Dr Mahathir: Rakyat sedar hanya BN mampu meneruskan agenda pembangunan

Anak Kedah Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pimpinan BN Kedah semasa berucap dalam Himpunan Anak Kedah

Anak Kedah Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pimpinan BN Kedah semasa berucap dalam Himpunan Anak Kedah

Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat sedar bahawa peluang mereka untuk mengecap pembangunan dan kemajuan hanyalah berjaya dipacu sekiranya Barisan Nasional terus diberikan mandat untuk memerintah dan mentadbir negara.

ARKIB : 17/03/2013

Baiki kelemahan untuk kekalkan kepercayaan

Dr. Mahathir Mohamad bersama Siti Hasmah Mohd. Ali ditemu bual sewaktu menghadiri Himpunan Anak Kedah di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Mac – Pucuk kepemimpinan Barisan Nasional (BN) perlu memperbetulkan kelemahan parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi memastikan kepercayaan rakyat tidak hilang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, BN seharusnya akur dengan hakikat bahawa pemimpin-pemimpinnya juga manusia biasa yang tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang di negeri-negeri yang diperintah mereka adalah lebih besar.

“Kita terpaksa, kalau kita tak buat, kita mungkin tak boleh menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Simpati orang mungkin akan hilang. Kalau kita cuma ingat tentang kesenangan diri dan bukannya kepentingan agama, bangsa dan tanah air, maka tiada sebab bagi rakyat untuk mengundi kita,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Anak Kedah di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaacob.

Antara ketua bahagian UMNO Kedah yang hadir ialah Datuk Johari Baharom (Kubang Pasu), Datuk Abu Hasan Sarif (Jerlun), Datuk Ahmad Lebai Sudin (Pokok Sena), Datuk Latt Shariman Abdullah (Kuala Kedah), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Merbok) dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling).

Program itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 4,000 anak Kedah yang kini menetap di sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menambah, BN hendaklah memenangi lebih banyak kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia bagi mengekalkan majoriti di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, pertambahan kerusi diperlukan bagi menampung kehilangan beberapa kawasan Parlimen yang diramalkan berlaku di Sabah dan Sarawak.

Dr. Mahathir juga meminta BN Kedah bekerja keras agar negeri itu dapat menyumbang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

Sementara itu, Dr. Mahathir memberitahu, sebuah loji penapisan minyak dan jeti bakal didirikan di Jerlun oleh tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary apabila negeri itu kembali ke pangkuan BN.

Menurut beliau, projek lain yang dirancang di kawasan utara Kedah termasuk saluran paip minyak hingga ke Songkhla, Thailand, mewujudkan kawasan industri getah dan industri pembuatan komponen kereta.

“Syed Mokhtar berminat membangunkan Kedah. Kalau kita tengok bangunan-bangunan di Alor Setar, kita tahu Syed Mokhtar ada kebolehan.

“Namun, kita perlu tentukan BN menang di Kedah terlebih dahulu supaya negeri itu dapat pemerintah yang boleh mentadbir dengan baik,” katanya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130317/px_01/Baiki-kelemahan-untuk-kekalkan-kepercayaan#ixzz2NseKeMiZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

***************

BN telah terbukti memacu agenda pembangunan negara adalah konsisten dan dipertingkatkan, semenjak Malaysia mencapai Kemerdekaan. Buktinya dimana negara terus menyaksikan pertumbuhan, termasuk peningkatan sosio-ekonomi.

Pembangunan yang dipacu bukan sahaja dikawasan urban tetapi cuba disekatakan, mengikiut kesesuaian diseluruh negara. Hasilnya, kawasan yang satu masa dahulu dianggar luar bandar, mundur dan tertinggal arus pembangunan kini mendapat banyak faedah dari program program sosio-ekonomi yang bertujuan khusus untuk menentukan rakyat luar bandar terbela dan dibangunkan.

Program program sosio-ekonomi dan pembangunan yang dirancang dan bawa oleh kerajaan dibawah BN samada diperingkat Persekutuan atau Kerajaan Negeri bertujuan membawa kebaikan kepada masyarakat, tanpa membelangkangkan isu isu seperti kos sosial, alam sekitar dan kesan yang tidak seimbangkan. Akibatnya, kestabilan ciri ciri yang penting kepada masyarakat akan terjejas.

Ini termasuk alam sekitar.

Kaum ibu dan muda mudi yang menghadiri Himpunan Anak Kedah

Kaum ibu dan muda mudi yang menghadiri Himpunan Anak Kedah

Sepanjang lima tahun Kedah diperintah PAS, ciri ciri yang menjejaskan keseimbangan seperti pelajaran (samada diperingkat sekolah pondok atau pengajian tinggi, seperti dalam kes KUIN), sosial (peningkat pusat hiburan disekitar kawasan urban) dan alam sekitar (pengondolan kawasan tadahan hujan seperti di Pedu dan Gunung Inas akibat pembalakan tanpa kawalan) telah berlaku.

Kerajaan Negeri Kedah dibawah PAS juga gagal membawa pelaburan dan industri baru semenjak mengambil teraju pentadbiran negeri.

Rakyat terutama Kedah dimana ianya disifatkan sebagai Malay heartland sedar bahawa untuk Malaysia terus maju, pentadbiran perlu diterajui kepada golongan yang mampu merancang, mengurus dan menjana pembangunan seimbang. Kempimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri dibawah BN telah berjaya membuktikan kemampuan ini.

Tun Dr. Mahathir mengingatkan agar rakyat Malaysia, terutama golongan muda untuk menentukan kesinambungan program strategik pembangunan seimbang ini terus berjalan dan dikekalkan, demia kebaikan bersama. Peningkatkan pembangunan dan ekonomi bermakna akan lebih banyak peluang disediakan bagi mendapatkan kerja maupun perniagaan.

Ini kali pertama anak anak Kedah sekitar Lembah Klang dikumpulkan dalam satu majlis besar besaran. Sambutan begitu baik dalam masa yang singkat menunjukan anak Kedah di Lembah Klang memberikan perhatian rapi mengenai isu isu negeri tanah kelahiran mereka.

Mesej adalah amat jelas. Kedah perlu perubahan, demi masa depan dan kepentingan strategik negeri itu. Perubahan itu hanya akan datang dengan memberikan BN mandat.

*Dikemaskini 2200hrs

Published in: on March 18, 2013 at 16:05  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/03/18/20738/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. We can’t let our BN government lose in PRU 13 if not we will see worst case scenario where LGBT, Socialist Communist spring back to live like mushroom after a rainy day, Ecumenical belief system Islam and Catholic .


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: