Pemilihan JKPE Roket yang penuh konspirasi

Rocket destroyed upon re-entry

Shuttle Tokong disintegrated upon re-entry

Kongress ke 16 DAP bermula esok menjanjikan debat dan pemilihan yang penuh kontroversi, sengit dan keputusan yang lahir adalah diluar jangkaan. Ini kerana terlalu banyak isu timbul dan menjadi modal perbincangan dalam pelbagai kem atau faction dikalangan pemimpin dan akar umbi DAP seluruh negara.

Pemilihan Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC) parti Chauvinis Cina DAP akan ditentukan hujung minggu ini. Setakat ini seramai 103 orang telah menghantar borang pencalonan masing-masing dan hanya 68 orang saja di terima. Selebihnya telah ditolak atas sebab peribadi dan kelayakan.

Berdasarkan kepada borang pencalonan kaum Cina mendominasi pertandingan JKPE DAP yang mencatatkan 42 orang, diikuti 18 suku Sikh/India. Hanya 8 orang Melayu sahaja. Dalam pemilihan kali ini 18 orang inkumben akan mempertahankan jawatan masing-masing. Manakala dua jawatan kosong setelah penyandang meletak jawatan dan menarik diri dari bertanding.

Dalam pada itu, DAP didesak oleh sebuah NGO Pulau Pinang untuk mengumumkan senarai calon calon dikalangan orang Melayu. Ini kerana parti Chauvinis Cina ini sering memaparkan mereka merupakan parti multietnik. Hakikatnya, orang Melayu dijadi alat untuk mengaburi mereka yang begitu mengharap. Mantan Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz pernah membuat kenyataan orang Melayu dalam DAP adalah ‘sekadar hiasan’ semata mata.

Pemilihan kali ini memperlihatkan calon bertanding berbanding Kongres lepas yang mencatatkan 58 orang calon. Senario ini menunjukkan masing-masing pemimpin DAP ingin menampilkan diri dan bersaing untuk mendapatkan tempat sebagai calon dalam pilihanraya ke 13. Menariknya Anthony Loke yang menawarkan diri merebut JKPE DAP dilihat mempunyai potensi mencabar kedudukan pemimpin kanan lain DAP termasuk Lim Guan Eng sendiri.

Isu dinasti keluarga tertentu dalam penguasaan DAP dan ‘satu calon, satu kerusi’ dianggarkan ialah isu paling hangat dalam debat semasa Kongress ke 16 DAP ini.

Menjelang pertandingan merebut jawatan utama dalam DAP, desas desus menyatakan telah terbentuknya kem kem tertentu dalam parti untuk menonjolkan pemimpin tertentu dalam kem terlibat. Antara yang di sebut ialah kem MP Seputeh, ADUN Kinrara dan Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok, kem ADUN Pelabuhan Klang dan Esco Kerajaan Selangor Ronnie Liu, kem Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan MP Batu Kawan Dr P.Ramasamy dan kem Speaker DUN Selangor Teng Chang Khin.

Ada juga wujud kelompok DAP yang mahu menyingkir Karpal Singh yang di ketuai oleh Teresa Kok ekoran isu Satu Calon Satu Kerusi. Sikap kuku besi Lim Guan Eng juga turut menimbulkan keresahan ahli DAP yang usaha dibuat untuk mengurangkan pengaruh beliau dalam parti.

Untuk rekod, Perlembagaan DAP telah menetapkan jawatan Setiausaha Agung hanyalah untuk tiga penggal sahaja. Sekiranya Lim masih lagi dilantik Setiausaha Agung selepas pemilihan ini maka ianya merupakan penggal terakhir.

Semasa pemilihan jawatan tertinggi Wanita DAP and Pemuda DAP minggu lepas, kuda kuda tambatan Lim semua kecundang. Ini jelas menunjukan beliau gagal mengekang kuasa langsung dalam Wanita dan Pemuda DAP dan penerimaan kepimpinan beliau tidak disenangi oleh majoriti perwakilan DAP sendiri. Kuorum Perwakilan DAP ke dua dua mesyuarat yang berasingan itu amat rendah, iaitu sekitar 30% sahaja.

Bagi kelompok masyarakat india dalam DAP, mereka sedang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan dalam parti dengan memberikan dokongan padu calon kaum mereka. Golongan ini marah dan bosan dengan sikap beberapa orang pemimpin kaum India dalam DAP yang pentingkan diri dan pada pandangan mereka tidak layak disokong dan mendapat tempat dalam DAP. Antara yang di sebut sebut dalam barisan penyingkiran islah Dr P Ramasamy serta ADUN Bagan Dalam A. Thanasegaran.

Dalam siri persediaan pra-kongress DAP ke 16 ini (parti ini ujud semenjak 45 tahun yang lampau. Hanya 16 kali buat mesyuarat agung tahunan), dikalangan Perwakilan DAP dan ahli DAP sungguh hangat memperkatakan wujudnya 4 kem atau faction; Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Perak dan MP Beruas Ngeh Koo Ham dan MP Taiping Ngar Kor Ming, Teng Chang Kim dan Pasukan Rainbow dan Pengerusi DAP J0hor dan ADUN Skudai Boo Cheng Hau and kem Selatan.

Semua kem ini memerlukan sokongan Pengerusi DAP dan MP Gelugor Karpal Singh, Prof Ramasamy dan MP Ipoh Barat M Kulasegaran dan ADUN Tronoh Sivakumar dan ADUN Buntong Sivasubramaniam untuk menang dalam pemilihan ini.

Difahamkan ujud konspirasi Pengerusi DAP Melaka dan ADUN Kesidang Goh Leong San, Dr Boo Cheng Hau dan Teng Chang Kim tidak menang dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC) DAP kali ini. Ini kerana banyak pihak dikalangan politikus DAP tidak mahu Setiausaha Agung DAP itu menentukan calon dalam PRU 13 akan menjelang dalam suku pertama 2013 ini.

Goh juga dikaitkan dengan konspirasi untuk menguasai sepenuhnya DAP Melaka. Untuk rekod, Lim Guang Eng pernah menjadi MP dan ADUN di Melaka sebelum berhijar ke Pulau Pinang dan isteri beliau Betty Chew masih lagi menjawat ADUN Kota Laksamana.

Dalam pada itu, ada gerakan untuk menentukan Pengerusi DAP Karpal Singh disingkirkan dalam pemilihan JKPE DAP pusingan ini. Ini kerana kelantangan suara Karpal yang berdasarkan prinsip, keputusan asas yang pernah dibuat secara kolektif dan menentang segala tindakan untuk kompromi dengan mana mana pihak, termasuk dikalangan Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

Karpal sebagai Pengerusi DAP merupakan salah seorang anggota ‘Trinity’; iaitu jawatankuasa dalaman DAP terdiri dari Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mempunyai hak mutlak menentukan calon mewakili DAP dalam PRU.

Karpal sendiri mengesa agar politikus dikalangan DAP yang memenani lebih dari satu jawatan politik seperti Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming dan Anthony Loke wajar mengundurkan diri dan hanya memenuhi satu kerusi sahaja. Sebaliknya, beliau menggesa agar diberi ruang pada muka baru dan parti diremajakan.

Jelas DAP ialah parti yang bercakaran dan penuh pelbagai konspirasi untuk menikam dari belakang dan menjatuhkan sesama sendiri. Sebelum ini parti ini diadalah elemen yang dilihat sebagai paling stabil dan mantap dikalangan Pakatan Rakyat. Hakikatnya, ianya bergelora.

DAP mengesa rakyat mebuat perubahan dalam kempen ‘UBAH’, bermula PRN Sarawak April 2011. Hakikatnya, perubahan dalaman DAP sendiri merupakan senario ‘perang saudara’ ala Hai San-Ngee Hin, dikalangan pelbagai kongsi kongsi gelap.

Published in: on December 15, 2012 at 00:01  Comments (11)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/12/15/pemilihan-jkpe-roket-yang-penuh-konspirasi/trackback/

RSS feed for comments on this post.

11 CommentsLeave a comment

  1. Ooooo, 103 pencalonan di hantar, boleh hampir separuh di tolak. Sebab “peribadi dan kelayakan” tu tak tahu apekebenda – kalau yang di calon yang tolak atas sebab peribadi, faham le. Kot hanya alasan pihak berkuasa dalam parti, sebab tak ada demokrasi dalam DAP.

    Hal banyak pertelingkahan dalam DAP sekarang ini amat menarik. Kurang faham pulak mengapa mereka adakan konvensen begitu dekat dengan PRU13. Melebihkan sangsi pengundi kapada perpaduan dan kebolehan mereka merintah. Apa tah lagi dengan pendirian parti bertentangan antara parti parti komponen Pakatan Rakyat yang lain – fasal Hudud, saman jantina gunting rambut, saman bukan Melayu khalwat, sokong Israel, calon Perdana Menteri pun tak sepakat antara mereka.

  2. Kongres kali ini mirip saperti World Wide Wrestling Federation.

    • Yeah, banyak tipu juga, baling bagi nak mampus pun tak mampus. Kita tengok lah nanti berapa banyak tipu di kongres DAP tu.

  3. What is this DAP system of allowing 20 CEC members to select top leaders behind closed doors all about? Communist China style? Where the Chinese Communist Party top brass quietly decide the 7 members of the Pulitbureau Executive Committee, then parade them one after another for the Politbureau members to see? What democracy is that?

    Certainly not transparent, to say the least. The party delegates do not appear to have any say over who should lead the party. Getting the highest votes does not guarantee top post if the candidate is not from among the elite circle. It’s a farce, isn’t that? What the hell do they have the word “Democracy” in their party’s name for?

    No doubt the 20 central executive committee members will be elected through polls, but the decision on the new office bearers are made behind closed doors by the newly elected committee.

    In a normal democratic system, the majority decides on the top party hierarchy. What democratic is DAP? Cakap tak serupa bikin right from the party’s name.

    • DAP’s “democracy” is very much like the black songkok, won years back by lee kuan yew, when he made his rounds into the Malay villages, earnestly fishing for Malay Muslim votes.

      In his book “Hard Truths”, he revealed his anti-Malay and anti-Islam stance too clearly. The systemic marginalisation of the Malays is solidly documented in a book by Yusoff Ishak’s niece.

      As the official national language, Bahasa Melayu had been relegated to the back burner while tons of government funds are utilised for Speak Mandarin campaign.

      Recently the PRC Chinese are going on strike for “fairness”. So DAP is pseudo democratic and PAP is “Aksen” only.

    • Tiada apa yg normal mengenai DAP. Melainkan kalau diukur dari kacamata Parti Pekerja Korea Utara atau Parti Tindakan Rakyat Singapura.

      Diktatorial, Dinasti, Durjana

  4. And Lim Guan Eng yesterday suing Penang Umno Youth chief for allegedly accusing him of corruption – receiving bribes from the Kuala Lumpur International Dental Centre.in October – is an attempt to show he is still relevant as DAP boss? As part of the party leadership and Lim’s camp campaign?

    That the suit was filed by Karpal Sing’s son Jagdeep Singh Deo yesterday, the eve of the DAP party election, appears to be designed to grab the attention of, and influence the 2.500 delegates assembled at the convention. They’ll do all sorts, don’t they?

  5. As a reader, there is nothing terribly interesting how this political party conducts itself. The struggle for power and maintain power is reflected in similar ways in other political parties.

    What remains is this bs claim that it is a multi-ethnic party when in fact it is still a party infested with Chinese chauvistic pigs. That said — my amateurish opinion — other ethnic groups have a role to play too. Enter en masee and dilute and change its culture.

    To conclude, I cannot imagine what disaster brings to this country when these chauvinistic pigs and deluded self-righteous serban boys come to Putrajaya.

    • Not when but IF they ever get to Putrajaya.

  6. […] Kongress DAP ke 16 menjanjikan percaturan dan perebutan kerusi, dalam tindakan pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa dalam DAP. Ini termasuk gerakan gerakan rahsia, termasuk ‘tikam belakang’. Jelas, beberapa kumpulan kuasa-tumpu sedang mencaturkan sokongan mereka dikalangan pelbagai kem/faction DAP. […]

  7. Big Guy,

    Looks like PAS is all alone. The divide of the unholy marriage between backstabbing estranged bedfellows is very clear.

    Published: Saturday December 15, 2012 MYT 6:44:00 PM
    Updated: Saturday December 15, 2012 MYT 6:46:55 PM

    DAP reaffirms Anwar Ibrahim as PM

    GEORGE TOWN: DAP chairman Karpal Singh has stressed that the party will support PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim as the Prime Minister should Pakatan Rakyat take over Putrajaya in the next general election. He said the party would give its full support for Anwar to lead the country.

    “I am confident that coalition would not only celebrate our victory in the current Pakatan states but also in Putrajaya,” he said when delivering his opening speech at the 16th DAP National Congress at the Penang International Convention and Exhibition Centre here.

    Karpal added this congress was being attended by the highest number of delegates recorded in the party’s history.

    The two-day congress from Saturday is being attended by about 2,500 delegates from throughout the country.

    As the PAS annual conference in November, PAS delegates were vocal in their support for party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang as Prime Minister should Pakatan win the general election.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    How stupid can these PAS fellows be? PR was never their future!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: