Mukhriz: Pembangkang dibantu ‘kuasa asing’ untuk gagalkan Wasatiyah PM Najib

Dato' Paduka Mukhriz Mahathir di PDM Permatang Paku

Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir di PDM Permatang Paku

Calon BN bagi kerusi N04 Ayer Hitam Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir menjelaskan pada pengundi di Parlimen P005 Jerlun bahawa ‘kuasa asing’ memberi Pembangkang dana dan bantuan kewangan.

“Campurtangan asing ini sebenarnya agenda menggagalkan agenda ‘Wasatiyah’ Perdana Menteri Dato’ Srì Mohd. Najib Tun Razak dengan memberi wang kepada Pembangkang melalui NGO NGO mereka atas alasan demokrasi”.

Beliau mempersoalkan mengapa sekiranya atas alasan ‘demokrasi’ dan membangunkannya, dana hanya disalurkan kepada parti parti Pembangkang dan tidak kepada parti Pemerintah. Majlis ringkas ini diadakan di Pusat Daerah Mengundi Permatang Paku, dekat pekan Ayer Hitam, Kedah.

“Ini adalah usaha terancang untuk menyemarakkan agenda tertentu yang bertentangan prinsip Islam dan melemahkan jatidiri orang Melayu seperti LGBT, proses memurtadkan orang Melayu dan menentang hak hak istimewa orang Melayu. Nama seperti Penyangak Matawang George Soros merupakan pembiaya agenda berniat jahat ini”.

Mantan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengingatkan hadirin bahawa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib merupakan juara ‘Wasatiyah’ (Moderate Muslim) di arena antarabangsa dan mendapat pengiktirafan global, samada dikalangan masyarakat Islam antarabangsa atau kuasa kuasa besar. Ini menggugatkan agenda mereka untuk menguasai rantau ini sekiranya jatidiri orang Melayu tidak berjaya dipesongkan.

“Sekarang ini kita mula lihat bertapa anasir Syiah yang dijuarai pemimpin PAS seperti Mat Sabu mula mengambil tempat dalam masyarakat kita di Kedah ini. Ini bertentangan dengan aqidah dan amalan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sudah berlaku keadaan dimana jenazah pengamal Syiah diambil oleh dikalangan mereka untuk dikebumikan dan tidak menghormati keluarga. Ini bukan saya yang kata, ini Tok Tok Guru Pondok yang kata”.

Ada antara pengamal ajaran Syiah yang ekstrim ialah mempercayai Al Quran mengandungi 17,000 ayat (berbanding 6,666 ayat dalam Al Quran sebagaimana yang diamalkan), menggunakan bahasa bahasa kesat dan menghina kepada Khalifah Ar Rashidin dan ketaksuban memuja Khalifah Saidina Ali Ibni Abu Talib dan keluarga beliau.

Ada pula yang tidak menerima bahawa Nabi Muhammad S.A.W. merupakan Rasul terakhir. Ini adalah antara bukti bahawa ajaran Syiah adalah terpesong. Syiah juga mengajar penganut mereka bersifat militan dan menentang kuasa, walaupun penguasa itu dikalangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Published in: on April 22, 2013 at 16:15  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/04/22/mukhriz-pembangkang-dibantu-kuasa-asing-untuk-gagalkan-wasatiyah-najib/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: