Muhyiddin: BN nak ambil alih Kedah kerana PAS gagal

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd. Yassin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd. Yassin berucap semasa melancarkan Pusat Sukan Jerlun, 23 April 2013

“Kita mahu ambil balik pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kembali dari PAS kerana mereka lemah, gagal, tidak cekap mentadbir, boros, tidak membawa pembangunan dan tidak menepati janji”.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berucap semasa Majlis Pelancaran Pusat Sukan Jerlun. Turut hadir ialah calon BN bagi N04 Ayer Hitam Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir, calon BN bagi P005 Jerlun Dato’ Osman Aziz dan calon BN bagi kerusi N03 Kota Siputeh dan Ketua Bahagian UMNO Jerlun Dato’ Abu Hassan Shariff.

“Kalau kita nak bagi markah, ‘E Minus’ saja  lah. Apa makna ‘E Minus’ itu? Gagallah! PAS di Kedah ini gagal!”

Beliau menjelas bahawa BN mampu meneruskan agenda Pembangunan yang mengutamakan rakyat. BN telah terbukti kerana berjaya dalam usaha menyediakan infrastruktur yang baik, asas pembangunan bagi menjana sosio-ekonomi yang kukuh dan inisiatif untuk merancakkan ekonomi agar pertumbuhan yang dijangka terus berlaku.

“Lima tahun akan datang ini amat genting. Kita perlu kembali bertungkus lumus untuk laksana dasar Visi 2020, bagi mencapai taraf negara maju. Rekod pencapaian kita membuktikan kita mampu laksana apa yang kita rancang dan menepati semua janji janji kita”.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Bn Kedah Mukhriz Mahathir, Pengerusi Perhubungan BN Kedah Ahmad Bashah

Timbalan Pengerusi Perhubungan Bn Kedah Mukhriz Mahathir, Pengerusi Perhubungan BN Kedah Ahmad Bashah dan Pengerusi BN Malaysia Muhyiddin Mohd. Yassin di Jerlun, Kedah pada 23 April 2013

Timbalan Presiden UMNO itu menjelaskan BN amat serious untuk mendapatkan mandat dari rakyat dan bertanding disemua kerusi Parlimen (kecuali Pasir Mas, dimana calon BN tidak menghantar borang pencalonan disaat akhir) dan kerusi Dewan Undangan Negeri. Mandat ini akan dijadikan modal kuasa untuk menentukan perancangan dimantapkan semula dan meneruskan agenda pembangunan dan transformasi.

“Mana dia ‘Membangun Bersama Islam’ mereka? Nak tubuh ‘Kerajaan Islam’ tapi bila DAP kata ‘Langkah mayat aku dulu’, berubah pula kepada ‘Negara Berkebajikan’. PAS ini pembohong!”

Tan Sri Muhyiddin menyelar PAS yang dahulu dahulunya ingin menubuh ‘Kerajaan Islam berlandaskan Al Quran dan Hadiths’, kini tergamak berkerjasama dengan DAP yang terbukti bersifat anti-Islam.

“PAS ini cuba menyesatkan orang Islam. Kini Nik Aziz mengatakan amalan orang UMNO tidak mendapat pahala. Siapa dia untuk menentukan soal ganjaran pahala ini? Ini bertentangan dengan syariat Islam”

Published in: on April 23, 2013 at 10:37  Comments (13)