Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad meminta warga Johor mengekalkan hubungan baik antara kaum dan kekalkan formula ‘kongsi-kuasa’ cara BN demi meneruskan agenda pembangunan dan transformasi. Beliau berucap dalam program Bicara Perdana di Muar, Johor.
“Apakah keadaan Muar ini sebelum dan setelah Merdeka? Bandingkan pembangunan yang dibawa Kerajaan BN. Rakyat Johor bijak memilih”.
Beliau mengupas sejarah DAP sebagai ‘anak PAP’ dan konsep ‘Malaysian, Malaysia’. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Cina kepada orang Melayu, kunun kunun semua peluang dalam negara ini hanyalah untuk orang Melayu semata mata.
“Apabila Singapura disingkirkan Persekutuan, agenda menghasut untuk menimbulkan kebencian orang Cina ini diteruskan oleh DAP. Kununnya kita (orang Melayu) menafikan hak mereka ( orang Cina); bahasa mereka, hak mereka, peluang perniagaan, sekolah mereka dan ugama mereka”.
Hakikatnya, ianya tidak benar malah sebenarnya pembohongan yang berniat jahat.
“Lihat seluruh negara ini. Orang Cina bebas berniaga dan mengumpul kekayaan. Orang Melayu sedia ber’kongsi kuasa’ dengan semua kaum dan berkongsi kekayaan. Ini formula kejayaan kita. Tapi DAP cuba membakar hati seolah olah orang Cina dinafikan hak dan ditindas”.
Presiden UMNO V itu menjelaskan bahawa walaupun orang Melayu merupakan golongan tidak berada paling besar dalam negara ini, tiada berlaku permusuhan diantara orang miskin dan kaya. Ini berlaku dibanyak negara termasuk Eropah, sehingga Raja dan Kerajaan digulingkan. Ini kerana orang Melayu tidak dibiarkan tanpa pertolongan dan pembangunan untuk menereka berterusan.
“Di Malaysia ini kita tolong orang miskin dan menghargai golongan yang kaya. Kita mahu orang kaya terus berusaha dan mereka yang cekap berniaga terus diberikan ruang, agar mereka boleh terus bayar cukai dan duit itu kita gunakan untuk bantu dan bangunkan orang miskin”.
Tun Dr Mahathir memberikan contoh Tan Sri Robert Kuok sebagai anak Johor yang diberikan lesen untuk mengimport dan berniaga gula dan tepung yang boleh berjaya, sehingga menjadi pemaju dan kemudian pemilik hotel. Ianya merupakan rahsia bagaimana orang Melayu yang menguasai pentadbiran menyediakan ruang untuk usahawan Cina maju, iaitu kerjasama perkongsian antara pentadbiran-perniagaan yang berjaya, iaitu formula Malaysian Inc.
“Ini semua Lim Kit Siang tidak mahu cerita. Dia hanya mahu membakar hati orang Cina. Ini dia mahu cuba pula di Johor ini. Dia tidak akan berjaya! Orang Johor tak boleh terima orang yang cuba mengugat kestabilan seperti ini!”
Beliau menjelaskan konsep ‘kongsi-kuasa’ yang memberikan peluang semua kaum diwakili dalam Kerajaan Persekutuan dan bersama sama merancang dan membuat keputusan. Ini merupakan kunci kejayaan dimana kestabilan dan kerjasama erat memberikan ruang untuk pembangunan pesat dijana. Pembangunan yang berterusan ini menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat.
“Semua orang tidak bermusuhan walaupun orang macam Lim Kit Siang membakar hari orang Cina. Sebaliknya, kestabilan memungkinan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan seluruh pelusuk negara, sehingga kita hampir mencapai taraf negara maju. Jika Lim Kit Siang berkuasa, dia tidak akan meneruskan dasar ini”.
Dalam program yang dihadiri oleh 10,000 warga Johor sekitar Muar dan Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman dan MP Muar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato’ Razali Ibrahim, Tun Dr. Mahathir memperincikan hasrat Pembangkang yang kunun kununnya ingin mengujudkan sistem ‘Dua Parti’. Namun, ianya sebenarnya parti Pembangkang hanya dikuasai oleh pengamal nepotism.
“Kita sudah ada Sistem Dua Parti; Parti Kerajaan dan Pembangkang. Namun kita dah tukar lima kali Perdana Menteri. Mereka masih tidak ‘TUKAR’. Tukarlah mereka dahulu! Tukarlah Lim Kit Siang. Tukarlah Nik Aziz. Tukarlah Anwar Ibrahim. Bagi orang lain pula peluang, selain keluarga mereka sahaja!”.
Ucapan yang penuh bersemangat selama 1 jam ini dihayati penuh oleh semua yang hadir.
Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.
[…] Sumber: BigDogDotCom […]
[…] The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles…. […]
“Lihat seluruh negara ini. Orang Cina bebas berniaga dan mengumpul kekayaan. Orang Melayu sedia ber’kongsi kuasa’ dengan semua kaum dan berkongsi kekayaan. Ini formula kejayaan kita. Tapi DAP cuba membakar hati seolah olah orang Cina dinafikan hak dan ditindas”.
Saya harap masyarakat Malaysia khususnya pemuda-pemudi kita sedar bahawa DAP hanyalah alat kepada kesinambungan agenda Parti Komunis Malaya. Mereka rata-rata sebenarnya adalah penyokong dan anak cucu kepada golongan MIN YUEN yang menyokong dalam sembunyi perjuangan komunis. Kalah perang, mereka bersekongkol pula dengan PAP di Singapura untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara ini.
Apa yang Tun cakap di atas memang betul. Modal politik mereka hanyalah memainkan sentimen kemarahan orang Melayu terhadap kerajaan (“membakar hati”). Mereka sedar orang Melayu adalah golongan majoriti di Malaysia dan mereka adalah yang kedua paling ramai. Mereka juga arif cara terbaik untuk mengambil-alih kuasa dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti kita ialah melalui pendekatan “pecah dan perintah”. Sebab itulah selagi boleh mereka akan melaga-lagakan dan memecah-belahkan orang Melayu untuk mencapai objektif mereka. Berilah mereka apapun, mereka tidak akan berpuas hati sehinggalah mereka dapat memijak kepala orang Melayu dan menjadi ‘Tuan’ di negara ini.
Tidak boleh dinafikan bahawa manifesto Barisan National Pilihahan Raya Umum Ke-13 satu perencanan menitikberatkan kebajikan rakyat yang teratur lagi realistik menjurus kepada masa depan lebih baik dan terjamin. Ini pasti diakui Barisan National mampu menunaikanya.
Dibandingkan dengan manifesto PR hanya menentang harus interkoneksi ekonomi sejagat: harga minyak turun, tol hapus, harga kereta turun, pendidikan percuma (Hapus PTPTN) dan 150,000 rumah mampu milik. Tetapi manifesto PR hanya ‘manifesto’ sahaja kerana falsafah kira kira ekonomi dan idealogi politik dalam parti Pr, Dap dan Pas jauh berbeda dan tidak akan dapat kata sepakat lebih lagi dalam isu idealogi politik masing masing.
Dapat sekiranya renongkan bersama dan beri perhatian kepada matlamat politik perkauman yang diacarakan oleh Lim Kit Siang semenjak parti Dap ditubuhkan pada 18 March tahun 1965.
Dap didaftar dengan nama Parti Demokratik Sosialis. Pada tahun 1967 Dap telah membabi buta menyertai gabungan 55 parti Sosialis sedunia dengan atas nama Sosialis Antarabangsa. Satu pendekatan bahawa Dap dapat dikenali dengan serta merta sebagai parti Sosialis yang ada kesalinghubungan antarabangsa.
Sedangkan definisi Sosialisma yang diakui oleh Dap susah hendak ditakrifkan dan lagi samar-samar dan kabur apabila ditakrifkan oleh kumpulan ilmuwan yang mana definisi dan pendapat dan laku Dap terlalu berbeda dengan istilah itu.
Namun, Sosialisme ala Dap senang ditakrifkan. Dap mendakwa bahawa kononnya ia sebuah parti berbilang kaum tetapi sebenar ianya satu parti politik yang jelas dan terbukti bahawa dalam pemajuan Dap telah mengamal idealogi bersemangatkan kefahaman perkauman tega. Jesteru itu, Dap bermaharajalela dan terus membina jalan untuk keunggulan dan ketuanan kaum pelampau Cina semenjak ditubuhkan atas nama Demokrasi.
Jadual agung dan perjuangan socialisma ala Dap yang tersirat itu, sambil mengarah tenaga selama lebih 55 puluh tahun untuk mengumpul sokongan, hanya menunggu masa, untuk tercapainya satu tujuan muktamad dan mutlak Dap, yang sebenar benarnya ialah untuk menhapuskan kedudukan keistimewaan bangsa Melayu/Bumiputra, Agama Islam dan Raja-Raja yang telah termaktub dalam pelembagaan Negara, tahun 1957.
Terbuktinya, pada pertama kalinya parti Dap bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1969, Dap menentang habis habisan hak keistimewaan Melayu ternyatanya sampai sekarang. Article 153 yang termaktub dalam Pelembagaan Negara tidak disenangi oleh Dap.
Dari sudut idealogi Sosialisma ala Dap sentiasa bercanggah dengan Pelembagaan Negara. Socialisma ala Dap yang tersirat mengamalkan kepada tidak setujunya kepada semangat kebangsaan kemerdekaan Negara juga.
Slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang ditafsirkan oleh Dap adalah satu komitmen padu kepada kesesuaian kebebasan hanya untuk kaum pelampau Cina. Amalan demokratik dan realisme sosialis Dap juga dibentuk supaya terpisah daripada konsep 1 Malaysia yang mana Dap menenapikan sikap tolak ansur dan penerimaan.
Dap berpegang kepada prinsip dan dasar kesamarataan kaum beragama yang mana serta merta menolak Agama Islam sebagai Agama Pesekutuan. Keadilan bermakna untuk kemasyarakatan ekonomi Cina bahawa ianya akan terus berkekalan dan berkembang. Adalah tersirat dalam perjuangan Dap bahawa Dap akan bermati matian untuk mempetahankan supaya kuasa ekonomik Cina tidak tergugat dan seterusnya kuasa monopoli politik akan menjadi penentu untuk kesejahteraan ketuanan kaum pelampau Cina berkekalan.
Buka dada tanya selera.
[…] Johorean Chinese defied the confidence by the Johorean Malays of great under standing, working together and tight co-operation and inadvertently g… for a psychological ‘Chinese minority […]