Tun Dr. Mahathir: Apa hak mereka mengatakan UMNO kafir?

Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan mesej agar rakyat terus bijak memilih, demi meneruskan kesinambungan agenda pembangunan dan membawa negara ke tahap kemajuan. Ini juga merupakan agenda memartabatkan Islam.

“Negara Islam lain menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang maju. Bukannya Kelantan. Kalau kita nak tunjuk negara Islam yang telah membangun, janganlah tunjuk Kelantan sebagai contoh. Malu kita!”.

Beliau berucap di Pendang dalam lawatan kerja dua hari ke Kedah tengah. Semasa PRU 3 Mei 1969, Tun Dr Mahathir telah kalah kepada calon PAS.

“Apa yang mereka (PAS) mengatakan kita (UMNO) kafir? Kita lebih ramai dari mereka. Orang kita (UMNO) sembahyang, puasa, buat kerja haji dan keluarkan zakat. Apa hak mereka mengatakan kita kafir tanpa usul periksa?”.

Presiden UMNO V itu menjelaskan ada orang PAS seperti Zainon “Cikgu Non Al-Afghani” Ismail begity terpengaruh dengan dakyah songsang bahawa orang UMNO halal diperangi sehingga mengadakan percubaan membunuh beliau.

“Nampaknya PAS ini bukan nak tubuhkan negara Islam sebenarnya, tetapi nak tipu orang kampung untuk dapatkan kuasa”.

Beliau menyingkap bagaimana dalam tahun 60an, PAS melabelkan ‘UMNO Kafir’ kerana bekerjasama dengan Bukan Islam iaitu MCA dan MIC.

“Kita kerjasama dengan Bukan Islam untuk kebaikan. Mereka tidak menentang kita. Saya isytihar ‘Malaysia Negara Islam’ dalam mesyuarat agung Gerakan. Mereka tidak pernah menentang selepas perisytiharan itu dibuat”.

PAS berkerjasama dengan PKR, sebuah parti yang menyokong liberalism termasuk hak untuk mengadakan hubungan seks homoseksual dan orang Islam keluar dari aqidah dan DAP yang telah jelas menunjukkan sifat anti-Islam mereka.

“Dulu kata nak laksana ‘Hukum Hudud’. Bila Karpal Singh kata ‘Langkah Mayat Aku’. PAS mengenepikan ‘Hukum Hudud’ dan gugurkan perjuangan ‘Negara Islam’ untuk menjadi ‘Negara Berkebajikan’! Penipuan tidak boleh dikekalkan selamanya. Ramai pemimpin PAS sudah keluar sehingga kata ‘Undi PAS itu haram’. Itu bukan kita yang kata, itu mereka yang sedar dari pembohongan PAS yang kata”.

Beliau terus menyerang pembohongan PAS sehingga bertujuan memesongkan orang Islam.

“Nik Aziz berkata masa Nabi Muhamad lahir, baginda belum jadi Rasulullah lagi sedangkan baginda diangkat menjadi Rasulullah pada umur 40 tahun. Kenapa menyambut kelahiran Nabi Muhamad?”

Tun Dr Mahathir mengesa agar orang Melayu perlu bijak memilih parti yang mana mampu membawa pembangunan kepada Islam.

“Kita adakan pilihanraya untuk pilih kerajaan. Apa yang PAS buat setelah mereka dipilih?”

Published in: on April 13, 2013 at 12:03  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/04/13/tun-dr-mahathir-apa-hak-mereka-mengatakan-umno-kafir/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 CommentsLeave a comment

  1. tun m for once please be honest to yourself, pas , umno and others are all in politics, remember…………….

    • PAS has been honest all along?
      Menegakkan negara Islam, melaksanakan Hudud. Undi PAS masuk syurga.
      Kena gertak sedikit, tukar negara kebajikan.
      Who is more honest?

    • Tun Dr M has been honest for a long time, much to the displeasure of DAP and PAS.

    • For once please be honest to YOURSELF. Indeed PAS, UMNO and others are in politics but it is only PAS which is using the religion as a tool in their political agenda. They spread rumours and releases fatwa that UMNO is anti islam and THEY are Islam. THEY are a political party. They dont represent Islam. That is misleading. This you have got to remember

  2. sebabnya tun, mereka ni adalah golongan KHAWARIJ, golongan yg suka mengkafirkan orang. pas=KHAWARIJ, selagi amanah haji tidak ditarik balik. namun nampaknya amanah tersebut kembali kpd mereka sendiri. allah maha adil

  3. […] The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles…. […]

  4. Malang nya di dunia Malaysia ini ia lah ada ramai mereka yang tidak dalam pengtahuannya dalam agama, tidak luas pandangannya terhadap agama Islam atau agama apa pun. Pok Man, Pok Do dll di kampong, malahan di sekitar bandar pun, biasanya ikut sahaja apa yang di katakan orang seperti Nik Aziz. Atau siapa lain yang pakai pangkat Tok Guru, Ustaz, berserban, berjubah, dan berketayap putih.

    Maka mereka yang mengaku dirinya Tok Guru, Ustaz dan sepertinya aktif dalam politik, ada yang menggunakan agama Islam bagi mendakyahkan politik mereka. Gila, menjanjikan Syurga kapada yang mengikut mereka dan mengkafirkan mereka yang tidak.

    Di sebut mereka ayat Qur’an dan Hadith. Tak tahu tepat tidaknya atau sahih tidak Hadithnya. Tiada siapa yang hafal Hadith dengan banyak. Bukhari mengumpul lk 600,000 Hadith, menghafal lk 200,000, dalam Kitabnya di sebut tak sampai 6,000 sahaja, tetapi tidak bermakna yang lain itu bukan Hadith. Jadi, siapa sahaja yang niat jahat boleh menyebut Hadith itu ini bagi menyesuaikan dakyah mereka dan hadzirin tidak dapat menyo’al kesahihannya.

    PAS mahukan Hudud tetapi tidak dapat memuaskan hati rakyat Malaysia bahawa Hudud itu boleh di praktikkan di masyarakat berbilang kaum dan agama dengan sempurna. Rakan sekatil mereka DAP pun bermati-matian membantah membangkang Hudud. Bahaya jika mereka yang kafir mengkafir, menjanjikan Syurga dsbnya itu di biarkan terus memegang kuasa atau di benarkan sampai ke Putrajaya. Silap silap jadi Taliban kita padahnya.

  5. […] enam tahun sebelumnya dan terlahirnya Persekutuan Tanah Melayu) mengorak setingkat lagi selepas mula mengafirkan orang Melayu-Islam dikalangan ahli UMNO pada tahun 60an dan menghalalkan orang UMNO-Islam diperangi (Amanat Haji Hadi Oktober […]

  6. […] enam tahun sebelumnya dan terlahirnya Persekutuan Tanah Melayu) mengorak setingkat lagi selepas mula mengafirkan orang Melayu-Islam dikalangan ahli UMNO pada tahun 60an dan menghalalkan orang UMNO-Islam diperangi (Amanat Haji Hadi Oktober […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: