Dr Mahathir: Tubuh RCI siasat kelayakan kerakyatan 1juta

Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di Permatang Pauh

Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di Permatang Pauh

Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan ditubuhkan Suruhanjaya Khas menyiasat kelayakan keturunan mereka yang diberikan hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau membuat saranan ini dalam Konvensyen Tranfromasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang 2013 di Permatang Pauh.

“Orang Melayu ‘murah hati’. Kita sedia berkongsi tanahair dengan mereka, membenarkan mengekal identiti, bahasa dan budaya mereka. Kemudian kita kongsi-kuasa dengan mereka yang bukan pri-bumi negeri ini. Orang Melayu benarkan orang asing ini bebas berniaga dan mengumpulkan harta. Orang Melayu tidak pernah meminta apa apa pun dari mereka”.

“Malangnya mereka tidak menunjukan kesyukuran. Bukan sahaja mereka sudah menguasai 70% ekonomi. Kini mereka ingin megambil kuasa dari kita pula. Apabila kita mempertahankan apa yang hak bagi kita (sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia), kita dianggap tamak. Kita dianggap ‘rasis’!”.

Jelas dengan lantang Mantan Presiden UMNO V itu menyuarakan kekecewaan kepada golongan minoriti dikalangan Bukan Melayu yang lewat ini membuat tuntutan yang tidak munasabah dan membangkitkan isu isu sensitif dengan niat tidak baik, untuk menunjukan bahawa mereka sebagai minoriti ditindas dan dinafikan hak oleh majoriti.

Sebelum itu, beliau menjelaskan dalam amalan biasa banyak negara negara lain apabila pri-bumi memgambil kuasa dari kuasa penjajah, mereka mengusirkan keluar orang orang asing dan bukan pri-bumi. “Contohnya negara negaar Afrika dan Burma. Orang India diusir, walaupun mereka golongan peniaga. Kini mereka menafikan hak kaum Rohingya”.

Perdana Menteri Malaysia antara 1981-2003 itu menjelaskan 200,000 kerakyatan yang diberikan di negeri Sabah ialah kepada mereka yang secara tradisi berada dikawasan itu, menjalani kehidupan dan bertutur dalam Bahasa Melayu. “Mereka diberikan kerakyatan (meng)ikut undang undang (amalan proses biasa melalui permohonan yang mereka buat)”.

Antara mereka yang hadir

Antara mereka yang hadir

Antara pemimpin Pulau Pinang yang hadir dalam majlis ini alah MP Bayan Baru Dato’ Seri Zahrain Hashim dan ADUN Seberang Jaya Dato Ariff Omar Shah. Antara pemimpin lain yang hadir ialah Mantan Naib Cansellor UUM Prof Emeritus Tan Sri Dr Nordin Kardi, Timbalan YDP PERKASA Dato’ Abdul Rahman Bakar, Ketua Penerangan PERKASA Ruslan Kassim, Murshidul Am TIBAI Zahid Md Arip dan mantan Ketua Pengarah EPU Tan Sri Sulaiman Mahbob.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjelaskan Ketua Pembangkang dan bekas-banduan-salah-guna-kuasa Anwar Ibrahim asalnya menunjukan kecenderungan sebagai pemimpin belia Islam. “Masa itu, untuk dia kehadapan dalam politik, dia perlu pilih antara PAS atau UMNO. Dia memilih UMNO. Ini kerana hanya melalui UMNO sahaja dia boleh memjadi Perdana Menteri. Kalau dia masuk PAS, bayangkan sampai tahap mana dia boleh sampai?”

“Ramai yang tertipu. Saya pun kena mengakulah, saya pun ditipu!”

Beliau juga membuat peringatan agar orang Melayu tidak membuat apa apa keputusan hanya berdasarkan emosi semata mata. “Kita perlu buat keputusan yang ada emosi, tapi bersandarkan dengan akal dan logik. Kalau kita buat keputusan berdasarkan emosi semata mata, kita akan menjadi taksub dan hilang pertimbangan”.

“PAS atau Pan-Malaysian Islamic Party (PIMP) ini ditubuhkan bukan kerana memperjuangkan Islam. Ianya ditubuhkan kerana golongan ulama dalam UMNO mintak 1o kerusi dalam Majlis Perwakilan Persekutuan. Tunku Abdul Rahma Putra ketika itu berkata ‘Kita hendak mentadbir negara dan orang Melayu. Kita bukan nak baca doa’. Maka mereka merajuk dan terus menubuhkan PIMP. British dengqn segera meluluskan parti baru ini. Ini kerana PIMP boleh memecahkan perpaduan dan kekuatan orang Melayu, yang begitu padu ketika itu”.

“Saya sudah berada disitu (pada masa itu)”.

Amanat terakhir bagi orang Melayu agar tidak sia siakan peluang untuk mengekalkan kuasa, terutama PRU13 yang akan menjelang, “Kita fikirkan betul betul. Kalau kita undi selain dari UMNO/BN, percayalah orang Melayu akan hilang dari mukabumi ini”.

Advertisements
Published in: on January 19, 2013 at 12:00  Comments (17)