tumpuan kepada pemilihan JKPE DAP berbanding usul-usul serta halatuju parti menjelang PRU 13. Mereka juga lebih berminat untuk memperkatakan siapa yang bakal menduduki jawatan-jawatan tertentu seterusnya mencorak dasar parti di masa hadapan sambil menaruh perasaan bimbang sekiranya pemilihan kali ini akan membawa kepada perpecahan sehingga menjejaskan persiapan parti untuk menghadapi PRU akan datang.

7. Persediaan rapi yang dilakukan oleh DAP menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘venue’ Kongres kali ini bagi menunjukkan bahawa Lim Guan Eng komited untuk menonjolkan negeri tersebut berjaya di bawah pentadbirannya sekaligus mengukuhkan kedudukan dan meningkatkan imej beliau sebagai Ketua Menteri amnya dan kepimpinan parti khususnya.

8.Pembentangan resolusi pula dilihat tidak jauh berbeza berbanding Kongres yang lalu dengan menumpukan kepada isu rasuah dan kepimpinan parti. Manakala resolusi baru seperti AES, ‘Akta Lompat Parti’ dan isu Lynas difokuskan agar DAP dilihat selari dengan perkembangan semasa.

9.Sementara itu, dilihat wujud bibit-bibit perpecahan dalam DAP ekoran terdapat pemimpin tertentu yang cuba menjatuhkan antara satu sama lain. Begitu juga para perwakilan yang lebih ghairah untuk mengetahui barisan baru kepimpinan berbanding persiapan parti menjelang PRU 13.

Dalam pada itu, analisis awal dari sumber dalaman melaporkan kongres bermula pagi tadi 0800am di PISA, Bayan Baru, Pulau Pinang dengan  kehadiran antara 2500-3000 perwakilan dan pemerhati.

DAP Pulau Pinang yg dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow difahamkan telah mengarahkan seberapa ramai ahli DAP sekitar Pulau Pinang hadir di PISA bertujuan untuk menunjukkan kekuatan DAP bukan sahaja kepada rakankongsi Pakatan Pembangkang yang lain, malah sebagai psikologi kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia.

Pemilihan Pulau Pinang sebagai venue kongress adalah sebagai psikologi ‘mendabik dada’ bahawa Pulau Pinang bertambah maju dibawah pentadbiran DAP dan dibawah penguassan penuh Lim Guan Eng. Ini secara tidak langsung untuk menambah keyakinan perwakilan/pemerhati bahawa DAP mampu mentadbir negeri dan kemudian, negara.

Walaubagaimanapun krisis dalaman turut dikesan bila ada maklumat mnyatakan terdapat usaha usaha kumpulan tertentu untuk mengurangkan pengaruh dan kekuatan Lim Guan Eng yang dilihat mahu mnjadikn DAP sbagai milik peribadi. Usaha untuk menjatuhkn Timbalan Ketua Menteri dan MP Batu Kawan Prof P Ramasamy yang turut dilaporkan media ialah bukti jelas isu ‘Warlord Vs Godfather’ belum lagi selesai.

Kongress DAP ke 16 menjanjikan percaturan dan perebutan kerusi, dalam tindakan pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa dalam DAP. Ini termasuk gerakan gerakan rahsia, termasuk ‘tikam belakang’. Jelas, beberapa kumpulan kuasa-tumpu sedang mencaturkan sokongan mereka dikalangan pelbagai kem/faction DAP.

Untuk menjayakan usaha ini dilaporkan terdapat kempen rahsia dikalangan perwakilan dan menu/chai pilihan Ahli JKPE (CEC) oleh pmimpin tertentu mula diedarkan. Apa yang agak menarik ialah apabila pihak media termasuk web-media yag pro-Pembangkang dikatakn dibenarkn untuk buat liputan spnjng kongres dipercayai sebagai strategi untuk memaparkan kehebatan DAP.

Keputusan pemilihan JKPE DAP bagi sessi 2012-5 akan ditahu menjelang 600pm. Sekiranya dikalangan 20 orang ahli JKPE DAP yang dipilih perwakilan ini masih lagi memilih Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai Setiusaha Agung DAP, maka menurut Perlembagaan DAP ini merupakan penggal terakhir kerana jawatan Setiausaha Agung DAP sebagi Ketua Eksekutif dihadkan kepada tiga penggal sahaja.

Sebarang usaha untuk meminda Perlembagaan DAP ini hanyalah akan dilihat sebagai tindakan tidak demokratik dan keluarga tertentu hanya berminat mengekalkan penguasaan dinasti mereka dalam parti majoritu Cina Chauvinis ini. Setakat ini, ramai dikalangan ahli DAP sendiri tidak selesa dengan sikap dan pendekatan rasis Kempimpinan Tertinggi mereka, terutama walaupun bersifat Cina Chauvinis masih kadang kadang berkompromi dengan PAS, yang mereka sendiri sifatkan sebagai ‘ekstremis’.

Ini jelas dalam isu paling terbaru seperti ‘Kedai Unisex Saloon’ dan ‘Khalwat Untuk Bukan Islam’ di Kelantan dan pembatalan persembahan dalam majlis makan malam di Kg Telemong, dekat Bentong. Kepimpinan Tertinggi DAP tidak berkeras dalam mempertahankan kepentingan masyarakat Cina dan ini adalah bukti menunjukan kelemahan mereka, sejak berada dalam Pakatan Pembangkang.

Hakikatnya, kepimpinan JKPE DAP sediada sebenar kurang keyakinan untuk mengadakan Kongress DAP ke 16 ini diluar kawasan yang mereka menguasai, seperti Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan atau Johor.

Published in: on December 15, 2012 at 14:30  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/12/15/keberanian-palsu-dalam-percaturan-menanti-pangkah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. Kongres DAP di adakan di Penang – mungkin sebab

    1. DAP mahu parti tumpukan perhatian dan sokongan kapada perjuangan DAP Penang, takut jika kerajaan DAP Penang jatuh, DAP akan hilang banyak kerusi di lain lain tempat di PRU13, mereka gobra BN mendapat banyak sokongan sejak berbagai kelemahan/ kesalahan DAP di bongkar, di ungkit, di malukan kebelakangan ini, contohnya

    di Penang saja:-

    1. rumah murah tak dibina di Pulau itu,
    2. tanah Kerajaan 100 ekar di Bayan Mutiara di jual menimbulkan tanda tanya fasal komisen yang berpuluh juta Ringgit,
    3. tanah Taman Manggis yang di maksudkan untuk rumah murah di jual juga kapada syarikat dental,
    4. membohong dengan menawarkan Pemuda BN membelinya tapi tarik tawran selepas bayaran deposit,
    5. DS Najib janji (jenis mesti di tepati) akan bina 20,000 rumah murah, 6. LGE tak mendiami rumah kediaman resmi atas alasan ada anai anai tapi membayar sewa beribu Ringgit sebulan rumah kroninya
    7. dan bermacam macam lagi kelemahan dan kesalahan

    di merata negara pula:-

    1. DAP di tuduh mendiamkan dan tidak mempertahankan hak orang Cina dll dalam perkara Hudud
    2. membiarkan PAS melanda landa menghiris kepentingan kaum Cina seperti pemunya unisex salon dan mereka yang di tangkap berkhalwat di Kelantan
    3. walau pun nyata bahawa PAS tidak mmemegang janji mereka tidak menyentuh bukan Islam bila melaksanakan Hukum Islam, terutamanya Hudud
    4. dan berbagai lagi.

  2. kihkihkihkihkih….aku sukalah usul yang nomboooo 3.3 tu… Menyokong tindakan membanteras semua gejala rasuah dan KRONISMA…alahai crappy..crappy!!! lu check dirisendiri dulu lah…gila la punya orang…

    • Itu pasal orang kata dia orang cakap tak serupa bikin, Majoriti Malaysians dah sedar.

  3. First casualty at the DAP Congress is Anwar?

    PAS refused to comment on DAP’s renewed support at its national congress here for Datuk Seri Anwar Ibrahim to be the next prime minister should Pakatan Rakyat (PR) win the next general election.

    Malaysian Insider said that PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali only said that the matter should be decided only after nominations for PRU13 have closed.

    • PAS Muktamar few weeks ago said they want Hadi as PM. Sure fight one.

      Latest reports say DAP Congress said they want to contest additional MP and State seats – at the expense of PKR/ PAS. Sure will fight again. I like that kind.

      If we are a free gun country like US where yesterday 27 people were shot dead for no rhyme or reason, sure a lot of real shooting among Pakatan members!

    • On the contrary. I think the real net ‘casualty’ is PAS.

      PAS hv been contributing so much in the anarchists agenda to destabilise the nation, ever since the Reformasi days. Where did 75% demonstrators of Reformasi, Bersih, Black 14, Bersih 2.0, Bersih 3.0 & all the anti-ISA demos all the while?

      Why was Dr Hassan Ali sacked from PAS? Becoz he criticised PAS’s stance to demo for his Sodomy II trial judgment.

      Now DAP Tokong Lim boldly state they want 3 extra parliamentary seats to contest in the upcoming 12GE. Where are these seats coming from?

      They must take from PKR’s allocation. Then, as the party which supposed to provide the ‘Premier’ if ever PR wins the majority, must maintain majority amount of seats to justify their relevance as the ‘leading party’ of the coalition which is supposed to form the Fed Govt.

      Hence, PKR must maintain the number of seats they are contesting. As an insurance, they go for Malay majority areas which traditionally PAS controlled, esp in Kelantan & Kedah.

      So, PAS would be buggered in the rear really good as DAP stands watch, cheering, at the end of this ‘musical chair’ game!

  4. DAP needs to champion anwar for PM because they have him secured by the b**lls. Where DAP and PAP are concerned, anwar’s political baggage will be his prison of silence and incapacity.

    His supposedly “Malay Muslim” face was intended to FOOL the majority Malay Muslims. PAS and PKR lembus are already safe in the political cage, feeding on humble non-thinking meat.

    Hadi as PM is PAS way of pacifying their unhappy supporters who have largely rejected that peliwat dan penzina tersyohor.

  5. “GEORGE TOWN (DEC 17): DAP secretary-geeneral Lim Guan Eng said today (Monday) the party was not anti-Malay just because no Malay candidate was elected to its central executive committee (CEC).

    …Lim, who is Penang chief minister, urged the media to stop carrying reports which could incite hatred in the people toward the party. “We do not control who the delegates choose. We accept the results (of the elections). This is democracy.” – TheEdge

    Kesimpulannya samaada Melayu dalam DAP memang tidak diterima dan didiskriminasi oleh parti yang rata-rata ahlinya berbangsa Cina dan pada pandangan ramai bersikap rasis serta chauvinistik, atau

    Melayu dalam DAP memang tidak berkebolehan, justeru tidak layak untuk diberi kepercayaan dalam apa-apa hal sekalipun.

    Alangkan ahli DAP yang sudah puluhan tahun bersekongkol dengan mereka sekalipun kalau berbangsa Melayu ditolak mentah-mentah, apa pula pendirian mereka tentang orang Melayu lain yang bukan ahli, atau lebih khusus lagi Melayu yang tidak sebulu dengan DAP?

    Bagaimanakah dengan nasib mereka jika DAP dan PR menang PRU 13 nanti? Ada lagikah rumah murah? boleh lagikah azan berkumandang? Mampukah Melayu dan Islam kekang pengaruh LGBT dan pluralisme? terbelakah nasib penjawat awam, polis dan tentera? Terbantutkah usaha kerajaan untuk menaikkan taraf ekonomi peneroka FELDA? Dimana peniaga kecil Melayu nak mengadu? Akan dibangkrapkankah jutawan Melayu?

    Kalau DAP mengamalkan prinsip ketelusan kenapa takutkan bayang-bayang sendiri, sedangkan bila ada (atau di ada-adakan) laporan yang negatif tentang UMNO/BN bukan main lagi ditambah asam garamnya.

    Semoga episod ini membuka mata hati orang Melayu tentang agenda DAP yang sebenarnya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: