Mukhriz: Kekalkan perpaduan dan harmoni demi kemakmuran

Dato' Paduka Mukhriz Mahathir memberi termuramah kepada media berbahasa Cina di Titigajah, Alor Setar

Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir memberi termuramah kepada media berbahasa Cina di Titigajah, Alor Setar

Dalam mesej khas kepada masyarakat Cina di Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir mengesa untuk mengekalkan perpaduan, hubungan dan kerjasama baik dan harmoni antara kaum demi kestabilan dan kemakmuran yang berterusan.

Dalam sessi temuramah khas dengan media Cina di Titigajah, Alor Setar petang ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menghargai sumbangan masyarakat Cina dalam aktiviti keusahawanan mereka yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pengembangan ekonomi.

Beliau menegaskan bahawa masyarakat Cina di Kedah, mereka memainkan peranan mereka dengan baik sebagai anggota masyarakat majmuk dan tinggal dengan selesa dalam sikap saling menghormati dikalangan masyarakat majoriti Melayu.

“Masyarakat Cina Kedah tidak seperti di Pulau Pinang. Malah masyarakat Cina Kedah amat tidak selesa malah menolak chaunivism sebagaimana mereka buat di Pulau Pinang”.

Timbalan Pengerusi BN Kedah menjelaskan bahawa mereka percaya warga Kedah termasuk masyarakat Cina merasa tidak puas hati kerana kelemahan Kerajaan Negeri Kedah selama 5 tahun dibawah penguasaan PAS, telah nyata tiada berbuat apa apa baru. Lantas, tiada kesan penambahan aktiviti dan pertumbuhan ekonomi dirakamkan bagi negeri Kedah.

“Hasrat kita sekiranya memerintah semula ialah untuk memperbesarkan ‘Kek Ekonomi’, agar lebih banyak peluang untuk semua golongan mendapat menafaat darinya”.

Mukhriz mengupas soal ‘Janji yang dibuat’ oleh PAS, namun apabila mentadbir Negeri Kedah selama 5 tahun ianya tidak diaksanakan mereka.

“PAS menjanjikan macam macam tetapi macamana dia nak bayar untuk tunai janji ini semua? Contohnya, PAS berjanji untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri sehingga RM640 juta. Tetapi setakat ini, pendapatan Kerajaan Kedah paling banyak pun tak sampai RM500 juta pun”.

Mukhriz mempersoalkan sekiranya pendapatan Kerajaan Negeri Kedah tidak berjaya ditingkatkan kerana tiada pelaburan baru atau peningkatan aktiviti ekonomi, bagaimana sumber dana untuk membiayai semua ‘Janji Janji Yang Dibuat’ ini.

“Tak kan dia nak berhutang lagi (untuk biaya bagi tunai semua janji). Sekarang ni (hutang Kerajaan Negeri Kedah) pun dah lebih RM 3 billion”.

Hakikatnya, pendapat Kerajaan Negeri Kedah meningkat semenjak PAS menguasai pentadbiran. Namun, ianya atas dua sumber sahaja; pendapatan dari hiburan dan balak. Apa yang lebih nyata, PAS tidak membuat sebarang perbelanjaan pembangunan. Ini merupakan tiada peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi negeri Kedah.

Published in: on May 2, 2013 at 17:40  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/05/02/mukhriz-kekalkan-perpaduan-dan-harmoni-demi-kemakmuran/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. Pentadbiran PAS di Kedah ni boleh diumpamakan bagai Tikus Membaiki Labu, sudahnya perut tikus kembung kekenyangan, labu makin jahanam. Jauh bezanya dengan calon BN yang sibuk bercakap tentang rancangannya untuk menambah saiz “kek ekonomi” bagi mensejahterakan rakyat.

    Rakyat Kedah khususnya perlu faham bahawa kekuatan ekonomi sangat penting untuk umat Islam. Terdapat banyak hadis Nabi S.A.W yang membawa maksud bahawa kemiskinan adalah satu penyakit berbahaya yang dikhuatiri meninggalkan kesan buruk ke atas akidah, akhlak dan pemikiran seseorang. Malah kemiskinan dianggap satu bala yang sama dengan penyakit berjangkit, kerana dikhuatiri ia boleh membawa seseorang itu menjadi kufur. Contohnys, hadis Rasulullah S.A.W dari Hajjaj bin Farafisah dari Yazid al-Ruqashy dari Anas bin Malik r.a. yang bermaksud: “Maka sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran.”

    Dalam riwayat yang lain ada menyebut “al-faqr” (kefakiran) (dengan status yang lebih sahih dan sanad yang kuat) ialah melalui doa Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kefakiran, kekurangan, kehinaan dan dari menzalimi orang lain atau dizalimi oleh orang lain”. Hadis ini menjelaskan bagaimana sering kali orang menjadi kufur disebabkan oleh tekanan ekonomi dan kesulitan untuk memperoleh rezeki. Orang yang asalnya baik akan berubah menjadi tidak amanah. Perempuan yang asalnya memelihara kehormatan diri menjadi tidak sanggup lagi memeliharanya juga kerana tekanan ekonomi. Sedarkah kita bahawa fenomena ini biasa terjadi/dilaporkan di negeri Kedah, Kelantan dan dikalangan umat Islam di Pulau Pinang? Cuba kita fikirkan dimana duduknya kebanyakkan orang Islam yang miskin dan menghadapi tekanan secara ekonomi? Siapa yang mentadbir negeri-negeri ini?

    Islam tidak pernah menganggap mulia atau mentakdirkan kemiskinan sebagai satu cara untuk mencapai ketinggian rohani. Ramai ulamak bersependapat bahawa hadis-hadis yang memuji kehidupan zuhud di dunia bukanlah bererti memuji kemiskinan. Adalah satu kesilapan yang besar bagi sesetengah orang yang menganggap bahawa kemiskinan bukanlah satu keburukan yang perlu diatasi. Malah terdapat ayat Al-Quran yang mengecam mereka yang mengharamkan hiasan duniawi yang diciptakan Allah bagi umat manusia menerusi firman-Nya, “Katakanlah (Wahai Muhammad) siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal daripada rezeki yang dikurniakannya.” (Surah al-Baqarah ayat 32).

    Islam tidak datang hanya untuk mengajarkan zikir dan doa sebaliknya untuk membebaskan manusia daripada beban penderitaan kepada hidup yang bahagia. Islam juga menolak tanggapan bahawa kemiskinan sebagai qadar yang tiada jalan untuk mengelaknya. Memandang remeh kepentingan ekonomi dan usaha mencari rezeki atas alasan untuk beribadah kepada Allah sahaja adalah bertentangan dengan konsep Islam yang sebenar. Umat Islam yang lemah ekonominya tidak akan menjadi umat yang kuat.

    Akhir kata mari kita sama-sama renungkan firman Allah S.W.T, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra’d ayat 11). Ahad ini insyaallah, kita akan diberi peluang untuk berusaha mengubah apa yang ada pada diri kita.

    Wassalam.

  2. Kita kutuk cina – rasis, cina hentam kita – demokrasi. Banyak cantik!

    Dulu kita kalahkan Chin Peng, minggu ni jom ramai-ramai kalahkan Lim Kit Siang pulak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: