Tun Dr. Mahathir: Apa hak mereka mengatakan UMNO kafir?

Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan mesej agar rakyat terus bijak memilih, demi meneruskan kesinambungan agenda pembangunan dan membawa negara ke tahap kemajuan. Ini juga merupakan agenda memartabatkan Islam.

“Negara Islam lain menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang maju. Bukannya Kelantan. Kalau kita nak tunjuk negara Islam yang telah membangun, janganlah tunjuk Kelantan sebagai contoh. Malu kita!”.

Beliau berucap di Pendang dalam lawatan kerja dua hari ke Kedah tengah. Semasa PRU 3 Mei 1969, Tun Dr Mahathir telah kalah kepada calon PAS.

“Apa yang mereka (PAS) mengatakan kita (UMNO) kafir? Kita lebih ramai dari mereka. Orang kita (UMNO) sembahyang, puasa, buat kerja haji dan keluarkan zakat. Apa hak mereka mengatakan kita kafir tanpa usul periksa?”.

Presiden UMNO V itu menjelaskan ada orang PAS seperti Zainon “Cikgu Non Al-Afghani” Ismail begity terpengaruh dengan dakyah songsang bahawa orang UMNO halal diperangi sehingga mengadakan percubaan membunuh beliau.

“Nampaknya PAS ini bukan nak tubuhkan negara Islam sebenarnya, tetapi nak tipu orang kampung untuk dapatkan kuasa”.

Beliau menyingkap bagaimana dalam tahun 60an, PAS melabelkan ‘UMNO Kafir’ kerana bekerjasama dengan Bukan Islam iaitu MCA dan MIC.

“Kita kerjasama dengan Bukan Islam untuk kebaikan. Mereka tidak menentang kita. Saya isytihar ‘Malaysia Negara Islam’ dalam mesyuarat agung Gerakan. Mereka tidak pernah menentang selepas perisytiharan itu dibuat”.

PAS berkerjasama dengan PKR, sebuah parti yang menyokong liberalism termasuk hak untuk mengadakan hubungan seks homoseksual dan orang Islam keluar dari aqidah dan DAP yang telah jelas menunjukkan sifat anti-Islam mereka.

“Dulu kata nak laksana ‘Hukum Hudud’. Bila Karpal Singh kata ‘Langkah Mayat Aku’. PAS mengenepikan ‘Hukum Hudud’ dan gugurkan perjuangan ‘Negara Islam’ untuk menjadi ‘Negara Berkebajikan’! Penipuan tidak boleh dikekalkan selamanya. Ramai pemimpin PAS sudah keluar sehingga kata ‘Undi PAS itu haram’. Itu bukan kita yang kata, itu mereka yang sedar dari pembohongan PAS yang kata”.

Beliau terus menyerang pembohongan PAS sehingga bertujuan memesongkan orang Islam.

“Nik Aziz berkata masa Nabi Muhamad lahir, baginda belum jadi Rasulullah lagi sedangkan baginda diangkat menjadi Rasulullah pada umur 40 tahun. Kenapa menyambut kelahiran Nabi Muhamad?”

Tun Dr Mahathir mengesa agar orang Melayu perlu bijak memilih parti yang mana mampu membawa pembangunan kepada Islam.

“Kita adakan pilihanraya untuk pilih kerajaan. Apa yang PAS buat setelah mereka dipilih?”

Published in: on April 13, 2013 at 12:03  Comments (9)