Pencapaian A+ & penambahan ahli UMNO kerana bosan pembohongan PAS

Akhbar bahasa Cina Kwong Wah memberikan Mukhriz A+

Akhbar bahasa Cina Kwong Wah memberikan Mukhriz A+

Rekod membatasi Janji DiTepati telah dirakamkan. Calon Barisan Nasional bagi N04 Ayer Hitam Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir diberikan pencapaian A+ oleh akhbar bahasa Cina Kwong Wah atas keberkesanan beliau menjadi Ahli Parlimen Jerlun sepanjang lima tahun perkhidmatan.

Pengundi Cina di Ayer Hitam puas hati prestasi Mukhriz, beri markah A+

JERLUN 29 April – Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan rasa gembira dengan sokongan padu masyarakat Cina Ayer Hitam di sini dan berharap dizahirkan melalui undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut Mukhriz, markah A+ yang diberikan sebagai penilaian kepada prestasi perkhidmatan beliau kepada anggota masyarakat selama ini sangat bermakna kepadanya, sekali gus mendorong beliau untuk terus bekerja keras membantu mereka.

“Saya mendapat laporan daripada sebuah akhbar berbahasa Cina tentang pengundi Tionghua di kawasan ini berpuas hati dengan gerak kerja saya dan memberikan markah A+.

“Ini sangat membanggakan dan memberikan dorongan kepada saya untuk meningkatkan perkhidmatan di kawasan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika melawat peniaga dan pengunjung di Pekan Sehari Padang Sera Ayer Hitam di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi BN Kedah berkata, strategi gerak kerja Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh berkempen ini dilihat berjaya meningkatkan sokongan anggota masyarakat kepada parti.

“Pendekatan calon-calon BN yang fleksibel memberikan kelebihan berbanding dengan calon pakatan pembangkang. Walaupun kita mempunyai strategi yang dirancang sendiri sebelum ini, namun atas permintaan pengundi kita mengubahsuaikan.

“Sebagai contoh ketika melakukan walkabout di sini, pelbagai maklumat saya dapat daripada penduduk dan peniaga yang mana sumber ini akan digunakan untuk tindakan,” katanya.

Beliau turut berjanji untuk menyelesaikan pelbagai masalah membabitkan peniaga pekan sehari di kawasan tersebut yang gagal diselesaikan kerajaan negeri.

“Hasrat kita adalah untuk memastikan peniaga selesa berniaga di situ dan pembeli pun selesa.

“Itu termasuk masalah berkaitan dengan majlis daerah. Kita akan sama-sama berbincang mencari penyelesaian termasuk kehadiran pekan sehari di tepi-tepi jalan yang diarahkan oleh pihak majlis untuk tutup walaupun sudah sinonim dengan kawasan ini dan peniaganya telah lama berniaga di situ,” katanya.

***********

Walaupun beliau tidak mendapat sokongan Kerajaan Negeri Kedah, yang diwakili oleh Abdul Ghani Ahmad selaku ADUN Ayer Hitam dan Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Kedah, namun pembangunan yang diusahakan bagi masyarakat Jerlun adalah membanggakan.

Keyakinan yang diberikan masyarakat Jerlun atas pencapaian ini memungkinkan beliau bertanding di DUN Ayer Hitam walaupun pada PRU12 Mac 2008, ianya merupakan milik kerusi PAS.

Penyerahan borang ahli PAS untuk menyertai UMNO di Kg Matang Kong Bawah

Penyerahan borang ahli PAS untuk menyertai UMNO di Kg Matang Kong Bawah

Keyakinan ini dikukuhkan lagi apabila lebih ramai ahli parti Pembangkang meninggalkan perjuangan mereka untuk menyertai UMNO. Terbaru ialah di Kg Matang Kong apabila 53 ahli PAS menyerahkan borang untuk meyertai UMNO dalam satu majlis serba ringkas.

Sebelum itu, penyerahan borang yang sama di Matang Bonglai.

Jelas bahawa masyarakat Kedah sudah bosan kerana tiada kemajuan dan pembangunan malah sebaliknya mereka sering dibohongi pemimpin PAS. Isu seperti pembalakan berleluasa di kawasan Tasik Pedu dan Gunung Inas, skandal kewangan KUIN, soal tanah waqaf Madrasah Al Salihiah dan pembohongan pembinaan 12 masjid sekitar Kedah yang diusahakan dan dibiaya oleh Kerajaan Persekutuan.

Siri skandal kewangan KUIN memaparkan bukan sahaja pengurusan Kerajaan Negeri keatas sebuah institiusi pengajian tinggi lemah, malah kecuaian mendedahkan KUIN diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak. KUIN juga telah menyalurkan keluar duit sebanyak RM 12 juta melalui sebuah anak syarikat bagi tujuan bukan untuk urusan dan kepentingan KUIN.

Dalam kad laporan Kerajaan Negeri Kedah ‘Sayangi Kedah Sejahtera’, PAS Kedah mengaku membina 12 buah masjid baru sekitar Kedah walaupun projek ini diusahakan dan dibiaya penuh oleh Kerajaan Persekutuan, melalui peruntukan khas Perdana Menteri Malaysia. Masjid yang secara purata bernilai RM 2-3 juta ini tidak langsung menerima apa apa imbuhan kewangan dari Kerajaan Negeri Kedah dalam apa bentuk sekalipun.

Kini ‘angin perubahan’ menjadi tata-selera majoriti pengundi.

Published in: on April 30, 2013 at 16:00  Comments (3)