1 undi PAS = 1 undi DAP

Kolumn Lidah Pengrang ‘Cuit’, Utusan Malaysia 21 Mac 2013

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub membaca kolumn 'Cuit' hari ini.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub membaca kolumn ‘Cuit’ hari ini.

1 undi Pas = 1 undi DAP

Oleh Zaini Hassan

PEMBUBARAN tidak berlaku semalam. Ramai yang meramalkan begitu. Namun itu tidak penting, kerana yang pasti Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan tetap berlaku.

Mari kita lihat tajuk Cuit hari ini. Apa maksudnya? Pada PRU-12 semua orang sedar para pengikut totok Paslah yang bekerja keras untuk kemenangan pakatan mereka. Namun yang kaut besar ialah DAP.

Makna kata, para pengikut tegar Pas – yang sanggup tidur di atas jalan; atau bertakbir atas nama Allah jika UMNO dapat dipersendakan – tidak peduli jika DAP menang besar. Matlamat mereka ialah asalkan mereka dapat memalukan UMNO (bukan BN), itu sudah memadai.

Namun pada PRU-13 ini, bagaimana pula coraknya? Apakah para pengikut totok Pas dan para pemimpinnya akan bertindak sekali lagi? Melihatkan trend sepenggal dari pasca tsunami politik 2008 sehingga pra-PRU-13 ini sudah ada perubahan dalam Pas. Ada yang setuju, ada yang tidak.

Puak ulama Pas beralih arah. Mereka tidak bersetuju dengan cara Pas itu. Maka ada yang tidak selindung lagi, menyatakan perasaan masing-masing. Mereka termasuklah Nasharuddin Mat Isa dan lain-lain. Akibat keceluparan dan perlakuan, Ustaz Nasha akhirnya dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas.

Ini sekali gus mengulangi sejarah hitam Pas setahun lalu yang memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga AJK Pas Pusat, Dr. Hasan Ali pada 8 Januari 2012 juga tanpa memberi ruang pembelaan diri.

Puncanya juga adalah kerana keceluparan dan perlakuan Dr. Hasan Ali yang tidak tahan melihat kerakusan penguasaan DAP dalam Exco kerajaan Selangor. Haron Din pun ada menyatakan perasaan yang sama – secara rasmi mahupun tidak. Namun, beliau kelihatan masih playsafe!

Sebaliknya, puak Anwarninas, penyokong totok Anwar Ibrahim dalam Pas pula bermati-matian ke arah matlamat mereka. Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin yang terlalu taksub dengan Anwar. Beliau sanggup melakukan apa sahaja asalkan bukan kemenangan kepada UMNO, walaupun isu kalimah Allah dipermainkan oleh DAP.

Ikuti analisis ini, yang turut disumbangkan oleh sahabat saya blogger Bigdog, Zakhir Mohamed. Benarkah 1 undi kepada Pas bererti juga memberi 1 undi kepada DAP?

Pilihan Raya Umum Ke-13 yang terpaksa muncul dalam beberapa minggu sahaja lagi ini makin menarik. Keyakinan pakatan pembangkang untuk bertarung ke medan yang bukan tradisional perlu diberikan perhatian.

Kebelakangan ini, parti cauvinis Cina DAP semakin agresif. Mereka mahu menggempur kubu tradisi UMNO/BN iaitu Johor. Keyakinan ini dizahirkan apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang, anak Batu Pahat buat pertama kalinya akan bertarung di negeri kelahiran sendiri setelah lebih 45 tahun berkecimpung dalam politik. Pengumuman dibuat dengan begitu gah sekali oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

GELANG PATAH MENJADI SASARAN PILIHAN

Begitu juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, kemungkinan besar ke kerusi, sama ada Parlimen Pulai atau Pontian.

Mantan Naib Presiden MCA dan kini Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng juga akan menawarkan diri. Ini bermakna personaliti seperti Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad dan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau tidak lagi memadai, untuk mengepalai ‘tentera politik pakatan pembangkang’ di Johor.

Dalam percaturan perkembangan politik terbaharu ini, apa yang penting ialah pertimbangan ke atas penawaran pakatan pembangkang kepada pengundi Johor. Ini kerana untuk menggempur kubu kuat dan tradisional UMNO/BN itu, tawaran mesti berpatutan untuk pengundi berubah kesetiaan mahupun selera politik mereka.

Lim Kit Siang, sebagai mantan Setiausaha Agung, Pengerusi dan kini Penasihat DAP telah menjadi Ahli Parlimen dan ADUN di Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Setelah mula menjadi YB hampir 44 tahun yang lampau, inilah kali pertama dia mencuba nasib dalam negeri kelahiran.

Kit Siang dengan gah mengumumkan hujung minggu lepas corak pentadbiran baru sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Antara ciri utama pentadbiran pembangkang sebagai Kerajaan Persekutuan ialah pemecahan kuasa pemusatan (decentralisation of power) iaitu memberikan lebih banyak kuasa kepada kerajaan negeri.

Ini adalah sebahagian takrifan politik mereka untuk mendemokrasikan pemerintahan. Mungkin negeri-negeri kemudiannya akan menurunkan pula kuasa kepada majlis-majlis perbandaran melalui pilihan raya masing-masing, yang mereka perjuangkan selama ini. Jika ini berlaku maka, penguasaan kaum Cina di majlis-majlis perbandaran akan menjadi lebih mutlak. Mereka secara idealnya mahu mewujudkan satu konsep demokrasi sepenuhnya.

Namun rekod mereka menggunakan kuasa di peringkat parti amatlah berbeza iaitu indah khabar daripada rupa.

DAP diperintah bukanlah secara demokrasi sebenar. Mantan Naib Pengerusi Tunku Aziz telah mengesahkan perkara ini.

Pengumuman Kit Siang sebagai calon DAP di kawasan Gelang Patah merupakan cara untuk mengekang penguasaan Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau, yang dikatakan tidak sehaluan dengan anak beliau, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dr. Boo merupakan ADUN Skudai, satu kawasan DUN dalam Parlimen Gelang Patah. Dr. Boo juga berhadapan dengan krisis kepimpinan dengan orang kepercayaan Guan Eng dalam DAP Johor iaitu ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang.

Gwee pernah dihalau keluar oleh Speaker DUN Johor pada 19 Jun 2008 kerana enggan memakai songkok dalam majlis perasmian DUN Johor oleh Tuanku Sultan Johor.

Ditambah lagi bagaimana pilihan raya jawatankuasa eksekutif pusat DAP 15 Disember lalu yang penuh kontroversi. Gerakan terancang dalam DAP juga membuahkan hasil apabila hanya personaliti tertentu sahaja berjaya dipilih oleh perwakilan.

DAP merupakan parti yang mengamalkan nepotisme yang kronik. Semenjak 1969, Kit Siang dan anaknya Guan Eng menduduki kerusi paling berkuasa iaitu Setiausaha Agung (kecuali untuk tempoh lima tahun di antara 1999-2004 yang dipegang oleh Kerk Kim Hock).

Ini merupakan amalan sama dalam PKR.

PKR ditubuhkan daripada gerakan politik jalanan ‘Reformasi’ yang dijana semata-mata kerana memperjuangkan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan Timbalan Presiden UMNO pada 3 September 1998.

Hari ini, PKR terdiri daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, isteri beliau Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden, pegawai khas beliau Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden dan anak perempuan beliau Nurul Izzah sebagai Naib Presiden.

Kit Siang juga menyebut bahawa pemerintahan pakatan pembangkang sebagai Kerajaan Persekutuan juga berdasarkan ‘ketelusan dan kebertanggungjawaban’. Namun realitinya, ia gagal dipraktikkan oleh kerajaan anaknya di Pulau Pinang.

Isu kontroversi projek Bayan Mutiara, tanah yang sepatutnya menjadi peruntukan pembangunan sebuah masjid telah dijual. Skandal tanah di Taman Manggis juga masih lagi baru.

DAP yang juga merupakan rakan kongsi ketat Kerajaan Selangor masih gagal menyelesaikan isu skandal tanah di Bestari Jaya yang melibatkan tanah pegangan pajakan seluas 2,263 ekar dan pengutipan hutang dengan Talam. Jumlah RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran masih lagi belum selesai dan jauh daripada ‘telus dan kebertanggungjawaban’.

Dalam ‘perang twitter’ baru-baru ini, MP Ipoh Barat M. Kula mempersoalkan isu-isu korupsi berkenaan ‘kedai baju’ kepada kepemimpinan DAP Perak yang terdiri daripada MP Beruas, Ngeh Koo Ham dan MP Taiping, Nga Kor Ming.

Persoalan kepada isu-isu ini semua tidak memberikan kesan, sebagaimana isu ‘Kalimah Allah’, yang sengaja dipanaskan dengan bertujuan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Mesej Guan Eng pada Hari Natal 2012 meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji semula ketetapan mengenai isu ‘Khalimah Allah’ itu merupakan provokasi terancang. Ia mencabar peruntukan dalam Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Sama juga seperti majlis makan malam pada 5 Mei 2011 di sebuah hotel di Pulau Pinang, semasa meraikan paderi-paderi pasca kejayaan DAP memenangi beberapa kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak April 2011.

Majlis itu mendengar ikrar yang dilafazkan dan dipercayai menyalahi peruntukan undang-undang yang mewartakan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia.

Mantan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin juga pernah menyebut mengenai peristiwa ini dalam ceramah beliau, dalam nada yang kesucian Islam telah dicabar.

Jelas bahawa kepimpinan Pas bersedia untuk membelakangkan isu-isu ini demi kerjasama politik dengan DAP, walaupun ia bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu. Dalam kegilaan untuk merampas Putrajaya, kepemimpinan Pas telah bertolak-ansur dengan nilai-nilai asas kesucian Islam.

Sehingga ke saat-saat ini, Pas masih tidak sedar ia tidak boleh bergantung kepada DAP untuk membawa undi Cina kepada calon-calon mereka. Ini adalah kerana hakikatnya, DAP tidak mempercayai Pas atas isu-isu seperti Hudud.

Isu ‘salon rambut’ dan ‘khalwat’ oleh bukan Melayu di Kelantan baru-baru ini makin menjauhkan keyakinan DAP menjana undi Cina kepada Pas.

Pada PRU-12, beberapa kerusi yang berjaya dikuasai DAP adalah atas ihsan undi yang dijana daripada sokongan dan kempen berapi Pas. Contoh ialah DUN Rahang dan Repah di Negeri Sembilan, DUN Teratai dan Sekinchan di Selangor dan Parlimen Seremban, Teluk Intan dan Puchong.

Dalam konteks Johor iaitu sasaran medan tempur DAP pusingan ini, kerusi Parlimen Bakri dengan majoriti 722 undi (PRU-12) diberikan kepada DAP, walaupun pengundi Melayu merupakan 43 peratus.

Pada PRU-11 MCA menang dengan majoriti 19,059. Pertambahan undi Melayu kepada calon-calon DAP dalam kawasan strategik undi Melayu, adalah kerana kempen intensif Pas ke atas akar umbi Melayu. Sebaliknya, DAP tidak berusaha bersungguh-sungguh agar calon Pas menang.

Malangnya para pengikut totok Pas tidak sedar itu semua. Walaupun mereka sedar, akal mereka sudah berada dalam kepompongan minda (mental block) yang tebal serta ketaksuban kepada pemimpin yang melampau. Para penganalisis bebas meramalkan pada PRU-13 ini DAP akan menang besar. Pas pula akan kalah teruk.

Kesimpulannya: Orang Melayu yang lain wajar diingatkan bahawa mengundi Pas itu sama dengan mengundi DAP.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20130321/re_06/1-undi-Pas-1-undi-DAP#ixzz2O9v2o1ma© Utusan Melayu (M) Bhd

DAP secara dasar dan praktikalnya, tidak menerima prinsip dan asas perjuangan dan mempercayai tindak tanduk dan kemampuan pemimpin PAS. Namun demikian, DAP memerlukan PAS untuk memacu dan menjana sokongan dari pengundi Melayu. Ini kerana rata rata orang Melayu enggan mengundi parti Chauvinis Cina itu.

DAP sedar bahawa dalam kelumpuk tertentu yang sebelum ini penyokong tegar PAS seperti tok tok guru sekolah pondok, golongan ulama dan veteran dikalangan masyarakat majoriti dan pendalaman, mereka mula hilang keyakinan kepada PAS setelah parti itu menjalankan kerjasama erat dan perkongsian kuasa dengan DAP. Golongan konservatif PAS ini tidak selesa dengan DAP.

Sandaran kuasa sokongan keatas PAS hari ini yang menjadi pertimbangan DAP untuk digunakan dimana tergamak mengundi parti Chauvinis Cina itu ialah mereka yang dilihat sebagai ahli PAS golongan professional, terpelajar dan muda. Ini pun atas semangat ‘anti UMNO/BN’ dan ‘perkongsian-kuasa’.

Hakikatnya, DAP memerlukan PAS bagi meraih undi Melayu dalam PRU 13, yang dianggap sebagai ‘Mother of all Elections‘. Tanpa undi Melayu yang dijana dari kempen PAS, DAP tidak mungkin akan mampu meraih 25 kerusi Parlimen pun atas kekuatan mereka sendiri, terutama ciri dan sifat Chauvinis Cina itu terlalu menyerlah.

Inilah sebab DAP beriya iya mahu kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikurangkan, bawah dasar ‘decentralization of power‘ sebagai corak pentadbiran baru pakatan Pembangkang sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya, sebagaimana yang disebut Emperorissimo Middle Malaysia Lim Kit Siang beberapa hari lepas. Mereka begitu bertegas mahukan kuasa lebih pada Kerajaan Tempatan.

Ini kerana kawasan kawasan urban didiami oleh majoriti masyarakat Cina. Cara saja mereka boleh memberikan kuasa (empowering), sebahagian dari strategi mereka sebagai minoriti untuk menguasai majoriti. Kuasa pada Kerajaan Tempatan ini amat strategik untuk mereka menguasai lesen lesen perniagaan dan peruncitan, iaitu sistem sokongan utama masyarakat Cina.

Masyarakat Cina akan mendapat kuasa hampir mutlak dalam kawasan semua urban.

Untuk merealisasi hasrat ini, mereka memerlukan undi yang dijana dari PAS agar kuasa pada Kerajaan Persekutuan dileraikan kebawah. Apabila mereka mempunyai kuasa pada peringkat Kerajaan Tempatan, ianya akan menentukan powerbase mereka berkekalan walaupun pakatan Pembangkang diperingkat pusat tidak.

Oleh demikian, pada peringkat ini 1 undi kepada PAS itu bererti 1 undi kepada DAP. Tanpa pengecualian.

Published in: on March 21, 2013 at 15:00  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/03/21/1-undi-pas-1-undi-dap/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. Bidg dog.
    Awak orang Johore.Berita DAP supermo akan bertanding di gelang patah menjadi hangat macam goreng pisang.
    Johore merupakan kubu kuat UMNO dan MCA.
    Pilehan raya ke12, DAP telah mengahapuskanmkuasa Gerakan di Penang.Pilehan raya ke 13 ,meupakan giliran MCA.
    Perancangan DAPmuntok beranding habisan di Johore bukan dibuat minggu lepas.Ia sudah di rancang salepas sahaja pilehan raya ke 12,

    Hanya MCA dan UMNO tidak sedar.YB Ghani Othman memberitahu pemimpin Bn johore bau bau ini yang semua kawasan bandar yang mempunyai majority pengundi Cina ,BN akan kalah.Anggarannya hampir 10 kerusi.

    Bukan sahaja orang Cina marah kapada BN,tapi orang orang Melayu johore juga marah kapada UMNO.Harga rumah yang tinggi di Johore,haga makanan yang tinggi merupakan antara sebab orang Melayu marah.Pada Ghani menjaga hati Lim K Hoe lebeh pentingbdari menjaga hati oang Melayu johore.
    Bandar Inkandar dan kawasan selatan Johore akan menjadi Singapore two.Akan di banjir oleh orang Singapore yang mula membeli hartaanah dengan aggerasive apabila GLC singapora mula melanor dengan aggresive di johore.

    Salepas pilehan raya Ke12, apabila lika kerajaan negeri jatoh katangan pembangkang dan apabila PAS memenagi empat kerusi dewan undangan negeri di Johore,orangnyang paling rungsing ialah Lee Kuan Yew.Dia telah membuat lawatan khas ka negeri yang di tawan Pembangkang.Dia berpendapat salah satu jalan untok mengelakkan PAS menguasai Johore ialah dengan meminta DAP menambahkan kuasa politiknya di Johore.Jadi tidak lah saya terkejut dengan keputusan DAP ini.

    • Mustafa,

      Tak banyak fakta yang kamu beri. Kebanyakannya hanya pendapat saja. Dan pendapat kamu itu tak betul.

      Kalau berita Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah memang hangat, mengapa kamu kata “Ia sudah di rancang salepas sahaja pilehan raya ke 12”? Apa bukti kamu? Cakap kedai kopi saja ke?

      Betul, Johore kubu kuat UMNO dan MCA. Dan PRU12, DAP telah menang di Penang. Dan juga setuju PRU13 giliran MCA/Gerakan menang.

      Bila kamu mengata “Hanya MCA dan UMNO tidak sedar”, tanpa bukti, justifikasi, walu penerangan pun, kamu nampak sebagai Pembangakang biasa yang selalu menuduh liar.

      Kamu ada bukti ke YAB Ghani Othman memberitahu pemimpin BN Johor “semua kawasan bandar yang mempunyai majority pengundi Cina, BN akan kalah”? Kenapa tak cakap bila, di mana, bagaimana, upacara apa, apa punca maklumat kamu, dsbnya?

      Ckapa kedai kopi lah bila mengata “Cina marah kapada BN .. orang Melayu johore juga .. “. Aku boleh cakap sebaliknya. Cakap tuduh liar tu senang. Budak sekolah pun boleh buat gitu.

      Fasal Bandar Iskandar tu, kamu tak tengok “the big picture” ke? Atau pandangan kamu tak luas, tak boleh samapi ke situ? Benar akan di banjir oleh orang Singapore yang mula membeli hartanah dengan aggressive .. Tapi apa cadangan kamu? Kritik untuk sengaja kritik ke? Kenapa tak keluarkan cadangan bagaimana orang Melayu/Malaysia boleh ambil bahagian? Atau cadangkan pihak berkuasa tentukan kepentingan orang Melayu dan orang Johor dapat faedah sebanyak banyak nya?

      Fikiran kamu senget kpd Pembangkang ke? Kalau gitu, aku nak poooohkan propaganda dan dakyah kamu. Satu, poooh. Kedua, poodah.

  2. Sdr.Abu.
    Cuba baca tulisan blog Another brick in the wall.Dia ini kawan baik big Dog dan ini merupakan blog pro UMNO.
    Saya bukan cakap kosong.Hairan kenapa orang orang Melayu tidak oleh terima kritik.
    Saya mempunyai ramai kawan kawan sabagai ketua Bahagian UMNO.Puad Zakaria ,Ahmad Mazlan kawan baik saya.Cuba tanya mereka betul tak apa yang di cakap oleh Ghani.

    Orang Johore maseh tidor.Zaman dahulu di batu pahat ada Panglima Saleh yang berani melawan Cina Bintang Tiga.
    Sekarang UMNO ada panlima Ibrahim Ali.Malangnya dia pun sekarang ini macam cicek yang putus ekor,maseh mencari dimana ia hendak bertanding dalam pilehan raya akan datang.

    Ha ha ha sori beb.

    • Sdr Mustafa,

      Saya masih ragukan benar tidaknya apa yang anda kata. Dan tujuan anda mengatakan nya di sini.

      Siapa sahaja boleh mengaku di Internet kenal dia dan dia. Tapi ramai penjangak Pembangkang berbuat demikian bagi mengelirukan pembaca dan memasukkan jarum dakyah politik mereka. Biasa nya Cina DAP. Kebelakangan ini Melayu PKR pun ada. Bermacam muslihat mereka. PRU13 is touted as “the dirtiest election ever”.

      Kalau YAB Ghani ada mengata apa yang anda kata itu pun, saya fikir itu hanya untuk maaluman peribadi, secara sulit, bagi menaikkan semangat Ketua Bahagian dsbnya, tidak semestinya dengan sepenuh kepercayaan dia. Tapi saya ragukan benar tidaknya dia ada mengata begitu. Dan saya ragukan tujuan anda mengeluarkan kata kata begitu di media sosial saperti ini. Nampak saperti mahu melemahkan semangat Melayu dan UMNO.

      Oleh itu, saya fikir anda ada lah puak Pembangkang, menyamar sebagai orang UMNO atau Melayu yang kisahkan masa hadapan Melayu dan UMNO, menuntut kenal Ketua Bahagian itu ini, pada hal anda ada lah puak Pembangkang, mahu menipu secara halus dan menymar, dengan tujuan melemahkan semangat orang Melayu, UMNO dan BN.

      Jika benar begitu, anda ada lah maanusia yang paling terkeji. Di masa perang orang yang menyamar sebagai musuh akan di tembak terus mati. Di zaman Kesultanan Melayu Melaka, pengkhianat bangsa dan pengkhianat negara di heret ke tepi pantai, di jerumuskan muka tersembam di pasir, lubang bontotnya di sula dengan buluh tajam. Seperti yang patut di buat kapada Anwar. Oleh Saiful dll.

    • Mustafa,

      Bukan so’al tidak boleh terima kritik. So’al kemungkinan Melayu menjadi Pok Dogo atau Mat Jendul, “unwittingly promoting the interests of the non-Malays like DAP, trying to be clever, to show cleverness, not realizing that he is promoting the idea that the Opposition is putting a huge onslaught”.

      No, they are not huge, only a “sizeable” Opposition attempt in Johore. Negeri yang anda sendiri akui ada lah kubu UMNO dan BN selama ini.

      Bukan MCA dan Gerakan tidak membuat apa apa. Bukan semua Cina penyokong DAP dan PKR. Bukan Cina semuanya bersatu, sama fikiran, sama tujuan. Lihat sahaja pergaduhan sengit berlarutan di antara DAP Boo dan PKR Chua. Sehingga Lim Kit Siang tawarkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah. Dan Anwar mengumumkan nya. Sebagai cara menutup mulut dua pegaduh tegar itu dengan cara yang di harapkan mereka tidak merongot, memboikot dan mengsabotaj parti parti mereka di PRU13. Ini sebab sebenar Lim Kit Siang mahu bertanding di Gelang Patah, Bukan “di rancang semenjak 2008.”

      Bukan kah Chua ada di dalam rekod PRU12 sebagai orang yang mengsabotaj MCA dengan menutup Bilik Gerakan Bahagianya di 2008, dan mungkin melakukan demikian juga di 2013 sebab di ludah mukanya dek Anwar yang mengumumkan LKS bertanding di Johor yang dia Ketua PKR? Kenapa anda tak eksploitasi hal ini bertalu talu, hebohkan dan dakyahkan di seluruh pelesuk negeri itu jika anda betul betul kisahkan masa depan Melayu dan UMNO, tidak menyamar sebagai Melayu/UMNO?

      Jahat niat kamu. Jenis yang memutar belit, menyerong dan memesongkan fakta fakta seperti LKS bertanding di Gelang Patah sebagai bahana besar yang Melayu dan BN semua perlu angkat tangan dan menyerah diri.

      Langsung tidak ada apa apa yang menyemangatkan di komen komen anda. Hanya komen sebagai prophet of doom, mencuba melemahkan semangat Melayu, UMNO dan BN. Bedebah kamu. Kamu mencuba. Tapi aku yaakin tidak berjaya. Sebab Melayu, UMNO dan BN akan terus berusaha dengan gigih menjelang PRU13 ini.

  3. aisaone.com kata

    “In what many feel will be its biggest and riskiest election campaign in recent times, the DAP is said to be eyeing seven of the MCA’s eight parliamentary seats.”

    Kalau rakyat Johor sukakan DAP, mengapa di katakan “riskiest election campaign”?

    Mengapa harapkan hanya 7 dari 8 kerusi MCA?

    Dari situ, nampak lah mengarut mengatakan Ghani kata BN akan kalah semua 10 kerusi kawasan Cina di Johor.

    Setuju bahawa Mustafa ini menyamar, mahu melemahkan semangat Melayu, UMNO/BN. Jahat niat dia.

  4. Takut apa LKS? Soi Lek kata beliau adalah kad “Touch n Go” .

  5. Sdr.Hizan.
    DAP kata 6 atau 7 seats.ia akan merampas dari MCA.Bagaimana pula dengan PKR dan PAS.
    Tak payah hendak emotional.
    Sabelum pileharan raya ke 12,Tun Daim berkata 5 negeri ia itu Perak,Penang,Kedah,Selangor dan Kelantan akan jatoh kapada pembangkang.
    Pak Lah apabila di tanya pendapat Daim,dia berkata rubbish.
    Khairy pula berkata Pembangkang mimpi siang hari.

    • Dulu kamu dakwa YAB Ghani kata “semua kawasan bandar yang mempunyai majority pengundi Cina ,BN akan kalah.Anggarannya hampir 10 kerusi.” Sekarang kamu kata DAP nak tanding 6-7 pulak.

      PKR dan PAS ada nak tanding kawasan bandar ke? Mengapa tak beri tahu berapa dan di mana? Cakap hanya nak cuba naikkan imej Pembangkang ke?

      Apa yang Tun Daim kata semuanya betul ke? Kalau betul dulu, sekarang mesti betul juga ke? Setuju bahawa kamu mengarut.

      Apa tujuan kamu cakap tu semua, kamu tak mau kasi tahu. Dah banyak kali di korek bxxxxx kamu. Juga takda beri penjelasan bila YAB Ghani cakap, di mana, dan butir butir yang boleh menunjukkan kamu tidak temberang nak naikkan imeg puak Pembangkang saja.

      Kamu takda nafikan pun tuduhan bahawa kamu ni orang Pembangkang. Menyamar sebagai Melayu biasa, menagku kenal Ketua Bahagian itu ini. Tabi’at hodoh kamu nih.

  6. An open letter to all Malay and Chinese voters especially my voters from Gelang Patah

    Thank you all for awoken me up over the might of the “Cocky Arrogant Tokongs” whom you meant was Umno. Are you pretty sure that this Arrogant Tokongs could be defeated because of their arrogance?

    Thank you, anyway,  for making me feel good and elated because being arrogant is worst than of being the father of Tokong myself. Thus has released me from being The Grand Tokong of all. 

    Having our Brother Anwar Bin Ibrahim on the board is a burden. I was unhappy and discontented. He always supersede us in most of our political fronts. Mind you, he is our opposition leader in the Parliament.  Unfortunately or fortunately, he is, at the moment.  

    He is a dynamic and charismatic leader in PKR. My son and I are no match to Anwar. By the way, he has nourished us in our grand political interest and agenda. We cannot go without him to win victory over the Cocky Arrogant Tokongs, for that matter, to kick out the Barisan National Amistration from Putra Jaya.

    Do you know that, I am slaughtering my political neck contesting the     constituent of Gelang Patah. I did it because of my son and for my party Dap. The political tsunami overwhelmed the 2008 general election paraded that we have had gained power over the Northern States. Now, we are telling the voters in Johore that the Cocky Arrogant Tokongs of the Southern State will be defeated in Gelang Patah and many more seats contested will gain victory in Johor to follow.

    Since I walked out of Johor, the phrase “I shall return” proclaimed by Douglas MacArthur who was ordered by Roosevelt so that he would not be captured by the Japanese when the Philippine fell, the phrase has been ringing into my head ever since.

    As MacArthur said he would return to liberate the Philippines and so do I, to return to liberate Johor ordered by Mr. Lee Kuan Yew from The Cocky Arrogant Tokongs. Anyway, being born in Johor and Johorean myself, “I shall return” and promptly “I have returned” My return has been broadcasting nation wide.

    I knew the majority of the Chinese voters in Gelang Patah know that I am Johorean but I am not too sure about the Chinese political culture in Gelang Patah as yet. I have to be sincere, since my time as the member of Parliament and Adun for decades, I have not done much services to my constituencies. In fact, I am admirable as the opposition member bombing Umnos’ leadership in the honorable Parliament. In turn, Barisan National has been helping out the Chinese communities through MCA, anyway. For an example today, Najib announces an additional of RM3 millions allocation for Chong Hwa independent school in Kuantan. I just talked in Parliament.

    I am a veteran and founding member of DAP. I may be displaced in this contest but my legacy remains despite my track records of doing anything for my constituencies. More importantly and what counts, I have the blessing from Anwar who stands firmed with Dap’s stance on kalimah Allah. If Pas has to contest in Gelang Patah and won, it means more federal seats for Pas. Above all, there be a shift in the constituent of the majority Chinese voters of Gelang Patah pastoring to Pas. Having this precedence, I am not well prepared and anticipated. If this to happen, it be a political massacre to Dap’s grand agenda for making Malaysia a Malaysian Malaysia on a whole.

    As far as “Anwar and Sex” is concerned, it has been politically troublesome for PR’s campaigning efforts. It is insane though! but Papa Gomo is having a good time. He is killing Anwar to die slow politically. It seems that the video captured is not going to die off easily till the election day.  The way Papa Gomo presented the videos, it would get much contemplative attention and might sway the votes against PR. The videos presented are not direct pornography but they are more about the characteristics of Anwar’s the Prime Minister in waiting. More videos are coming to our radar screens and to be broadcasted over the networks soon.

    It is Dap’s dream to kick out the Umno’s Administration in Johor. I know very well about Johor. The Johor Chinese sets for rock and rolling but they have the passion for the music of Zapin and Keroncong also. They understand the meaning of womanizing but to one who likes 69 and 96 position is absolutely a no no.

    A ‘dream’ of Martin Luther King Jr who dreamt for freedom and equality fell shot by his death. Thus this PR’s dream of hope and political endurance may falls short because of Anwar’s creditability and integrity which are seriously in questions by the voters. This has a negative impact on me in winning Gelang Patah.

    I am not kidding

    Yours sincerely,
    Lim Kit Siang

    • Ingat undi DAP, bermakna undi KOMUNIS. Ingat dan sedarlah wahai bangsaku, saudara-saudaraku. Beri peringatan kepada yang lain. Inilah masa untuk kita bersatu dan lupakan perbezaan antara kita demi masa depan anak cucu kita.

  7. Dengar kata Sultan telah murka dengan MB Ghani dan tidak mahu berjumpa dengan Ghani.
    Susah lah ?Nampaknya Ghani sudah tidak akan jadi lagi mentei besar.
    Nama Khalid Nordin paling top.

    • Membohong tak habis habis le kamu, cakap tak senonoh. Aku pulak dengor Sultan murka kat DAP dan PKR asyik bergadfuh tak habis habis, mengusutkan keadaan harmoni di negeri Johor.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: