Tun Dr Mahathir: Kekalkan hubungan baik antara kaum & ‘kongsi-kuasa’ cara BN

Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad meminta warga Johor mengekalkan hubungan baik antara kaum dan kekalkan formula ‘kongsi-kuasa’ cara BN demi meneruskan agenda pembangunan dan transformasi. Beliau berucap dalam program Bicara Perdana di Muar, Johor.

“Apakah keadaan Muar ini sebelum dan setelah Merdeka? Bandingkan pembangunan yang dibawa Kerajaan BN. Rakyat Johor bijak memilih”.

Beliau mengupas sejarah DAP sebagai ‘anak PAP’ dan konsep ‘Malaysian, Malaysia’. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Cina kepada orang Melayu, kunun kunun semua peluang dalam negara ini hanyalah untuk orang Melayu semata mata.

“Apabila Singapura disingkirkan Persekutuan, agenda menghasut untuk menimbulkan kebencian orang Cina ini diteruskan oleh DAP. Kununnya kita (orang Melayu) menafikan hak mereka ( orang Cina); bahasa mereka, hak mereka, peluang perniagaan, sekolah mereka dan ugama mereka”.

Hakikatnya, ianya tidak benar malah sebenarnya pembohongan yang berniat jahat.

“Lihat seluruh negara ini. Orang Cina bebas berniaga dan mengumpul kekayaan. Orang Melayu sedia ber’kongsi kuasa’ dengan semua kaum dan berkongsi kekayaan. Ini formula kejayaan kita. Tapi DAP cuba membakar hati seolah olah orang Cina dinafikan hak dan ditindas”.

Presiden UMNO V itu menjelaskan bahawa walaupun orang Melayu merupakan golongan tidak berada paling besar dalam negara ini, tiada berlaku permusuhan diantara orang miskin dan kaya. Ini berlaku dibanyak negara termasuk Eropah, sehingga Raja dan Kerajaan digulingkan. Ini kerana orang Melayu tidak dibiarkan tanpa pertolongan dan pembangunan untuk menereka berterusan.

“Di Malaysia ini kita tolong orang miskin dan menghargai golongan yang kaya. Kita mahu orang kaya terus berusaha dan mereka yang cekap berniaga terus diberikan ruang, agar mereka boleh terus bayar cukai dan duit itu kita gunakan untuk bantu dan bangunkan orang miskin”.

Tun Dr Mahathir memberikan contoh Tan Sri Robert Kuok sebagai anak Johor yang diberikan lesen untuk mengimport dan berniaga gula dan tepung yang boleh berjaya, sehingga menjadi pemaju dan kemudian pemilik hotel. Ianya merupakan rahsia bagaimana orang Melayu yang menguasai pentadbiran menyediakan ruang untuk usahawan Cina maju, iaitu kerjasama perkongsian antara pentadbiran-perniagaan yang berjaya, iaitu formula Malaysian Inc.

“Ini semua Lim Kit Siang tidak mahu cerita. Dia hanya mahu membakar hati orang Cina. Ini dia mahu cuba pula di Johor ini. Dia tidak akan berjaya! Orang Johor tak boleh terima orang yang cuba mengugat kestabilan seperti ini!”

Beliau menjelaskan konsep ‘kongsi-kuasa’ yang memberikan peluang semua kaum diwakili dalam Kerajaan Persekutuan dan bersama sama merancang dan membuat keputusan. Ini merupakan kunci kejayaan dimana kestabilan dan kerjasama erat memberikan ruang untuk pembangunan pesat dijana. Pembangunan yang berterusan ini menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat.

“Semua orang tidak bermusuhan walaupun orang macam Lim Kit Siang membakar hari orang Cina. Sebaliknya, kestabilan memungkinan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan seluruh pelusuk negara, sehingga kita hampir mencapai taraf negara maju. Jika Lim Kit Siang berkuasa, dia tidak akan meneruskan dasar ini”.

Dalam program yang dihadiri oleh 10,000 warga Johor sekitar Muar dan Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman dan MP Muar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato’ Razali Ibrahim, Tun Dr. Mahathir memperincikan hasrat Pembangkang yang kunun kununnya ingin mengujudkan sistem ‘Dua Parti’. Namun, ianya sebenarnya  parti Pembangkang hanya dikuasai oleh pengamal nepotism.

“Kita sudah ada Sistem Dua Parti; Parti Kerajaan dan Pembangkang. Namun kita dah tukar lima kali Perdana Menteri. Mereka masih tidak ‘TUKAR’. Tukarlah mereka dahulu! Tukarlah Lim Kit Siang. Tukarlah Nik Aziz. Tukarlah Anwar Ibrahim. Bagi orang lain pula peluang, selain keluarga mereka sahaja!”.

Ucapan yang penuh bersemangat selama 1 jam ini dihayati penuh oleh semua yang hadir.

Published in: on April 7, 2013 at 21:25  Comments (6)