Mukhriz: Kekalkan perpaduan dan harmoni demi kemakmuran

Dato' Paduka Mukhriz Mahathir memberi termuramah kepada media berbahasa Cina di Titigajah, Alor Setar

Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir memberi termuramah kepada media berbahasa Cina di Titigajah, Alor Setar

Dalam mesej khas kepada masyarakat Cina di Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir mengesa untuk mengekalkan perpaduan, hubungan dan kerjasama baik dan harmoni antara kaum demi kestabilan dan kemakmuran yang berterusan.

Dalam sessi temuramah khas dengan media Cina di Titigajah, Alor Setar petang ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menghargai sumbangan masyarakat Cina dalam aktiviti keusahawanan mereka yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pengembangan ekonomi.

Beliau menegaskan bahawa masyarakat Cina di Kedah, mereka memainkan peranan mereka dengan baik sebagai anggota masyarakat majmuk dan tinggal dengan selesa dalam sikap saling menghormati dikalangan masyarakat majoriti Melayu.

“Masyarakat Cina Kedah tidak seperti di Pulau Pinang. Malah masyarakat Cina Kedah amat tidak selesa malah menolak chaunivism sebagaimana mereka buat di Pulau Pinang”.

Timbalan Pengerusi BN Kedah menjelaskan bahawa mereka percaya warga Kedah termasuk masyarakat Cina merasa tidak puas hati kerana kelemahan Kerajaan Negeri Kedah selama 5 tahun dibawah penguasaan PAS, telah nyata tiada berbuat apa apa baru. Lantas, tiada kesan penambahan aktiviti dan pertumbuhan ekonomi dirakamkan bagi negeri Kedah.

“Hasrat kita sekiranya memerintah semula ialah untuk memperbesarkan ‘Kek Ekonomi’, agar lebih banyak peluang untuk semua golongan mendapat menafaat darinya”.

Mukhriz mengupas soal ‘Janji yang dibuat’ oleh PAS, namun apabila mentadbir Negeri Kedah selama 5 tahun ianya tidak diaksanakan mereka.

“PAS menjanjikan macam macam tetapi macamana dia nak bayar untuk tunai janji ini semua? Contohnya, PAS berjanji untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri sehingga RM640 juta. Tetapi setakat ini, pendapatan Kerajaan Kedah paling banyak pun tak sampai RM500 juta pun”.

Mukhriz mempersoalkan sekiranya pendapatan Kerajaan Negeri Kedah tidak berjaya ditingkatkan kerana tiada pelaburan baru atau peningkatan aktiviti ekonomi, bagaimana sumber dana untuk membiayai semua ‘Janji Janji Yang Dibuat’ ini.

“Tak kan dia nak berhutang lagi (untuk biaya bagi tunai semua janji). Sekarang ni (hutang Kerajaan Negeri Kedah) pun dah lebih RM 3 billion”.

Hakikatnya, pendapat Kerajaan Negeri Kedah meningkat semenjak PAS menguasai pentadbiran. Namun, ianya atas dua sumber sahaja; pendapatan dari hiburan dan balak. Apa yang lebih nyata, PAS tidak membuat sebarang perbelanjaan pembangunan. Ini merupakan tiada peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi negeri Kedah.

Published in: on May 2, 2013 at 17:40  Comments (2)