Mukhriz: Mat Sabu buat wajar kenyataan mengenai dakwaan Syiah

Dato' Mukhriz Mahathir dalam majlis penyerahan rumah PPRT di Kg Teluk Tui

Calon N04 Ayer Hitam Dato’ Mukhriz Mahathir dan P005 Jerlun Dato’ Othman Aziz dalam majlis penyerahan rumah PPRT di Kg Teluk Tui

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir mencabar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk tampil dan menjelaskan secara ikhlas dan telus mengenai penglibatan beliau dalam fahaman Syiah sebagaimana yang begitu banyak diperkatakan ramai orang, termasuk ahli ahli PAS sendiri.

“Kita ahli Sunnah Wal Jamaah. Kefahaman dan amalan kita berbeza dengan fahaman Syiah. Ramai Tok Tok Guru pondok begitu kuat menentang fahaman Syiah yang mereka sifatkan keluar dari landasan dan ajaran Islam. Kita nak tahu sekiranya benar Mat Sabu memegang fahaman ini”.

Menurut Timbalan Pengerusi BN Kedah itu, PAS mendakwa perjuangan mereka adalah atas landasan Al Quran dan Sunnah.

“Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS yang dipilih ahli. Mereka mesti mahu mengetahui Mat Sabu sudah secara fahamannya tidak bersama mereka lagi”.

Utusan Malaysia hari ini memaparkan artikel mengenai seorang ulama terkenal dari Kelantan Abdullah Saamah menyelar fahaman Syiah dan usaha menyebarkan fahaman itu di Malaysia dewasa ini.

Pemimpin pembangkang sebar Syiah?

Abdullah Saamah

ALOR SETAR 30 April – Tokoh ulama terkenal, Abdullah Saamah melahirkan kebimbangan dengan penularan fahaman Syiah dalam kalangan umat Islam di Malaysia kebelakangan ini.

Beliau yang juga pengasas Pondok Geting Tumpat, Kelantan berkata, fahaman itu jika tidak dibendung mampu merosakkan akidah umat Islam terutama mereka yang taksub dengan sesebuah parti.

Beliau percaya, beberapa pemimpin dalam Pas mempunyai ciri-ciri sebagai pengamal fahaman tersebut yang menyesatkan umat Islam.

“Fahaman ini bahaya besar kepada Islam dan negara ini. Islam akan hancur. Agama adalah tiket kita untuk ke syurga kalau nak pergi ke syurga tetapi tiket kita rosak maka rosaklah.

“Jadi jangan sampai biarkan pemimpin seumpama ini merosakkan tiket kita untuk ke syurga. Namun apa yang merisaukan ada di kalangan mereka ini telan mentah-mentah semua ini kerana menjadi taksub dengan parti dan pemimpin tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di sini hari ini.

Abdullah mendedahkan, antara bukti amalan Syiah itu adalah terdapat pemimpin pembangkang secara sembunyi-sembunyi mengamalkan nikah mutaah dan menyimpan batu karbala yang digunakan jika bersolat sendirian.

Selain itu, katanya, pemimpin berfahaman Syiah juga menolak penyatuan dengan UMNO memandangkan parti ini berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.

Menurutnya, kesesatan Syiah kerana mengatakan bahawa para sahabat Nabi SAW adalah kafir dan hanya menerima Saidina Ali r.a.

“Mereka ini zalim apabila mengambil hak para sahabat Nabi seperti itu dan demikian pemimpin seperti ini harus ditolak kerana mampu menghancurkan Islam,” katanya.

Beliau berharap, umat Islam membuat pertimbangan wajar sebelum memilih pemimpin dalam kalangan parti tersebut terutama ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20130501/po_22/Pemimpin-pembangkang-sebar-Syiah?#ixzz2S1d7wrUm
© Utusan Melayu (M) Bhd

****************

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah berkali kali didakwa menganut fahaman Syiah. Ini merupakan antara sebab utama beliau bertanding di Parlimen P11 Pendang. Dikalangan masyarakat Melayu Kedah, Pendang terkenal sebagai pusat fahaman Syiah.

Ramai Tok Tok Guru Pondok sekitar Kedah menyelar PAS sebagai tidak Islamik kerana isu isu seperti kerjasama politik dengan DAP yang nyata anti-Islam, ‘Kalimah Allah’ dan penularan fahaman Syiah, terutama dikalangan ahli dan pemimpin PAS. Dikalangan ulama Sekolah Sekolah Pondok ini, mereka menyifatkan fahaman Syiah terkeluar dari ajaran Islam kerana sikap militan mereka menghina Khalifah Ar-Rashidin dan mempercayai Al Quran versi fahaman Syiah terkandung 17,000 ayat.

Apabila diminta untuk mengulas kenyataan Presiden PAS Dato Seri Hj Hadi Awang mengenai “Isu Hudud dan Negara Islam hanya merupakan 5% perbezaan dalam Pakatan Pembangkang”, calon BN bagi DUN Ayer Hitam menyelar Pembangkang berkali kali cuba membohongi rakyat kerana mereka tidak boleh sepakat atas isu dasar perjuangan yang jelas bercanggah.

“Itu isu pokok. Isu dasar perjuangan asas mereka. Jelas mereka tidak boleh bersefahaman dengan isu dasar perjuangan mereka pun. Macamana mereka mahu mentadbir dengan baik”.

Beliau menjelaskan kesemua 13 parti komponen dalam BN menyelesaikan isu isu dasar dengan penuh kefahaman, semangat rundingan, toleransi, penerimaan yang baik dan kerjasama yang kukuh.

“Dalam BN, kita tak pernah mencurigai antara satu dengan lain. Kerjasama kita telah terbukti selama ini”.

Published in: on May 1, 2013 at 14:00  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/05/01/mukhriz-buat-kenyataan-mengenai-dakwaan-syiah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. I hope you would publish this as a public announcement kind of comment –

    WATCH OUT FOR NASTY TRICK TO INK YOUR FINGER BEFORE POLLING DAY –

    THIS IS A NEWS REPORT CARRIED BY THE NATIONAL NEWS AGENCY BERNAMA AND SHOULD BE RELIABLE.

    THE FACT THAT IT HAPPENED IN GOVERNMENT QUARTERS AND IN PUTRAJAYA SUGGESTS THAT THEY MAY BE THE WORK OF A GROUP BELONGING TO THE OPPOSITION.

    Woman claims she was offered to have finger marked

    Bernama
    3:44PM May 1, 2013

    A woman, occupying government quarters in Putrajaya, claimed that she was approached by a group of people offering to mark her finger with indelible ink to facilitate the voting process.

    The 47-year-old woman claimed that the group, comprising four men and four women who were unknown to her, came by her house about 11.30pm two days ago on April 29.

    “They were at my doorstep. I felt uncomfortable and invited them in. They were in office attire like they were professionals.

    “They said they came to check whether I was occupying the quarters. They said I didn’t look fine and offered to mark my finger,” she told a media conference last night.

    The woman, who is a government employee, said she had been staying at the quarters for about 12 years and there had never been such a check before.

    Realising the consequences and for her safety, she lodged a report at the Precinct 7 police station in Putrajaya today.

    Had she allowed her finger to be marked that day, she would not be able to exercise her right as a voter on May 5, she added.

    To a question whether she was offered any reward in return, the woman said no.

    – Bernama

  2. […] The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles…. […]

  3. Saya berasa pelik, macam manalah manusia macam ni boleh dapat sokongan?

    Nak kata cerdik – tidak; nak kata kuat bekerja – tidak; nak kata berwawasan – tidak; nak kata berprinsip – lihatlah pendirian beliau tentang Anwar; nak kata bermoral – lebih kurang je dengan Cikgu Stopa; hatta nak kata beliau ni islam pun kita keliru entah ahli sunnah entah syiah.

    Tapi tukang karut macam dia masih boleh dapat tempat dan kedudukan tinggi dalam PAS. Mungkin modal air liur sudah cukup untuk berjaya dalam parti tersebut. Jadi tidak hairanlah PAS ketandusan intelek.

    Kalau kita bagi mandat kepada orang macam ni, macam mana nak majukan umat islam?

    • Apa nak heran? Kiblat PAS sejak tahun 80an ialah di Iran. Khomeini odola mereka.

  4. punah besar org kelantan kata.jauh panggang dari api aku nak sokong.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: