Muhyiddin: BN nak ambil alih Kedah kerana PAS gagal

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd. Yassin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd. Yassin berucap semasa melancarkan Pusat Sukan Jerlun, 23 April 2013

“Kita mahu ambil balik pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kembali dari PAS kerana mereka lemah, gagal, tidak cekap mentadbir, boros, tidak membawa pembangunan dan tidak menepati janji”.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berucap semasa Majlis Pelancaran Pusat Sukan Jerlun. Turut hadir ialah calon BN bagi N04 Ayer Hitam Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir, calon BN bagi P005 Jerlun Dato’ Osman Aziz dan calon BN bagi kerusi N03 Kota Siputeh dan Ketua Bahagian UMNO Jerlun Dato’ Abu Hassan Shariff.

“Kalau kita nak bagi markah, ‘E Minus’ saja  lah. Apa makna ‘E Minus’ itu? Gagallah! PAS di Kedah ini gagal!”

Beliau menjelas bahawa BN mampu meneruskan agenda Pembangunan yang mengutamakan rakyat. BN telah terbukti kerana berjaya dalam usaha menyediakan infrastruktur yang baik, asas pembangunan bagi menjana sosio-ekonomi yang kukuh dan inisiatif untuk merancakkan ekonomi agar pertumbuhan yang dijangka terus berlaku.

“Lima tahun akan datang ini amat genting. Kita perlu kembali bertungkus lumus untuk laksana dasar Visi 2020, bagi mencapai taraf negara maju. Rekod pencapaian kita membuktikan kita mampu laksana apa yang kita rancang dan menepati semua janji janji kita”.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Bn Kedah Mukhriz Mahathir, Pengerusi Perhubungan BN Kedah Ahmad Bashah

Timbalan Pengerusi Perhubungan Bn Kedah Mukhriz Mahathir, Pengerusi Perhubungan BN Kedah Ahmad Bashah dan Pengerusi BN Malaysia Muhyiddin Mohd. Yassin di Jerlun, Kedah pada 23 April 2013

Timbalan Presiden UMNO itu menjelaskan BN amat serious untuk mendapatkan mandat dari rakyat dan bertanding disemua kerusi Parlimen (kecuali Pasir Mas, dimana calon BN tidak menghantar borang pencalonan disaat akhir) dan kerusi Dewan Undangan Negeri. Mandat ini akan dijadikan modal kuasa untuk menentukan perancangan dimantapkan semula dan meneruskan agenda pembangunan dan transformasi.

“Mana dia ‘Membangun Bersama Islam’ mereka? Nak tubuh ‘Kerajaan Islam’ tapi bila DAP kata ‘Langkah mayat aku dulu’, berubah pula kepada ‘Negara Berkebajikan’. PAS ini pembohong!”

Tan Sri Muhyiddin menyelar PAS yang dahulu dahulunya ingin menubuh ‘Kerajaan Islam berlandaskan Al Quran dan Hadiths’, kini tergamak berkerjasama dengan DAP yang terbukti bersifat anti-Islam.

“PAS ini cuba menyesatkan orang Islam. Kini Nik Aziz mengatakan amalan orang UMNO tidak mendapat pahala. Siapa dia untuk menentukan soal ganjaran pahala ini? Ini bertentangan dengan syariat Islam”

Published in: on April 23, 2013 at 10:37  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/04/23/muhyiddin-bn-nak-ambil-alih-kedah-kerana-pas-gagal/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. Jikalau Mu kata Pas itu hendak Negara ini menjadi Negara Islam, Dap dan Pkr menentang….. itu baik… Undilah Pas dan pangkah Pas.

    Jika Pas mahu laksanakan undang hurdud,  Dap dan Pkr  menentang… itu baik… Undilah Pas dan pangkah Pas.

    Pas mengkafirkan Umno (orang Umno beragama Islam Dan Melayu) dan Dap dan Pkr ikut sama itu baik…. Undilah Pas dan pangkah Pas.

    Pas mendoakan hancurkan Umno, tumbangkan BN, Dap dan Pkr menyokong doa itu ….itu baik…..undilah Pas dan pangkah Pas.

    Pada mula Pas turut sama membenarkan kalimah Allah diguna pakai dalam Bible berbahasa Melayu yang utuskan oleh Dap dan Pkr…itu baik…… Undilah Pas dan pangkah Pas.

    Pas Mengeluarkan fatwa, solat orang Umno itu tak sah, Pkr dan Dap berdiam diri….itu baik …….undilah Pas dan pangkah Pas.

    Mustapha Ali setia agung Pas dan Anwar Ibrahim ketua pembangkang Pakatan Rakyat menjadi pelakun utama dalam drama pendek baru ini mengatakan pelakun utama bukan mereka dan Itu fitnah belaka……. Undilah Pas dan pangkah Pas.

    • Guano mung? Apa sajo PR buat tu betul?

      Pangkah PAS tu bermakna jangan undi PAS dok? Mace di sekoloh, hok yang kena pangkoh tu tak betul deh?

      Jadi, pangkoh BN le wei. BN yang betul.

  2. […] The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles…. […]

  3. Macam mana PAS nak berjaya di Kedah. Asyik bergaduh saja. Puak MB Azizan dan puak Exco Pahrolrazi. Penghabisnya, DAP sorang wakil saja pun dapat pengaruh besar. Tanah Rizab Melayu pun di majukan, dibenarkan jual 40% kpd bukan Melayu. Apa nih?

    Dahtu kena ugut saman dek Karpal Singh keputusan haramkan pusat hiburan di bulan puasa, berterabur PAS pusat pun mesyuarat, pastu pusing U keputusan itu. Di ketawkan dek pkerja pekerja perkhidmatan awam Kedah.

    Dah tak cukup duit nak tadbir negeri, tokek hutan simpanan sampai kawasan takungan air pun habis. Macam mana nak berjaya mentadbir Kedah. Heboh sana sini kena kritik, kena keji. Dapat balik kpd BN rasanya di PRU13 ni.

  4. Saya baca PAS Kedah nak bayar gaji pekerja pekerja Kerajaan Kedah pun tak cukup duit. Kalau negeri banyak hasil, di perintah dengan baik, boleh di beri pinjaman wang. Tapi asyik bergaduh MB Azizan dengan Pakraolrai, macam mana nak perintah dengan baik, macam mana orang nak percaya.

    Pahal pun Kerjaan negeri nak pinjam wang kena ada jaminan Kerajaan pusat, ye tak? Atau pihak peminjam perlukan jaminan tu. Mana boleh beri jaminan memerintah macam tu.

    Kalau di undi lagi pun, Azizan akan terus merintah. Kalau Nik Aziz boleh mengharap jadi MB sampai dia mati di Kelantan, kenapa dia tak boleh, Azizan tentu tanya. Dan Pahrolrazi akan ada di Exco juga lagi. Ingat, dulu bergaduh besar, PAS Pusat arahkan Pahrolrazi di ambil semula.

    Mesti ubah Kedah kpd BN. Kesian rakyat Kedah di buat PAS.

  5. Saya tak pernah terbaca pun apa apa senarai kejayaan PAS selama 5 tahun merintah Kedah ni. Mungkin sebab tak ada kejayaan.

    Cuba lah sesiapa yang tahu tuliskan apa projek besar yang PAS buat.

    Yang saya terbaca ia lah tanah di bandar Alo Star yang ada surau berumur lebih 100 tahun depa buang surau tu, jadikan tanah tu pusat beli belah.

    Macam tu, memang kena mabil semula lah Kedah dari PAS.

    • Dicalonkan Mukhriz di Ayer Hitam atas pilihannya sendiri dengan congakan untuk menjadi MB sekiranya dia menang dan BN menang di Kedah. Lebih mudah untuk BN menang di Kedah tapi cukup sukar untuk Mukhriz menang di Ayer Hitam. Mukhriz bukan sahaja perlu berhadapan dengan parti lawan tetapi juga saingan dalam BN sendiri. Pada PRU-12, dikatakan pengundi Cina (MCA dan Gerakan) di sana tidak memberikan undi kepada Mukhriz. Mukhriz perlu menangani tiga cabar itu dengan berhati-hati untuk memastikan bintangnya terus menyinar dalam politik negara.

      Jika BN menang tetapi Mukhriz tewas, BN sendiri berdepan krisis untuk menentukan penyandang MB.

      • Maklumat dari mana yang anda gunakan bagi mengeluarkan pendapat anda? Kalau dari berita akhbar, sila lah beri tahu apa, bila, di mana dsbnya.

        Kalau dari Harakah, Roket atau Suara Keadilan, tak payah jawab pun tak apa lah.

  6. Secara ringkas, sy kenal rpt dua (ex) ADUN di Kedah tu dan tahu la jugak sedikit sebanyak ttg Kedah. Secara amnya, mmg betul di bawah PAS, there is nothing much fanfare going in in Kedah. Semasa BN prior to that, they did fumble here and there. I know in details what the blunders were. However, I’d say this in fairness, they are MILD by my standards. BN did try to bring in devmnt there. Some projts failed but so what. There was good intention on the part of BN which deserve credit. BN did not deserve to lose in 0308.

    • Good to hear those, bro. I believe BN will win Kedah 513.

      • InsyaAllah.

    • Takbir!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: