Merayakan Huaren

Puteri Harbour (termasuk dalam Pinyin)

Papantanda Puteri Harbour menyambut pengunjung (termasuk dalam Pinyin)

Dalam keghairahan untuk menyambut dan merayakan tetamu, samada pelancong, pelabur atau masyarakat peniaga, kita tidak wajar untuk menengahkan apa yang penting dan dekat bagi orang lain, terutama budaya dan medium kommunikasi, demi mencapai matlamat yang dihajat.

Papantanda utama untuk menyambut pengunjung memasuki kawasan pembangunan riadah mewah Puteri Harbour, Iskandar Malaysia ini ditulis dalam Bahasa Mandarin selain Bahasa Melayu (bahasa rasmi negara) dan Bahasa Inggeris.

Mengapa hanya tulisan Bahasa Mandarin tertera dalam papantanda itu berbanding tulisan dalam bahasa lain utama dunia seperti Arab, Jepun, Korea, Siam, HIndi dan Russia dimana majoriti masyarakat Malaysia belum boleh menguasai, masih tidak jelas. Pengamat kasar setakat ini menunjukan tidak ramai daripada pengunjung ke Puteri Harbour, termasuk tarikan terbaru seperti Traders Hotel. Hello Kitty Theme Park dan Lat’s Place terdiri dari mereka yang hanya boleh faham tulisan Pinyin.

Lat's Place: Menerima pengunjung

Lat’s Place: Menerima tempahan pengunjung di Puteri Harbour

Puteri Harbour ialah pembangunan riadah dan santai mewah yang dibangunkan oleh Khazanah Holdings Bhd, melalui UEM Land Bhd. Ianya merupakan pembangunan bersebelahan dengan Kota Iskandar, pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang baru. Selain dari hotel, pusat perdagangan, marina dan kawasan riadah termasuk theme park, pembangunan kondo mewah juga dirancang.

Samada keputusan meletakkan papantanda ini dalam keadaan ini adalah secara sengaja atau cuai, ianya memberikan persepsi yang mendalam. Ini kerana Johor merupakan ‘Simpanan Tetap’ BN dalam mana mana PRU dan lewat ini, kerusi Gelang Patah disifatkan sebagai ‘kelabu’ oleh penganalisa politik.

Apa pun, ianya tidak memberikan persepsi yang baik kepada Kerajaan Negeri Johor dan Khazanah, sebagai agensi pelaburan utama Kerajaan Persekutuan.

Published in: on December 23, 2012 at 13:00  Comments (15)