Mukhriz: Mat Sabu buat wajar kenyataan mengenai dakwaan Syiah

Dato' Mukhriz Mahathir dalam majlis penyerahan rumah PPRT di Kg Teluk Tui

Calon N04 Ayer Hitam Dato’ Mukhriz Mahathir dan P005 Jerlun Dato’ Othman Aziz dalam majlis penyerahan rumah PPRT di Kg Teluk Tui

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir mencabar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk tampil dan menjelaskan secara ikhlas dan telus mengenai penglibatan beliau dalam fahaman Syiah sebagaimana yang begitu banyak diperkatakan ramai orang, termasuk ahli ahli PAS sendiri.

“Kita ahli Sunnah Wal Jamaah. Kefahaman dan amalan kita berbeza dengan fahaman Syiah. Ramai Tok Tok Guru pondok begitu kuat menentang fahaman Syiah yang mereka sifatkan keluar dari landasan dan ajaran Islam. Kita nak tahu sekiranya benar Mat Sabu memegang fahaman ini”.

Menurut Timbalan Pengerusi BN Kedah itu, PAS mendakwa perjuangan mereka adalah atas landasan Al Quran dan Sunnah.

“Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS yang dipilih ahli. Mereka mesti mahu mengetahui Mat Sabu sudah secara fahamannya tidak bersama mereka lagi”.

Utusan Malaysia hari ini memaparkan artikel mengenai seorang ulama terkenal dari Kelantan Abdullah Saamah menyelar fahaman Syiah dan usaha menyebarkan fahaman itu di Malaysia dewasa ini.

Pemimpin pembangkang sebar Syiah?

Abdullah Saamah

ALOR SETAR 30 April – Tokoh ulama terkenal, Abdullah Saamah melahirkan kebimbangan dengan penularan fahaman Syiah dalam kalangan umat Islam di Malaysia kebelakangan ini.

Beliau yang juga pengasas Pondok Geting Tumpat, Kelantan berkata, fahaman itu jika tidak dibendung mampu merosakkan akidah umat Islam terutama mereka yang taksub dengan sesebuah parti.

Beliau percaya, beberapa pemimpin dalam Pas mempunyai ciri-ciri sebagai pengamal fahaman tersebut yang menyesatkan umat Islam.

“Fahaman ini bahaya besar kepada Islam dan negara ini. Islam akan hancur. Agama adalah tiket kita untuk ke syurga kalau nak pergi ke syurga tetapi tiket kita rosak maka rosaklah.

“Jadi jangan sampai biarkan pemimpin seumpama ini merosakkan tiket kita untuk ke syurga. Namun apa yang merisaukan ada di kalangan mereka ini telan mentah-mentah semua ini kerana menjadi taksub dengan parti dan pemimpin tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di sini hari ini.

Abdullah mendedahkan, antara bukti amalan Syiah itu adalah terdapat pemimpin pembangkang secara sembunyi-sembunyi mengamalkan nikah mutaah dan menyimpan batu karbala yang digunakan jika bersolat sendirian.

Selain itu, katanya, pemimpin berfahaman Syiah juga menolak penyatuan dengan UMNO memandangkan parti ini berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.

Menurutnya, kesesatan Syiah kerana mengatakan bahawa para sahabat Nabi SAW adalah kafir dan hanya menerima Saidina Ali r.a.

“Mereka ini zalim apabila mengambil hak para sahabat Nabi seperti itu dan demikian pemimpin seperti ini harus ditolak kerana mampu menghancurkan Islam,” katanya.

Beliau berharap, umat Islam membuat pertimbangan wajar sebelum memilih pemimpin dalam kalangan parti tersebut terutama ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20130501/po_22/Pemimpin-pembangkang-sebar-Syiah?#ixzz2S1d7wrUm
© Utusan Melayu (M) Bhd

****************

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah berkali kali didakwa menganut fahaman Syiah. Ini merupakan antara sebab utama beliau bertanding di Parlimen P11 Pendang. Dikalangan masyarakat Melayu Kedah, Pendang terkenal sebagai pusat fahaman Syiah.

Ramai Tok Tok Guru Pondok sekitar Kedah menyelar PAS sebagai tidak Islamik kerana isu isu seperti kerjasama politik dengan DAP yang nyata anti-Islam, ‘Kalimah Allah’ dan penularan fahaman Syiah, terutama dikalangan ahli dan pemimpin PAS. Dikalangan ulama Sekolah Sekolah Pondok ini, mereka menyifatkan fahaman Syiah terkeluar dari ajaran Islam kerana sikap militan mereka menghina Khalifah Ar-Rashidin dan mempercayai Al Quran versi fahaman Syiah terkandung 17,000 ayat.

Apabila diminta untuk mengulas kenyataan Presiden PAS Dato Seri Hj Hadi Awang mengenai “Isu Hudud dan Negara Islam hanya merupakan 5% perbezaan dalam Pakatan Pembangkang”, calon BN bagi DUN Ayer Hitam menyelar Pembangkang berkali kali cuba membohongi rakyat kerana mereka tidak boleh sepakat atas isu dasar perjuangan yang jelas bercanggah.

“Itu isu pokok. Isu dasar perjuangan asas mereka. Jelas mereka tidak boleh bersefahaman dengan isu dasar perjuangan mereka pun. Macamana mereka mahu mentadbir dengan baik”.

Beliau menjelaskan kesemua 13 parti komponen dalam BN menyelesaikan isu isu dasar dengan penuh kefahaman, semangat rundingan, toleransi, penerimaan yang baik dan kerjasama yang kukuh.

“Dalam BN, kita tak pernah mencurigai antara satu dengan lain. Kerjasama kita telah terbukti selama ini”.

Published in: on May 1, 2013 at 14:00  Comments (5)